Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Cemburunya Aku!!!

Assalamualaikum wbt....
Salam ceria buat anda semua...

Hari ini terbaca entri di blog S.K.A @ Fais apa rahsia dia yang sentiasa ada masa buat entri dan juga blogwalking setiap hari. Fais kata dia menghabiskan masa 3 jam sehari untuk buat blogwalking. Wah! kagumnya Ida. Sesungguhnya di hati kecil Ida, cukup merasa cemburu melihat kawan2 yang ada masa buat blogwalking dengan jayanya. Ida? Masa sangat mencemburi Ida. 



Ida hanya dapat melihat blog pada waktu malam sahaja. Jam 6 petang, Ida baru sampai rumah, solat maghrib, Isyak dan berehat sebentar, paling awal Ida masuk jam 9.00 malam. Belek sana, belek sini dah 2-3 jam, mata dah berpinau, nak2 pula line slow...badan lak penat akhirnya tertidur. Sebelah siang memang takde masa langsung... kalau ada pun hanyalah dalam keadaan yang "tersesat" tetapi amat jarang2. Ida sebagai pelajar Master dalam bidang Analisis Kimia (DNA) Forensik, sepenuh masa Ida berada di dalam makmal dan kadang2 terpaksa pula bergegas ke lokasi kejadian tempat berlakunya jenayah untuk memahirkan diri. Assignment pula tak usah nak cerita lah hehe... 

Nama2 besar lagi popular seperti Mama As Blog, Dunia Kecil (Kak Aiza), Cikgu Helmi (Tetamu Istimewa), Kak Erin (Cerita Sang Puteri) dan beberapa lagi blogger popular, Ida amat mencemburi anda! Ida tahu dan dapat kesan, nama2 ini setiap hari dapat singgah dan berkunjung ke blog Ida yang tidak seberapanya ini bak kata mama dalam entrinya 'hanya blog picisan' tetapi maafkan Ida seandainya Ida tidak punya masa untuk berkunjung ke blog anda pada setiap hari. InshaAllah jika Ida punya masa untuk online, blog anda lah yang akan Ida terjah dulu. 


13 comments:

Eh, nama saya disebut lagi ni. Terima kasih. Saya pun kalau ada masa saja saya terjah blog kawan-kawan.

Ok, dah masukkan blog Ida ke bloglist saya.

7 October 2013 at 22:13 comment-delete

betul tu ida..susah nak cari masa untuk blog..ni pun curi2 masa lapang yang ada je kan :D

7 October 2013 at 22:41 comment-delete

akak pun bukan selalu ada masa.. 1 hari selalunya 1 entri je.. kalau rajin buat 2 entri.. orang lain buat sampai blogwalking pun ke blog yang singgah komen entri.. lepas tu kalau ada masa baru akak terjah blog dalam bloglist dan blog yang akak follow di dashboard..

7 October 2013 at 23:00 comment-delete

Ida kdg2 nak habis terjah yg dalam bloglist tu pun tak sempat hehehe camne agaknya orang yang ada beratus blog dalam senarai bloglist tu kan hehehe

7 October 2013 at 23:08 comment-delete

Masa itu emas =) gunakn sebaik mgkin..kalau blog ni pntng utk seseorang..pasti ada msa je utk dia..tp bg sy blogging ni part time je..xplu nk paksa diri..ada msa boleh je blogwalking..tp layan blog ni best..macam2 idea dapat keluarkan..
p/s kadang2 sy blogwlking ambil msa lbh 5jam..ha3 syok punya pasal bca entri..

8 October 2013 at 05:41 comment-delete

hehee.. dia mmg rajin gilerr BW n komen..ngeee,,

8 October 2013 at 08:07 comment-delete

Fiza pun. Even ada byk sangat masa. Tapi... Bila berada di pedalaman. Line internet slow giler. Memang tak boleh sgt nak BW. kekadang refresh berkali2 baru blh komen.

Bila line ok. Memang pulun BW. Kalau tak... Jgn harap ler.

8 October 2013 at 10:29 comment-delete

setiap orang ada kekangan masing-masingkan..tak apalah..mungkin apabila ada kesempatan bolehlah dating menziarah :)

8 October 2013 at 10:42 comment-delete

sedapnye dia lentok kat situ.. klu ada masa boleh la luang 1 2 jam sehari utk hapdate blog... yaya pn tak berapa nk rajin sgt.. bila dah jd hobby sonok juga..

8 October 2013 at 13:57 comment-delete

mama belum tahap popular ida, mama ilmu seciput ni, tengah belajar degree gak, degree blog.. huahuahua..

8 October 2013 at 14:14 comment-delete

Assalammualaikum tuan rumah, heheheh ala biasalah ida, is pun bukan ada masa sangat nak bw ke blog kawan2 semua list is tu pulak huge, memang berpinau, sebab tu kadang2 line jdi slow memang mendapat lah TM is kerjakan hehehehe, blogging dengan kerjaya utamakan kerjaya dahulu, bila ada masa singgah2, kalau ada masa terluang sikit update sikit2 blog kita, tak perlu terburu-buru, makan diri hehehehe 2-3 hari rushing masuk hari ke-4 badan dah kong, tak best lah kalau jadi macam tu, rileks2 je, ala samba kata Brazil. Nak kejar nama bukan susah tapi tak berapa best sebab bila dah tersangat sibuk boleh kalut dibuatnya nanti, tapi kalau popular pun tak jadi masalah memang itu tujuan blogging. nak orang baca blog kita setiap hari.

8 October 2013 at 14:56 comment-delete

Alaa, takpe. Asalkan bile blogwalking tu, dapat release stress.. lagi2 bila siang tu, dah kena study. Master plak tu..

8 October 2013 at 17:52 comment-delete

macam ika, kalau cuti, memang ada banyak masa nak blogwalking, nak comment, nak spend time update entri, tapi kadang-kadang tu time cuti pun busy juga,

masa ika blogwalking tak tetap, tengok pada kelapangan laa. tapi apa pun, blogger faham sebenarnya, kita bukan all the time dengan blog kecuali kepada mereka yang memang menganggap blog ni sebagai kerjaya, bagi orang yang anggap blog ni sebagai hobi dan tempat untuk share anything macam ika ni tak kisah pun sebenarnya singgah hari2 atau tak, ada masa singgah laa, takde masa ika faham :)

13 October 2013 at 15:58 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ