MISTERI KUBUR ATAS JALAN DI SEKSYEN 10 TERBONGKAR?




Menyeramkan dan membimbangkan. Berikut adalah pendedahan oleh rakan blogger, Bela 13 berkenaan isu kubur yang berada di tengah jalan. Mari baca dan teliti ini semua berpunca daripada apa!

Beberapa Gambar yang dikirimkan kepada saya pagi tadi melalui WhatsApp. Tengok gambar pertama dah cukup misteri bila tiba-tiba ada kubur atas jalanraya. Baca apa yang tersirat dari gambar superimpose tu.. Info dari pengirim gambar ni dirakamkan di Seksyen 10 Shah Alam.



Jarak tak sampai 10 minit untuk ke pejabat Menteri Besar Selangor. Mungkin MB tak pernah lalu jalan ni. Dan kalau lalu pun tak mungkin dia akan nampak sebab dia bukan lalu naik basikal pun.

Kalau dilihat dari lubang tu dah cukup bahaya bagi penunggang motorsikal. Mungkin tiada masalah bagi yang dah biasa lalu dah tentu mereka akan elak. Tapi macam mana dengan yang tak biasa?

Bila waktu hujan air bertakung, siapa tahu dekat situ ada lubang besar? Tayar pecah, rim bengkok boleh diganti lagi. Tapi kalau penunggang motosikal jatuh tergolek dan meninggal dekat situ siapa nak ganti nyawa?

Mereka akan guna alasan yang itu adalah lubang 'mainhole' tak boleh diturap dengan tar sebab nanti menyusahkan pihak yang nak menggunakan lubang tu. Tapi kalau terus dibiarkan macam tu tak menyusahkan orang lain? Nak tunggu ada kematian baru nak selesaikan masalah?

Bak kata orang "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Jadi sepatutnya mereka yang sepatutnya dah fikirkan cara macam mana nak selesaikan masalah tu. Bukan bagi beribu alasan.

"Masa saya dekat situ tak sampai 10minit pun dah nampak ada beberapa motorsikal hampir terbabas sebab nak elak lubang" - Pengirim

"Ada juga pengunggang motor yang terlanggar lubang tu dan kemungkinan rim dia rosak. Mujur bukan nyawa yang melayang" - Pengirim





0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ