Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



HUDUD : UMNO AKAN BANTU PAS KELANTAN MENDAPAT KELULUSAN PARLIMEN BAGI LAKSANA HUDUD AWAL TAHUN DEPAN ?




"Tidak ada masalah ... sebagai orang Islam kita wajib sokong undang-undang Islam " itu kata yang keluar dari Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan sendiri , aku kagum dengan kesungguhan Umno Kelantan dan Pusat dalam menyokong pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan yang mahu dilaksanakan Pas Kelantan.

Mustafa Mohamed berkata , Badan Perhubungan Umno Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan Pas negeri melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, perkara itu perlu dibincangkan oleh MT Umno sebelum kerajaan negeri Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

Beliau berkata, rancangan kerajaan Kelantan itu memerlukan persediaan rapi termasuk penyelidikan dan pendidikan dakwah berkaitan penguatkuasaan hukum hudud tersebut.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata demikian ketika diminta mengulas keyakinan kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud pada awal tahun depan sekiranya Parlimen meluluskan pelaksanaan hukuman berkenaan.

Aku yakin InsyaAllah Umno dan ahli-ahli Parlimen Umno akan menyokong usul yang akan dibawa oleh Ahli Perlimen Pas Kelantan ke Parlimen nanti bagi mendapat kelulusan Parlimen untuk Kerajaan Pas Kelantan laksanakannya.

Semoga usaha ini mendapat sokongan padu masyarakat dan paling penting dalam hal ini , Pas dan Umno perlu bersatu untuk menyokong dan kita tahu DAP akan paling kuat menentang nanti.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ