Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PANAS…Annuar Musa Tak Puas Hati Dengan Penyokong Kelantan!




ORANG kuat The Red Warriors (TRW), Tan Sri Annuar Musa nampaknya tidak berpuas hati dengan kehadiran penyokong yang semakin berkurangan ketika skuad itu beraksi.

Pendapat Annuar Musa dilihat ada betulnya, apabila Stadium Sultan Muhammad ke-IV tidak penuh seperti biasa ketika Kelantan menentang Angkatan Tentera Malaya (ATM) dalam perlawanan Liga Super, malam tadi.

Annuar Musa yang memuat naik satu komen di laman facebooknya turut meluahkan kekecewaan apabila ada penyokong yang sudah berputus asa dengan aksi semasa skuad Kelantan.

“Salah sikap sesetengah kita, nak sokong ketika menang, itu nak berhibur. Manchester United merudum Old Trafford tetap penuh. QPR relegated tapi penyokong tetap banjiri Loftus Road!!!!!…kita?…team top 4 FA Cup. Hanya 5 mata belakang pendahulu liga. Dah ada yang give up (berputus asa)…Kalau saya pun tiru macam tu apa akan jadi dengan Kelate????,” katanya.

Dalam komen yang berlainan selepas tamat perlawanan yang menyaksikan TRW menewaskan ATM dengan kemenangan tipis 1-0, Annuar Musa berkata ada pemain yang beraksi dibawah tahap sebenar.

Beliau turut menegaskan TRW akan terus melipat gandakan saingan memandangkan saingan kedua Liga Super dijangkakan akan lebih mencabar.

“Tahniah TRW walau permainan masih below par malam ni. Tamat pusingan pertama dengan 17 mata (sedikit di bawah sasaran). Sebagai menghargai pemain bonus khas kita berikan malam ni. Kita melangkah ke pusingan kedua yang lebih sukar. Dengan sedikit pembaharuan sebagai usaha tambahan. Insyaallah usaha akan lipat gandakan. Kota Bbaru bakal melayan Selangor, Terengganu, Lions, Felda United, Sarawak, Perak,” katanya. – MyLaunchPad


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ