RM711 JUTA UNTUK PERMATA ADALAH DUIT POKET DS ROSMAH MANSOR??




Selepas berakhirnya bajet 2015 yang diumumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato Seri Najib Tun Hj Abdul Razak petang Jumaat lalu, tersebarlah di laman sosial dan mesej berangkai mengenai RM711 juta yang diumumkan dalam bajet kononnya hanya untuk PERMATA.

Persepsi sesetengah rakyat, PERMATA adalah untuk poket isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Pelbagai tuduhan dilemparkan semata-mata untuk memberi satu persepsi negatif bukan kepada Rosmah sahaja malah kepada anak-anak PERMATA.

RM711 juta yang diumumkan itu bukan semata-mata untuk PERMATA. Berikut adalah kenyataan dalam Bajet 2015;

“Di samping itu, bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 711 juta ringgit kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan.”

Pendidikan awal kanak-kanak ini termasuklah Pra Sekolah yang diselia urus oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Tabika Kemas pula diselia urus oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, PERMATA pula oleh Jabatan PERMATA di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Tadika Perpaduan melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional juga di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Menurut laman HarakahDaily, Rosmah Mansor dikatakan Pengarah PERMATA dan fitnah ini tersebar mengatakan PERMATA sebuah NGO berdaftar yang tidak diaudit dan sebagainya. PERMATA dah ditubuhkan secara berperingkat sejak tahun 2006 dan PERMATA kini diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri diketuai oleh Setiausaha Bahagian bertaraf Jusa C dan Datin Seri Rosmah Mansor hanyalah Penasihat.

Permata diaudit oleh Jabatan Audit Negara cawangan JPM di Kompleks B7 melalui auditing didapati tiada apa-apa aktiviti yangg menyalahi peraturan yang menyebabkan satu laporan perlu dikeluarkan dalam laporan ketua audit negara sejak penubuhannya.

Idea PERMATA ini cukup menarik perhatian penulis kerana, jika KEMAS, Pra Sekolah dan Tabika Perpaduan menarik minat anak – anak berumur 5 hingga 6 tahun, PERMATA memfokuskan pendidikan seawal usia kelahiran. Tidak ramai tahu PERMATA memberi peluang memberi pendidikan percuma kepada ibu bapa yang berpendapatan RM1500.00 bagi luar bandar dan RM2,500 bagi pinggir bandar.

Mereka dididik melalui pelbagai cara, melatih minda mereka dan memberi kenyakinan kepada anak-anak ini. Malah, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDRC) juga telah ditubuhkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk membangunkan kurikulum PERMATA Negara di samping menjalankan penyelidikan ke atas pembangunan asuhan awal kanak-kanak serta memberi latihan kepada guru yang dilatih.

Bukan itu sahaja, PERMATA mempunyai pelbagai bidang dan peringkat dari awal sehingga peringkat menengah, Menariknya diwujudkan juga PERMATA AUTISME untuk kanak-kanak autisme dan membantu meringan beban ibu bapa menjaga kanak-kanak khas ini.

Jika dilihat dari belanjawan-belanjawan lalu, bajet kepada PERMATA dilihat tidak banyak sedangkan saya cukup berharap jika ia diperluaskan kepada setiap negeri hatta setiap daerah di negara ini pun.

Ini lah pelaburan kita bagi masa hadapan bagi melahirkan anak-anak yang bakal menjadi pelapis kepada negara kita. Janganlah meletakkan kepentingan politik melebihi pendidikan anak-anak kita.


Sumber: KLXpress.com.my


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ