Gambar Lama Awan Gergasi Dikongsi Semula Timbul Situasi Panik


Heboh di Facebook sekarang tentang kewujudan awan gergasi di selatan Thailand yang berbentuk puting beliung mencurahkan hujan kononnya akan memburukkan lagi keadaan banjir yang melanda negara tersebut dan negara kita.

Foto ini telah banyak dikongsikan dan telah menimbulkan suasana panik dikalangan penduduk Malaysia dan sudah semestinya mangsa banjir.

Disini admin menafikan perkara tersebut kerana foto ini adaah foto lama dan sengaja ditimbulkan oleh pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Gambar ini telah dikongsikan oleh seorang lelaki dari negara jiran pada bulan JUN lalu dan telah digunakan semula seolah-olah akan berlaku bencana yang lebih besar.

BUKTI



Gambar tersebut telah menimbukan suasana panik dikalangan mangsa banjir yang sekarang menderita di sana. Siakapkeli.com.my

1 comments:

Post a Comment

BANJIR BESAR DI KELANTAN TANDA KEMURKAAN ALLAH - NIK ABDUH


Kota Bharu 27/12/2014 – Pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dikritik orang ramai kerana mendakwa banjir teruk melanda negara adalah akibat kemurkaan Allah dan menganggapnya tanda kerajaan negeri Kelantan perlu meneruskan agenda hududnya.

Pada masa sama, anak kepada Mursyidul Am PAS itu juga menyeru orang ramai memanjatkan doa kepada Allah memohon agar dihentikan segala bencana dan dikembalikan kesejahteraan untuk semua umat manusia dan negeri yang dilanda banjir.

Menulis status di laman Facebooknya pada Rabu, beliau berkata: “Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat Hudud.”

Ia bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi di dalam ruang komennya yang rata-rata membidas ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Mereka sebaliknya mengatakan, bencana alam tersebut berpunca daripada pembalakan yang tidak terkawal di Kelantan.

Salah seorang pengguna Facebook, Hussain Muhammad mengecam Nik Abduh dan menuduh kerajaan PAS Kelantan sebagai punca banjir besar berlaku.

“Banjir berlaku sebab keserakahan PAS menebang balak, dan tak pernah peduli pasal sistem perparitan dan kutipan sampah. Ini bukan benda baru, tiap-tiap tahun jadi,” katanya.

Seorang pengguna lain, Anas Abd Jalil juga menyindir Nik Abduh yang seolah-olah meletakkan beban kepada pencipta alam, serta memuat-naik gambar pembalakan di Gua Musang.

Dengan nada marah, beliau mengaitkan banjir itu dengan kegiatan “perogolan balak” yang memusnahkan kawasan tadahan air serta menyebabkan tanah gambut yang menyerap air terhakis dan akhirnya tanah laterit masuk ke sungai dan mencetekkan sungai.

“(Sebaliknya) Semua dibebankan pada takdir Allah,” kata Anas.

Sementara itu, orang ramai juga membidas kenyataan Nik Abduh yang seolah-olah mengatakan pelaksanaan hudud merupakan penyelesaian kepada masalah banjir di negeri tersebut.

“Isu bnjir skrg ni tiba2 puak2 lebai ni bncg psal hudud, sabar sat klau nk laksana pun… Islam ni bkn pada hudud ja..banteras rasuah pnyelewengan, korupsi kjaan, ketirisan pn tak sudah2 lg. Selamatkn rkyt dlu, mcm hg sorg nk msuk syurga ustaz oi!” kata pengguna bernama Khairul Anuar KA dalam ruang komen.

Dalam status Facebooknya semalam, Nik Abduh berkata kunci kepada isu banjir di Kelantan ialah doa dan menggesa supaya orang ramai terus meminta bantuan kepada Allah.

“Kunci bencana banjir kini di tangan Empunya hujan. Anak kuncinya adalah doa. Walau sejuta tangan menghulur bantuan, jangan dihilang anak kunci itu,” tulisnya.

Pentadbiran kerajaan PAS Kelantan sebelum ini juga menerima kritikan hebat kerana berhasrat meneruskan sidang khas meminda enakmen negeri bagi membolehkan pelaksanaan hudud pada 29 Disember ini.

Pengkritik menggesa supaya sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan itu ditangguhkan sehingga isu banjir ditangani terlebih dahulu. – MI

1 comments:

Post a Comment

TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) MENJADI MANGSA FITNAH MUSIM BANJIR



Ermmm tak pasal2 TMJ pun menjadi mangsa fitnah orang2 yang tidak bertanggung jawab.  Hebat sangat ke membuat dan menabur fitnah ni? Sudah2 la tu... hidup kita ni bukannya lama sangat pun...

1 comments:

Post a Comment

GAMBAR BANJIR 2014 YANG MERUNTUN HATI PT 2


Keadaan banjir di Kuala Krau..Pahang






Satu kejadian melibatkan sebuah lori bantuan banjir dari unit PSP Cheras untuk Negeri Pahang telah terbalik semasa penugasan menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kg Tempoyang, Kuala Lipis.







Keadaan Di Temangan, Kuala Krai



Penduduk Kuala Krai solat di atas bumbung masjid kerana kawasan digenangi air.


SEORANG penduduk Kampung Pengkalan Pandan, Muhamad Khalid tidur di dalam sampan di hadapan rumah beliau akibat dari banjir yang melanda. - Foto Effendy Rashid



Tents telah diagih dan siap dipasang untuk digunakan oleh mangsa-mangsa banjir di Sek Men Keb Sultan Ismail,Kota Bharu Kelantan.



Harap orang yang ambik gambar ni, dah selamatkan mereka, Insha Allah


Temerloh: Situasi banjir di daerah Temerloh membimbangkan apabila paras air Sungai Pahang semakin meningkat sehingga melimpah ke jalan raya dan kampung berhampiran sungai terbabit.

0 comments:

Post a Comment

TUDM DIFITNAH MEMINTA SEWA HELIKOPTER UNTUK PINDAHKAN PESAKIT DARI HOSPITAL




Diminta tidak menyebarkan fitnah. ATM atau TUDM tidak pernah meminta bayaran untuk menerbangkan pesakit dan mangsa banjir menaiki helikopter.


Untuk Pengetahuan ATM / TUDM tidak pernah minta bantuan atau sumbangan. Mereka bergadai nyawa siang dan malam tapi rakyat memperlekehkan mereka..







Ingatan kepada semua terutama diriku sendiri




Update terkini : Baru sebentar tadi admin masuk ke fb cik kak ni dan beliau sudah pun memohon maaf kerana katanya tersilap informasi... Rasanya kalau berita tak sahih janganlah cepat-cepat melatah dan laju jer jari nak update status... Kalau TUDM buat report kan naya!!






0 comments:

Post a Comment

Formasi Awan Pelik Di Sempadan Kelantan - Thailand?


Formasi Awan Pelik Di Sempadan Kelantan Thailand


Dikatakan gambar ini baru saja dirakam dari sempadan Kelantan dan Thailand? Ada sesiapa tak yang mampu bagi pengesahan atau info selanjutnya?


Formasi Awan Pelik Di Sempadan Kelantan Thailand

0 comments:

Post a Comment

SUASANA BANJIR DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Keadaan di UMK (Universiti Malaysia Kelantan) sebentar tadi.







Kredit: Siakap Keli

0 comments:

Post a Comment

Bandar Yang Bakal Tenggelam Di Malaysia!




Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh tujuh tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.

Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004.

Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.


1 comments:

Post a Comment

Rupanya Najib Dan Muhyiddin Berada Di Sini Ketika Rakyat Hadapi Banjir?





Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini semakin buruk. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, banjir terus bertambah buruk dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan juga semakin bertambah.

Beberapa kawasan sudah ditenggelami air, aktiviti harian lumpuh, jalan terputus dan ada jalan utama juga turut runtuh akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Ada juga laporan mengatakan hubungan darat Kelantan telah terputus dengan negeri-negeri lain.

Melihat keadaan hujan yang masih mencurah dengan lebat, adalah dijangka banjir yang disifatkan antara yang terburuk ini akan terus melanda untuk beberapa lama lagi. Tidak mustahil juga ia akan berlarutan sehingga awal tahun baru 2015 nanti.

Di Perak dan Perlis pula, beberapa kawasan turut mulai dilanda banjir dan angka mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan juga terus bertambah.

Meskipun bantuan dari segi makanan, keperluan harian dan usaha memindahkan mangsa terus giat dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, tetapi amat malang kehadiran pemimpin meninjau ke tempat banjir agak mengecewakan kali ini.

Selain pemimpin peringkat negeri yang tentunya bertungkus-lumus membantu mangsa di kawasan masing-masing, kehadiran pemimpin Pusat ke negeri-negeri yang dilanda banjir nyata agak mengecewakan.

Tiada kelibat Perdana Menteri, Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kanan seperti Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal, Ahmad Maslan dan lain-lainnya. Jika bercakap berkaitan isu politik dan mengampu pemimpin, begitu ramai yang berebut-rebut mahu ke depan, namun di mana mereka ketika rakyat derita ini?

Yang nampak hanyalah beberapa kerat pemimpin seperti Shahidan Kassim, Shahrizat Jalil, Abdul Azeez Rahim, Mustapha Mohamad dan Ahmad Shabery Cheek saja. Pemimpin sayap Pemuda dan Puteri juga hampir tidak kelihatan sama.

Ke manakah pemimpin-pemimpin sihat dan segar-bugar ini menghilang? Muhyiddin sudah lebih seminggu tak kelihatan dan dipercayai sedang bercuti di luar negara ketika ini. Najib juga dipercayai baru berlepas bercuti ke luar negara dua hari lalu setelah meluangkan sedikit waktu melawat mangsa banjir di Pahang.

Majoriti pemimpin lain dipercayai turut bercuti di luar negara ketika ini. Ada yang bercuti sebelum banjir melanda dan ada pula yang berlepas setelah banjir makin besar. Najib sendiri pergi bercuti setelah mengetahui banjir kian bertambah buruk dan ini merupakan percutian keduanya dalam tempoh tidak sampai lima bulan di mana pada Hari Raya Aidilfitri lalu beliau juga bercuti ke beberapa bandar di Eropah.

Soalnya, apakah perasaan pemimpin yang sedang bercuti ini sedangkan mereka mengetahui ada rakyat yang sedang sengsara dan sesetengahnya berjuang antara hidup dan mati menyelamatkan nyawa dan harta benda akibat banjir?

Apakah bercuti dan berehat di luar negara terlalu penting sehingga ianya tidak boleh ditangguhkan langsung? Atau kalau sedang bercuti, tidak bolehkah pulang segera dan menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin kepada rakyat?

Sekadar meminta mangsa bersabar dan berdoa dengan keadaan banjir yang kian buruk sedangkan mereka berada di luar negara, mungkin riang gembira dan ketawa bermain salji, bukan saja tidak memadai tetapi jelas memperlihatkan perlakuan paling buruk sebagai pemimpin.

Inilah masanya mereka yang bergelar pemimpin perlu bersikap jujur dan mengutamakan rakyat. Berehat, bercuti, membeli-belah dan bemain salji di luar negara yang lebih penting atau nasib rakyat yang lebih utama?

Kepada pemimpin yang tiada perasaan, tidak prihatin dan lebih mengutamakan diri sendiri dengan tidak sanggup menangguh atau memendekkan percutian mereka di ketika rakyat sedang sengsara ini, eloklah kita juga mendoakan agar mereka itu dilaknat Allah, kalah dalam pilihanraya akan datang dan tidak lagi bergelar pemimpin. ~ shahbudin

Sebenarnya Najib, Muhyiddin dan lain-lain berada di mana ketika rakyat hadapi banjir? Kepada pemimpin yang sentiasa membantu rakyat yang menghadapi saat-saat getir di ucapkan syabas.

Biasanya ada liputan berita menyeluruh semasa lawatan mereka di pusat pemindahan dan lokasi banjir. Ini tiada kelihatan kelibat mereka dalam laporan media. Yang ada setakat ini  hanya entri-entri ucapan Najib di page beliau..

Rupanya najib main golf dengan obama waktu rakyat hadapi banjir.. klik sini.





0 comments:

Post a Comment

Stadium, Hospital, Ibu Pejabat Polis Tenggelam Akibat Banjir 2014 di Negeri Kelantan


Biarkan gambar berbicara...  Subhanallah Maha Besar Allah SWT yang mencipta segala alam semesta.
















0 comments:

Post a Comment

Gambar Ngeri : Letupan Di Taman Ria Mesra, Gurun Ragut 3 Nyawa




GURUN 24/12/2014 - Tiga beranak maut manakala seorang lagi anggota keluarga itu cedera parah dalam satu kejadian letupan yang berlaku di sebuah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun petang ini.

Letupan kira-kira 4.50 petang itu menyebabkan seorang anggota tentera yang dikenali sebagai Ayob, berusia dalam lingkungan 30-an, anak perempuannya Nor Hidayu Shahirah Ayob, 8, dan anak lelakinya Mohamad Idham Shahmi, 5, maut.

Sementara itu, isteri Ayob yang dikenali sebagai Sharifah Haslinda, 37, mengalami kecederaan parah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Ahmad Shahabuddin berkata, walaupun ada yang mengatakan letupan berpunca daripada tong gas tetapi pihaknya tidak menolak kemungkinan letupan itu berpunca daripada sejenis bahan letupan.

" Ini berdasarkan pengamatan impak letupan di lokasi kejadian oleh pihak bomba ketika melakukan kerja pemadaman sebaik tiba di lokasi kejadian.

"Ketika menjalankan pemeriksaan, kita mengenal pasti impak yang cukup kuat terutama kesan-kesan lubang pada dinding rumah terbabit yang diyakini berpunca daripada bahan letupan dan bukannya letupan tong gas memasak seperti yang didakwa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ahmad berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan turut meminta bantuan daripada Skuad Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memeriksa lokasi kejadian kerana khuatir masih terdapat bahan yang boleh meletup di dalam rumah terbabit.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan itu pada pukul 4.57 petang, dan sebanyak tiga jentera serta 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Yan dan Sungai Petani dikerahkan ke tempat kejadian, dengan jentera pertama tiba pada 5.13 petang.

Letupan itu turut menyebabkan kerosakan kepada sekurang-kurangnya lapan rumah berdekatan dan turut memusnahkan dua kereta.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama. - Bernama















0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ