GAMBAR MENARIK SEKITAR PERSANDINGAN DIRAJA TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ)



Johor Bahru, 8/11/2014: Warga Johor berkumpul di Dataran Bandaraya Johor Bahru bagi menyaksikan majlis persandingan Diraja antara Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam. Mereka berkumpul seawal 6 petang.

Istiadat persandingan itu pula berlangsung pada 7.30 petang di Istana Besar Johor yang dipancarkan di secara langsung di dua skrin gergasi yang dipasang di dataran berkenaan.

Pasangan mempelai pula diarak menggunakan kereta tanpa bumbung sejauh tiga kilometer daripada Istana Bukit Serene ke Istana Besar Johor yang disaksikan kira-kira 1,200 jemputan.

Antara tetamu kehormat adalah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN).

Turut berangkat ke istiadat persandingan itu adalah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris, Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil; Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar dan Tunku Aminah.

Che Puan Khaleeda, 21, dirisik putera sulung Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofia Sultan Idrus berusia 30 itu pada 27 September lalu.

Pasangan diraja itu kemudian bertunang secara tertutup yang hanya dihadiri oleh pengawai tinggi kerajaan negeri serta orang kenamaan di Istana Bukit Serene pada hari pernikahan mereka, bulan lalu.

Dalam majlis akad nikah dikendalikan Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin itu pada 24 Oktober lalu, Tunku Ismail menghadiahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan, manakala keluarga perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenalan dengan Che Puan Khaleeda Bustamam di laman Twitter sejak dua tahun lalu sebelum Tunku Ismail menyatakan hasratnya untuk memperisterikan pilihan hatinya itu beberapa bulan lalu.

Che Puan Khaleeda yang juga anak bongsu daripada lima beradik adalah anak kepada pasangan Bustaman Daud dan Aziyah Abdul Aziz yang menetap di Bangsar, Kuala Lumpur. - hmetro













Jom saksikan video di bawah





0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ