Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



SUBHANALLAH... INILAH GAMBAR DALAM KAABAH YANG SEBENAR

SUBHANALLAH... INILAH ISI DALAM KA'ABAH DAN KEAJAIBANYA.. 'YA ALLAH JADIKAN AKU SALAH SEORANG TETAMUMU NANTI YA ALLAH !! AMIN











1 comments:

Post a Comment

SUAMI DARAH ‘B’, ISTERI DARAH ‘A’, TAPI BAYI DARAH ‘O’. ADAKAH ISTERIKU CURANG?



SUAMI DARAH ‘B’, ISTERI DARAH ‘A’, TAPI BAYI DARAH ‘O’. ADAKAH ISTERIKU CURANG?
By: ROOT OF SCIENCE

Suatu petang di sebuah hospital bersalin swasta :

“TAHNIAH! Encik dan isteri mendapat seorang bayi perempuan yang sangat comel. Keputusan darah thyroid dan G6PD normal. Kumpulan darah bayi ialah O positif.”kata doktor pakar perbidanan kepada Encik N dan Puan H.
Kegembiraan menimang cahaya mata sulung serta-merta pudar pada wajah Encik N.

“Darah aku jenis B, darah isteri aku jenis A. Macam mana anak kami boleh darah O pulak?”

Seorang pakar biologi, Karl Landsteiner telah menemui Kumpulan darah ABO dalam tahun 1900. Hasil penemuan ini telah melayakkan beliau menerima hadiah nobel pada tahun 1930.

Kumpulan darah ditentukan oleh faktor genetik melalui 3 jenis gen : A,B,O.
Setiap individu normal akan mempunyai dua salinan daripada setiap gen, satu daripada ibu, satu daripada bapa. Oleh itu, dalam menentukan jenis kumpulan darah, terdapat kebarangkalian untuk mempunyai 6 jenis kombinasi gen yang berbeza : AA, AB, AO, BB, BO dan OO.
(GEN : English=gene. Gen di sini dikaitkan dengan GENETIK. Bukan GENERASI.)

Antara ketiga-tiga gen A, B dan O, gen O adalah ‘recessive’ (tidak dominan). Ini bermaksud kombinasi gen AO akan menghasilkan kumpulan darah A, kombinasi BO akan menghasilkan kumpulan darah B. Darah jenis O hanya akan terhasil daripada kombinasi OO.

Setelah kita faham tentang gen yang dominan pada setiap individu (ayah ATAU ibu), sekarang kita cuba fahami pula tentang kombinasi ini daripada dua individu (ayah DAN ibu).
Katakan:
Darah ibu ialah jenis A dengan kombinasi AO.
Darah bapa ialah jenis B dengan kombinasi BO.
Kombinasi gen yang mungkin terhasil daripada ibu DAN ayah ialah: AO, AB, BO, OO.
(Gen dari ibu di sebelah kiri, gen dari ayah di sebelah kanan)
Dengan memahami bahawa gen A dan B lebih dominan daripada gen O, maka kombinasi yang berbeza akan menghasilkan kumpulan darah yang berbeza :
AO = Darah jenis A.
AB = Darah jenis AB (A dan B sama-sama dominan).
BO = Darah jenis B.
OO = Darah jenis O.
Ini bermaksud, anak-anak Encik N dan Puan H boleh mempunyai salah satu daripada jenis kumpulan darah di atas.



Situasi ke-2 dan ke-3 di bawah masih menunjukkan ibu mempunyai darah A dan bapa darah B.
Tetapi dengan kombinasi gen yang berbeza.

Situasi kedua :
Darah ibu : jenis A dengan kombinasi AA.
Darah bapa : jenis B dengan kombinasi BB.
Kombinasi gen yang mungkin terhasil daripada ibu DAN ayah ialah: AB, AB, AB, AB.
Maka, bayi akan mempunyai kumpulan darah AB sahaja.

Situasi ketiga:
Darah ibu : jenis A dengan kombinasi AA.
Darah bapa : jenis B dengan kombinasi BO.
Kombinasi gen yang mungkin terhasil daripada ibu DAN ayah ialah: AB, AB, AO, AO
Maka, bayi boleh mempunyai kumpulan darah AB atau A sahaja.

Ini adalah jenis kombinasi genetik yang mungkin terhasil. Seseorang itu masih mempunyai kebarangkalian utk mendapat anak berdarah O. Walaupun ibu bapanya mempunyai darah A dan B

Kesimpulannya :
Isteri Encik N tidak curang .
Bayi mereka mempunyai kombinasi gen OO.

Jangan pening ya … ABO, ABC, DEF, GHI……

Admin : Nigella sativa

1 comments:

Post a Comment

Setelah Lima Hari Akhirnya Israel Berjaya Padam Kebakaran



TEL AVIV – Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran yang melanda Israel dan Tebing Barat selama lima hari dan memaksa puluhan ribu penduduk menyelamatkan diri, kata pihak berkuasa yang menyalahkan tragedi itu ke atas perbuatan membakar.

Tiada kematian setakat ini tetapi 112 orang dirawat kerana mengalami kecederaan, kebanyakannya disebabkan terhidu asap, kata pegawai perubatan.

Kira-kira 700 rumah rosak atau musnah apabila kebakaran yang disemarakkan dengan angin kencang dan kemarau membakar ribuan hektar kawasan.

Sejak beberapa hari lalu, pesawat bomba dari pelbagai negara dilihat terbang rendah di kawasan bukit di Tebing Barat dan Israel untuk menggugurkan air dan bahan mengawal kebakaran.

Pada satu ketika minggu lalu, kebakaran berlaku di kawasan berhampiran Baitulmaqdis, dan penduduk cuma mampu kembali melihat rumah mereka yang rentung.

“Tiada lokasi aktif yang tinggal. Sejak malam kelmarin, keadaan agak tenang. Kami tiada aktiviti baru,” kata jurucakap bomba, Yoram Levy. Menurut Levy, bomba menangani kira-kira 2,000 kebakaran di Israel dan Tebing Barat, termasuk 20 kebakaran besar.

Pihak berkuasa Israel mengesyaki sebahagian tragedi itu disengajakan dan berkaitan dengan konflik Israel-Palestin.

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, berkata 17 daripada 110 kebakaran di Tebing Barat setakat ini dipastikan akibat perbuatan khianat, tanpa memberikan butiran lanjut.

Bercakap di kawasan penempatan Israel di Halamish di Tebing Barat, lokasi puluhan rumah rosak pada hujung minggu, beliau berkata Israel perlu bertindak balas kepada perbuatan khianat itu dengan membina lebih banyak penempatan.

Polis menangkap 23 orang yang disyaki memulakan kebakaran dan menyoal siasat tujuh lagi. Bagaimanapun, pihak Palestin turut menyertai usaha antarabangsa memadamkan kebakaran yang merebak pantas dan turut berhadapan kerosakan tanaman dan rumah. – Agensi


1 comments:

Post a Comment

Giliran Imam Besar Kuwait 'Bakar' Israel



KRISIS kebakaran yang melanda Israel ternyata menggembirakan ramai pihak terutamanya umat Islam yang menganggap bencana itu sebagai bala ke atas kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

Terbaharu, trend "Tel_Aviv_IsBurning” (Tel_Aviv Sedang Dibakar) dan “Israel_IsBurning" (Israel Sedang Dibakar) tersebar dan menjadi ikutan dalam laman sosial Twitter.

Tidak terkecuali, Imam Besar Kuwait, Sheikh Mishary Alfasy Rashid turut melahirkan rasa syukurnya terhadap bala yang diturunkan Allah ke atas Israel menerusi kenyataan dan gambar yang dikongsi dalam Twitter.

"Semoga api terus membakar," katanya kepada 11.6 juta pengikut laman sosial itu.

Kenyataan itu dikongsi semula sebanyak 20,000 kali dalam tempoh 24 jam selepas disiarkan.

Bagaimanapun tindakan Sheikh Mishary itu mengundang kecaman daripada jurucakap Perdana Menteri Israel, Ofir Gendelman yang menganggap kenyataan tersebut sebagai satu sifat kebencian.

Terdahulu, Imam Kanada, Mazin Abdul Adhim menyatakan bencana yang menimpa Israel sebagai bala Allah atas kekejamam Israel menindas dan menceroboh Palestin.

Kebakaran hutan di tanah jajahan Israel memasuki hari kelima yang menyaksikan lebih 80,000 penduduk terpaksa dipindahkan selain rejim Zionis merayu bantuan dari negara luar untuk memadamkan api.

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ