Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Shahir Akui Berkawan Dengan Erra Fazira




Walaupun berdolak-dalik pada awalnya, akhirnya juara Akademi Fantasia 8, Shahir mengakui dia kini sedang berkawan dengan bintang jelita Erra Fazira.

Kata penyanyi lagu ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ ini, tidak salah untuk dia berkawan dengan rakan-rakan seperjuangan apatah lagi artis berpengalaman seperti Erra.

“Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut,” katanya.

Ditemui semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, Shahir merasakan Erra adalah sumber rujukan terbaik untuk artis-artis muda sepertinya.

“Saya anggap Erra Fazira sebagai Erra Fazira. Dia seorang artis berpengalaman yang boleh dijadikan sumber rujukan artis-artis baru seperti saya,” ujar penyanyi berusia 26 tahun ini.

Kesahihan gosip di antara Shahir dan Erra terus menjadi tanda soal apabila Erra enggan memberi sebarang maklumbalas apabila ditanyakan hlive! pada majlis anugerah itu.

“Kalau boleh saya tidak mahu memberi komen apa-apa selain dari ABP. Kehidupan peribadi saya, saya tidak mahu komen. Hari ini adalah hari ABP,” kata Erra.

Gosip ini timbul apabila diberitakan Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dan mereka dikatakan sedang rapat.

Terdahulu, Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek, 40 tahun, dan Engku Emran Engku Zainal Abidin 39 tahun, sah bercerai dengan talak satu pada Februari lalu. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Engku Aleesya, 5 tahun. – Murai


4 comments:

bleh tahan gak shahir nie...nak ayat MILF ajer..hahahahaha

Regards,
-Strider-

27 May 2014 at 16:33 comment-delete

jodoh dtangan Allah..

27 May 2014 at 17:22 comment-delete

Moga semua baik baik sahaja..

27 May 2014 at 20:43 comment-delete

Jodoh ketentuan Allah.

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ