Petua Mengekalkan Kesegaran Ikan





PELBAGAI cara untuk menyimpan hasil tangkapan seperti ikan untuk tahan lebih lama selepas aktiviti memancing seharian sama ada di pedalaman hutan ataupun di laut. 

Namun, sekiranya kita tidak mempunyai kelengkapan menyimpan yang cukup seperti tong ais, masalah ikan cepat busuk akan terjadi dan keadaan ini merumitkan pemancing itu sendiri Petua di sini, ambil ikan hasil tangkapan itu dan siang dengan dibuang segala isi perut dan sisiknya. 


Gambar kredit Zulhealme.blogspot


Selepas itu, bungkuskan ikan tadi dengan kertas surat khabar dengan keadaan berdarah tanpa dibasuh. Bungkusan pula, hendaklah dibuat satu persatu tanpa dicampur dengan ikan lain. 

Kemudian, letakkan bungkusan tadi itu di tempat yang redup. Ikan berkenaan akan tetap segar walaupun dibungkus selama 24 jam. 

Petua ni wajar digunakan sekiranya kita berada di luar untuk jangka waktu yang agak lama. Kalau kat rumah lebih baik masukkan saja kat dalam peti sejuk...



0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ