Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB

Gambar hiasan dari Abu Farhat photoblog



Tolong baca walau sesibuk mana.. motivasi yang sangat hebat..masya Allah. Bacalah cukup menginsafkan

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid

Saya jumpa lelaki tua ini..Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..Baca al Quran..Umur dalam 70an..
Duduk rumah dekat masjid..Rumah agam besar & menarik..

Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dalam RM 35 juta..
Pendapatan pasif kutip sewa dalam RM70k sebulan...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...
Saya catat & mahu kongsikan..

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..Doa ibubapa adalah segala galanya..Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..Ia datang & berakhir..Urus masa antara 5 waktu solat..Atur kerja dengan sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yang kita mulakan..Berada di masjid, sebelum azan..Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dengan khusyuk..Berserah pada Allah & bertawakal lah..Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..Usaha pagi petang, siang & malam..Usaha lah bersungguh2..Usaha bermula dengan berniat..Lepas itu buat, sampai dapat..Kalau tak dapat, usaha yang lain pula..Adakan masa untuk baca Al-Quran..

Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dengan memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran.. Jadi jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendapat ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..Banyak kan berjalan kaki..Banyakankan minum air masak atau air mineral.. Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan.. Ikat perut & usah membazir.. Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..Usah berlagak seperti orang kaya, padahal kita teman pada syaitan.. Sentiasa lah belanja orang makan & minum.. Apabila makan di kedai yang kecil, perhatikan kebersihan kedai itu.. Apabila bersih masuk.. Disitu kita akan temui ramai org susah.. Belanja mereka makan & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jalan... Apabila dalam perjalanan, berhenti..Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2.. Malam, buang sampah sarap.. Basuh pinggan mangkuk.. Pastikan semua teratur sebelum tidur..

Gunakan waktu antara maghrib & isyak untuk tuntut ilmu agama.. Boleh dengar orang mengajar.. Boleh juga baca kitab.. Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi.. Siapkan bahan untuk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa orang.. Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri.. Usah pakai posmen apabila depani soal penting.. Biar kita merangkak panjat bangunan.. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan.. Yang penting, sampaikan dengan tangan sendiri..

9. Balik malam, usah cakap penat, usah cakap letih.. Usah cakap sakit.. Apabila sakit, senyum.. Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga.. Siapakah dalam dunia ini yang tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina.. Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW.. Namun, baginda ajar kita untnk maafkan semua orang..

10. Niat kan mahu kaya.. Niat kan mahu bantu ramai org.. Niat mahu jadi manusia berguna.. Niat itu macam tulis surat.. Dulu tiada internet, macam tulis surat lah.. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu.. Maka tulis alamat betul2.. 


Ayuh kita istiqamah dalam amalan kebaikan...yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah... bersama amar maaruf nahi mungkar..


Satu perkongsian daripada whatsapp


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ