Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Siti Aishah Mangsa Perhambaan Mengalami Strok Dan Trauma

Siti Aishah Mangsa Perhambaan Mengalami Strok Dan Trauma




KUALA LUMPUR: Polis Britain mendedahkan bahawa mereka baru sahaja memulakan siasatan dan menemubual ketiga-tiga wanita yang ditahan sebagai hamba di London selama 30 tahun itu hari ini.

Menurut laporan AFP, Polis Britain sebelum ini tidak dapat berhubung secara terus dengan ketiga-tiga wanita terbabit kerana masih menunggu kebenaran untuk menemubual daripada pakar trauma.

Komander Steve Rodhouse dari Polis Metropolitan London berkata, kesemua mangsa masih belum ‘ditemubual secara rasmi’ dan kerana itu, mereka masih belum memahami keseluruhan dan kebenaran tuduhan yang kini tersebar di media.

Beliau turut menambah bahawa ketiga-tiga mangsa kini berada di dalam jagaan pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam menjaga individu yang mengalami trauma, dan nasihat daripada pakar amat diperlukan polis dalam menanggani kes ini.

AFP turut melaporkan bahawa sesi temubual telah dimulakan.

Media Britain pula melaporkan oleh kerana tidak mendapat rawatan ekoran strok merupakan punca wanita-wanita terbabit untuk ‘membebaskan’ diri dan memohon bantuan.

Polis Britain percaya bahawa ketiga-tiga wanita terbabit telah diindoktrinasi atau 'brainwash' dan kemungkinan didera secara fizikal namun bukan secara seksual.

Mereka juga dipercayai sesekali dibenarkan keluar dari rumah.

Polis kini sedang cuba untuk memahami “gari ghaib” yang digunakan untuk mengawal ketiga-tiga hamba tersebut. - astroawani.com




2 comments:

fuh...dasyat betul apa yang dibuat oleh orang tu kat wanita ini....

Regards,
-Strider-

28 November 2013 at 23:33 comment-delete

ni bukan siti aisyah yang orang kata banyak buat jenayah bunuh orang tu ke? ahli komunis laa etc etc...maaf kalau silap, ika kurang ambil tahu pasal ni..just dengar2 je daripada berita dan orang bercerita di twitter...

30 November 2013 at 23:26 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ