Kamal Ashnawi Terkaya Di Dunia, Miliki RM20 Trilion?

Kamal Ashnawi Terkaya Di Dunia, Miliki RM20 Trilion



Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi. - Utusan




4 comments:

Post a Comment

Kemaluan Lelaki Bertukar Menjadi Ular Kerana Kencing Al-Quran?

Kemaluan Lelaki Bertukar Menjadi Ular Kerana Kencing Al-Quran?

Heboh pula di laman sosial facebook mengatakan lelaki ini telah dilaknat Allah swt dengan kemaluannya bertukar menjadi ular. Memanglah tiada yang mustahil bagi Allah swt.... kun fayakun....tapi kalau benar itulah hukuman dan azab bagi orang2 yang menghina islam apa lagi kitab Allah, rasanya kitalah orang islam yang paling gembira sekali kerana  di dunia ini kita tidak dapat menghukum mereka-mereka ini walaupun hati kita tercalar serta terluka dengan penghinaan itu. 

Tapi sayang kejadian ini bukanlah benar-benar kejadian  hanyalah peragaan costume di festa halloween sila rujuk sini

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(Al-Hujuraat49:6)

Kemaluan Lelaki Bertukar Menjadi Ular Kerana Kencing Al-Quran?

6 comments:

Post a Comment

Kucing Nakal












5 comments:

Post a Comment

Perogol Kena Potong Kepala dan Kemaluan Disumbat Dalam Mulut

Perogol Kena Potong Kepala dan Kemaluan Disumbat Dalam Mulut


Sangat mengerikan, macam kejam hukumannya.......
Tapi sudah cukup untuk menjadikan pengajaran kepada perogol-perogol semua.
Mereka tidak lagi terdetik dalam hati berniat untuk merogol.
Biar pun macam hukuman rimba tapi berkesan.....

Di negara-negara lain seperti Malaysia lain pula kalau si perogol didapati bersalah
Mereka akan di hukium penjara tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan, Selepas itu mereka akan di beri makan sampai gemok. Perogol di Malaysia seronok hidup di jaga makan percuma, keluar penjara boleh kawin lain.

Jika perogol membunuh , dan didapati bersalah oleh Mahkamah ia akan di jatuhi hukuman bunuh juga atas kesalahan membunuh,dan bukan kerana kesalahan merogol.

Perogol Kena Potong Kepala dan Kemaluan Disumbat Dalam Mulut

Perogol Kena Potong Kepala dan Kemaluan Disumbat Dalam Mulut

Lihat juga di sini Video Hukuman Potong Kemaluan Bagi Perogol

Di Malaysia apakah pengajaran kepada perogol dan orang awam ???
Persatuan, Ngo wanita akan menyalak menuntut keadilan kerana ramai wanita menjadi mangsa.

Rogol tetap berlaku, Wanita tetap menjadi mangsa kerana lelaki durjana tidak merasa gerun dengan hukuman yang ada..... Lahir lah anak yang tidak berdosa hasil perbuatan haram bapanya(merogol)
ibu nya seorang wanita yang lemah,Anak itu menjadi mangsa igekan masyarakat dan dipandang serong oleh masyarakat. - Sumber 

2 comments:

Post a Comment

Sweetnya Ariana Rose Bertudung!!

Kalau tengok pada gambar ni Tengku Adam dan Ariana Rose akan berbulan madu di London. Begitu lah yang ditulis oleh 'Ariana Rose' di instagramnya. Sweetnyaaaaaaaa....


Cantik Dan Ayu Ariana Rose Bertudung

Cantik Dan Ayu Ariana Rose Bertudung

Cantik Dan Ayu Ariana Rose Bertudung

5 comments:

Post a Comment

Khasiat Ulam Beluntas

Khasiat Ulam Beluntas
Gambar pinjam dari WARNA NOSTALGIA


Pokok beluntas yang enak dibuat ulam ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan iaitu daunnya boleh dimakan begitu sahaja dan dibuat ulam ketika menikmati nasi.

Beluntas mempunyai khasiat yang boleh menjadi penawar berak berdarah bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman. Manakala daunnya pula boleh merawat wanita yang mempunyai masalah keputihan.

Selain itu, serbuk beluntas pula boleh digunakan untuk merawat demam dan selsema iaitu mencampurkannya dengan sedikit air dan diminum.

Serbuk beluntas juga dapat meredakan ulser, lebam dan bengkak di sekitar badan, manakala jus daun beluntas juga boleh dijadikan pelawas kencing.

Dalam pada itu, bagi mereka yang mahu kelihatan muda, air rebusan daun ini juga berguna. - Tupai.com.my

3 comments:

Post a Comment

GENTING HIGHLAND

Ramai yang telah pernah pergi Genting kan? Jadi tak payah cerita lah... semua dah tahu apa yang ada di sana dan menikmati keseronokannya di taman tema indoor dan outdoor... tempoh satu hari memang tak cukup untuk kita pusing kesemua tempat, tambahan lagi kalau musim perayaan.

GENTING HIGHLAND

GENTING HIGHLAND

3 comments:

Post a Comment

Fakta Yang Salah Mengenai Payudara Wanita

Fakta Yang Salah Mengenai Payudara Wanita


Apa yang dipandang lelaki pada tubuh wanita selain wajahnya? Sudah bahagian dada bukan! Begitu juga ketika melakukan hubungan seks, selain yang di bawah sana, suami biasanya akan memfokuskan rangsangan pada bahagian payudara isterinya.

Sebab itulah payudara dikatakan sebagai aset kaum hawa. Kerana kepentingan ini maka wanita haruslah mengetahui dengan jelas informasi berkenaan bahagian tubuh ini.

Jangan terpengaruh dengan fakta salah tentangnya yang selalu beredar dari mulut ke mulut mahupun internet tentangnya. Kali ini menyenaraikan beberapa perkara penting tentang payudara yang wajib diketahui oleh wanita.
                                                                                                                              Klik read more

1 comments:

Post a Comment

Paksi Bumi Sedang Beralih Arah

Brazil jadi Kutub Utara manakala India jadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka membeku 2015?

Manusia suka kepada perkara ganjil. Bersediakah kita semua untuk menyaksikan fenomena yang menakutkan? Kata Nabi saw :apabila mendengar berita tentang "Pemuda Bani Tamin dan Bendera Hitam dari Timur", segeralah kamu ... walau terpaksa merangkak di atas "salji" maka, hadis berkenaan menceritakan tentang kesusahan merangkak atas "salji" (salji tebal). Pada asalnya kita anggap ia (hadis) hanya untuk negara Russia atau negara2 sejuk.Ia amat janggal bagi umat Islam di tanah Arab dan Asia Tenggara. Amat tidak munasabah bagi kita di Asia Tenggara ini.

Tetapi bayangan mengenai salji itu seolah menceritakan kesusahan yang bakal terjadi (kepada umat Islam) kerana salji menutupi bumi. Memandangkan majoriti penganut Islam berada di daerah panas termasuk kita di Malaysia, ia cukup mencabar akal kita. Rasulullah saw adalah benar, baginda tahu apa yang kita tidak tahu.

Kini semakin hari semakin jelas perubahan sedang berlaku dimana negara yang dahulunya bercuaca panas pasti akan beralih menjadi negeri bersalji satu hari nanti. Kebenaran hadis tersebut semakin nyata.

Jangan panik atas kejadian di Mesir dan Vietnam. Malaysia juga bakal menerima nasib sama malah mungkin lebih teruk darinya satu hari nanti. Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Maha Adil. Kenyataan alHadis: "matahari akan keluar dari Barat" akan berlaku melalui satu kejadian peralihan kutub dari utara ke selatan begitulah sebaliknya. Jika ingin ditafsirkan bahawa kiamat semakin dekat, tiada salahnya. Sememangnya kiamat semakin hampir bukannya semakin menjauh.

MATAHARI AKAN KELUAR DARI BARAT


PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH


Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari.

Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.

Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!



3 comments:

Post a Comment

VIDEO SALJI TURUN DI INDONESIA

VIDEO SALJI TURUN DI INDONESIA

Salji turun pertama kali di Indonesia dilaporkan di bahagian utara kepulauan Indonesia. Di Malaysia juga fenomena sejuk melampau pun sudah melanda. Tapi ada hamba Allah yang memberi komen di youtube ini adalah fake... Wallahualam..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kaya...

VIDEO SALJI TURUN DI INDONESIA


Jom layan video di bawah...

5 comments:

Post a Comment

Video Hukuman Potong Kemaluan Bagi Perogol

Video Hukuman Potong Kemaluan Bagi Perogol

Orang yang merogol kanak-kanak 2 tahun tu... kita kasi hukuman macam ni nak?

Jom layan video di bawah
(tunggu beberapa saat untuk loading)



4 comments:

Post a Comment

Apa Itu Projek HAARP - Senjata Dajal

Apa Itu Projek HAARP - Senjata Dajal



(Malaysia sejuk semacam dan berbagai fenomena ganjil berlaku kebelakangan ini termasuklah rasukkan yang tidak masuk akal.) Wallahualam..

Artikel ini adalah pendedahan dari sebuah artikel seorang wartawan bernama Serge Monast dari International Press.

Agency for International Free Press dari beberapa slaid video luar negara, dimana kini menjadi topik hangat para conspiracy theorist iaitu BLUE BEAM PROJECT. Projek ini terletak di Alaska,USA.

Apa itu HAARP?
High Freaquency Active Aurora Reseacrh Program..

Apa itu "Blue Beam Project"? 
Ia adalahlah sebuah program angkasa yang dikategorikan sebagai 'Above Top Secret' oleh pihak NASA.

Program tersebut dirangka dalam empat (4) fasa strategi untuk mewujudkan sebuah 'agama masa depan' dengan Anti-Christ (atau disebut & dikenali selepas ini oleh kita sebagai Muslim: "Dajjal al-Masih") sebagai mastermind.

Di sebalik formulasi ini tersembunyi rancangan saintifik yang akan mengimplimentasi teknologi masa depan termaju, dimana ianya dibangunkan bagi tujuan gelap di dalam kerahsiaan yang amat ketat.

Kononnya HAARP adalah untuk mengkaji bencana alam dan bagaimana mengurangkan kesan terhadap peristiwa itu.

HAARP ini sudah dipatenkan dengan nomor 4,686,605 atas nama Bernard J. Eastlund,.

Klik Read More

6 comments:

Post a Comment

Tian Chua dipenjara sebulan, denda RM1,000, langgar perintah polis



Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah memerintahkan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, Mahmud membenarkan permohonan peguam Eric Paulsen yang mewakili pemimpin pembangkang itu, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu selesai.

Mahkamah menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM500 kepada RM1,000.

Mahmud dalam keputusannya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, selepas mendengar keterangan sembilan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan.

Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis, DSP A Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada jam 2.30 pagi 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amirah Mohamed Yusoff memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh kerana kesalahan itu adalah serius walaupun tiada kecederaan berlaku semasa tertuduh berada di Pulapol.

"Sebagai Yang Berhormat, tertuduh perlu memberi contoh yang baik kepada masyarakat, tetapi dia melanggar perintah polis. Pohon beri hukuman setimpal dalam bentuk pemenjaraan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama," katanya.

Eric pula memohon mahkamah mengenakan hukuman denda sahaja kepada anak guamnya atas alasan ia adalah satu kesalahan teknikal yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada orang ramai dan tertuduh. - Bernama


ps/ Kalau pasal politik cepat jer kerajaan/polis ambil tindakan. Tapi kalau pasal gambar-gambar mangsa kekejaman terutamanya kanak-kanak susah sangat nak gerak...Tengok lah, seminggu ni jer bisingnya... minggu depan dah senyap!

Baca di sini - Polis Buru Individu Pertama Menyebarkan Gambar Mayat Kanak-Kanak

1 comments:

Post a Comment

Polis Buru Individu Pertama Menyebarkan Gambar Mayat Kanak-Kanak


Ambil kau... mana nak lari?? Nak tengok ketegasan Polis kali ini.



Pihak polis sedang memburu individu pertama yang disyaki menyebarkan gambar mayat kanak-kanak berusia dua tahun yangditemui matidi dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan ketika dihubungi menafikan gambar datangnya dari sumber polis dan mengutuk keras perbuatan yang dianggap tidak sensitif oleh individu terbabit.

Gambar itu turut mendapat kritikan ramai di laman sosial sejurus ia dimuat-naikkan.

"Kami tidak tahu identiti orang pertama yang menyebarkan foto itu di media sosial. Kemungkinan orang yang mengambil gambar tersebut sampai ke tempat kejadian lebih awal daripada pihak polis. Kami tidak pasti. Kami masih sedang menyiasat," Manoharan memberitahu Astro AWANI.

2 comments:

Post a Comment

Benarkah Nurul Izzah Bercerai??

Betul ker? iskkk nanti ada pula yang kata wat apa nak sibuk-sibuk pasal rumah tangga orang kan...kan... hehehe. Bila orang terkenal memanglah selalu menjadi perhatian orang lain. Ya lah orang juga kata ajal, jodoh pertemuan adalah urusan Allah swt siapalah kita untuk menilai. Bagi Ida dalam perkongsian hidup, kalau dah tak dapat diselamatkan lebih baik berpisah saja. Tak perlu kita menjeruk hati. Sayangi hati kita dan beri peluang untuk mencari kebahagiaan yang lain. Tapi hal anak-anak jangan lah pula di abaikan.

Benarkah Nurul Izzah Bercerai??

Benarkah Nurul Izzah Bercerai??


Tersebar khabar angin bahawa Nurul Izzah anak kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim bercerai.

Nurul Izzah dikatakan telah menfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, yang dipercayai telah menerima petisyen itu pada 16 Jan, telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu untuk beliau menyediakan kesnya.

Setakat ini, tiada sebarang pengakuan dan keterangan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Harap tuan punya diri boleh memberi penjelasan.. - Sumber

1 comments:

Post a Comment

OTAK MERUPAKAN ORGAN SEKS PALING KUAT PADA WANITA

OTAK MERUPAKAN ORGAN SEKS PALING KUAT PADA WANITA


Lelaki mungkin telah melakukan beberapa sentuhan pada titik-titik sensual wanita agar wanita lebih ghairah untuk seks, tetapi mengapa perkara tersebut kurang berkesan? Lelaki mungkin melupakan bahawa organ seks yang paling kuat pada wanita adalah otaknya.

Disfungsi seksual pada wanita kerap sekali terjadi. Sekitar 75 peratus wanita mempunyai libido yang terlalu rendah dan sementara hanya 14 peratus wanita yang menemui doktor untuk mengatasi masalah ini.

Kajian tersebut juga menyatakan bahawa sebenarnya organ tubuh yang paling penting ketika berhubungan seks adalah otak. Otaklah yang menetapkan rendahnya libido, sehingga memiliki otak mempunyai fungsi seksual yang sangat penting.

“Akar dari keinginan berhubungan seks wanita sangatlah kompleks, namun dijangka bermula di otaknya,” kata Laura Berman, LCSW, Ph.D., pakar seks dari Society for Women ‘s Health Research (SWHR), seperti disiarkan empowher.

Otak juga bukan hanya sebagai pusat fikiran dan emosi, tetapi merupakan rumah bagi sistem saraf yang kompleks, hormon dan bahan kimia lain yang boleh menjejaskan hasrat seksual.

SWHR melakukan penyelidikan untuk mencipta laman internet khusus yang boleh diakses untuk merangsang otak wanita agar meningkatkan ghairah seksualnya. Laman tersebut akan mengandungi perkara-perkara yang menarik, fakta, dan bermaklumat serta bebas dari perkara-perkara yang merendahkan wanita.

Selain itu juga diusahakan untuk melengkapkan laman dengan kandungan yang membuat wanita dapat mempelajari lebih lanjut mengenai tubuhnya.

Anda boleh merangsang otak dengan pelbagai maklumat sihat untuk meningkatkan ghairah seksual dan dapat menghangatkan kembali hubungan seksual dengan pasangan.

2 comments:

Post a Comment

Penyebaran Gambar Mangsa Kekejaman - Cadangan Buat PDRM

Penyebaran Gambar Mangsa Kekejaman - Cadangan Buat PDRM
Mangsa terbaru - Adik Nurshafiqah Adawiah


Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt.

Sekarang semakin berleluasa para blogger mahunya individu tertentu menyiarkan gambar-gambar mangsa jenayah  seperti kanak-kanak yang mati dibunuh, dirogol dan sebagainya di laman sosial. Walaupun sudah acapkali PDRM mengeluarkan amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyiarkan gambar-gambar tersebut, tetapi ia seperti masuk telinga kanan dan keluar ikut telinga kiri. Terbaru adalah gambar mangsa arwah adik Nurshafiqah Adawiah. AMARAN HANYA TINGGAL AMARAN. Sekali air bah sekali pantai berubah. Begitu juga dengan penyebaran gambar mangsa perempuan seorang pegawai bank yang mati ditembak. Amaran hanya tinggal amaran. Dimanakan ketegasan PDRM dalam perkara ini?

Kenapa ya manusia ini tidak pernah merasa serik? Para blogger yang tidak beretika pun berlumba-lumba menyiarkan gambar tersebut. Apakah hanya kerana ingin meraih trafik yang tinggi maka sensitiviti keluarga serta saudara mara mangsa diketepikan langsung? PDRM pula kenapa hanya berkata akan menyiasat perkara ini tetapi sejauh mana siasatan itu berjalan? 

Saya ingin sarankan kepada PDRM terutamanya kepada Pegawai Penyiasat yang bertanggungjawab menjalankan siasatan ini, siasatlah dengan terperinci, jangan hanya menyiasat dikalangan kaki tangan dalaman PDRM sahaja tetapi menyeluruh terhadap blogger-blogger dan juga individu-individu tertentu yang bertanggungjawab memuat-naikkan gambar-gambar mangsa tersebut ke internet. Kemudian hebahkan kepada umum apakah tindakan-tindakan yang telah diambil keatas mereka. Jangan hanya selepas tangkap kemudian dilepaskan begitu sahaja dengan jamin polis!

Ya saya faham, punca gambar-gambar mangsa tersebar adalah dengan pengedaran melalui whatsApp daripada seorang Pegawai Penyiasat yang menyiasat kes tersebut dan memaklumkannya kepada Ketua Polis Daerah, Ketua Polis Negeri ataupun kepada Pegawai-Pegawai atasan polis yang lain. Dan daripada situ gambar-gambar tersebut mula disebarkan kepada anggota-anggota polis  peringkat bawahan dan dalaman.  Daripada itulah juga gambar-gambar tersebut mulai tersebar kepada awam. Adalah tidak adil jika pihak PDRM hanya mengambil tindakan kepada Pegawai Penyiasat ataupun Jurugambar yang bertugas tanpa mengambil tindakan terhadap para blogger mahupun individu tertentu yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyiaran gambar mangsa tersebut di laman sosial.

Siasat blogger atau individu tertentu yang pertama sekali  memuat-naikkan gambar tersebut di internet. Dari situ baru pihak polis akan berjaya menangkap dalangnya yang berada di kalangan anggota polis itu sendiri. Anggota polis dan blogger / individu tersebut harus dikenakan tindakan undang-undang. Saya bukan mahu mengajar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan terperinci tetapi saya melihat kepincangan siasatan tersebut yang tamat dikalangan kakitangan PDRM sahaja. Untuk makluman saya juga menerima kiriman gambar-gambar mangsa tersebut di dalam group whatsApp saya, tetapi dengan rasa penuh tanggungjawab, saya tidak menyebarkannya di dalam blog saya. Oh coz lah saya seorang blogger tetapi saya ada cara saya tersendiri untuk menarik perhatian pelawat untuk singgah ke blog saya tanpa memainkan isu sensitiviti yang tidak sepatutnya.


Bila ada tindakan yang diambil terhadap para blogger tersebut, barulah blogger yang lain akan sedikit merasa gerun dan berfikir dua kali untuk memuat-naikkan gambar-gambar mangsa kekejaman ini di blog mereka. Seandainya mereka dikenakan tindakan undang-undang, hasil pendapatan mereka melalui iklan-iklan yang terpapar di blog mereka pasti tidak akan mampu untuk menanggung kos perbicaraan atau pun guaman. Kepada rakan-rakan blogger, awas! kerana ingin meningkatkan trafik blog, anda akan terjebak!

3 comments:

Post a Comment

CIUM KEMALUAN ISTERI TIDAK BAU SYURGA!!!

CIUM KEMALUAN ISTERI TIDAK BAU SYURGA!!!


Al-kisahnya Ida terjumpalah satu cerita ni yang di hantar di dalam group WhatsApp Ida...Satu kisah ceramah di satu masjid sebuah kampung.

Maka diceritakan la si ustad itu berkenaan sesape yang mencium kemaluan isteri atau suami... maka dia tidak akan berbau syurga.... Maka ramailah yang berbisik-bisik seperti tidak bersetuju dan gundah gulana..... Tapi takut hendak bertanya sebab takut diejek... Maka terbawa-bawa lah al-kisah cium kemaluan isteri ke kedai kopi.....Kebetulan lepas bagi ceramah si ustad singgah la sekejap ke kedai kopi nak pekena Tongkat Ali Cafe....

Lepas Ustad dah order air kopinya... dan duduk sambil membelek-belek surat khabar free.... Datangla seorang anak muda berjanggut ala kambing jantan bernama Harun...


7 comments:

Post a Comment

SURAT TERBUKA SAYA KEPADA PM - FADZIL LATIF

Sekarang ni dah terlalu ramai rakyat yang berani tulis surat kepada Perdana Menteri kita...Surat-surat tersebut tidak perlu di post - cukup hanya di siarkan di laman sosial kemudian 1 jam kemudian akan tersebar luas ;)

SURAT TERBUKA SAYA KEPADA PM - FADZIL LATIF

SURAT TERBUKA SAYA KEPADA PM - FADZIL LATIF

Jom layan di bawah


3 comments:

Post a Comment

Gypsy Caravan Yang Menarik Dan Colorful

Di pertengahan abad ke-19, kumpulan-kumpulan nomad seperti gypsies, kini dipanggil Roma, menggunakan gerabak-gerabak sebagai rumah ia memmudahkan mereka untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain. Sementara ramai kontemporari individu-individu Roma mempunyai negara kekal, gerabak Romani mencetuskan idea di kalangan individu -individu yang kaya dengan harapan untuk menyambung warisan dan menikmati alam sekitar yang menawan.



4 comments:

Post a Comment

Aksi Hebat Katrina Kaif Dalam Dhoom 3

Hahaha dah lama tak layan filem hindi 

Aksi Hebat Katrina Kaif Dalam Dhoom 3

Aksi Hebat Katrina Kaif Dalam Dhoom 3


Aksi Hebat Katrina Kaif Dalam Dhoom 3

Aksi Hebat Katrina Kaif Dalam Dhoom 3

3 comments:

Post a Comment

Membina Bangunan Dengan Ratusan Ribu Daun Terup

Bryan Berg seorang pemuda yang tersangat kreatif dan penyusun kad terbaik dunia. . Beliau telah berjaya mendirikan berpuluh-puluh bangunan dengan hanya menggunakan ratusan ribu daun terup. Jom layan gambar di bawah..

Membina Bangunan Dengan Ratusan Ribu Daun Terup
Dallas Skyline - 2007


Membina Bangunan Dengan Ratusan Ribu Daun Terup
Venetian Macau Resort-Hotel - 2012

2 comments:

Post a Comment

Chrysanthemum Flowers Festival in Germany

Wowwww cantiknya... semua dari bunga Chrysanthemum....




2 comments:

Post a Comment

Video Catwalk Yang Fail...

Video Catwalk Yang Fail


Inilah masalah yang sering dihadapi oleh model-model....hehehe
Jom layannn....




1 comments:

Post a Comment

Unusual Tea Sets

Macam antik jer Tea Sets ni kan? Tapi ia hanyalah perhiasan di rumah mama Ida yang dibeli semasa percutian di Hawaii

Unusual Tea Sets

Unusual Tea Sets

Unusual Tea Sets


8 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ