Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Sudah Tiba Masanya Yang diPertuan Agong Memperkenalkan SURI HATINYA


Gambar kahwin Yang diPertuan Agong



Kenali ‘Suri’ Seri Paduka Memang Bijak, Jelita

ANGGUN… Nama Oksana Voevodina sejak semalam tular bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia setelah dilaporkan berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan
Muhammad V.




Personaliti gadis Rusia berusia 22 tahun dengan senyuman wajah cantik menawan semula jadi ini turut lonjak nama beliau sendiri apabila menjadi entri ‘tanda pagar’ paling tinggi carian menerusi Google dan media sosial tempatan.





Beliau yang merupakan seorang pintar ini sebenarnya pernah memenangi pertandingan ratu cantik ‘Miss Moscow 2015’ pada tahun 2015 lalu dan diadakan di sebuah teater terkenal “Nadezhda Babkina” di ibu kota Rusia tersebut.

Nama premis terkenal itu kebetulan diambil daripada penyanyi wanita lagu rakyat ternama di Rusia. Pada peringkat akhir pertandingan berprestij tersebut, Oksana melayakkan diri dan muncul pemenang mengatasi 31 peserta lain.

Dalam ucapan ringkas, dia berterima kasih kepada semua yang bantu hingga ke peringkat itu, terutama ibu bapanya. Selepas dinobat sebagai gadis paling cantik dari Moscow, dia berpeluang sertai Miss Russia, juga pada 2015.



Bagaimanapun gelaran ratu Moscow 2015 dimiliki Oksana bukan secara kebetulan, pada akhir pertandingan itu dia berjaya menambat hati para hakim dengan aura pakej imej kecantikan wajah dan kercerdikan yang dimiliki dirinya.

Pelajar ini juga memiliki bentuk badan yang menawan 85-59-90, dan ketinggian 170 sentimeter. Sebelum menyertai peraduan itu, Oksana pernah bekerja dengan pelbagai agensi model luar negara dan agensi tempatan di Rusia.



Sejak usia muda lagi, beberapa majalah fesyen antarabangsa pernah dihiasai dengan foto gadis cantik ini. Oksana memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi di Fakulti Perniagaan di Universiti Ekonomi Plekhanov, Rusia.

Beliau juga fasih berbahasa Inggeris kerana minat pelajari bahasa berkenaan dan dikatakan sangat petah dalam penggunaan bahasa tersebut. Selain itu, Oksana juga meminati bidang fotografi sebagai hobi ketika masa lapang.

Lebih unik, beliau juga merupakan pereka bentuk pakaian dan aksesori fesyen wanita dalam sebuah agensi fesyen terkemuka. Impian Oksana adalah untuk cipta koleksi fesyen dengan jenamanya yang tersendiri.






Beliau turut bercita-cita untuk menjadi seorang penyampai di stesen televisyen sebagai profesion satu hari nanti. Sejak semalam, Sultan Muhammad V dilaporkan sudah secara rasmi berkahwin dengan Oksana.

Menurut laporan portal berita hal ehwal Islam di Rusia, www.islamnews.ru., majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Barvikha di Moscow, itu diadakan gilang-gemilang dengan berkonsepkan tradisi Melayu dan Rusia.

Dalam majlis yang penuh adat istiadat tersebut, Seri Paduka Baginda kelihatan anggun mengenakan serba lengkap persalinan baju Melayu sementara Oksana mengenakan sepersalinan gaun pengantin berwarna biru muda.

Tetamu yang hadir turut dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa tanpa minuman beralkohol. Sejak semalam, beberapa keping gambar dan video mengenai suasana ceria majlis tersebut tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, memetik laporan daripada portal berita tempatan NSTP, sehingga pagi ini, pihak Istana Negara masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis tersebut. Daulat Tuanku!

Sumber– Mynewshub.TV



0 comments:

Post a Comment

ISU DAN HUKUM BERKHATAN BAGI BAYI PEREMPUAN

Hukum berkhatan bayi perempuan
Isu berkhatan


SOALAN:

Assalamualaikum admin. Saya ingin bertanya, apakah hukum berkhatan bagi kanak-kanak perempuan, kerana viral baru-baru ini bahawa khatan wanita tidak wajib, bahkan tidak disyariatkan di dalam Islam?



JAWAPAN:



Waalaikumussalam wbt,

Perbuatan berkhatan bagi wanita sudah menjadi amalan kebiasaan sebahagian masyarakat termasuk masyarakat Arab sejak dahulu kala. Pada zaman Rasulullah SAW, amalan ini berlaku dan Rasulullah SAW mengiktirafnya di samping meletakkan beberapa kaedah. Allah berfirman di dalam al-Quran:

ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya: Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.

Surah al-Nahl, (16:123)

Telah sabit daripada hadis bahawa Nabi Ibrahim melaksanakan khatan seperti mana yang diarahkan oleh Allah. Daripada Abu Hurairah SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ وَهُوَ ابْنُ ثَمَانِينَ سَنَةً بِالقَدُّومِ
Maksudnya: Nabi Ibrahim AS berkhatan menggunakan qaddum (alat seperti beliung, kapak kecil) pada umur beliau 80 tahun.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 3356) dan Imam Muslim (no. 2370) dalam al-Sahihain.

Sabitnya pensyariatan khatan ini juga dikuatkan dengan hadis daripada Humaid bin Bilal, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ
Maksudnya: Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.

Hadis riwayat Imam Muslim dalam al-Sahih (no. 349).

Hadis ini menunjukkan bahawa wanita juga berkhatan, dan bukan sahaja lelaki. Dalam mazhab al-Syafie, hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur dan seperti mana yang diputuskan oleh Imam al-Syafie. Imam al-Rafie daripada Syafieyyah ada menyebutkan suatu wajah (pendapat) dalam mazhab Syafie bahawa hukumnya sunat ke atas wanita, tetap pendapat ini dianggap syadz (ganjil).
Imam Ahmad turut menyatakan kewajipannya tetapi Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan majoriti ulama menyatakan ianya sunat.

Rujuk Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/300-301) oleh Imam al-Nawawi

Timbul isu dalam kalangan masyarakat bahawa khatan wanita mencacatkan anggota dan tafsiran bahawa khatan wanita itu tidak disyariatkan di dalam Islam. Sebenarnya kami berpendapat isu ini berpunca daripada pengamalan budaya yang bukan Islam dan kejahilan sebahagian orang yang mengendalikan khatan yang melampau sehingga mencacatkan fungsi kemaluan wanita.

Berkata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Dan wajib dipastikan tidak berlaku pencacatan oleh mereka yang mengendalikan urusan khatan anak perempuan mereka berdasarkan cara yang datang daripada hadis. Dan tidak boleh dilabelkan perbuatan khatan itu sebagai satu bentuk jenayah yang dilakukan dalam kurun ke 21, melainkan dalam kes-kes yang melanggar had-had yang disepakati dalam Syarak, iaitu al-isti’sal (pemotongan/pengembirian kemaluan), berlebihan dalam memotong, dan dikendalikan oleh orang-orang yang jahil daripada kalangan bidan dan selainnya, dan janganlah ubatan yang digunakan itu memandulkan.”[1]

Berkata Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili: “Berkhatan itu disyariatkan, dan tidak ada pendapat yang boleh menidakkan perkara ini sama ada bagi lelaki mahupun wanita. Yang penting adalah hendaklah ianya disempurnakan oleh doktor yang dipercayai. Jika seorang wanita tidak melakukan khatan, tidak ada dosa ke atasnya kerana itu merupakan haknya dan satu bentuk penghormatan atas qaul yang rajih dan ianya bukanlah wajib dan tidak perlulah kamu mewajibkannya.” [2]

Tarjih dan Kaifiat berkhatan

Kami mentarjihkan pendapat bahawa wajib hukumnya berkhatan bagi lelaki dan perempuan. Adapun bahagian yang wajib untuk dibuang ketika berkhatan ialah:

Bagi lelaki, bahagian kulit yang menutupi hasyafah (kepala zakar).
Bagi perempuan, bahagian kulit diatas saluran kencing (klitoris), yang seperti balung ayam jantan.
Bagi perempuan disunatkan agar dinipiskan atau dikemaskan sahaja, dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation
yang mana sehingga merosakkan dan mencacatkan klitoris. Bahkan perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam. Ini berdalilkan hadis daripada Ummu Atiyyah al-Ansariyyah bahawa perlaksanaan khatan berlaku dalam kalangan kaum perempuan di Madinah, lalu Rasulullah SAW berpesan kepada beliau:


لَا تَنْهِكِي فَإِنَّ ذَلِكَ أَحْظَى لِلْمَرْأَةِ، وَأَحَبُّ إِلَى الْبَعْلِ
Maksudnya: “Janganlah engkau potong semuanya, kerana itu menguntungkan bagi wanita dan disukai oleh suami.”

Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunan (no. 5271). Beliau mendaifkannya. Ini dipersetujui oleh Syeikh Syuaib al-Arnaut, tetapi disahihkan oleh Syeikh al-Albani.

Rujuk Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/301-302) oleh Imam al-Nawawi.

Begitulah cara mengkhatan lelaki dan wanita yang betul. Hendaklah dalam urusan ini kita bersikap adil, tidak cenderung kepada masyarakat yang menzalimi wanita dan tabiatnya, dan tidak pula cenderung kepada mereka yang memperlekehkan Syariat Islam dan pengamalannya.

Wallahua’lam.

Nota hujung:
[1] http://www.qaradawi.net/new/Articles-4379
[2] http://www.umatia.org/ftawa12.html

HUBUNGI KAMI

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Malaysia.
No. Tel : 03-8870 9000
No. Faks : 03-8870 9101 / 03-8870 9102
Emel : unitict[at]muftiwp[dot]gov[dot]my

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ