Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Bil ASTRO Sudah Ada Caj GST??

Bil ASTRO Sudah Ada Caj GST??


Cerita menarik perkongsian dari facebook

Kalau ada kawan-kawan atau orang yang tidak dikenali datang kepada anda sambil membebel:

"Kenapa bil Astro*** aku bulan ni ada GST 6%? Bulan Lepas tak ada pun?"

Bertenang. Ikuti langkah berikut:

1)Minta orang tersebut mengucap dan beristighfar bagi membersihkan hati.Kemudian minta mereka tunjukkan bil mereka yang terdahulu.Anda bernasib baik sekiranya mereka memberi peluang kepada anda membelek bil yang mungkin ada dalam simpanannya.

2)Terangkan kepada mereka bahawa tulisan 'GST' pada bil itu merujuk kepada 'Government Service Tax' atau juga dikenali sebagai "Service Tax".Bukan 'Goods and Service Tax' atau 'Value Added Tax' yang hanya akan diperkenalkan selepas April 2015.

3)Jika mereka terkejut atau buat-buat terkejut,beritahu mereka bahawa 'Government Service Tax' atau 'Service Tax' telah lama dicaj,bukan baru berlaku sehari dua ini.Bahkan sejak 2011 cajnya dinaikkan dari 5% kepada 6%

4)Jika penerangan anda diterima,ucapkanlah Alhamdulillah.Jika tidak diterima,tinggalkanlah,mungkin orang tersebut tidak merujuk kepada bil perkhidmatan/beliannya di Malaysia tetapi mungkin di negara lain,jadi mungkin anda yang tersalah faham.

***Juga terpakai pada resit KFC,McD,Tiket Parking dan lain-lain resit/bil perkhidmatan.


GST


Lagi cerita #GST. Fahamkan 5 perkara ini baik-baik. Dah faham mohon disebarkan supaya anda tidak KELIRU, DIKELIRUKAN atau MENGELIRUKAN orang lain

1). GST masih belum dilaksana, hanya akan dilaksanakan pada April 2015. Government Service Tax atau Service Tax TIDAK SAMA dengan GST. GST merujuk kepada Goods and Service Tax.

2). Service Charge dan Service Tax adalah dua perkara berbeza. Service Charge dikenakan oleh PENIAGA atau PENYEDIA PERKHIDMATAN dan bukan oleh KERAJAAN. Kadar lazim Service Charge ialah 10%. Kadar Service Tax pula ialah 6% buat masa sekarang.

3). Perlaksanaan GST menghapuskan kedua-dua Service Charge dan Service Tax.

4). SIAPA YANG AKAN DIKENAKAN GST? - Jika perolehan bercukai tahunannya melebihi RM 500,000. Seseorang itu termasuk individu, pemilik tunggal, perkongsian, syarikat, pemegang amanah, pertubuhan, kesatuan, kelab persatuan atau mana-mana organisasi termasuk jabatan kerajaan atau pihak berkuasa tempatan yang terlibat di dalam perniagaan yang membuat pembekalan bercukai di Malaysia.

Perolehan bercukai tahunan boleh ditentukan berdasarkan salah satu daripada berikut:

- Nilai pembekalan bercukai bagi bulan semasa dicampur dengan nilai pembekalan bercukai bagi sebelas (11) bulan sebelumnya.

- Nilai pembekalan bercukai bagi bulan semasa dicampur dengan nilai pembekalan bercukai yang dijangka bagi sebelas (11) bulan seterusnya.

PENIAGA YANG TIDAK LAYAK DIKENAKAN CUKAI TIDAK BOLEH MENGENAKAN GST KEPADA PELANGGAN MEREKA!!!

5). GST hanya dikenakan pada peringkat akhir pengeluaran dan bukan di setiap peringkat pengeluaran.


4 comments:

biar betul..owh kos sara hdup mningkat..

3 February 2014 at 10:32 comment-delete

perlu teliti dgn bil2..jangan main bayar jer. Kadang ramai yg tak ambil kisah....

PCL
3 February 2014 at 11:26 comment-delete

Serabut r...

3 February 2014 at 18:23 comment-delete

biar btl??

4 February 2014 at 12:42 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ