Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Sekurang-kurang 62 jemaah haji terkorban dalam insiden kren jatuh di Masjidil Haram



Sekurang-kurang 62 jemaah haji terkorban dalam insiden kren jatuh di Masjidil Haram


Sekurang-kurang 62 jemaah haji terkorban dalam insiden kren jatuh di Masjidil Haram
Dalam kejadian itu difahamkan 4 rakyat Malaysia cedera di mana tiga daripada mereka mengalami cedera ringan .

MAKKAH: Sekurang-kurangnya 62 jemaah haji terkorban dalam kejadian membabitkan kren terjatuh di Masjidil Haram, Makkah pada jam 4.30 petang (waktu tempatan).

Pihak Berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman twitter mereka berkata, 30 jemaah lain dilaporkan cedera.

Dalam kejadian itu difahamkan empat rakyat Malaysia cedera di mana tiga daripada mereka mengalami cedera ringan manakala seorang patah kaki, namun belum dapat disahkan.

Kren yang digunakan dalam projek pembesaran Masjidil Haram dikatakan tumbang sebelum menghempap jemaah.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu dalam tempoh terdekat.

Sementara itu wartawan Bernama yang membuat liputan haji menerusi program Tabung Haji (TH) berkata kejadian hujan lebat itu dipercayai kali keempat berlaku dalam tempoh sebulan.

"Hujan hari ini paling lebat, kira-kira setengah jam hujan turun," kata Mohd Shukri Ishak yang membuat liputan haji sejak 12 Ogos lepas.

Dalam pada itu, kerajaan sedang dalam proses mendapatkan pengesahan jika ada jemaah Malaysia terbabit dalam kejadian kren tumbang yang dilaporkan berlaku di kawasan Masjidil Haram, Makkah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya dimaklumkan mengenai kejadian di Makkah yang mana ada kren jatuh di kawasan Masjidil Haram.

Kerajaan sedang mengesahkan jika ada jemaah Malaysia yang terbabit," kata beliau menerusi laman Twitternya awal pagi Sabtu.








Sumber: astro awani



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ