Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Produk Penghuni Penjara Jana RM21.5 Juta

Produk Penghuni Penjara Jana RM21.5 Juta

MELAKA: Sejumlah RM21.5 juta diperoleh menerusi jualan pelbagai produk yang dihasilkan penghuni penjara di seluruh negara menerusi program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) tahun lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar berkata sejak SLDN dilancarkan pada 2012, seramai 5,963 penghuni telah mengikuti program itu dengan 3,573 daripada mereka menerima sijil dalam 44 bidang kemahiran termasuk perkayuan, pertanian, makanan, kraftangan, kecantikan dan fabrik.

"Program ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan nilai kendiri penghuni penjara menerusi program pemulihan berbentuk kemahiran," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 peringkat zon selatan penjara di Dewan Penjara Sungai Udang di sini, Isnin.

Turut hadir Pengarah Penjara Sungai Udang, Timbalan Komisioner Nor Afifi Sulong.

Produk Penghuni Penjara Jana RM21.5 Juta

Sementara itu beliau berkata pengusahaan bidang perternakan dan pengeluaran produk makanan oleh penghuni dan pegawai penjara melalui projek sara diri yang dilaksanakan pada 2013 turut membantu menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Zulkifli berkata tahun lepas, penternakan ikan keli telah menjimatkan perbelanjaan tahunan berjumlah RM336,869 manakala bagi industri roti yang diusahakan di Penjara Kajang berupaya menampung bekalan untuk lima penjara di zon tengah sekaligus membantu menjimatkan sejumlah RM1.2 juta.

Mengenai program akademik dalam kalangan penghuni, beliau berkata seramai 660 banduan muda telah diberi peluang mengikuti program itu manakala 381 orang mengikuti program kemahiran vokasional di lapan buah Sekolah Integriti di seluruh negara sejak 2008.

Beliau berkata seramai 35 penghuni sedang menyambung pelajaran di peringkat diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia.

Beliau menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada 195 pegawai dan kakitangan jabatan penjara bagi zon selatan.

Mereka menerima sijil penghargaan serta sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional masing-masing bernilai RM1,000. - Bernama

Produk Penghuni Penjara Jana RM21.5 Juta



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ