Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kenali Karakter Binatang Mengikut Tarikh Lahir Anda

Kenali Karakter Binatang Mengikut Tarikh Lahir Anda


Haha...saja suka-suka.... tidak semestinya betul yer...

Januari 01 hingga 09 ~ Hamster
Januari 10 hingga 24 ~ Tikus
Januari 25 hingga 31 ~ Singa

Februari 01 hingga 05 ~ Kucing
Februari 06 hingga 14 ~ Merpati
Februari 15 hingga 21 ~ Kura-kura
Februari 22 hingga 28 ~ Harimau Bintang

Mac 01 hingga 12 ~ Hamster
Mac 13 hingga 15 ~ Singa
Mac 16 hingga 23 ~ Tikus
Mac 24 hingga 31 ~ Kucing





April 01 hingga 03 ~ Jerung
April 04 hingga 14 ~ Harimau Bintang
April 15 hingga 26 ~ Tikus
April 27 hingga 30 ~ Kura-kura

Mei 01 hingga 13 ~ Jerung
Mei 14 hingga 21 ~ Merpati
Mei 22 hingga 31 ~ Singa

Jun 01 hingga 03 ~ Tikus
Jun 04 hingga 14 ~ Kura-kura
Jun 15 hingga 20 ~ Jerung
Jun 21 hingga 24 ~ Hamster
Jun 25 hingga 30 ~ Kucing

Jul 01 hingga 09 ~ Tikus
Julai 10 hingga 15 ~ Jerung
Julai 16 hingga 26 ~ Merpati
Julai 27 hingga 31 ~ Kucing

Ogas 01 hingga 15 ~ Hamster
Ogos 16 hingga 25 ~ Tikus
Ogos 26 hingga 31 ~ Kura-kura

September 01 hingga 14 ~ Merpati
September 15 hingga 27 ~ Kucing
September 28 hingga 30 ~ Jerung

Oktober 01 hingga 15 ~ Hamster
Oktober 16 hingga 27 ~ Kura-kura
Oktober 28 hingga 31 ~ Harimau Bintang

November 01 hingga 16 ~ Singa
November 17 hingga 30 ~ Kucing

Disember 01 hingga 16 ~ Jerung
Disember 17 hingga 25 ~ Hamster
Disember 26 hingga 31 ~ Merpati "


»»» Maksud/Erti :

Kenali Karakter Binatang Mengikut Tarikh Lahir Anda

# Jerung:

Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri. Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai. Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Kenali Karakter Binatang Mengikut Tarikh Lahir Anda

# Tikus: 

Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. Sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.


Kenali Karakter Binatang Mengikut Tarikh Lahir Anda

# Singa: 

Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kenali Karakter Binatang Mengikut Tarikh Lahir Anda

# Kucing: 

Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kenali Karakter Binatang Mengikut Tarikh Lahir Anda

# Kura-kura: 

Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Kenali Karakter Binatang Mengikut Tarikh Lahir Anda

# Merpati: 

Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kehadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Kenali Karakter Binatang Mengikut Tarikh Lahir Anda

# Harimau Bintang: 

Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. yang bernaung dibawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara -kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Kenali Karakter Binatang Mengikut Tarikh Lahir Anda

# Hamster: 

Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu' suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu.




Sumber Perkongsian dari facebook


6 comments:

Alamakkk...saya jerung!

20 January 2014 at 15:51 comment-delete

alamak ..saya hamster...cam comel jer..:)

20 January 2014 at 15:55 comment-delete

Haha... hamster... ada yang macam kena je... :)

20 January 2014 at 16:37 comment-delete

alamak...saya tikus laa..hehehe..comel eh rupanya saya nie..hahahaha

Regards,
-Strider-

20 January 2014 at 18:13 comment-delete

Kucing. Adelah yang betul. Ada jugak yang tidak. Lagi-lagi pasal berpakaian tu,,, rasa memang tak betul. haha.

20 January 2014 at 18:59 comment-delete

haha.. bukan nak kata betul. tapi memang betullah si jerung tu. tepat dan padat.

20 January 2014 at 19:59 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ