Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PERSIAPAN PDRM SEMPENA MAJLIS ISTIADAT PERSANDINGAN MEMPELAI DIRAJA JOHOR



Polis Johor sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan para jemputan VVIP seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapore yang telahpun mengesahkan kehadiran mereka. Hari ini seramai 257 orang yang terdiri dari pegawai dan anggota polis trafik dari seluruh Malaysia berkumpul di Bandaraya Johor Bahru bagi menjayakan serta melicinkan perjalanan Majlis Persandingan Diraja Johor ini yang diberi nama OPS MEMPELAI DIRAJA.

Sementara itu sepuluh jalan utama di bandar raya ini akan ditutup kepada lalu lintas bersempena Majlis Istiadat Persandingan Mempelai Diraja, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam di Istana Besar Sabtu ini.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, ini bagi memastikan majlis bersejarah itu akan berjalan lancar.

Jalan yang akan ditutup bermula pukul 5 petang sehingga tengah malam itu ialah persimpangan Jalan Tun Razak-Pantai Lido, susur Jalan Tun Razak-Pantai Lido, Lebuh Raya Pantai-Pantai Lido, lampu isyarat Country Garden, lampu Isyarat Hotel M-Suites, Jalan Thompson-Jalan Skudai Pantai Lido; Jalan Abu Bakar-Jalan Skudai Pantai Lido, Jalan Gertak Merah-Jalan Skudai Pantai Lido, persimpangan Tun Sri Lanang (Bangunan Lot 1)-Lampu Isyarat Gertak Merah dan Jalan Molek-Lampu Isyarat Jalan Gertak Merah.

Sementara itu, orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif ke pusat bandar raya iaitu Jalan Kolam Ayer, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Lingkaran Dalam/Susur Jalan Mahmoodiah, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Gertak Merah-Pusingan U ke Jalan Lingkaran Dalam dan Jalan Datin Halimah.


















1 comments:

Tahniah Tuanku..moga semua berjalan lancar..

7 November 2014 at 11:27 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ