Akhirnya Dalang Sebar Gambar Anjing Berserban Dikenal Pasti!




Dalam kehangatan isu umat Islam sentuh anjing diperkatakan di Malaysia, tup-tup tersebar satu gambar yang memanaskan lagi keadaan.

Gambar anjing dipakaikan jubah dan serban yang disebarkan menerusi laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp membuatkan ramai panas punggung kerana ia terang-terangan menghina Islam.

Hinggakan, Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid turut mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan ini menghina para ulama dalam keadaan sekarang, di mana majoriti golongan pandai agama ini telah sepakat bahawa hukum memegang anjing tanpa sebab kukuh adalah dilarang mengikut mazhab Shafie.

Bagaimana pun, pemeriksaan akhirnya mendapati gambar anjing ini bukanlah kerja rakyat Malaysia tetapi pihak luar.

Cuma mungkin, gambar ini telah dikitar semula oleh individu tertentu yang melakukannya untuk mengambil kesempatan daripada keadaan sekarang untuk menimbulkan keadaan kurang harmoni.

Faktanya, gambar anjing berjubah dan berserban ini sebenarnya kerja pemimpin pembangkang mewakili etnik Ijaw di Niger Delta, Nigeria iaitu Mujahid Asari-Dakubo atau lebih dikenali sebagai Asari.

Dikenali sebagai seorang yang vokal, gambar anjing ini dibuat Asari khas untuk mengejek pemerintah baru Kano yang tak sebulu dengannya, Sanusi Lamido.



Ia dimuat naik di laman Facebook Asari empat bulan lalu dan tinjauan kami mendapati, ramai rakyat Nigeria yang beragama Islam turut tidak setuju dengan perbuatannya.

Diharapkan dengan penjelasan ini, tidak ada lagi kekeruhan suasana melibatkan gambar anjing berjubah dan berserban di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. - mynewshub.cc


1 comments:

mcm2 skrg ni..lgsg x tkt dgn hazab menghina agama Islam

26 October 2014 at 10:14 comment-delete

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ