Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Penerangan Serba Sedikit Tentang Pelaburan Emas

Pelaburan Emas


Pada satu hari, saya dan rakan pergi ke sebuah restoren untuk minum petang. Seperti biasa agenda utama waktu lepak ialah pelaburan/perniagaan. Walaupun rakan saya tidak mempunyai latar belakang pendidikan mahupun pengalaman dalam subjek kewangan, tetapi dia amat berminat dengan pelaburan emas. Jadi dia bercerita panjang bagaimana seorang sahabat dia telah mengaut keuntungan besar dari emas dan dia tidak sabar untuk menyertai fenomena ‘gold rush’.

Walaupun pelaburan emas itu baik, tetapi saya berasa mungkin dia atau sesiapa yang ingin berminat untuk membuat pelaburan patut tahu industri tersebut terdahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Jadi artikel ini akan memberi penerangan sedikit berkenaan industri ini bagi pelabur baru yang mempunyai modal kecil .Memang benar emas dan perak ialah pelaburan yang baik kerana ada Hadis :

"Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham." (musnad imam ahmad ibn hanbal).

Selain itu, bapa ekonomi pasaran bebas Adam Smith berkata dalam buku ‘Wealth of Nations’ :

“Money would always be in a gold and silver standard”
“The paper currencies of North America were a scheme of fraudulent debtors to cheat their creditors”.

Kesimpulannya, Islam dan Capitalism bersetuju bahawa emas dan perak sepatutnya menjadi duit manakala duit fiat tiada nilai.

Secara jelas, hadis ini menceritakan bahawa satu hari nanti wang kertas yang kita guna setiap hari akan tidak mempunyai nilai untuk membeli apa-apa, diseluruh dunia inflasi naik secara mendadak bersamaan harga barang. Antara sebabnya ialah kita manusia menggunakan wang fiat yang tiada nilai. Tidak perlu saya jelaskan panjang lebar berkenaan sejarah duit terutamanya apabila Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon menghentikan pengeluaran wang kertas berdasarkan emas. Itu cerita lain.

Bagi yang baru dalam dunia pelaburan emas ini, pertama sekali biar saya terangkan bagaimana pasaran dunia bergerak. Pasaran kewangan (saham,bond) akan sentiasa melawan pasaran komoditi (emas, perak). Jika harga pasaran kewangan naik, maka pasaran komoditi akan turun, dan vice versa. Ini disebabkan syarikat pelaburan akan memilih pasaran yang sedang aktif dan meninggalkan pasaran yang kurang aktif, selaras dengan ideologi “Memaksimumkan Keuntungan”. Jadi sekarang apabila KLCI sedang mendaki tinggi, harga emas sedang murah. Dalam kata mudah ‘Supply and Demand ’ akan menentukan harga.




Nasihat kedua ialah bagi pelabur baru yang mempunyai modal sedikit, lebih baik membuat pelaburan melalui BANK ATAU SYARIKAT KEWANGAN YANG TERKENAL. Contohnya Akaun Emas di Maybank, CIMB atau Kuwait Finance House (gambar 2 'outdated price). Ramai pihak tertipu apabila mereka buat pelaburan di syarikat kewangan yang tidak dikenali ( Syarikat Emas Ali & Abu) . Cara ini senang kerana syarikat kewangan menerima pelaburan minima 1gram dan pelabur tidak perlu risau untuk menyimpan barang fizikalnya. Contoh di Maybank Gold Account, harga satu gram pada 4 April 2014 ialah RM132.88 sahaja (sumber Maybank2u). Jika ingin jual beli emas boleh dilakukan dimana-mana cawangan bank Maybank yang merata di negara atau melalui Maybank2u.

Ketiga, ada khabar angin bahawa harga emas tidak pernah turun, itu tidak benar kerana ia seperti barang komoditi lain bergantung kepada ‘supple and demand’, walaupun sedemikian nilainya tidak akan menjunam seperti saham/duit kertas, ia bergerak lebih perlahan maka ia lebih selamat. Secara purata, ia telah meningkat tinggi berbanding beberapa dekad lepas.

Keempat dan terakhir, emas ini sentiasa mempunyai permintaan, jadi ia boleh dijual atau dipajak gadai untuk menukarnya kepada wang kertas pada bila-bila masa. Ia bukan seperti minyak yang tidak laku pada zaman dahulu (US20/barrel). Emas mempunyai permintaan tinggi semenjak zaman batu sehingga zaman depan sepertimana dijanjikan oleh Rasullulah dalam hadis diatas, jadi tidak perlu risau bahawa emas ini tidak mempunyai nilai seperti getah dan bijih timah yang dahulu menjadi kegilaan ramai.

Itu sahaja nasihat saya kepada sesiapa yang berminat dalam emas, pelbagai buku berkenaan komoditi tersebut wujud di pasaran jika berminat. Semoga Berjaya.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ