Apa itu Mekanik Kuantum?



Apa itu Mekanik Kuantum?

Seringkali istilah Kuantum disalah ertikan oleh orang ramai termasuk penjual barangan sains palsu. Orang yang sibuk jaja dan jual sains palsu yang disulami istilah kuantum sebenarnya tidak faham langsung pun apa maksud kuantum itu sendiri.

Baiklah, admin nak rungkai istilah mekanik kuantum dan bagaimana mengenali barang sains palsu yang disulami istilah kuantum.

Mekanik kuantum adalah deskripsi matematik yang membincangkan teori dan keputusan eksperimen fizik yang merungkai perihal bahan di peringkat atom dan sub-atom seperi interaksi dan pergerakan. Makna kata yang lain, mekanik kuantum adalah matematik yang menjelaskan teori dunia yang sangat kecil. Fizik klasik pula adalah untuk menerangkan fizik harian.

Admin ulangi semula, deskripsi matematik ya. Deskripsi matematik.

Mekanik kuantum diperlukan untuk memahami fenomena yang tidak boleh dijelaskan melalui teori fizik klasik yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh, di dalam fizik harian atau klasik. Tiada objek berjisim yang boleh menembus dinding yang lebih kurang tenaganya. Atau bahasa mudahnya, kita tidak boleh menembusi dinding konkrit atau kayu.

Tetapi dalam fizik kuantum, elektron boleh menembusi dinding. Malah, elektron boleh berada di dua tempat dalam satu masa.

Jadi, kita perlu tekankan disini. Fizik klasik dan Fizik kuantum adalah dunia yang berbeza daripada segi saiz.

Namun, admin nak tekankan disini. Sekiranya kita mempelajari kuantum mekanik secara formal. Kita akan mendapati bahawa kuantum mekanik lebih kepada struktur matematik yang menjelaskan fenomena tersebut.

Sekiranya penjual barangan bersulamkan fizik kuantum, mereka sepatutnya boleh merungkai matematik di sebalik fenomena kuantum yang diperkatakan. Sebagai contoh, mereka perlu mengetahui Del Operator, Psi, wavefunction, h-bar, Hamilton Operator, imaginary unit, dan berbagai lagi.

Cuba minta mereka explain dulu benda ni, baru kau boleh suruh dia explain barang tu.

Antara contoh barangan sains palsu yang dikaitkan dengan fenomena kuantum ini adalah seperti berikut.

1. Air menyimpan memori gelombang kesihatan. Mereka mengagungkan rumus E=mc^2=hf. Sedangkan m, mass dalam rumus E=mc^2 adalah untuk rest mass. hf pula adalah untuk gelombang yang sentiasa bergerak. Jadi amat kontradik untuk menyamakannya.

* - E adalah energy, h adalah plank constant, dan f adalah frequency, c adalah kelajuan cahaya.
* - ^2 disini bermaksud kuasa dua.

Malah, rumus asal untuk E=mc^2 adalah E^2 = (pc)^2 + (mc^2)^2 . Sekiranya jasad yang tidak berjisim, maka yang bahagian mc^2 menjadi 0 dan teruskan kepada E=pc.

* - p adalah momentum,






2. Gelang kuantum yang menyihatkan. Setakat ini, sebagai ahli sains fizik, tiada lagi aplikasi kuantum yang melibatkan gelang tersebut dan menyihatkan badan. Malah, gelang tersebut dikatakan mempunyai gelombang magnetik yang tinggi supaya menyusun darah.

Gambar hiasan


Kajian menunjukkan walaupun magnetik sekuat 1T, masih tidak mampu mempengaruhi aliran darah [1].

Jadi, kenyataan yang didakwa adalah tidak benar.

3. Memformat DNA.

Tiada lagi teknologi yang mampu memformat DNA. Sekiranya anda format DNA anda, anda bukan lagi manusia.

4. Quantum Vision yang mampu membaik pulih mata. Caranya, cuma pakai cermin mata yang belubang-lubang, maka penglihatan akan lebih jelas.

Gambar hiasan


Ini tidak benar. Kerana kesan cermin mata tersebut adalah sementara dan tidak akan kekal setelah membuka cermin mata tersebut. Cermin mata tersebut cuma "memfokuskan" cahaya tertentu yang diterima untuk kelihatan lebih jitu/terang.

Malah, istilah kuantum yang dikaitkan pun tidak benar. Setakat ini, memang ada cabang dalam quantum biology yang berkait rapat dengan visual phototransduction. Tetapi ianya lebih kepada pengkajian bagaimana chromophore absorb photon dan melalui proses photoisomerization. Quantum-biology disini menjelaskan, terdapat kemungkinan terdapat quantum effects dalam membentuk gound state and excited state potentials. Dan tiada kena mengena dengan menyihatkan mata.

5. Alat jimat elektrik.

Ini pun sudah banyak kali dirungkai oleh page pseudoscience watch, Say no to MLM, dan individu tertentu.

https://www.facebook.com/pswatch1/posts/1278590338818574

https://www.facebook.com/pswatch1/posts/1203241343020141?match=cHNldWRvc2NpZW5jZSB3YXRjaCxlbGVrdHJpayxqaW1hdCxhbGF0

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1011358612254955&id=144366415620850

Setakat sini admin saja admin tulis. Lain kali admin -M- akan buat siri memahami kuantum mekanik untuk orang awam. Admin -M- akan cuba laraskan bahasa yang mudah difahami dan tidak mencampurkan rumus. Maaf admin tidak menjelaskan beberapa term di atas secara khusus. Kalau tak faham term tu, usaha sikit untuk google dan baca deskripsinya.

-M-

Rujukan:
[1] Polk, Charles; Elliot Postow (1996). Handbook of Biological Effects of Electromagnetic Fields. CRC Press. p.161.

Kredit: Root of Science Facebook


4 comments:

Post a Comment

Pembongkaran Misteri Jambatan Bunian Di Port Dickson



Bagi yang tinggal di kawasan sekitar Negeri Sembilan dan Selangor, anda pasti pernah mendengar tentang kewujudan 'jambatan orang bunian' yang dikatakan dibina di lebuhraya menuju ke Port Dickson.

Jambatan bunian Port Dickson

Entah dari mana sumbernya, ramai yang mengatakan jambatan ini dibina khas untuk laluan orang bunian bagi melintas lebuhraya bagi mengelak dilanggar kenderaan yang lalu di situ. Manakan tidak, kedua penghujung jambatan tersebut menghubungkan semak dan hutan sahaja. Jadi, ramailah yang cuba untuk membuat kesimpulan masing-masing.


Namun begitu, setelah disiasat, didapati jambatan itu bukanlah khas dibina untuk orang bunian. Bagi yang membuat kesimpulan begitu, mereka pasti terpengaruh dengan sogokan filem-filem hantu yang membanjiri industri perfileman masa kini. Dimensi alam bunian tidak sama dengan dimensi alam kita ini, mereka tidak perlu pun jambatan di alam ini untuk melintas. Kalau tidak, baik mereka minta MRT lagi baik.

Sebenarnya, jambatan tersebut dibina untuk haiwan melintas dan kebanyakan negara di dunia sudah lama mengaplikasikan teknik ini bagi mengelakkan kemalangan.... antara contohnya di Grevesmühlen, Germany





Kredit: taotauajer.blogspot.my

2 comments:

Post a Comment

ILMU FITAN ITU SENDIRI ADALAH FITNAH




ILMU FITAN ITU SENDIRI ADALAH FITNAH
Artikel oleh : Ibn Jawi

Ilmu Fitan atau juga disebut ilmu Eskatologi dan lebih popular kini disebut sebagai “Teori Konspirasi” adalah satu perkara yang sentiasa hangat dibahaskan. Para ulama Islam suatu ketika dahulu ada yang mengarang pelbagai Kitab mengenainya. Antara yang popular adalah ulama Hadis, Imam Nuaim ibn Hammad dengan karya berjudul al-Fitan. Selain itu, ulama Sirah, Ibn Kathir dengan karya berjudul al-Nihayah al-Fitan wal Malahim. Seterusnya, ulama Sufi, Imam al-Barzanji dengan karya berjudul al-Isya'ah li ashrath al-Sa'ah.

Walaubagaimanapun, menurut pemerhatian Ibn Jawi, manhaj atau metodologi penulisan ilmu Fitan oleh para ulama silam amat berbeza dengan apa yang sering kita baca melalui penulisan segelintir penulis zaman kini. Oleh itu, dalam karya-karya Ibn Jawi, manhaj penulisan yang diambil adalah sepertimana yang para ulama silam tuliskan dan Ibn Jawi meninggalkan manhaj penulisan segelintir zaman kini.

Walaupun manhaj penulisan penulis zaman kini sememangnya tampak lebih “wow”, namun, bagi pandangan peribadi Ibn Jawi, pengambilan manhaj penulisan cara ulama silam adalah lebih selamat lagi barakah. Walaubagaimanapun, Ibn Jawi tetap sahaja menghormati apa sahaja pandangan para penulis dan peminat “Teori Konspirasi” sekalian selagimana tidak bercanggah dengan usul agama dan terlampau melayang-layang takwilannya.

Apa bezanya antara kedua manhaj tersebut? Sebenarnya, para ulama terdahulu menulis ilmu ini adalah dengan berpegang kepada hadis riwayat Imam Ahmad, “Dajjal tidak akan muncul sehinggalah manusia melupakannya dan Imam-Imam meninggalkan untuk memperingatinya di atas mimbar-mimbar”.

Tapi, bukankah para pengkaji Teori Konspirasi juga sering menyebut tentang “Dajjal” dan sangat peka dengan segala logo mata dan segi tiga? Maka inilah apa yang Ibn Jawi katakan bahawa “Ilmu Fitan ini adalah Fitnah”. Secara zahir hadis memang nampak para pengkaji Teori Konspirasi seperti “memperingatkan” Dajjal. Namun, jika ditafsir hadis ini, maka akan tersingkaplah bahawa betapa bahayanya ilmu Teori Konspirasi jika diambil secara metodologi yang salah.

Yang dimaksudkan dengan “memperingatkan” dajjal dalam hadis ini adalah memperingatkan BAHAYA dajjal iaitu datangnya bagi melupakan manusia terhadap Tuhan. Dan tanda manusia itu ingat akan bahaya dajjal adalah dengan mempersiapkan diri dengan ilmu bagi mengukuhkan iman serta amalan-amalan bagi mendinding diri.

Sebagai satu peringatan, kelak ketika Dajjal keluar, manusia yang menyangka telah tahu banyak tentang Dajjal akan keluar bagi mencabar Dajjal. Namun akhirnya, manusia itu sendiri akan menjadi pendokong tegar dajjal. Ini kerana manusia tersebut hanya mengkaji segala isu remeh tentang Dajjal tanpa mengkaji perkara yang lebih utama. Dia terlupa untuk mempersiapkan diri bagi menghadapinya.

Segala tentang Dajjal dikajinya, namun terlupa untuk mengenali sifat Tuhan yang Haq. Akhirnya Dajjal yang ingin bersemayam di atas Takhta Jerusalem itu telah berjaya menipu umat manusia dengan mengaku sebagai Tuhan sedangkan Dajjal itu sama sahaja seperti manusia biasa. Sesungguhnya Allah tidak serupa dengan makhluk.

Para pemuda kini agak aneh kerana mereka hanya sibuk berdebat dimana tempat munculnya Dajjal dari arah timur itu? Sama ada di Isfahan atau Khurasan atau dimana? Bahkan sampai bergaduh antara kelompok A dan kelompok B. Sedangkan fitnah Dajjal pasti sampai ke seluruh muka bumi. Belum pun Dajjal keluar bagi melakukan huru-hara, manusia telahpun dalam keadaan huru-hara bergaduh menenai bab ini.

Ketahuilah Ilmu eskatologi hanyalah sebuah teori yang dzanni dan bukannya qatie. Maka tak perlu taksub hingga tahap berbalah kononnya teori yang dipegangnya lah yang paling tepat.

Malah, ada mereka yang sampai ke tahap paranoid apabila apa sahaja isu dikaitkan dengan agenda Yahudi dan Dajjal. Sebagai contoh, isu Bumi Sfera turut dikaitkan dengan agenda “musuh Islam”. Kata mereka, sesiapa yang mempercayai maklumat NASA iaitu kononnya agen Yahudi yang tidak menganggap Bumi itu leper adalah telah ditipu kerana ianya salah satu agenda Dajjal.

Na’uzubillahiminzalik. Tidakkah mereka sedar bahawa fatwa Bumi itu berbentuk Sfera (Dahaha/Oblate) telahpun disepakati oleh ulama Islam sendiri sehingga hampir mencapai tahap IJMA’? Maka disini, siapa sebenarnya yang telah tertipu?

Kemudian, tidakkah kita perasan, jika Allah menceritakan kehebatan penyelewengan Namrud, Samiri, Firaun dan sebagainya, pasti setelah itu Allah akan mengkhabarkan bahawa hakiatnya Allah lah yang Maha Berkuasa. Allah juga akan mendedahkan kelemahan figure-figure tadi dengan kisah-kisah azab yang dikenakan kepada mereka sebagai satu bentuk penghinaan .

Ini tidak seperti apa yang kita baca melalui penulisan segelintir “pengkaji teori konspirasi” kini yang hanya menceritakan kononnya segala kehebatan adalah milik Dajjal tanpa memberitahu bahawa Allah lah sebenar-benarnya yang Berkuasa. Ini mengakibatkan manusia menjadi takjub dan takut terhadap dajjal tanpa tentu arah.

Maka itulah antara contoh perbezaan ilmu Fitan yang dibawa oleh para ulama silam dengan segelintir “pengkaji ilmu fitan” kini. Para ulama dalam membentangkan teori-teori naratif hari Kiamat adalah dengan berdalilkan nas. Setelah mereka menceritakan betapa dahsyatnya fitnah ilmu sihir Dajjal yang mengkufurkan umat manusia, mereka akan memuji kebesaran Allah agar manusia tidak berasa Takjub dan menganggap Dajjal itu lebih berkuasa.

Malah para ulama akan memberi motivasi dan panduan kepada manusia agar dapat mengatasi masalah Dajjal ini kelak dengan melazimi amalan-amalan tertentu lalu terselamat dari fitnah Dajjal. Inilah manhaj Ilmu Fitan yang diguna pakai oleh para ulama. Mereka mengambil manhaj ini dari pola ayat al-Quran dan Hadis.

Antara ulama Sunni kini yang paling popular mengguna pakai metodologi ilmu fitan seperti ulama silam adalah Syeikh Hamza Yusuf. Manakala ulama melayu zaman kini yang sama metodologi penulisannnya dengan ulama silam adalah Syeikh Abu Ali Ahmad Fahmi Zam-Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki.

p/s : Gambar hanyalah hiasan bagi menarik perhatian pembaca. Ianya kajian Ibn Jawi terhadap perkaitan antara simbol sihir popular dalam mana-mana tamadun iaitu “mata” yang sering membawa fitnah berbentuk kekufuran. Sebesar-besar fitnah adalah fitnah dajjal yang membawa sihir. Dan tandanya adalah matanya buta sebelah dan tertulis kalimat Ka Fa Ra (kafir).

#KitabTamadunYahudi


ILMU FITAN @ ILMU ESKATOLOGI VS TEORI KONSPIRASI

Dah lama menanti artikel seperti ini. Terima kasih Ibn Jawi untuk penerangan yang mendalam dan seimbang.

Cumanya saya berpendapat ramai yang komen dalam artikel ini tidak habis baca atau tidak cukup tenang dalam membaca sehingga tersalah faham maksud.

Ada yang menganggap Ibn Jawi memperkecilkan Ilmu Eskatologi serta ulama-ulama yang menulisnya walhal dari pembacaan saya ia tidak berlaku.

Malah Ibn Jawi dengan terang dan jelas menerangkan perbezaan perspektif serta penekanan Ilmu Eskatologi vs Teori Konspirasi dan perbezaan metodologi ulama terdahulu serta penulis zaman sekarang.

Untuk merumuskan secara ringkas apa yang saya faham perbezaan antara Ilmu Eskatologi ulama terdahulu dengan Teori Konspirasi penulis hari ini adalah:

1) Ulama terdahulu dalam memperingatkan tentang kewujudan Dajjal dan gerak kerjanya, ia diseimbangkan dengan pembinaan holistik diri (ilmu dan amal, dunia dan akhirat) serta peringatan terhadap keEsaan Allah mengatasi Dajjal.

Ini cara yang positif dan proaktif.

2) Manakala penulis teori konspirasi hari ini lebih berpaksikan takut, was was, meroyan dan merintih sehingga ia membawa ke tahap paranoia melampau, tidak dapat membezakan fiksyen dan realiti. Ketaksuban kepada Dajjal mengatasi ketakwaan kepada Allah SWT.

Ini cara yang negatif dan pasif (menunggu nasib)

Walhal, dalam berdepan dengan situasi ketentuan Ultimatum (Qada dan Qadar), baginda Nabi SAW pernah ingatkan dalam hadith tentang Hari Kiamat ini.

Dan baginda bersabda:

Jika esok berlaku Kiamat dan di dalam tanganmu memegang biji tamar, maka tanamkan ia.

Pada saya jelas sungguh apa yang baginda Nabi hendak kita fokus kepada iaitu sentiasa berbuat kebaikan dan kebajikan dalam ruang lingkup kuasa dan kemampuan kita.

Jangan meratapi nasib atau berputus asa. Ketentuan yang akan berlaku pasti berlaku. Jangan difokus hanya pada apa yang bakal berlaku, tetapi fokus kepada apa yang kita boleh lakukan.

Makanya, Teori Konspirasi yang membawa kepada ketakutan dan paranoia melampau itu sendiri telah jatuh sebagai fitnah apabila ia tidak membawa sekelumit kebaikan, malah ketaksuban melampau terhadap sesuatu mengatasi ketakwaan kepada KeEsaan Dia serta keimanan kepada Qada dan Qadar.

Ini pandangan saya. Jika salah mohon betulkan.

Terbuka untuk perbincangan.

-JB-

Kredit: The Patriots facebook

2 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ