GEREJA TAMAN MEDAN UMPAMA MASJID DI VATICAN CITY!!!






GEREJA RUMAH KEDAI DI TAMAN MEDAN UMPAMA MASJID DI VATICAN CITY!!

SETUJU TURUNKAN SALIB TETAPI PENDUDUK DIPERLEKEHKAN KERANA TAKUTKAN SALIB!





Berita semalam...

Sekumpulan penduduk tempatan berkumpul di tepi Jalan PJS 2B/3, Taman Medan, Petaling Jaya untuk membantah kewujudan sebuah gereja di Taman Medan yang disifatkan mereka sebagai cubaan mengganggu-gugat keamanan dan keharmonian kawasan berkenaan

Ini adalah kerana 95% daripada penduduk di Taman Medan, majoriti mereka adalah beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Lebih kurang 40 orang AJK Penduduk PJS 2 dan wartawan telah hadir dalam sesi bantahan tersebut. Antara intipati bantahan ialah:

  1. (1) Penduduk tidak mahu gereja diwujudkan di sekitar kawasan PJS2 kerana majoriti penduduk beragama Islam adalah seramai 95%.
  2. (2) Lambang salib gereja tesebut begitu ketara dan boleh dilihat dengan jelas oleh penduduk kawasan itu seolah-olah memberi isyarat bahawa kawasan berkenaan telah pun dikuasai oleh Kristian.
  3. (3) Penduduk turut mempersoalkan kelulusan yang diberikan oleh MBPJ untuk gereja tersebut beroperasi di atas sebuah rumah kedai dan bertanyakan status premis tersebut sama ada didaftarkan atas rumah ibadat atau atas nama syarikat.
  4. (4) Kegagalan Wakil Rakyat memainkan peranan dan menjaga sensitiviti umat Islam di kawasan berkenaan.





Ketika bantahan berlangsung, terdapat lebih kurang 15 orang Kristian sedang berkumpul untuk khutbah mingguan dalam gereja berkenaan. Polis tiba pada jam 10:30 pagi iaitu sebaik-baik sahaja khutbah Ahad selesai dan bertindak sebagai pendamai antara kumpulan pembantah dan para pemimpin gereja.

Seorang pemimpin setempat yang menenangkan penunjuk perasaan dan menjadi wakil penduduk untuk berunding dengan gereja berkata, gereja bersetuju untuk menurunkan tanda salib tersebut pada Ahad hadapan.

"Sekiranya mereka mendapat kelulusan dari pihak berkuasa, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Tetapi kami meminta pertimbangan, ini adalah kawasan kawasan bermajoriti Melayu yang memerlukan mereka menurunkan tanda salib itu," kata ketua penunjuk perasaan, Abdullah Abu Bakar sebagaimana yang dipetik oleh The Star Online sebagai berkata. (SUMBER)

Blogger Helen Ang dalam komentarnya merujuk kes ini dengan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negara China dan Singapura yang langsung tidak bagi muka kepada kaum Evangelist. (RUJUK SINI).




Dan menurut blogger tersebut, Kerajaan Melayu Malaysia seharusnya mencontohi KERAJAAN CINA CHINA dan KERAJAAN CINA SINGAPURA dalam menghadapi ancaman bahaya yang dimulakan oleh kaum Evangelist apatah lagi Malaysia adalah negara yang menjadikan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan walaupun pada masa yang sama, membebaskan aktiviti penganut dan ajaran agama-agama lain di negara ini tertakluk kepada Perlembagaan.



Sudah kedengaran suara-suara sumbang liberalisme yang menjadikan sensitiviti orang Melayu sebagai bahan mainan dan momokan. Menariknya, golongan yang paling pantas menjadikan isu ini sebagai isu yang boleh digunakan untuk menggambarkan orang Melayu sebagai mudah panik, adalah golongan muda Melayu yang melihat diri mereka sudah cukup sempurna.


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ