Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



LIMA PELUANG MASYARAKAT CINA MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA





Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng adalah calon Perdana Menteri Malaysia daripada parti DAP. Beberapa tahun dahulu, ketika saya berjalan-jalan di Klang di sebuah gudang barangan dari negara China, saya bertemu sebuah keluarga Cina dan saya bertanya seorang anaknya siapakah Perdana Menteri Malaysia hari ini? Saya sangat terkejut apabila anak sekolah itu menjawab Mr. Lim Guan Eng!

Daripada jawapan anak kecil itu ada pelbagai perspektif. Pertama, masyarakat Cina di Malaysia sejak kecil telah diasuh bahawa pemimpin utama mereka ialah Lim Guan Eng. Kedua, cita-cita mereka di dalam politik sudah tentulah mahukan seorang daripada bangsa mereka menjadi Perdana Menteri di Malaysia. Ketiga, mungkin anda ada persepsi yang tersendiri. Silakan, nyatakan.

Di Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang, sejarah membuktikan pemimpin Cina pernah menjadi Ketua Menteri.

Peluang pertama - Sebenarnya peluang orang Cina menjadi Timbalan Perdana Menteri ialah semasa Tunku Abdul Rahman. Pada awal tahun 1960, Tunku telah memilih Tun Tan Siew Sin sebagai Menteri Kewangan dan kemudiannya bercadang mahu melantik Tun Tan Siew Sin sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua. Malangnya, Lee Kuan Yew tidak bersetuju dan amat marah kepada Tunku Abdul Rahman. Menurut Lee Kuan Yew, PAP lebih layak menjadi Timbalan Perdana Menteri (The Singapore Story, 1998, Lee Kuan Yew)

Peluang kedua - Ketika UMNO diharamkan, pengerusi Barisan Nasional dipegang sementara waktu oleh Tun Dr. Ling Liong Sik. Pada ketika itu, UMNO mengambil masa beberapa hari untuk ditubuhkan dengan nama UMNO (Baru). Walau bagaimanapun, saya percaya Tun Dr. Ling Liong Sik bukanlah seorang pemimpin yang rakus atau tamak. Beliau tahu batas dan sempadan. Jika tidak, beliau boleh sahaja merampas kuasa secara pentadbiran ketika itu (Syed Hussien Al-Attas)

Peluang ketiga - Ketika tsunami Cina berlaku (PRU12/2008), DAP telah menguasai negeri-negeri kaya seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Namun, ianya masih tidak mencukupi untuk mereka memerintah kerajaan persekutuan dengan satu parti dominan (DAP) melainkan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor sahaja. Mereka berjaya di peringkat negeri tetapi gagal di peringkat pusat. Kerana itulah mereka bersungguh-sungguh setelah melihat peluang yang semakin terbuka.

Peluang keempat - Jika mengikut gelombang 2008, DAP sepatutnya berjaya menguasai semula Perak dan mengekalkan Kedah, ianya juga gagal kerana kesedaran orang Melayu mempertahankan kuasa mereka mula timbul. Sebab itulah UMNO meningkat daripada 78 kerusi (2008) kepada 88 kerusi (2013) di parlimen.

Peluang kelima - Adakah masyarakat Cina mempunyai peluang lagi pada masa hadapan, setidak-tidaknya pada PRU14? Saya melihat ianya semakin sukar kerana sebab-sebab berikut:-

1. Apabila berlaku krisis DAP-PAS di mana sekarang ianya semakin buruk dengan perpecahan kepada parti serpihan PAN (Parti Pekerja/Parti Amanah Negara).

2. Lim Kit Siang telah membayangkan masa hadapan yang gelap apabila beliau meluahkan kerisauannya mengenai masa depan politik Malaysia, malah mengajak mantan Perdana Menteri bersama-samanya untuk membina Malaysia baharu.

2. Pakatan Harapan tidak mempunyai pemimpin Melayu yang karismatik di peringkat nasional. Belum ada pemimpin pembangkang yang boleh menandingi DS Anwar Ibrahim. Adakah anda bersetuju Mohd. Sabu sebagai pengganti DS Anwar Ibrahim ?

3. Himpunan Merah adalah manifestasi dan reaksi orang Melayu terhadap sentimen baju Kuning. Malahan Himpunan Hijau oleh PAS adalah fraksi seregu Himpunan Merah yang berseteru dengan Himpunan Kuning. Maknanya Himpunan Kuning berdepan dua pasukan iaitu Himpunan Merah dan Himpunan Hijau. Kesilapan ini lebih kepada kesilapan strategi oleh DAP. Mereka tidak menjangka implikasi ini.

4. Implikasi pemikiran DAP dalam mengurus masyarakat Majmuk di Malaysia sebenarnya silap. Bagi saya, DAP boleh menguasai pemikiran sebahagian besar masyarakat Cina, tetapi DAP tidak boleh mengurus masyarakat Melayu dan Islam dengan cara DAP mengurus masyarakat Cina. Jawapannya pasti akan berantakan! Lihatlah sekarang, anda merasa tension dan stress. Saya bersetuju pandangan Profesor Heng dari American University dalam hal itu (September 11, 2015).

Solusi
Solusinya ialah anda perlu kembali ke (1) pangkal jalan. (2) Anda mesti membaca semula sejarah. (3) Anda mesti mengetahui perjanjian pemimpin-pemimpin sejarah anda di awal kemerdekaan. (4) Anda mesti mengekalkannya kerana itulah kunci keamanan. (5) Jika anda merubah asas kenegaraan, anda terpaksa bermula dari satu langkah yang baharu.

Lim Kit Siang telah menulis hal 'Malaysian Malaysia' dalam bukunya yang saya baca sejak saya masih bersekolah lagi (Malaysia Crisis Identity). Saya suka membacanya tetapi 70% daripadanya saya tidak bersetuju. 30% lagi adalah human factor.

Selamat membaca.


The University City,
PHA, PA, USA.
September 26, 2015.




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ