Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



AMANAT ORANG TUA TERSELIT DALAM RAHSIA HAMIL LISA SURIHANI





Akhirnya desas-desus yang mengatakan Lisa Surihani hamil sudah terjawab.., perkara ini disahkan sendiri oleh suaminya, Yusry Abdul Halim.. Mungkin Yusry tak nak timbul banyak spekulasi dan anggapan yang tak masuk akal dari pihak lain..

Ingat lagi tak, bila mereka rahsiakan perkara ni ada orang buat spekulasi pasangan ni cuba nak sorokkan kehamilan sebab dah terikat dengan kontrak stesen TV..

Bukan mereka saja nak rahsiakan, cuma mereka mengikut pandangan orang-orang tua memandangkan kandungan Lisa pun masih di peringkat awal..

“Kami sudah berbincang mengenai perkara ini dan ya, dia sudah mengandung. Cuma ia masih terlalu awal dan sebab itu kami tidak mahu kecoh.

“Ada yang cakap itu dan inilah termasuk kononnya kami berdiam diri kerana akan terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV.

“Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama,” katanya.. yang dipetik oleh A/Utara.News.com

Mesti ramai peminat mereka gembira mendengar berita ni.. Apapun, marilah kita ucapkan tahniah atas kehamilan ini dan mendoakan agar Lisa diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.. 


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ