Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Angelina Jolie Lawat Kem Pelarian Syria




Pelakon dan pemenang anugerah Oscar, Angelina Jolie sekali lagi tampil membantu masyarakat pelarian apabila melawat satu kem di selatan Turki yang menempatkan beribu-ribu penduduk Syria yang melarikan diri akibat pepe­rangan.

Bintang Hollywood dan Duta Khas kepada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu telah melawat kem di Mardin sempena Hari Pelarian Sedunia bersama Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Orang Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres. Sebelum itu mereka menemui Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang turut berada di bandar tersebut.

“Kami di sini atas satu sebab yang mudah iaitu kawasan ini adalah pusat krisis global,” kata Jolie kepada pemberita.

“Ini bukan sahaja krisis pelari­an tetapi krisis keselamatan global yang membawa kepada krisis pelarian yang paling teruk pernah direkodkan apabila berlaku perpindahan besar-besaran dalam satu masa,” katanya.

Lawatan Jolie dan Guterres dibuat selepas PBB pada Khamis lalu menyatakan jumlah penduduk yang terpaksa melarikan diri akibat perang, keganasan dan penganiayaan mencatat jumlah 59.5 juta dengan sebahagian daripadanya adalah kanak-kanak.

















0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ