Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kos RM25 Juta Untuk 2 Ekor Panda Hanya Propaganda & Fitnah





Sebenarnya Panda itu dihadiahkan oleh Kerajaan China kepada Kerajaan Malaysia sebagai satu tanda simbolik perhubungan diplomatik antara dua negara yang sudah lama terjalin.

Kos penjagaan, pemeliharaan dan penyediaan tempat perlindungan panda ygang perlu di tempat pada suhu sejuk ialah sebanyak RM 2.5 juta setahun bersamaan dengan RM25 juta untuk tempoh 10 tahun.

Kos tersebut telah ditaja oleh syarikat kedua-dua negara yang terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan dan merupakan tanggungjawab sosial syarikat terbabit. Ia bukan dibiayai oleh wang rakyat seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malaysia telah diiktiraf oleh Kerajaan China sebagai satu negara sekutu yang dipercayai dan dihormati. Hanya beberapa negara sahaja yang mendapat keistimewaan dan penghormatan seperti ini.

Oleh demikian sebagai pengiktirafan Kerajaan China telah menghadiahkan dua ekor panda yang diberi nama Fu Wa dan Fengyi. Selain sebagai simbolik hubungan diplomatik Malaysia-China ke-40 yang bakal diraikan tahun ini, ia juga bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. - sumber


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ