Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Jom Melawat Kilang Membuat Mancis Api Di Kelantan




Kilang Mancis Cap Lada yang terletak di alamat 4874- A, Jalan Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan dan telah beroperasi dari tahun 1933 iaitu kira- kira 82 tahun.

Untuk pengetahuan, hanya kotak dan mancis sahaja yang dibuat di kilang ini, manakala batang mancis di import dari negara China kerana kos penyelenggaraan jauh meningkat.

Kilang ini boleh menghasilkan 800,000 kotak mancis sehari dengan penggunaan mesin lama dan proses penghasilannya yang masih menggunakan kaedah tradisional. Secara tak langsung, bukan sahaja memberikan pulangan dan manfaat kepada masyarakat setempat khususnya dapat menyumbang kepada pendapatan negara.

Kelantan Match Factory, mempunyai hampir 30 orang pekerja yang sedang bertugas di Kilang Mancis tersebut. Tugas mereka tidaklah hanya khusus untuk sesuatu bahagian dalam menjalankan tugas, adakalanya mereka akan ditukarkan bahagian lain mengikut keperluan kilang.

Pada masa kini, mancis kayu masih lagi diperlukan walaupun permintaan dan pengeluarannya tidak sebanyak dahulu. Permintaan yang tinggi terhadap pemetik api moden mendorong situasi tersebut.

Kelantan Match Factory merupakan Kilang Mancis paling lama dan tertua di Malaysia dan masih beroperasi sehingga kini.

Sumber














Manakala di bawah pula adalah kilang memproses mancis sepenuhnya di luar negara. Menurut artikel di atas, kilang mancis di Kelantan tidak memproses batang mancis kerana kos penyelenggaraan yang tinggi maka mereka mengimportnya daripada negara China.
















Bilah-bilah kayu kecik yang disusun sedemikian rupa, untuk merendamnya di dalam larutan asam ortofosfat, setelah itu disempurnakan bentuk kepalanya dengan merendamnya lagi di dalam larutan belerang.

















1 comments:

Ada contact no tak

19 December 2018 at 08:40 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ