Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Israel TIDAK BERANI Serang Malaysia Jika TAHU KEHEBATAN Rakyat Malaysia ini







1. Ambo rasa bahawa Israel tak tahu di Malaysia ni ada UNIT AMAL PAS, Angkatan Muda PKR, Sister in Islam, IFC, IKRAM, Bersih, Comango, Negara-ku. Mereka mampu berkumpul di Dataran Merdeka pada bila-bila masa apabila dikerah. Mereka mampu menyerang Polis dan melompat-lompat di atas kereta Polis yang sedang bergerak. Mereka mampu merempuh sekatan Polis. Mereka mampu menjerit dan memaki hamun tanpa henti selama berjam-jam.

2. Israel juga tak tahu bahawa di Malaysia ada anak-anak muda yg sedia merusuh bila keseronokkan mereka bermain letupan dilarang! Benda-benda meletup ni kacang je bagi orang Malaysia. Mereka juga berani mencucuh mercun bola hingga memutuskan tangan dan membutakan mata mereka sendiri.

3. Israel juga tak tahu bahawa anak-anak muda Malaysia lebih hebat dari al Qassam. Mereka boleh bawak motor sambil meniarap, terlentang dan berdiri!






4. Anak-anak muda di Malaysia juga ramai ada kepakaran pecah masuk secara senyap. Letaklah grill besi pun, mereka tetap boleh masuk! Setakat nak pecah masuk Pengkalan Tentera Israel, bereh je!

5. Mereka juga mungkin tak tahu Malaysia ada orang yang mampu mencampakkan kepala babi dalam masjid. Setakat hendak lempar kepala babi dan bangkai ayam berdarah kepada Israel senang saja.

6. Mereka juga tak tahu bahawa orang Malaysia ni garang. Mereka boleh tetak orang Melayu di cybercafe, mereka menghina ALLAH dengan selamba, menghina Nabi Muhammad, menghina Islam, menghina Al-Quran, menghina Sultan, menghina Melayu, menghina Negara Malaysia, menghina Perlembagaan Persekutuan, menghina Undang-Undang, menghina lagu Negaraku, menghina Bendera Jalur Gemilang, menghina PDRM, menghina ATM dan memaki hamun azan. Masih banyak kes di mana Polis dan AG tidak dakwa mereka, inikan pula Israel, berani ke..

7. Israel juga tidak tahu Malaysia mempunyai Raja Bomoh Antarabangsa yang mampu menyerang menggunakan dua biji kelapa, bubu dan raga. Tentera Israel pasti terpinga-pinga kebingungan melihat senjata tersebut.

8. Kerana tak ada maklumat tentang semua ini, boleh Israel tuduh Malaysia secara mentah-mentah. Kalau tahu Malaysia memiliki ini semua, tentu Netanyahu akan ketar lutut serta tarik balik tuduhan dan minta maaf.


KELEMAHAN KETARA RAKYAT MALAYSIA

Walau hebat macam mana pun, mereka mempunyai kelemahan yang ketara dan jika diketahui oleh Israel pasti digunakan oleh mereka.

1. Isteri-isteri di Malaysia sangat ditakuti oleh suami mereka walaupun suami itu seorang Perdana Menteri.

2. Beberapa orang rakyat Malaysia yang sanggup menjadi agen zionis dan mereka mampu melacurkan agama dan bangsa mereka sendiri demi dana Yahudi dan gila kuasa termasuk menjadi perdana menteri.


*Jangan marah-marah...anda diberi peluang untuk tambah lagi, sila komen hahahaha






1 comments:

This comment has been removed by the author.

20 April 2015 at 20:26 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ