Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Alhamdulillah... Impian Tercapai Juga Akhirnya!!


Assalamualaikum wbt
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Alhamdulillah, impian tercapai juga akhirnya!!!
Kepada rakan-rakan semua hari ini blog Ida sudah pun bertukar wajah dari blog Cerita Ida @ Ida Syuhada dan kini di beri nama baru iaitu Scripters.

"Definisi Scripters adalah sesuatu yg unik dilahirkan dari inspirasi idea seseorang tidak kira drama, sajak dan sebagainya, terutamanya hasil dari karya. Ibarat Ilham .. atau pun idea seseorang yang dilahirkan dari hati yang ikhlas."

Sungguhpun perkongsian artikel-artikel dari kami nanti bukanlah 100% yang lahir dari idea kami sendiri tetapi kami cari yang terbaik untuk berkongsi dengan anda bersama rakan² anda.


Pengenalan

Untuk pengetahuan semua, Scripters sebenarnya sudah lama wujud seawal tahun 2008 dan bernaung di bawah www.ning.com. Kemudian pada tahun 2010 pihak pengurusan ning.com mula mengenakan bayaran paling rendah USD$19 hingga USD$59 sebulan bagi website-website yang bernaung di bawahnya. Ketika itu Scripters mempunyai lebih kurang 10 orang admin yang aktif dan lebih kurang 8,000 orang ahli yang berdaftar. Pada tahun 2012 kerana kurangnya mendapat donation dan sponsor www.scripters.ning.com terpaksa di tutup. Begitulah serba sedikit sejarah Scripters.

Dan kini Ida Syuhada muncul dengan nama baru Ida Scripters bergabung semula dengan owner asal Scripters iaitu Ace Scripters di bawah blogspot.com. Semoga tirai 2014 yang baru bermula ini akan memberi inspirasi kepada kami untuk menyambung dan meneruskan saat-saat kegemilangan Scripters di satu masa dahulu...InshaAllah  

Kami hanya sekadar hamba,  segala kudrat dan iradat  segalanya dari Allah swt jua... tanpa Allah dan anda semua serta rakan-rakan blogger yang sentiasa menyokong, siapalah kami. Doakan yang terbaik untuk kami ya.. sayang anda semua!


Dari kami





Ida





23 comments:

good luck... semoga terus berjaya

4 January 2014 at 22:03 comment-delete

wah...hebat sungguh..selamat maju jaya.

4 January 2014 at 22:13 comment-delete

Jadinya, blog ni ada dua pemiliknya lah?

4 January 2014 at 22:22 comment-delete

Betul cikgu... inshaAllah kami akan bekerjasama sebaik yang mungkin. Ida ni banyak post hal2 duniawi...Apa yang Ida tahu Abg Ace tu inshaAllah akan lebih kepada bab2 agama dan konspirasi.

4 January 2014 at 22:29 comment-delete

Terima kasih Tuan Khai

4 January 2014 at 22:34 comment-delete

Terima kasih En Amirul

4 January 2014 at 22:34 comment-delete

tu lah!! :D
qila perasan tau.
Eh bukan nama kak ida lain ke. Ke qila je yg rabun huhuhu.
Scripter!? I love it. Uniq word huhu.
Bestnyaaaaa header pusing~~~~~

4 January 2014 at 23:23 comment-delete

Alhamdulillah..

4 January 2014 at 23:41 comment-delete

<----- tengok skrin sambil mengelip2kan mata

Anonymous
5 January 2014 at 01:07 comment-delete

err.. err.. saya tak pandai .. sekadar berkongsi..

Ace
5 January 2014 at 01:12 comment-delete

Semoga tahun baru ni ida lebih maju jaya..suka tgok header berpusing tu...:)

5 January 2014 at 01:23 comment-delete

Owh.. Rindu scripters... Harap blog baru ni lebih cool dr yg dulu ye.. :)

Anonymous
5 January 2014 at 02:10 comment-delete

oh mai.. baru saya tahu.. ada dua orang rupanya.. (:

5 January 2014 at 07:23 comment-delete

semoga ida+ace terus success.. :D

5 January 2014 at 10:37 comment-delete

Terima kasih kerana masih ingat Scripters

5 January 2014 at 11:47 comment-delete

Terima kasih kak sura...harap akak pun begitu juga

5 January 2014 at 11:52 comment-delete

Terima kasih kak aiza, harap kak aiza pun mcm tu juga

5 January 2014 at 11:53 comment-delete

Tahniah...
Semoga SCRIPTERS akan terus memberikan info2 yang bermanfaat untuk ramai pembaca...
In syaa Allah. ..

Anonymous
5 January 2014 at 12:34 comment-delete

blogwalking...

5 January 2014 at 16:16 comment-delete

Nak minta tunjuk ajar

8 January 2014 at 06:09 comment-delete

goodluck in everything that you do kak ida :))

9 January 2014 at 23:56 comment-delete

saya pun baru belajar

Ace
27 January 2014 at 20:24 comment-delete

Kenapa ni....Syuhada merajuk sangat dengan MalaysiaRia, bukankah Syuhada juga membawa keceriaan disana dan masih ramai lagi yang merindui Ida Syuhada !

1 March 2014 at 22:51 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ