Hasrat Melanjutkan Pelajaran Keperingkat Ijazah Tidak Kesampaian Apabila Maut Dalam Kemalangan

Hasrat Melanjutkan Pelajaran Keperingkat Ijazah Tidak Kesampaian Apabila Maut Dalam Kemalangan


Hasrat Melanjutkan Pelajaran Keperingkat Ijazah Tidak Kesampaian Apabila Maut Dalam Kemalangan


Hasrat seorang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah tidak kesampaian setelah menemui ajal apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya. Lebih tragis, apabila mangsa maut ketika dalam perjalanan untuk mendaftar di UITM Shah Alam hari ini. Kemalangan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi (01/03/2014) di Kilometer 23.5, lebuh raya Karak arah Kuala Lumpur, sebelum plaza tol Gombak. Suasana bertukar menjadi pilu apabila bapa mangsa, tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenainya.


Jom saksikan video di bawah
(tunggu seketika untuk loading)




3 comments:

Post a Comment

Makanan Lori Pikap Semakin Popular

Makanan Lori Pikap Semakin Popular


APAKAH sebenarnya keistimewaan lauk-pauk atau makanan dijual oleh para penjaja menggunakan lori pikap, yang kini semakin banyak dan mewarnai kehidupan di Kuala Lumpur?

Sarapan pagi atau makan tengah hari di tepi jalan dan menikmati juadah penjaja lori pikap ketika ini menjadi trend terutama dalam kalangan pekerja pejabat.

Tidak kira pekerja biasa mahu pun pegawai yang datang bertali leher dan berbaju kot, mereka tidak segan silu berbaris menunggu giliran dan kemudian makan di tepi jalan, di sisi lori pikap peniaga terbabit.

Kebanyakan penjaja terlibat yang menggunakan lori pikap muatan 1,900 kilogram, menghidangkan pelbagai jenis menu makanan di dalam bekas khas. Mereka juga menyediakan meja dan kerusi untuk kemudahan pelanggan pada waktu pagi atau tengah hari.

Makanan Lori Pikap Semakin Popular



Berpakaian kemeja, bertali leher dan berseluar ‘slack’ sambil makan di sisi lori pikap yang diletakkan di tepi jalan bukan lagi pemandangan baharu bagi warga kota.

Bagaikan satu budaya atau trend, pelanggan selesa berbaris untuk membeli makanan dijual oleh penjaja di atas lori pikap sebelum menikmati juadah tersebut di meja yang disediakan di sisi kenderaan tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lokasi seperti di Mutiara Damansara, Petaling Jaya; Jalan Dungun, Bukit Damansara; Pandan Indah, Ampang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur mendapati terdapat lebih 10 lori pikap menjual makanan di lorong-lorong bangunan pejabat.

Antara jenis lauk yang dijual adalah ayam goreng berempah, sambal sotong, masak lemak cili api dan bermacam lagi jenis masakan selain sayur-sayuran.

Hasil tinjauan selama dua minggu mendapati, pelanggan dalam kalangan pekerja warga kota termasuk mereka yang berjawatan tinggi seperti pensyarah dan pegawai bank, mula beratur seawal pukul 12 tengah hari untuk membeli makanan.

Hampir 80 peratus pelanggan terdiri daripada warga kota bekerja di bangunan-bangunan pejabat berhampiran.

Perniagaan penjaja lori pikap bertambah sibuk pada pukul 12.30 tengah hari iaitu ketika waktu rehat pekerja-pekerja pejabat.

Sepanjang tempoh itu, kebanyakan pekerja warga kota gemar membeli makanan di lori pikap itu berikutan kebanyakan hidangan yang dijual disediakan mengikut pesanan pelanggan.

Menu pilihan pelanggan ialah ayam goreng berempah. Ini kerana ia dihidangkan ketika ayam goreng tersebut masih lagi panas, iaitu digoreng di atas lori pikap atau berhampiran.

Pelanggan boleh memilih sama ada untuk terus menikmati hidangan di situ atau dibungkus. Jika mereka memilih untuk makan di sisi lori pikap, penjaja turut menyediakan kemudahan seperti meja, kerusi dan juga pencuci tangan.


Berikut antara lokasi penjaja lori pikap menjalankan perniagaan di beberapa lorong bangunan pejabat di Kuala Lumpur:

JALAN DUNGUN, BUKIT DAMANSARA

KEBANYAKAN pekerja dari 12 bangunan pejabat di situ lebih selesa membeli juadah makan tengah hari yang dijual oleh lima penjaja lori pikap di kawasan ini.

Jarak antara setiap lori pikap ialah kurang 30 meter.

Lori pikap 1: Menjual makanan nasi goreng ayam kunyit mengikut pesanan pelanggan. Harga: RM5

Lori pikap 2: Nasi beriani ayam dan daging. Harga: Ayam RM7, daging RM8.00.

Lori pikap 3: Mi rojak dan cendol. Harga: Mi rojak (RM3.50), cendol (RM1.50)

Lori pikap 4: Nasi putih dan lauk-pauk. Harga: Mengikut jenis lauk.

Lori pikap 5: Buah-buahan pencuci mulut seperti jambu, betik dan tembikai. Harga: RM1

MUTIARA DAMANSARA, DAMANSARA

TERDAPAT dua lori pikap menjual nasi putih dan lauk-pauk dengan jarak antara setiap satu hanya 50 meter.

Terletak berhampiran dengan pasar raya besar, kedai Mamak dan restoran makanan segera.

Lokasi: Berhadapan dua bangunan pejabat dan jarak 100 meter dari restoran makanan segera.

Menjual nasi putih dengan lebih 10 jenis lauk-pauk. Antaranya ialah ayam goreng berempah, ikan sambal, ayam masak lemak cili api, sayuran dan minuman.

Peniaga turut menyediakan empat meja makan, beberapa kerusi di bawah payung yang disediakan. Harga: Mengikut jenis lauk yang diambil

PANDAN INDAH, AMPANG

TERDAPAT dua lori pikap menjual pelbagai jenis makanan. Lokasinya menjadi pilihan kerana berhampiran dengan masjid dan memudahkan umat Islam menunaikan solat.

Lori pikap 1: Menjual pelbagai jenis nasi goreng, laksa, sup bihun dan mi bandung. Turut menyediakan minuman sejuk dan panas untuk dihidangkan kepada pelanggan. Harga: RM4.50 (nasi goreng, laksa)

Lori pikap 2: Rojak dan cendol. Harga: RM3.50 (rojak), RM1.70 (cendol). - Utusan



Teruja nak menjual / berniaga melalui Lori Pikap ni? Baca sini syarat-syarat permohonan

2 comments:

Post a Comment

Pendaftaran Premis Makanan

Pendaftaran Premis Makanan Di Bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009

Pendaftaran Premis Makanan

Pendaftaran premis makanan merupakan salah satu peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Pengusaha makanan adalah bertanggungjawab untuk mendaftar premis makanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

1). Kategori Premis Makanan Yang Wajib Didaftar

Pendaftaran premis makanan telah dilaksanakan mulai bulan Mac 2010 di mana wajib untuk semua premis makanan yang termasuk di bawah kategori berikut :

  • Semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan;
  • Semua premis makanan yang terlibat dalam katering dan katering makanan besar-besaran;
  • Semua premis makanan di mana makanan disedia, diproses, disimpan dan dihidangkan untuk jualan, contohnya restoran, kedai makan, gerai, kantin, penjaja, warung dan sebagainya;
  • Semua kenderaan yang menjual makanan sedia dimakan dijual, contohnya, van yang digunakan untuk menjual nasi campur, lori pick-up yang digunakan untuk menjual pasembor dan sebagainya.


2). Kaedah Mendaftar Premis Makanan
Pendaftaran premis makanan boleh dibuat sama ada secara manual dengan mengisi borang pendaftaran yang boleh diperoleh di Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan atau secara online melalui laman web (sila rujuk Rajah 1). Pendaftaran tersebut adalah percuma dan ia sah untuk tempoh tiga tahun dari tarikh pendaftaran dibuat.

Pendaftaran Premis Makanan
Rajah 1
Pendaftaran secara online boleh klik sini Fosim Domestic


3). Kesalahan Dan Hukuman

Kegagalan untuk mematuhi peraturan ini adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dalam tempoh tidak melebihi dua tahun.

Bantuan Khidmat Nasihat

Sebarang pertanyaan berhubung pendaftaran premis makanan boleh diajukan melalui talian 03-88833558 atau melalui e-mel di alamat domestichelpdesk@moh.gov.my.

1 comments:

Post a Comment

Bulu-Bulu Pada Badan Kita Dan Kepentingannya

Bulu-Bulu Pada Badan Kita Dan Kepentingannya


Normal kepada setiap manusia yang ditumbuhi bulu pada bahagian tertentu. Setiap yang diciptakan pasti ada hikmahnya. Mari kita lihat manfaat bulu-bulu yang ada di badan kita.

1). Rambut
Bagi manusia, rambut adalah mahkota kepada mereka. Jika style yang dipadankan tidak kena dengan wajah, kita akan kelihatan hodoh. Tetapi perkara yang paling penting mengenai rambut ialah dapat melindungi kepala kita dari sinaran ultraungu daripada matahari dan memanaskan kepala kita ketika sejuk.

2). Bulu Mata
Fungsi bulu mata selain kecantikan adalah untuk menahan peluh ataupun hujan daripada dahi memasuki mata. Bulu mata juga memperdalamkan karakter wajah anda.

3). Bulu Hidung
Bulu hidung yang ada di dalam hidung berfungsi sebagai penapis. Debu, bakteria dan lain lain lagi benda yang halus yang disedut oleh hidung kita akan ditapis oleh bulu hidung. Bulu hidung juga meningkat kelembapan udara sewaktu kita bernafas.

4). Misai, Janggut, Bulu Dada, Bulu Perut
Fungsi misai, janggut, bulu dada, bulu perut adalah menunjukkan bahawa seseorang lelaki itu sudah mencapai akil baligh dan dewasa. Selain itu ia adalah salah satu perbezaan di antara lelaki dan perempuan.

5). Bulu Ketiak
Fungsi bulu ketiak adalah bertindak sebagai anti geseran, iaitu ia dapat mengurangkan geseran dibawah lengan kita. Selain itu, bulu ketiak juga mengusir kelembapan dari kulit dan membantu kulit kita supaya lebih kering untuk mencegah bakteria yang mengeluarkan bau..

6). Bulu Tangan dan Kaki
Anda bayangkan jika anda berjalan di semak samun jika ketiadaan bulu kaki dan tangan. Mesti tangan anda akan merasa lebih gatal dan mudah terkena bakteria. Oleh itu, fungsi bulu tangan dan kaki adalah sebagai pelindung kaki dan tangan anda.

7). Bulu Pubis
Pelbagai spekulasi telah dibuat berkaitan bulu pubis ini. Antaranya, bulu pubis memberi kehangatan kepada alat kelamin untuk kematangan seksual. Selain itu ia mengelakkan geresan luar ketika hubungan melakukan hubungan seks. Kawasan yang ditumbuhi bulu pubis ini adalah kawasan sensitif. Oleh itu ia menjadi pelindung bagi kawasan ini.

Mungkin banyak lagi fungsi-fungsi bulu pada badan kita ni. Ini hanya sebahagian daripadanya. Saya hanya ingin berkongsi. Seperti contoh janggut, ada kajian menunjukkan bahawa ianya juga meningkatkan penghasilan hormon estrogen lelaki untuk menghasilkan sperma yang sihat. 

4 comments:

Post a Comment

Idea Bilik Tidur Simple Tapi Menawan

Idea Bilik Tidur Simple Tapi Menawan

Idea Bilik Tidur Simple Tapi Menawan

Idea Bilik Tidur Simple Tapi Menawan

5 comments:

Post a Comment

7 Punca Kenapa Anda Jadi Pelupa

7 Punca Kenapa Anda Jadi Pelupa


Kita sering terlupa tetapi tidak tahu kenapa boleh terjadi sedemikian. Tak kira usia. Samaada golongan tua ataupun yang masih muda sering mengalami gejala ini. Mari kita lihat penyebab kita lupa:

1) Rehat yang kurang
Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat.
Oleh itu, pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur selama 6 minit jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu daya ingatan anda.

2) Berdengkur
Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Disebabkan itu, oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat. Ini dapat menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus akan melemahkan daya ingatan.

Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Faktor lain penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari 40 tahun.
Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.

3) Umur lebih dari 65 tahun
Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (alzheimer). Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun, cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.

4) Depression (Kemurungan)
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Malah jika depression yang di alami serius ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.

5) Mangambil pil tidur dan pil alergi
Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu. Ubat ini juga boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu.

Selain itu, pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.

6) Kadar gula dalam darah tinggi
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Selain itu rajinlah anda bersenaman. Cegah lebih bagus dari berubat.

7) Penurunan metabolisme
Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak.

3 comments:

Post a Comment

Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan

Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan


Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.

Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.

4 comments:

Post a Comment

Kenapa Lelaki Curang?

Kenapa Lelaki Curang?


Kenapa Lelaki Curang? Bercerita mengenai curang selalunya dikaitkan dengan kaum lelaki walaupun ada juga kaum wanita yang curang. Tetapi kali ini penulis ingin bercerita mengenai kenapa lelaki curang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu sebab-sebab lelaki berlaku curang. Berikut adalah sebab kenapa lelaki sering curang dengan pasangannya:

1. Merasakan dirinya terlalu hensem.

Merasakan diri terlalu hensem dan over konfiden selalunya terjadi kepada lelaki. Dia merasakan dirinya terlalu hensem apabila Allah memberikan sedikit kelebihan dari sudut wajah, tubuh badan dan gaya penampilan. Harus diingat bahawa muka hensem bukanlah menjadi aset utama kepada kejayaan di dalam perhubungan. Setia kerana muka hensem? Tidak mungkin berlaku jika lelaki itu tidak pandai menjaga hati si dia. Lumrah manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Ada wanita yang tidak terlalu memilih lelaki kacak atau hensem untuk menjadikan pasangan hidupnya. Pesanan kepada lelaki, janganlah terlalu merasakan diri terlalu hensem.

2. Terlalu ego dengan perasaannya

Sifat ego selalunya tidak pernah lari dari diri seseorang lelaki. Ego merupakan satu sifat yang secara lumrahnya ada di dalam setiap diri seorang lelaki. Apa yang membezakan seseorang lelaki dengan lelaki lain adalah tahap keegoan. Mereka sangat ego apabila lahir perasaan sayang dan cinta terhadap si dia. Apabila timbul perasaan sayang dan cinta lelaki mula mencari wanita lain untuk mencari sayang dan cinta baru. Tetapi perbuatan itu adalah satu kesilapan besar kerana seringkali manusia akan hilang sesuatu yang sempurna jika terlalu inginkan kesempurnaan.

3. Ramai wanita lain menyukainya.

Lelaki akan merasakan selesa berlaku curang jika ramai wanita lain menyukainya. Tidak hairanlah jika kecurangannya itu diketahui pasangannya suatu hari nanti kerana masih ramai wanita lain yang menunggu untuk menjadi pasangannya.


4. Belum bersedia untuk setia.
Ramai lelaki yang curang selalunya belum bersedia untuk setia. Merasakan dirinya masih muda dan masa hidupnya masih panjang. Selalunya lelaki yang tidak mempunyai matlamat untuk berkahwin dengan pasangannya berkata kepada dirinya “belum bersedia untuk setia”.

5. Niat membalas dendam.

Kenangan pahit di dalam hidup seperti pernah dipermainkan oleh wanita juga antara penyebab lelaki membalas dendam. Mereka merasakan wanita patut dibalas dendam atas perasaannya yang pernah terluka kerana wanita. Ada juga penyebab lain menjadikan lelaki berniat membalas dendam kepada wanita antaranya masalah keluarga. Ibunya ditinggalkan oleh ayahnya kerana wanita lain menggoda ayahnya. Lelaki itu terus menjadi pembenci kepada semua wanita kecuali ibunya sahaja.

4 comments:

Post a Comment

Kesan Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid

Kesan Melakukan Hubungan Seks Ketika Haid


Pengharaman Seks Semasa Haid

Islam mengharamkan Kesan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud:“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“


Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid Mengikut Sains

Kesan Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD)dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian farajadalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita diChester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.

Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang Kesan melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovaridilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.

Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.

Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.

Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak,“Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?”Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari) - sumber

Wallahu’alam….

1 comments:

Post a Comment

Ramai Wanita Berpura-pura Mencapai Orgasme Ketika Berhubungan Intim

Ramai Wanita Berpura-pura Mencapai Orgasme Ketika Berhubungan Intim


Jangan terlalu negatif dan menganggap ini cerita lucah atau 18sx tetapi ini adalah sesuatu yang harus anda tahu untuk kebahagiaan rumahtangga anda..

Berikut adalah 25 Tips Orgasme Wanita yang Suami perlu tahu...

1. Bukan semua wanita merasa orgasme apabila bersama dengan suami mereka. Bahkan ramai di antara mereka rupa – rupanya berpura – pura mengalami orgasme. Mereka melakukannya kerana perasaan sayang pada suami dan tidak mahu suami rasa kecewa tidak dapat memuaskan isteri sendiri. Jadi, suami di luar sana, dapatkan kepastian dari isteri masing – masing adakah mereka dapat merasa orgasme sebenar atau tidak? Jika ya, bagus. Jika tidak, anda perlu belajar bagaimana hendak memuaskan isteri anda. Orgasme jika di tangguh akan beri perasaan tidak enak pada wanita. Bahkan, ia boleh mengundang banyak penyakit pada wanita itu sendiri.

2. Orgasme terhebat hanya terjadi pada wanita yang bersedia melakukan seks. Bersedia itu bermaksud sedia dari segi mental dan fizikal. Jika salah satunya tidak bersedia, sangat sulit untuk seorang wanita merasai orgasme terhebat melainkan orgasme biasa sahaja. Bersedia dari segi mental bermaksud, fikiran wanita tersebut menumpukan sepenuhnya pada hubungan seks. Bersedia dari segi fizikal pula, seluruh anggota badan memberi respon pada perlakuan seks.

3. Apabila orgasme berlaku pada seorang wanita, perkara pertama yang anda boleh lihat adalah wajah wanita tersebut akan nampak seperti seolah – olah menanggung kesakitan yang amat. Namun, di sebalik wajah tersebut adalah rasa nikmat yang sangat sukar hendak di luahkan kata – kata. Nikmat orgasme adalah sangat nikmat rasa atau perasaan ketika itu adalah di luar jangkauan pemikiran seorang ,manusia.

4. Wanita yang selalu sampai orgasme ketika melakukan hubungan seks akan mempunyai badan yang sihat kerana darah mengalir di seluruh tubuh badan. Orgasme akan melancarkan aliran darah di seluruh badan kerana ia akan meluruskan saluran darah dan memecah halangan yang ada.. Jika orgasme tidak sampai atau tertangguh, darah tidak mengalir ke selutuh tubuh badan dan menyebabkan perasaan tertekan dan angin stress akan menguasai tubuh wanita tersebut.

5. Masa seorang wanita merasai orgasme adalah sekitar satu hingga lima saat atau paling lama adalah tujuh saat. Jadi, apabila anda lihat isteri anda sudah sampai orgasme, anda biarkan isteri anda merasai orgasme tersebut Selepas isteri anda habis merasai orgasme, barulah anda teruskan hubungan seks anda. Isteri anda pasti akan hargai anda jika anda berbuat demikian.

6. Wanita boleh mengalami orgasme berterusan atau multiple orgasm jika dia menerima rasangan berterusan selepas mengalami orgasme pertama. Namun, ia bergantung kepada keinginan wanita itu sendiri. Jika wanita itu mempunyai keinginan yang mengalami orgasme teramat tinggi, ia akan membantu wanita itu untuk alami multiple orgasm. Multiple orgasm adalah lebih nikmat dari orgasme sekali sahaja.

7. Wanita boleh alami orgasme dengan rangsangan berterusan di bahagian clitoris kerana di sana terletaknya sel – sel ghairah yang sensitif pada sentuhan. Ini bermakna wanita boleh masturbate atau merangsang dirinya sendiri jika ingin rasa orgasme. Rangsangan terhadap clitoris juga banyak di lakukan wanita ketika melakukan hubungan seks dengan suami mereka apabila mereka sedar rangsangan yang di berikan suami mereka tidak cukup untuk mereka rasa ghairah sehingga rasa orgasme. Jadi, kesimpulannya rangsangan di bahagian klitoris boleh membantu seorang wanita untuk rasa orgasme.

8. Selain di bahagian klitoris, wanita turut boleh alami orgasme jika mereka di rangsang di bahagian yang mempunyai titik sentuhan seksual seperti di payudara, bawah ketiak, bahagian dalam peha, luar dalam vagina, dan di mulut. Namun, rangsangan yang anda beri perlulah di sertai perasaan ghairah yang amat mendalam supaya rasa hendak orgasme boleh di capai.

9. Orgasme terjadi apabila darah mengalir begitu deras ke seluruh tubuh badan sehingga menyebabkan seluruh otot anggota seksual di seluruh badan mengalami kontraksi yang hebat. Orgasme biasa akan alami tiga hingga lima kali kontraksi manakala orgasme yang hebat akan menyebabkan kontraksi berlaku dari 10 hingga 15 kali. Ketika berlaku orgasme juga biasanya wanita akan melayan perasaan dari berkata – kata atau berhubung dengan pasangannya kerana ia berada di dalam dunia yang berbeza.

10. Orgasme bermula dengan rangsangan seksual yang di peroleh oleh seorang wanita. Apabila wanita menerima sentuhan, wanita yang memberi respon pada sentuhan tersebut iaitu rasa suka apabila di sentuh akan menyebabkan fikiran bertindak balas. Fikiran akan mula rasa ghairah dan ingin terus ghairah. Oleh sebab fikiran wanita tersebut mahu terus rasa ghairah, badan wanita tersebut akan bertindak balas. Begitulah aturannya sehingga orgasme terhasil di mana rangsangan yang di terima adalah menghampiri maksimum dan orgasme adalah kemuncak perasaan ghairah.

11. Orgasme yang sihat akan membesarkan bahagian seksual seperti payu dara dan pinggul. Sebab itu, anda dapat lihat isteri yang sudah lama berkahwin mempunyai tubuh yang sensual berbanding wanita yang belum berkahwin iaitu anak dara. Jika seorang isteri pandai menjaga dirinya iaitu tidak terlalu gemuk dan dalam masa yang sama mempunyai hubungan seks yang sihat dengan suaminya, dia akan memiliki tubuh yang seksi. Selain itu, orgasme juga akan memberi aura awet muda pada seorang wanita.

12. Orgasme yang di alami oleh wanita akan lebih terasa nikmatnya jika vagina mereka mengepit sesuatau yang keras iaitu zakar yang keras. Apabila mereka alami orgasme ketika vagina mengepit sesuatu yang keras, mereka akan rasa tersangat nikmat. Biasanya wanita akan menggerakkan pinggulnya untuk merasai variasi rasa orgasme atau menghentikan pergerakan pinggul sambil mengepit dengan lebih kuat menggunakan otot di bahagian dalam vagina.

13. Orgasme adalah perasaaan untuk wanita yang suka pada seks sahaja. Wanita yang tidak suka pada hubungan seks tidak mungkin akan rasa orgasme ketika melakukan hubungan seks. Oleh itu, jika seorang wanita mengalami masalah untuk rasa orgasme, dia perlu terlebih dahulu belajar bagaimana hendak suka pada hubungan seks. Apabila fikiran dia suka pada hubungan seks, fikirannya akan mula mencari cara hendak rasai ketegangan seksual iaitu orgasme ketika melakukan hubungan seks.

14. Orgasme yang berlaku di luar kawalan adalah lebih nikmat berbanding orgasme yang berlaku di dalam kawalan. Sebagai wanita, anda tidak perlu mengawal orgasme anda kerana anda biasanya ada tenaga untuk rasa orgasme berturut – turut dalam satu hubungan seks. Hanya suami atau lelaki yang perlu mengawal orgasme mereka supaya mereka tidak pancut lebih awal dari seorang wanita alami orgasme ketika melakukan hubungan seks.

15. Orgasme juga bermaksud melepaskan segala ketegangan negatif. Ini bermakna, orgasme boleh membantu seseorang untuk atasi perasaan tekanannya dan melepaskan segala aura negatif di dalam diri. Oleh itu, isteri yang sentiasa alami orgasme penuh ketika melakukan hubungan seks dengan suami akan memiliki keluarga yang bahagia kerana fikirannya susah di pengaruhi sangkaan – sangkaan negatif.

16. Jika orgasme berlaku dalam keadaan ketegangan seksual yang sangat tinggi, wanita tersebut mungkin akan alami ejakulasi. Ejakulasi adalah pengeluaran cecair dari bahagian uretra di mana cecair tersebut memancut keluar. Ia keluar kerana hasil kontraksi yang dia alami di otot vagina. Walau bagaimanapun, ejakulasi bukanlah sesuatu yang teruk kerana ia menambah nikmat ketika seorang wanita alami orgasme.

17. Seks yang di penuhi dengan rasa kasih sayang akan memberi wanita perasaan orgasme yang tidak ternilai. Seks yang di lakukan ketika perasaan marah pula hanya akan beri wanita perasaan orgasme yang biasa sahaja kerana ia di lakukan kerana nafsu. Nafsu dan perasaan perlu selari, barulah orgasme boleh muncul. Ramai yang salah anggap zina adalah sesuatu nikmat. Padahal, persetubuhan selepas berkahwin iaitu di sertai rasa cinta dan kasih sayang akan beri orgasme yang hebat pada wanita. Lagi hebat orgasme yang di rasai seorang wanita, lagi hebat nikmat seks yang di rasai seorang lelaki.

18. Jika seorang suami mahu berikan rasa orgasme yang hebat pada isterinya, suami tersebut perlu segera lakukan hubungan seks apabila isterinya begitu ghairah untuk lakukannya. Jika isteri anda mengajak anda untuk lakukan hubungan seks, itu bermakna dia mempunyai ghairah untuk lakukannya. Jadi, anda jangan tangguh – tangguh dan segerakan hubungan seks tersebut. Isteri anda pasti akan alami orgasme dengan cepat dan hebat. Ghairah dari sang isteri adalah kunci pada ketegangan seksualnya sendiri. Oleh itu, jika si lelaki ingin beri orgasme yang hebat pada isterinya, dia perlu terlebih dahulu membangkitkan ghairah isterinya.

19. Wanita yang berpengalaman melakukan hubungan seks akan rasa detik atau rasa orgasme yang lebih nikmat dari mereka yang tidak biasa melakukan hubungan seks. Ini kerana fizikal dan mental mereka seperti tahu apa yang hendak di lakukan untuk merasai nikmat orgasme yang lebih dari sebelumnya. Malah, wanita yang berpengalaman biasanya akan mengejar orgasme pertama dengan cepat kerana mereka tahu orgasme kedua dan ketiga akan jadi lebih nikmat.

20. Jika anda ada masalah kekurangan cecair yang di keluarkan vagina ketika melakukan hubungan seks, anda perlu berjumpa dengan doktor dan mencari penyelesaian dengan segera. Ini kerana, kekurangan cecair di dalam vagina ketika melakukan hubungan seks akan menyebabkan anda hilang fokus untuk merasai orgasme tetapi lebih fokus terhadap rasa sakit akibat geseran vagina dan zakar tanpa pelincir.

21. Jika rasa orgasme yang di alami seorang wanita merupakan rasa yang baru iaitu rasa yang belum pernah di rasai pada hubungan seks yang sebelumnya, tubuhnya akan kaku selama satu saat paling kurang. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk merakam keadaan tersebut. Jika tubuh anda tidak kaku, itu bermakna orgasme yang anda alami itu adalah sama dengan orgasme yang anda alami pada sebelum – sebelumnya.

22. Wanita yang mengandung lebih senang untuk merasai orgasme berbanding wanita yang tidak mengandung. Ini kerana sel – sel seksual lebih sensitif dari sebelumnya. Namun, dari segi nikmat orgasme, ia bergantung kepada mood wanita tersebut. Ramai wanita tidak alami rasa orgasme yang sepatutnya kerana fikiran mereka di penuhi rasa takut kandungan mereka akan alami kesan kerana hubungan seks. Padahal kandungan bayi di lindungi dan selagi anda tidak lakukan seks dengan terlalu agresif, bayi anda pasti tidak akan apa – apa.

23. Hanya wanita itu sendiri boleh huraikan perasaannya ketika mengalami orgasme. Ini kerana orgasme adalah rasa ketegangan seks pada puncak tertinggi dan cara seorang wanita berfikir ketegangan seks adalah berbeza.

24. Apabila hubungan seks di lakukan darah akan terkumpul di bahagian seksual badan seperti pinggul, vagina, peha di bahagian dalam, payudara, bibir dan lain – lain. Apabila orgasme berlaku, darah yang terkumpul ini akan mengalir ke seluruh badan dan seterusnya akan memberi perasaan lega atau puas pada wanita tersebut. Sekiranya orgasme tidak sampai, darah akan terkumpul di bahagian – bahagian tersebut dan akan menyebabkan wanita rasa rungsing atau susah hati.

25. Selepas alami orgasme, gelora seks biasanya akan turut hilang. Oleh itu apabila suami menyentuh bahagian vagina, payudara dan bahagian seksual yang lain, wanita tersebut tidak akan rasa apa – apa melainkan rasa terganggu. Jadi, suami perlu bijak dan kembali merangsang kemahuan si isteri untuk terus lakukan hubungan seks. Apabila gelora seks mula menguasai fikiran isteri, barulah hubungan seks akan jadi lebih nikmat.


Baca juga di sini - Mengerang bukan petanda pasangan anda orgasme

2 comments:

Post a Comment

Mengerang Bukan Petanda Pasangan Anda Orgasme

Mengerang Bukan Petanda Pasangan Anda Orgasme



Jangan terlalu negatif dan menganggap ini cerita lucah atau 18sx tetapi ini adalah sesuatu yang harus anda tahu untuk kebahagiaan rumahtangga anda...


Penelitian Universitas Central Lancashire menemukan fakta, suara mendesah atau erangan seorang wanita tidak ada kaitannya dengan orgasme atau kenikmatan ketika berhubungan intim.

Sebaliknya, team peneliti menemukan, wanita mengeluarkan suara seperti itu hanya lah dalam rangka membantu lelaki mereka mencapai klimaks.

Atau mungkin semacam budaya bahawa wanita ketika bercinta di tempat tidur idealnya adalah mendesah atau mengerang.

Sama seperti orgasme palsu yang nyatanya banyak dilakukan wanita di tempat tidur, erangan palsu juga dianggap sebagai tindakan manipulasi yang dilakukan wanita.

(Klik sini : Ramai wanita berpura-pura mencapai orgasme semasa berhubungan intim )

Jadi anda jangan terlalu cepat menyimpulkan bahawa ketika wanita anda mengeluarkan erangan ini bererti anda sudah jadi juara di tempat tidur. Anda salah sama sekali. - askmen.com


2 comments:

Post a Comment

Remaja Perempuan Diperkosa 30 Lelaki Selama 6 Jam

Remaja Perempuan Diperkosa 30 Lelaki Selama 6 Jam
Gambar hiasan



Kejadian yang berlaku di London apabila seorang remaja perempuan diperkosa oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam.

Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu.

Menurut Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan pihak berkuasa.

Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela penyerang.

Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan segera.

“Kejadian itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk seorang bapa serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang muncul secara berkumpulan,” katanya.

Laporan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Birmingham itu dibuat susulan daripada temu bual dengan 35 mangsa serangan seksual, selain beberapa penjenayah seks daripada masyarakat Islam di seluruh Britain.

Shaista turut mencabar pendapat popular dalam eksploitasi kes berprofil tinggi di Rochdale dan Oxford khususnya yang membabitkan kumpulan lelaki Asia yang menyerang remaja kulit putih.

“Ramai orang memberitahu saya, mereka tahu mengenai kejadian di Rochdale dan Oxford, tetapi ia turut berlaku di Birmingham dan di tempat lain,” katanya.

Amaran itu dibuat pada selepas kumpulan pemangsa seks kanak-kanak dipenjarakan kerana mendera kanak-kanak perempuan.

Hakim John Bevan berkata, empat lelaki dan remaja lelaki seorang lelaki Kurdis dihukum kerana memperkosa lima kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun.

Empat daripada ahli kumpulan itu berasal dari Republik Czech dan Slovakia. Dua daripada mangsa berketurunan Czech dan Slovak, manakala tiga lagi berbangsa Inggeris.

Tahun lalu, tujuh lelaki dari Oxford – kebanyakannya keturunan Pakistan – dipenjara kerana terbabit dengan operasi rangkaian seks kanak-kanak.

Kanak-kanak perempuan sering menjadi sasaran masyarakat daripada etnik dan latar kebudayaan yang sama.

Mereka sering didera kerana mudah diancam agar menutup mulut atau berdepan risiko menanggung malu di kalangan masyarakat.

Apabila kes penderaan seksual didedahkan, sesetengah keluarga menghantar mangsa ke luar negara atau mengatur perkahwinan untuk mengelak isu berkenaan berpanjangan.- Sumber

2 comments:

Post a Comment

Jom Layan Video Aksi Kucing Pintar Yang Melucukan



Jom layan aksi2 kucing pintar...kucing menari, kucing naik basikal, kucing makan bersudu, kucing pembantu rumah dan lain2 lagi aksi yang melucukan...semoga terhibur

Jom layan video dibawah
(tunggu beberapa saat untuk loading)



6 comments:

Post a Comment

Kes Di Sweden: Saya Rasa Terasing Dengan Ibu – Anak Perempuan

Kes Di Sweden: Saya Rasa Terasing Dengan Ibu



STOCKHOLM: Anak perempuan pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana didakwa memukul anak-anak mereka mengaku berasa terasing daripada ibu bapanya dan sering memikirkan ibu saudaranya sebagai ibu kandungnya yang sebenar.

“Saya rapat dengan adik-beradik perempuan ibu saya, saya rasa mereka seperti ibu saya yang sebenar. Saya tidak berasa dekat dengan ibu sebenar saya,” kata Aishah.

Ketika mendengarnya, ibunya, Shalwati Nurshal membetulkan tempat duduknya, manakala bapanya, Azizul Raheem Awalluddin memandang ke bawah dan menyapu bahagian dahinya dengan ibu jari.

Ibu bapa Aishah telah ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas anak sulung mereka, Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.

Apabila ditanya jika dia menyukai ayahnya, Aishah berkata dia juga tidak rapat dengan bapanya dan lebih suka bersendirian di dalam bilik.

Dalam rakaman temubual yang dijalankan sebelum ini dan ditunjukkan di mahkamah daerah Solna pada Selasa, Aishah mengimbas kembali pergaduhan dengan ibunya disebabkan pakaian yang dibelikan ibu saudaranya untuk Aishah.

“Pada suatu masa, makcik saya membelikan saya seluar jeans, dan ibu berkata sepatutnya harganya perlulah di bawah RM50.

“Tetapi saya mendapat dua pasang seluar jeans dengan harga sekitar RM100, jadi ibu memarahi saya dengan mengatakan ia terlalu mahal,” kata Aishah.

Ditanya bagaimana perasannya, Aishah berkata dia berasa ‘marah dan sedih’, sambil mengoyak kertas tisu yang diletakkan di atas meja temubual.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Aishah berkata kesemua adik-beradiknya mahu tinggal dengan ibu saudara mereka di Malaysia, selepas dihantar ke rumah keluarga angkat di Sweden.

Aishah dan adik-beradiknya, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, telah diletakkan dalam jagaan ibu saudara mereka, Shalena Hisham Makhzan dan suaminya Nik Farid Nik Abdullah sebaik sahaja mereka kembali ke Malaysia pada 1 Februari.

Mereka kini telah bersekolah dan tinggal di Kota Bharu, Kelantan.

Baca juga perbicaraan sebelumnya di sini

Anak sulung pasangan Sweden kata isu keluarga adalah rahsia

5 comments:

Post a Comment

Pembayar Cukai Boleh Guna e-Filing Mulai Ahad Ini

Pembayar Cukai Boleh Guna e-Filing Mulai Ahad Ini


KUALA LUMPUR: Pembayar cukai boleh menggunakan e-Filing untuk taksiran cukai 2013 mulai Ahad ini.

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Khamis, tarikh akhir bagi penghantaran borang dan pembayaran cukai bagi borang E ialah pada 31 Mac, BE pada 30 April manakala B dan P pada 30 Jun.

Klik sini untuk terus ke e-filing

Bagi borang BT, M, MT, TP, TF dan TJ pula ialah pada 30 April untuk mereka yang tidak menjalankan perniagaan dan 30 Jun bagi yang menjalankan perniagaan.

Tarikh yang sama turut diguna pakai bagi mereka yang membayar cukai pendapatan secara manual.

E-filing adalah perkhidmatan percuma disediakan LHDN bagi memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan taksiran cukai secara elektronik melalui Internet. – BERNAMA


Sebelum itu anda mungkin berminat artikel ini

Amaran keras tipu pelepasan cukai akan didenda 200% ikut harga cukai yang dikurangkan

2 comments:

Post a Comment

Menakjubkan Pantai Warna Merah Darah Di China

Menakjubkan Pantai Warna Merah Darah Di China


Sekali pandang macam darah tetapi bukanlah darah melainkan merahnya itu berasal dari rumput sea-blite, yang tumbuh di sekitar tepi pantai yang menutupi hampir 6.000 hektar tanah.

Pantai merah ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri kepada para pelancong yang singgah. Pantai yang terletak di delta Sungai Liaohe, iaitu 30 km dari barat daya Kota Panjin, China ini tidak selalu merah kerana warna merah ini hanya boleh di lihat saat musim gugur sahaja. Di saat itu, rumput yang awalnya berwarna hijau berubah menjadi warna merah.

Waktu terbaik untuk menyaksikan pantai berwarna merah ini adalah pada bulan September, itulah waktu terbaik untuk menikmati hamparan karpet raksasa berwarna merah. Pada bulan tersebut, rumput mulai berubah warna dari hijau menjadi merah terang, dan akhirnya menutup seluruh permukaan pantai. Sungguh menakjubkan...


Menakjubkan Pantai Warna Merah Darah Di China

2 comments:

Post a Comment

Mahkamah Tinggi arah Papa Gomo bayar RM800,000 kepada Anwar



Mahkamah Tinggi arah Papa Gomo bayar RM800,000 kepada Anwar

Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.

Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos. – 28 Februari, 2014.


Tapi apa nak hairan jika orang2 biasa seperti Papa Gomo ni memfitnah... apa kes pula kalau ulama memfitnah? Beza Papa Gomo dengan ulama adalah seperti bumi dan langit... Semuanya kerana mulut badan binasa... Sesungguhnya kita sekarang benar-benar berada di akhir zaman...




1 comments:

Post a Comment

Penyamaran Terhebat


Cari binatang tersembunyi....

Cari Binatang Tersembunyi


Cari Binatang Tersembunyi


Cari Binatang Tersembunyi



2 comments:

Post a Comment

Kenapa Setiap Buah-Buahan Dilekatkan Pelekat Seperti Dalam Gambar.

Kenapa Setiap Buah-Buahan Dilekatkan Pelekat Seperti Dalam Gambar



Korang perasan tak?
Kenapa setiap buah-buahan & sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar.
Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu?
Ni adalah perkara asas yang perlu korang tahu apabila membaca label :

1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU?
Digit tersebut bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional @ tradisional, dengan penggunaan racun serangga. So.. please make sure, buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.

2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8?
Digit ini bermakna produk itu adalah produk GMO, sudah diubah secara genetik (Genetically Modified Organisms). Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.

3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9?
Digit itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.. Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.

Selamat membelek pelekat!! ekeke



Perkongsian dari - Mohd Firdaus Official Fan Page

2 comments:

Post a Comment

Video Jambatan Runtuh Ketika Mengiringi Si Mati.


Jambatan runtuh ketika mengiringi si mati


Sadis sangat....kalau dari segi logik, rasanya jambatan tu lebih muatan kot...

Jom saksikan video dibawah
(Tunggu beberapa saat untuk loading)


1 comments:

Post a Comment

Derita Santau Madura

Derita Santau Madura


ZAINAL tidak menyangka usaha untuk menjalankan perniagaan gerai makanan secara kecil-kecilan mendatangkan padah apabila dia menderita penyakit misteri akibat terkena buatan orang.

Cerita lelaki berusia 50 tahun tersebut, kejadian malang yang menimpa dirinya itu berlaku kira-kira setahun lalu selepas dia mengusahakan bisnes menjual sate di kawasan perumahan yang didiaminya di Selangor.

Menurut bapa kepada empat orang anak itu, perniagaan yang diusahakan bukan sahaja tidak menguntungkan malah pelbagai kejadian aneh menimpa dirinya dalam tempoh tersebut.

"Kedai saya langsung tak laku. Tiada seorang pun pelanggan yang datang beli atau singgah makan walaupun telah beroperasi selama hampir dua bulan.

"Saya dapat rasakan ia seolah-olah tidak wujud walaupun terletak betul-betul di tepi jalan laluan kenderaan keluar dan masuk ke kawasan perumahan ini," katanya.

Lebih merunsingkan, Zainal yang juga bekas kakitangan awam mendakwa dia seakan-akan malas untuk bekerja.

"Ada ketikanya, saya rasa berat hati untuk buka kedai walhal kerusi serta meja sudah siap diletakkan. Saya pernah suruh anak kemaskan semua barang-barang dan kemudian masuk semula ke dalam rumah lalu tidur," ceritanya.

Seram sejuk

Tambah Zainal, selain berat tulang, dia juga selalu berasa sakit kepala dan lenguh-lenguh badan.

"Apabila tiba waktu malam, tubuh rasa panas seperti dibakar namun kebah seketika selepas makan ubat.

"Selepas itu, rasa seram sejuk pula. Kadang-kadang, saya terpaksa memakai empat hingga lima helai baju tebal kerana terlalu sejuk," katanya sambil memberitahu, dia pernah dimasukkan ke Hospital Ampang, Selangor kerana penyakit misteri itu.

Bagaimanapun, doktor yang merawat mendapati dia tidak menghidap sebarang penyakit malah tahap kesihatannya baik-baik sahaja.

Bimbang dengan keadaan yang melanda dirinya, Zainal kemudian membuat keputusan untuk berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional.

Zainal memberitahu, dia terpaksa berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan rawatan daripada bomoh-bomoh yang kononnya handal dan boleh menyembuhkan penyakitnya itu.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, masalah kesihatan yang dihidap lelaki bertubuh tegap itu tidak juga sembuh malah bertambah teruk.

Kata Zainal, dia hilang selera makan sehingga tubuhnya susut.

"Dahulu berat badan saya sekitar 90 kilogram (kg) tetapi selepas tiga bulan menderita penyakit itu, saya hilang sehingga 20 kg," ujarnya.

Selepas itu, Zainal dibawa keluarganya untuk dirawat oleh seorang pengamal perubatan Islam ketika pulang ke kampung halamannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


BISA santau yang dihidap Zainal dikatakan berpunca daripada jarum berkarat yang tertanam dalam tubuhnya. - Gambar hiasan


Derita Santau Madura

Tuju angin

Menurut Zainal, ustaz yang merawatnya memberitahu bahawa dia telah terkena ilmu hitam yang berpunca daripada perasaan hasad dengki.

"Saya terkejut apabila diberitahu terkena santau yang dihantar oleh pemilik gerai bersebelahan kedai saya. Dia yang merupakan peniaga burger dipercayai kurang senang kerana beranggapan bisnes yang saya jalankan akan memberi saingan kepada kedainya.

"Jadi, tidak hairanlah perniagaan saya tidak balik modal kerana mata pelanggan pun ‘ditutup’ supaya tak nampak kewujudan gerai saya," katanya.

Bertutur lanjut, Zainal berkata, sihir yang dihantar oleh bomoh Madura itu dihantar kepadanya melalui angin serta pemujaan syaitan atau jin.

Jelasnya, ketika menerima rawatan, dua biji telur ayam kampung digunakan untuk mengeluarkan bisa racun santau daripada tubuhnya.

Tiga batang jarum berkarat dikeluarkan daripada tubuh Zainal menerusi telur pertama manakala telur kedua berjaya ‘menarik’ keluar baki sebatang jarum yang tertinggal.

Kata Zainal, dia turut diberitahu bahawa limau nipis merupakan ubat paling mujarab bagi mematahkan tindak balas santau angin.

"Saya muntah darah apabila diberi makan limau nipis bersama kicap kerana sifat santau itu dikatakan berlawanan dengan bahan berkenaan.

"Seterusnya, saya dimandikan dengan campuran air limau bagi menyingkirkan lebihan 'kotoran' selain untuk memulihkan tubuh," ujarnya.

Kini, setelah beberapa kali menjalani rawatan dalam tempoh sembilan bulan, keadaan Zainal bertambah baik dan sakit sendinya semakin pulih.

Bahan-bahan kotor yang ditanam di kedainya pula berjaya dikeluarkan dan dibuang ke alam ghaib. - Kosmo





2 comments:

Post a Comment

Subhanallah!! Video Air Terpancut Keluar Di Gurun Tanah Arab

Video Air Terpancut Keluar Di Gurun Tanah Arab



Air terpancar keluar dari batu di Tanah Arab pada hari sabtu 22/2/2014 jam 7.17 pagi. Negara Arab akan menjadi padang rumput dan sungai. " Tidak akan datang hari kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai1" Hadith Riwayat Muslim

Jom saksikan video dibawah
(Tunggu beberapa saat untuk loading)



3 comments:

Post a Comment

5 Tanda Anda Benci Kerja Anda

5 Tanda Anda Benci Kerja Anda


Kita bekerja untuk hidup ataupun hidup untuk bekerja? Bagaimana nak tahu sekiranya anda hidup untuk lakukan sesuatu yang anda benci?

Seksa nak bangun pagi

Bukan sebab dah dapat cuti lama dan terpaksa bangun awal pagi Isnin untuk mesyuarat tetapi ini kerana anda terlalu bencikan kerja anda sehingga rasa setiap hari kena bangun pagi macam bangun nak pergi neraka dunia.

Anda sentiasa mengantuk

Tak berjaga malam siapkan kerja pun masih rasa mengantuk. Dah masuk sepuluh cawan kopi yang diteguk namun masih juga rasa penat. Sekejap mengintai jam tangan dan rasa seperti masa tidak berlalu langsung.

Masa tidak berada di pejabat merupakan masa paling berharga

Samada berjumpa klien di luar pejabat ataupun pergi makan tengahari di luar pejabat memang rasa nikmat. Janji tidak duduk menghadap komputer lagi!

Anda sentiasa mencari kerja lain

Resume dihantar merata dan siap melakukan kerja sampingan sehingga anda temui sesuatu yang jauh lebih baik daripada kerja sekarang ini.

Benci kerja lebih masa

Apa? Overtime? Perkataan yang anda paling benci nak dengar. Duduk di pejabat bermula jam 9 pagi sehingga jam 5 petang pun dah rasa macam nak mati, apa lagi kalau terpaksa duduk di pejabat sampai lewat malam.

Jadi bagaimana anda tangani masalah tidak sukakan kerja anda? - news.mylaunchpad.com.my

1 comments:

Post a Comment

Kesan Buruk Pada Kita Apabila Facebook Membeli Whatsapp

Kesan Buruk Pada Kita Apabila Facebook Membeli Whatsapp

Perkongsian dari Whatsapp

Pada 19 Februari 2014, Facebook telah sah membeli WhatsApp dengan nilai rekod USD 16 Bilion. Kenapa Mark Zuckerberg sanggup membeli satu syarikat kecil yang tidak menjana keuntungan yang nilainya kurang dari satu bilion dengan jumlah yang begitu besar?

Apa impaknya kepada kita?

Sedikit ‘latar belakang’ pembelian tersebut:

1. Berbanding Google atau Yahoo yang sumber pendapatan mereka adalah pengiklanan (tidaklah bermakna mereka ini ‘baik’ tetapi sekurang-kurangnya), Facebook mendapat hasil semata-mata dari MENJUAL INFORMASI PERIBADI pengguna kepada pihak ketiga (dan entah siapa lagi?) Rujuk berita Skandal PRISM yang mana Presiden Perancis dan Jerman diintip, dengan menggunakan kaitan dari pengguna biasa yang lain. ‘Penjahat’nya adalah NSA yang dibantu dengan maklumat dari Facebook, Google, Apple dan Microsoft. Langkah pembelian WhatsApp ini tidak lain adalah juga untuk mendapatkan maklumat pengguna.

2. Facebook telah menggunakan pendekatan sedikit demi sedikit untuk cuba ‘mencuri’ nombor peribadi dan kenalan pengguna dengan menggabungkan FB Messenger dengan SMS. Tindakan ini mendapat tentangan hebat rakyat Eropah dan Amerika Syarikat sendiri. Pengguna juga telah memboikot langkah tersebut dengan menyahpasang perisian Messenger. Strategi tersebut telah gagal maka strategi baru diperlukan. Oleh kerana WhatsApp ‘telah pun’ memiliki rekod buku telefon pengguna, cara termudah ialah dengan mengambil secara ‘paksa’ iaitu dengan membeli syarikat pembuat WhatsApp.

Apa yang mereka mahu?

Mereka mahukan nombor peribadi pengguna, supaya mereka tahu siapakah sebenarnya pemilik laman Facebook. Sebagai bonus, adalah senarai kenalan seseorang pengguna (melalui buku telefon).

Mereka mahu tahu lokasi sebenar seseorang, selama mana dia di situ, ke mana dia pergi seterusnya, apakah rutin perjalanan hariannya dan sebagainya. Sebab, Facebook adalah tatapan awam (public) sebahagian pengguna yang cerdik tidak mendedahkan segala-galanya tetapi di WhatsApp, hubungan adalah dengan orang-orang terdekat dan keluarga, jadi kebanyakan orang akan berkongsi gambar, hal-hal peribadi dan lain-lain. Sekarang, itu yang Facebook mahukan.

Apa yang perlu saya buat sekarang?

1. Sebarkan mesej ini kepada semua orang.

2. Jangan buang dulu aplikasi WhatsApp!

3. Buka WhatsApp dan padam akaun anda terlebih dahulu. Berdoa agar segala data peribadi anda benar-benar mereka padam dari simpanan mereka.

4. Sekarang anda boleh menyahpasang aplikasi WhatsApp.

Apa saya nak gunakan selepas ini?

Banyak sebenarnya. Telegram, Line, KakaoTalk, WeChat. Tapi dicadangkan kepada pengguna tegar WhatsApp supaya memasang aplikasi ‘Telegram’ dari Playstore Google.

Kenapa Telegram dan bukan yang lain?

Banyak sebabnya, antaranya:

1. Bayangkan WhatsApp sekarang (hijau) bertukar biru. Hampir keseluruhan antaramuka (user interface) adalah sama. Tak perlu belajar cara penggunaan semula (no learning curve)

2. Chat di satu peranti (device/phone/tablet) boleh dibaca/sambung di peranti lain, atau komputer. Boleh guna satu akaun di pelbagai peranti (multiple devices)

3. Untuk perbualan yang sensitif, ada mode rahsia ‘Secret Chat’ yang tidak direkod di mana-mana kecuali di peranti/pengguna yang berkenaan sahaja (peer-to-peer), dan selepas perbualan itu dipadam, tiada lagi sebarang rekod tentang perbualan tersebut. Ia menggunakan protokol penyulitan (end-to-end encryption) sebagaimana yang digunakan oleh sistem perbankan dalam pelayar (browser)

4. Pengguna boleh ‘logout’ jadi anda boleh memilih untuk merahsiakan masa dalam talian (online) anda dari orang tertentu.

5. Laju. Mesej teks dipadatkan (compressed) jadi ia boleh berfungsi dengan baik dalam keadaan sambungan internet yang perlahan atau lemah (contohnya bila berkongsi WiFi atau peruntukan bulanan sudah habis, atau dalam mode internet percuma)

6. Saiz! Untuk peranti Android (APK + DEX + LIB) Telegram 9 mb. WhatsApp 21 mb. Kakao Talk 30 mb, Line 30 mb. WeChat 53 mb. Oleh kerana saiznya yang lebih kecil (paling kecil sebenarnya setakat ini), ia kurang menggunakan simpanan (storage, memory card) dan juga ingatan telefon (memory, RAM)

Untuk peranti berkuasa rendah (atau murah/sederhana) biasanya masalah utama ialah kapasiti simpanan dalaman (internal storage). Ia adalah antara sebab kenapa masih ramai yang menggunakan WhatsApp dan bukan yang lain. Kini sudah ada alternatif yang lebih baik!

7. Telegram adalah percuma, dan tiada iklan. Walaupun kebanyakan kita masih menggunakan WhatsApp secara percuma, tetapi sebenarnya ianya adalah atas ‘ihsan’ (courtesy) kerana ia sebenarnya dicas RM kepada sesiapa yang mempunyai kad kredit di akaun Google mereka. ‘Ihsan’ diberikan setakat ini adalah kerana memandangkan kebanyakan pengguna di sesetengah negara menghadapi kesulitan untuk memiliki kad kredit (dan mereka tidak mahu kehilangan pengguna).

8. Pembuat Telegram memang menyasarkan (target) pengguna tegar WhatsApp. Sebab itu mereka menawarkan hampir semua fungsi dan faktor serta antaramuka yang sama dengan WhatsApp, bahkan lebih baik, terutamanya dari segi keselamatan (security) yang mana pengguna WhatsApp adalah amat terdedah kepada penggodam (hackers) terutamanya bila menggunakan WiFi awam seperti di restoran dan cafe.

JANGAN LUPA:

Lakukan langkah ini seberapa segera yang boleh!

Padamkan data-data anda dengan segera jika anda menghargai privasi peribadi anda (dan keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan)

Jangan nyahpasang (uninstall) dulu, padam akaun anda dulu!

Jangan pula lupa untuk memberitahu kenalan anda untuk sama-sama ber’hijrah’, agar perhubungan tidak terputus.

Pautan (link) untuk Telegram: klik sini


Kesan Buruk Pada Kita Apabila Facebook Membeli Whatsapp

Untuk daftar Telegram, sama saja seperti WhatsApp.

Pasang, masuk nombor, tunggu mesej pemastian, siap.

P/s: Saya nasihatkan kenalan-kenalan supaya bertindak segera dalam sehari dua ini juga. Jangan gadaikan biodata anda kepada intipan. Kalau anda tak kisah sekalipun, ingatlah keluarga dan kawan-kawan tersayang, mungkin anda boleh menyebabkan mereka yang menjadi mangsa.

Ayuh segera tinggalkan WhatsApp!

Sumber: facebook

mazeermohamad.com

Telegam Untuk PC/Desktop - klik sini

Kesan Buruk Pada Kita Apabila Facebook Membeli Whatsapp


Nota: Tak tahu la yerk... dulu masa facebook pun dorang cakap macam ni juga konon facebook akan/boleh detect data-data kita...ironinya semakin bertambah-tambah pula orang join facebook, sorang ada sampai 2-3 akaun facebook sehinggakan Malaysia mencatatkan jumlah penggunaan yang tertinggi di dunia...Jangan ingat wechat, kakaotalk dan yang sewaktu dengannya itu semuanya selamat...walaupun dari China atau Jepun sama jer kerja dorang mengendap juga macam US dan Israel tu...

2 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ