Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



MH370 Tidak Menyusur Ruang Udara Indonesia - Hishammuddin




KUALA LUMPUR - 7/4/2014: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tidak menyusur ruang udara Indonesa bagi mengelak dikesan radar seperti yang dilaporkan CNN, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Saya meminta Panglima Tentera Udara menghubungi rakan sejawatnya di Indonesia dan mereka mengesahkan tidak melihat kapal terbang itu," kata Hishammuddin menerusi sidang media MH370 di sini pada hari Isnin.

Hishammuddin berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan wartawan kanan antarabangsa CNN, Phil Robertson, yang memetik seorang "pegawai kanan Kerajaan Malaysia" kononnya mengesahkan bahawa maklumat mengenai penerbangan Boeing 777 ditentukan berdasarkan data radar dari negara jiran Malaysia.

Sementara itu Bernama melaporkan bahawa Hishammuddin berharap isyarat yang dikesan di selatan Lautan Hindi akan membawa perkembangan positif dalam pencarian pesawat MH370.

Sambil menaruh keyakinan pasukan penyiasat akan menemui bukti kukuh mengenai apa yang berlaku terhadap pesawat itu, Hishammuddin pada masa sama menggesa semua pihak agar memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk membuat pengesahan berhubung isyarat tersebut.

"Sejajar dengan pendirian Malaysia sejak hari pertama pencarian agar semua penemuan disahkan, saya menggesa semua pihak yang berkenaan memberi masa kepada pihak berkuasa menyiasat lanjut untuk tujuan pengesahan.

"Malaysia juga bersetuju dengan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott agar semua pihak tidak tergesa-gesa berhubung penemuan yang tidak sahih dan membuat kesimpulan," katanya.

Pagi ini, Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata kapal Australia Ocean Shield mengesan isyarat sebanyak dua kali pada malam Ahad.

Menurut JACC yang berpangkalan di Perth, dua isyarat itu dikesan di 1,650 km barat laut Perth, iaitu di utara dalam kawasan pencarian. 

Isyarat pertama dikesan selama dua jam 20 minit manakala isyarat kedua selama 13 minit. - mstar


Baca juga di sini



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ