Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



KOLEKSI GAMBAR PERHIMPUNAN RAKYAT HAKIM NEGARA



Terkini...Prosiding kes liwat dilanjut hingga Khamis.

Sesi rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang dijadual berlangsung hari ini dan esok (28 & 29 Oktober) akan berlanjutan ke hari ketiga.

Setelah bertanya kepada peguambela kes atau pihak perayu mengenai tempoh masa yang diperlukan dalam penbentangan hujah, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria memberi indikasi bahawa sesi prosiding rayuan berkemungkinan dilanjutkan sehingga Khamis (30 Oktober).

Ini berikutan hujah oleh ketua pasukan pembelaan iaitu Datuk Gopal Sri Ram masih belum selesai sejak prosiding bermula jam 9.20 pagi tadi.

Walaupun sudah berhenti rehat dua kali termasuk makan tengah hari, Gopal Sri Ram yang berhujah tentang kredibiliti saksi utama iaitu Saiful, masih berbaki dua jam. Sesi hujah beliau didengar lagi selepas sidang bersambung semula pada jam 2.30 petang.

Selepas Gopal Sri Ram, ada tiga lagi perayu dalam pasukan pembelaan akan membentangkan hujah masing-masing. Mereka ialah N. Surendran yang bakal berhujah tentang kes pembelaan, Sangeet Kaur Deo yang akan berhujah mengenai prosiding Mahkamah Rayuan dan Ramkarpal Singh yang berhujah tentang keterangan pakar dan bukti perubatan.

Jom saksikan gambar-gambar di luar Mahkamah








































0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ