Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Serikandi PDRM Pertama Mengiringi VVIP

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt.

Cerita Ida masih lagi berkisar di Muar Bandar Maharani, sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni AlMarhum Sultan Iskandar pada 23hb November yang lalu.

Di bawah ini, Ida paparkan gambar-gambar sepasukan Polis Trafik Wanita yang mengiringi kenderaan rasmi DYMM Sultan Johor. Dengan megahnya mereka dapat menguasai motorsikal Harley Davidson berkuasa tinggi. Kagum Ida melihatnya di depan mata. Lapan orang Srikandi mengharumkan nama PDRM Malaysia khususnya Trafik Johor. Kalau tidak salah Ida, mereka adalah sekumpulan lapan orang Polis Trafik Wanita pertama di Malaysia yang diberi amanah / tugas mengiringi VVIP - hanya ada di Negeri Johor!!










Jika dicabar Ida untuk menulis seorang demi seorang nama mereka, sudah semestinya Ida mengenali mereka hehe kerana mereka adalah rakan sekerja emak Ida, malah satu opis lagi. Tetapi tidak perlulah Ida berbuat demikian...

Emak Ida bergambar bersama Kak Elly (Kpl Mazliza Mohamed)


Ida bersama Jennifer Pak - wartawan BBC News




Ketika Ida ditemuramah oleh Cik Jennifer Pak dari BBC News Malaysia ni, beliau terperanjat dan tersangat kagum apabila menyaksikan anggota polis yang turun dari Motorsikal Harley Davidson ini kesemuanya adalah wanita. " Woww they are so amazing!"






0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ