Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



TENTERA 509 DAN KERAJAAN PH

TENTERA 509 DENGAN KERAJAAN PH


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tinggal lagi lebih kurang 535 hari kita akan berjumpa dengan tahun 2020. Tahun yang penuh misteri dan mistik. Ia juga adalah tahun pilihan seorang pemimpin politik di awal 90an dahulu. Tentang wawasan untuk meletakkan negara sebagai sebuah negara maju merangkumi dalam bidang ekonomi, pendidikan, sosial, agama, politik dan banyak lagi. Untuk mencapai wawasan ini 9 matlamat telah digariskan. 9 matlamat ini jika diteliti dengan hati, jiwa dan raga... kita akan dapat melihat ia menjauhkan kaum yang beragama islam dengan agamanya. Saya maksudkan kelompok islam liberal. Wawasan ini hanya boleh dicapai sesudah masyarakat didalamnya diliberalkan sepenuhnya. Tidak akan berjaya wawasan ini jika masyarakatnya masih kuat berpegang dengan agamanya. Dan usaha untuk menukarkan masyarakat melayu yang masih tebal dengan pegangan agamanya telah dimulakan sejak era kemerdekaan. Melayu diperkenalkan dengan konsep fahaman sekular. Pemisahan agama dari sosial. Intelektual2 yang lahir dari sistem ini bila terlibat didalam politik, ia akan menterjemahkan pemikirannya dalam dasar kerajaan yang mahu dibawanya. Dari sistem ini muncullah kelompok liberal. Kelompok ini nanti akan membiakkan pula kelompok yang teramat jauh dari Tuhannya.

Selepas PRU 14 kita telah melihat pelbagai perkara pelik terjadi. Antaranya AG dipecat, Ketua Hakim didesak letak jawatan, KP SPRM dipecat, gabenor BNM letak jawatan. Didalam banyak2 perkara pelik ini, saya cuma tertarik dengan status kes A.Kadir Jasin dan Hishamudin Rais yang tidak diambil apa2 tindakan selepas menghina institusi beraja. Dua individu ini tidak keseorangan dalam menghina institusi beraja malahan ia turut disertai ramai rakyat pelbagai kaum yang saya namakan "tentera 509". Seperti A.Kadir Jasin dan Hishamudin, mereka juga tidak dikenakan apa2 hukuman dan jika ada hukumannya cukup ringan dengan denda yang tidak seberapa. Seolah2 perbuatan biadap ini direstui oleh pemerintah. Jika kita masih ingat 509 adalah simbol tarikh pilihanraya yang dipilih mantan Perdana Menteri ke-6. Tetapi yang mempopularkan simbol 509 ini adalah pembangkang di masa itu yang kini sudah berjaya membentuk kerajaan. Kita boleh jumpa banner tertera " Jom Balik Undi 509" datang dari pembangkang di masa itu.

Apa sebenarnya 509 ini? Anda semua masih ingat tahun ini 1511? Bagi warga Malaysia tidak bermasalah untuk tahu 1511 ini tahun apa tetapi bagi frens saya yang luar dari Malaysia, 1511 adalah tahun tumbangnya Melaka dan bermulanya misi 3G (gold/glory/gospel) di bawa ke Tanah Melayu (TM) bermula dari Portugis. Penjajah pertama gagal dalam misi disambung oleh Belanda juga gagal. Kemudian disambung lagi oleh Inggeris juga berakhir dengan kegagalan. Sudah 3x misi berakhir dengan kegagalan. Apakah mereka sudah berputus asa? Kita lihat ya tahun 2020 yang dicanang seantero dunia Malaysia menuju gemilang. Cuba 2020 ini tolakkan 1511, brapa yang kita perolehi? 509 kan jawapannya. Ini bermakna tahun 2020 itu ada agenda sulit yang dirancang dan agenda ini sama sekali berbeza dengan misi dan visi yang didendangkan pada kita sejak tahun 1990an.

Dan kita lihat lagi sejarah silam yang berlaku di Rome, Italy. Sistem monarki di Rome dipercayai bermula dari tahun kota Rome didirikan iaitu 753 SM oleh Romulus. Sistem monarki ini mampu bertahan selama 244 tahun sahaja. Rakyat jelata bergotong royong menggulingkan raja mereka Lucius Tarquinius Superbus. Tahun terjadi penggulingan raja ini ialah pada 509 SM. Bermula tahun 509 SM sehingga kini 2018 Rome, Italy adalah negara republik. Hehehe 509 lagi. Baru2 ini tular kes bekas peguam Fadiah Nadwa menulis tentang sistem Raja Perlembagaan sudah tidak relevan dengan keadaan sistem demokrasi semasa. Semasa ditahan untuk soalsiasat polis apa katanya, "I'm not alone". Saya suka ayatnya "i'm not alone". Mungkin ada yang masih ingat kata2 saya beberapa tahun lepas, menjelang hampirnya tahun 2020 gerombolan2 tentera anti monarki akan agresif menyerang institusi raja ini dan kini sudah jadi kenyataan. Fadiah Nadwa bukanlah orang pertama yang menghina institusi raja ini dan tentera 509 ini akan bertambah agresif dalam mengatur serangan menjelang menuju tahun 2020 ini.

Bagi kita 509 hanyalah sekadar angka2 akan tetapi bagi pengikut2 kabbalis, 509 punya unsur2 ketuhanan mereka tersendiri. Saya tidak mahu ulas panjang2 apa itu 509, ini anda boleh cari sendiri bertanya dan gogel apa itu "Angel 509". Disitu nanti anda akan dapat keterangannya. Seperti kata Fadiah Nadwa dia tidak bersendirian dalam misi ini. Selain di belakangnya berdiri tentera 509, ia juga mendapat sokongan sepenuhnya 'angel 509'. Selain itu mereka juga mendapat sokongan dari 509th Bombardment Wing salah satu unit dalam US Air Force. Peranan unit ini bukan kecil2 anak. Dalam WW2 unit ini lah yang mengebom Hiroshima dan Nagasaki sehingga tentera imperial Jepun menyerah kalah. Misi Fadiah yang dibantu barisan2 handalan di belakangnya adalah sama seperti rakyat Rome lakukan keatas Lucius Tarquinius Superbus pada 509 SM dahulu. Selepas tumbangnya monarki, mandat kuasa jatuh bulat2 kepada presiden. Ketika itulah bermulanya semula misi 509 tahun lalu yang dibawa Portugis ke Tanah Melayu cuma kali ini kemungkinan besar mereka akan sedikit twist dari misi asal 3G iaitu lebih condong ke misi baru OWR (One World Religion). Cukuplah setakat ini sahaja dulu penulisan saya, ini pun dah panjang lebar.

Sumber : fb Haniz Zerstoren




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ