Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



GST- MASUK WANG DI POKET BOCOR?




SAYA RASA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAWAB ARTIKEL GST MASUK WANG POKET BOCOR OLEH HANIFA MAIDIN.

JAWAPAN SAYA IALAH YANG ADA DALAM KURUNGAN

GST-MASUK WANG DI POKET BOCOR?

Prinsip dalam percukaian adalah tiada percukaian tanpa perwakilan. Dengan BN hanya perolehi 47 peratus undi popular maka mereka hakikatnya bukan mewakili suara popular rakyat tentang GST. Maka bagaimanakah GST dikira suatu percukaian yang sah dan memenuhi prinsip yang saya katakan itu.

(Benar BN hanya peroleh 47% undi popular, tetapi itu sewaktu pilihan raya. Bagaimana peratusan itu boleh dikaitkan dgn GST yang diumumkan selepas pilihan raya? Adakah 47% ini mewakili setiap tindakan kerajaan selepas PRU? Bagaimana pula peningkatan majoriti BN dalam PRK Kajang dan PRK Balingian baru-baru ini? Bukankah ini satu petanda baru bahawa rakyat kembali menyokong BN?)

GST adalah cukai regresif . Cukai pendapatan sama ada individu atau korporat pula bersifat progresif. Cukai progresif secara mudahnya bermaksud semakin tinggi pendapatan individu atau korporat semakin tinggi cukai yang mereka kena bayar. Ini suatu yang munasabah kerana Ibnu Khaldun menyatakan di dalam kitabnya yang masyhur "al muqaddimah", Kerajaan perlu memikirkan bagaimana pendapatan rakyat harus ditinggikan bagi mendapat cukai yang tinggi dari rakyat untuk mengisi perbendaharaan negara.

GST pusing ke belakang atau regresif kerana cukai dikenakan kepada penduduk atau rakyat yang tidak berpendapatan atau yang berpendapatan rendah. Logiknya rakyat yang susah dan miskin sewajarnya ditolong oleh Kerajaan kerana mereka tiada pendapatan atau berpendapatan rendah tapi ini tidak berlaku dalam rejim percukaian GST.

(Benar GST bersifat regresif. Atau dalam kata mudah faham, GST bersifat pukul rata. Tetapi lihat kembali barang-barang yang tidak akan dikenakan cukai GST selepas ianya dilaksanakan kelak. Bukankah semua barang yang diumumkan bebas GST adalah barang keperluan? Bagaimana pembangkang boleh kata ia menekan rakyat miskin? Adakah kerana rakyat miskin tidak lagi boleh membeli baju Topman dan Uniqlo dengan harga murah? Adakah kerana telefon bimbit akan menjadi semakin mahal? Ini adalah barang-barang kehendak. Sekiranya tidak mampu, ada alternatif lain. Pembangkang perlu jelaskan lagi kayu ukur GST menekan kehidupan rakyat miskin. Kenapa dan bagaimana GST menekan rakyat miskin, bukan terus menerus menghukum GST tanpa huraian.)




Dengan adanya GST keadaan menjadi terbalik iaitu rakyat yang susah pula disuruh menolong Kerajaan dengan meminta semua rakyat tanpa kira miskin dan kaya membayar cukai. Memandangkan GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan di semua peringkat pengeluaran barang yang mana Kerajaan perolehi hasil cukai di semua rantaian penawara
n barangan ( supply chain ) , pengguna adalah pihak yang paling teruk kerana kena membayar cukai atas penggunaan barang dan tidak mendapat apa apa rebate.

(Sebelum ini, rakyat lagi tertindas cukai SST tidak terlalu sistematik sehingga berlaku tax evasion dalam rantai perniagaan sehingga tanpa disedari, hanya rakyat sahaja yang membayar cukai tersebut sebanyak 16%. Dengan GST, daripada pembekal, pemborong, peniaga, pengguna, semua bayar dengan % yang sama. Maka cukai mana lebih adil?)

Pakar ekonomi menyatakan segmen masyarakat yang paling teruk menerima kesan dari GST adalah golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Golongan kaya tidak menerima kesan dan jika ada sekalipun ia hanya menanggung kesan yang minima. Malahan dalam keadaan tertentu golongan kaya mendapat manfaat dari GST.

(Sekali lagi pembangkang dengan isu GST menekan rakyat miskin. Saya perlu tahu, bagaimana ia menekan rakyat miskin sedangkan barang-barang dan perkhidmatan keperluan dibebaskan daripada cukai GST. Sekiranya hanya barang kehendak dikenakan GST, maka bagaimana ia menekan rakyat miskin? Adakah sebelum GST, rakyat miskin membeli beg gucci dan selepas GST dilaksanakan mereka akan terasa beban cukai 6% itu?)

Dalam penggulungan, Timbalan Menteri Ahmad Maslan menyatakan tidak seperti Singapura yang tidak mengenakan pengecualian ke atas barang barang tertentu dari dikenakan GST , Malaysia, katanya, memberikan pengecualian GST ke atas barang barang keperluan. Saya bangun dan bertanyakan soalan berikut kepada beliau " adakah Timbalan Menteri sedar bahawa Kerajaan Singapura menyatakan bahawa jika GST dikecualikan ke atas barangan tertentu pihak yang mendapat manfaat dari pengecualian itu adalah golongan kaya kerana mereka hakikatnya menggunakan lebih banyak dan kerap barangan yang dikecualikan GST tersebut." Menteri tak boleh jawab soalan saya itu.

(Biar saya jawab sebab mungkin menteri diserang bertubi2 tanpa diberi peluang bersuara. Kenapa perlu bandingkan dengan Singapura ? Kenapa tak banding negara yang mempunyai pendapatan per kapita yang hampir sama dengan Malaysia yang turut menggunakan sistem cukai GST? Hampir 90% negara dalam dunia telah melaksanakan GST. Kenapa tidak wujud yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin pada negara2 yang telah mengamalkan GST? Golongan kaya lebih banyak menggunakan barang-barang bebas cukai GST kerana mereka lebih berkemampuan. Kenapa tak kata juga "yang kaya juga banyak membeli barang-barang yang dikenakan GST berbanding yang miskin"? Pokoknya, yang kaya tetap akan membeli lebih, tidak kira barang itu bebas atau dikenakan GST, seperti keadaan sekarang, dengan negara masih menggunakan sistem cukai SST.)

Kerajaan berbangga 160 negara yang amalkan GST tanpa mengira negara yany kuat ekonominya seperti USA juga tidak setuju dengan GST. Ya ,banyak negara negara maju melaksanakan GST namun berapakah jumlah pendapatan per kapita mereka. Kita ambil contoh Singapura. Pada tahun 2012 menurut Fox Magazine pendapatan per kapita rakyat Singapura sebanyak 56 ribu US dollar ( USD ) . Bagaimana dengan Malaysia? Dalam ucapan belanjawan 2014, menurut Perdana Menteri pendapatan per kapita negara kita adalah sekitar 9,500 USD sahaja. Malahan pada tahun 2020 Malaysia hanya mensasarkan pendapatan per kapita 15,000 USD. Oleh itu, bagaimana kita nak tiru Singapura?

(Saya rasa yang mengeluarkan kenyataan ini malas membaca dan hanya melihat Singapura sebagai contoh. Tugas saya sekarang, memberi lebih banyak contoh supaya rakyat tidak mudah tertipu dengan manusia sebegini. 160 negara telah mengamalkan GST. Kita lihat ASEAN terlebih dahulu. Malaysia akan melaksanakan GST pada 2015 dengan 6%, dan pendapatan per kapita negara sekitar 10000USD. Indonesia, pendapatan cuma sekitar 4000USD, tapi GST 10%. Thailand, pendapatan sekitar 5000USD, GST 7%. Filipina, pendapatan sekitar 3000USD, GST 12%. Kemboja, pendapatan hanya sekitar 1000USD, GST 10%. Kita lihat Asia pula. China, dengan pendapatan per kapita sekitar 6000USD, GST 17%. India, pendapatan sekitar 2000USD, GST 12.5%. Di Asia secara keseluruhan, hanya Iran, Jepun dan Taiwan sahaja GST di bawah 10%, selebihnya di atas 10%. Di Eropah, hanya Switzerland sahaja di bawah 10%, selebihnya rata-rata cukai GST di atas 20%, dengan Hungary mempunyai kadar tertinggi iaitu 27%, walhal pendapatan per kapita hanya sekitar 15000USD, berbanding Malaysia, yang berpendapatan 10000USD per tahun, sekali lagi, 6% sahaja.

Singapura kenakan GST kerana cukai pendapatan individu dan korporat di sana secara relatifnya masih rendah. Jadi kekurangan hasil cukai pendapatan ditampung melalui GST. Kadar cukai pendapatan di Malaysia sama ada individu atau korporat lebih tinggi dari Singapura. Itupun Singapura mulakan GST dengan kadar 3 peratus sedangkan kita terus mulakan dengan 6 peratus. Tetapi apa yang penting dengan jurang pendapatan rakyat miskin dan kaya di Singapura lebih rendah berbanding Malaysia dan pendapatan per kapita mereka jauh lebih tinggi dari kita sudah tentu kuasa membeli dan membayar cukai rakyat di sana lebih kuat dari kita.

(Singapura lagi sebagai contoh. Benar GST Singapura bermula dengan 3%, tetapi semua barang dikenakan cukai GST tanpa ada pengecualian. Kebanyakan negara lain, yang telah mengimplementasi cukai GST sebelum tahun 2000, masih mengekalkan peratusan cukai GST yang sama sehingga hari ini. Berkenaan cukai korporat, benar Singapura hanya sekitar 17-19%, berbanding Malaysia 25%. Cuma jangan hanya Singapura dijadikan contoh. Kalau sesiapa ke Singapura pun pasti tahu kenapa negara tersebut dikenali sebagai "fine city". Mereka ada pendapatan lain. Mexico, cukai korporat 30%, tetapi GST tetap tinggi dengan 16%. Brazil, cukai korporat 34%, GST pula sekitar 20%. China sekali lagi, cukai korporat 25%, sama dengan Malaysia, tapi cukai GST 17%. Indonesia juga cukai korporat 25%, namun GST 10%. Banyak lagi contoh saya boleh bagi. Nasihat saya, rajin-rajin membaca.)

Yang lebih penting lagi di negara negara maju tersebut kadar kebocoran dan ketirisan ekonomi di sana jauh lebih
rendah kerana amalan pemerintahan yang baik ( good governance ) dan hampir bebas rasuah . Di negara kita, kebocoran bilion ringgit akibat rasuah, ketirisan, pembaziran, kronisme dan rent seeking adalah fenomena wajib di dalam laporan Ketua Audit Negara.

(Dalam Indeks Persepsi Rasuah tahun 2013, negara kita di tangga ke 53, dengan 50 mata. Skala yang digunakan adalah 0 mata bermakna sangat "corrupt", manakala 100 mata bermakna sangat bebas rasuah. Di Asean, cuma Singapura dan Brunei sahaja di atas Malaysia. Negara-negara Asean lain, yang mengamalkan cukai GST lebih tinggi berbanding 6%, mempunyai indeks persepsi rasuah yang jauh lebih rendah. Ini untuk perbandingan. Walau bagaimanapun, saya bersetuju supaya kerajaan lebih berjimat agar rakyat dan pemimpin dapat sama membangunkan negara, tanpa yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin.)


Baca juga di sini




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ