10 FAKTA TENTANG PDRM YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI




10 FAKTA TENTANG PDRM

1). Agensi paling tua di Malaysia yang di tubuhkan sejak 1807

2). Memiliki aset-aset yang paling uzur tetapi mampu menjalankan operasi dengan sempurna

3). Mempunyai pasukan separa tentera sendiri iaitu Pasukan Gerakan Am dan 69 Komando

4). Kesemua warga PDRM adalah bertaraf pegawai walaupun berpangkat konstabel (akta polis 1967) dan hanya ada 2 kategori sahaja iaitu Pegawai Kanan Polis ( Inspektor - IGP) dan Pegawai Rendah Polis (Konstabel - Sub Inspektor) dan sebenarnya tiada istilah 'anggota' di dalam PDRM itu hanyalah bahasa pasar sejak dahulu lagi.

5). Mempunyai sistem gaji yang paling tinggi berbanding dengan agensi kerajaan yang lain (pangkat konstabel boleh mencapai pendapatan kasar sekitar RM3000 sebulan megikut cawangan bertugas)

6). 69 Komando PDRM pernah melakar kejayaan dengan menawan 82 pengganas komunis hidup-hidup di satu kem komunis pada 1975 tanpa ada kecederaan dari pihak mereka.

7). Pada 2005, 5 pegawai kanan polis dan 32 pegawai rendah polis dari Pasukan 69 Komando telah diterbangkan ke Kukup Johor bagi melaksanakan operasi merampas semula sebuah kapal MV Natris yg telah ditukar nama kepada MV Paulijing dipercayai dilarikan di perairan Bertam,Indonesia. Kapal tersebut telah dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin di perairan Selat Melaka setelah dilaporkan hilang pada tahun 2003. Operasi ini telah dinamakan sebagai Ops MV Paulijing. Akhirnya mereka berjaya menawan semula kapal ini dan dibawa pulang ke Malaysia.

8). Pada tahun 2000 semasa peristiwa Al Maunah, IGP ketika itu telah menyerahkan operasi kepada pihak ATM tetapi pasukan 69 komando di ketuai oleh C/Insp Abd Razak bin Mohd Yusoff bersama 20 orang pegawai rendahnya terlebih dahulu menaiki bukit ke arah Kumpulan Al-Ma'unah berkhemah serta menyelinap masuk dan menawan pengganas tanpa sebarang kecederaan pada kedua-dua belah pihak sebelum ketibaan pihak Leftenan Jeneral Zaini Mohd Said, komander Tentera Darat 2 jam kemudian.

9). Pasukan Polis Marin pada tahun 1985 pernah bertempur dengan lanun yang baru lepas menyerang bandar Lahad Datu. Keesokannya 2 buah kapal TLDM terdiri daripada KD Badik dan KD Kerambit telah merapat dengan kapal PX 29 dan PX 16. CO kapal TLDM telah pergi ke kapal PX 29 dan PX 16. Mereka agak terkejut melihat pada kesan tembakan dikedua-dua buah kapal tersebut disamping kelongsong peluru yang memenuhi dek dan Open briged kedua-dua kapal. Pertempuran yang amat hebat itu telah di puji oleh pegawai yang berpangkat Leftenan sambil berkata “ Sepanjang sejarah penubuhan TLDM, kami belum pernah berdepan dengan situasi sebegini”. Mananya tidak, hampir semua badan kapal ditembusi dengan peluru. Malah tangga besi dari dek untuk ke Open briged telah putus dan tidak boleh digunakan. Begitu juga dengan Scener Radar turut terkena tembakan. Kedua-dua CO TLDM itu kemudian mengucapkan tahniah atas kejayaan Polis Marin dalam memburu lanun tersebut.

10). Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa pekerjaan polis adalah yang paling stress di Malaysia dan di dalam cawangan polis pula Pasukan Gerakan Am merupakan cawangan yang paling stress berbanding dengan cawangan polis yang lain.


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ