Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PUNCA SEBENAR KENAPA PAS TIDAK TURUT SERTA BERSIH 4.0




CERITA SEBENAR KENAPA PAS TIDAK TURUT SERTA DALAM BERSIH 4.0

Sedang kami berkursus dalam Kursus Emergency dan Trauma anjuran Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia di Sg. Congkak Hulu Langat.. Kehadiran Ust. Nasaruddin Tantawi amat mengejutkan kami, beliau diberikan kesempatan memberikan sepatah dua kata..

Beliau menceritakan cerita sebenar disebalik BERSIH 4.0.. Bersih 1~3 Pas merupakan penganjur bersama.. Semua syarat PAS dituruti iaitu perhimpunan aman dan bertatasusila Islamik dan tidak menggalakkan campuran lelaki dan perempuan..

Namun pada bersih 4.. PAS telah ditolak awal dr jadi penganjur bersama kerana dasar PAS yang Islamik dan berpendirian tegas utk tidak mengheret rakyat kepada aktiviti mengharu birukan keselamatan negara.

PAS yg ditolak sebagai penganjur bersama namun diminta mengerahkan ahlinya dan Sayap Utama dlm kebajikannya (Unit Amal) utk turun seramai mungkin.. Tindakan ini seolah menghina PAS kerana sikap mereka AJK BERSIH 4.0 ini nak meletakkan para pimpinan PAS dan UNIT AMAL sebagai budak suruhan mereka..

Islam yg sepatutnya memerintah tetapi mereka (ajk bersih) nak memerintah Islam..Mana mungkin.. Pengalaman Unit Amal menjaga program/aktiviti mereka sebelum ini yg berkhemah di dataran merdeka menghasilkan ketidakpuasan hati ahli amal yg bertugas kerana mereka mengadakan aktiviti hiburan, minum arak dan berdua-duaan di dalam khemah masing2, sehingga ada terdpt kondom bertebaran di kawasan mereka berkhemah..

Bayangkan jika aktiviti yg lebih kurang sama nak dibuat dr 29 hingga 30 Ogos ini melibatkan ribuan yg hadir selama 36jam.. Tiada aktiviti yg khusus dirancang hanya nak duduk atau occupy padang dataran tersebut selama 36jam.. Jika berlaku kes yg sama seperti yg lepas dimana tiada kawasan khas muslimat@perempuan dan muslimin@lelaki (semua campur sekali) ini akan mendtgkan maksiat.. Program tersebut juga akan disertai oleh pelbagai NGO termasuk LGBT (ngo lesbian dan gay) sanggupkah UNIT AMAL menjaga keselamatan mereka?

Ust. Nasaruddin Tantawi menegaskan tak sanggup melihat unit amal menjadi budak suruhan utk kerja2 maksiat mereka..

👍👍👍👍👍👍👍👍

Nota penting tentang Bersih 4.0.Untuk ahli Pas dan umum.

1)Pas hantar wakil 2 orang sahaja mewakili Pas.Tidak larang ahli untuk pergi atas nama individu.

2)Dalam Bersih 1 Pas menjadi main power dalam penganjuran.Bersih 2 dan 3 ada ajk perlaksana yang di lantik dan Pas menjadi panduan dan rujukan utama.Dalam Bersih 4.0 Pas di panggil lewat dalam membuat keputusan.

3)Dengan krisis sekarang ramai yang menjadi musuh Pas dan menunggu peluang untuk menyerang dan mencari salah Pas.Jadi Pas mengambil langkah berjaga-jaga.

4) Arif di bawah ghb sudah memaklumkan akan menjaga lalu lintas dan orang ramai yang turun demo.Maka andai Unit Amal Pas juga turun bimbang akan berlaku provokasi dari mana2 pihak dan membandingkan Amal dan Arif.Pas tidak mahu itu berlaku.

Intipati dari ucapan YB KP Ust Nik Abduh Nik Abdul Aziz.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ