Lebam, Kena Letak Ais Ataupun Letak Minyak Panas?





Lebam. Kena letak ais ataupun letak minyak panas?

Pernah jatuh tak?
Pernah terseliuh tak?
Sampai kaki lebam.

Ada yang letak ais dan ada juga yang tuam dengan tuala panas ataupun minyak panas. Mana satu yang betul?

Lebam ketika terseliuh ataupun jatuh adalah disebabkan saluran darah ataupun kapilari yang pecah pada bahagian yang terbabit. Sebagai contoh jika kita jatuh, tangan terkena batu dan lebam. Maksudnya, saluran darah pada bahagian tangan tersebut telah pecah dan menyebabkan darah masuk dan berkumpul dalam tisu yang terlibat. Ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi lebam/bengkak.

Cara untuk mengurangkan lebam pada bahagian yang terlibat adalah dengan beberapa cara. Perlu diingatkan bahawa cara ini digunakan apabila berhadapan dengan ‘soft tissue injury’ dan ianya mampu mengurangkan sedikit sebanyak perjalanan darah ke bahagian badan yang terlibat



1) Rest(rehat)
Maksud ‘Rest’ di sini adalah tidak menggunakan anggota badan yang terlibat dengan kecederaan tersebut. Ini kerana pergerakkan anggota yang terlibat akan menambah pergerakkan darah ke kawasan tersebut. Ia bole menyebabkan bengkak semakin bertambah

2) Ice
Gunakan Ais dan letakkan pada bahagian yang bengkak. Suhu ais yang sejuk akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ini mengurangkan lagi pergerakkan darah kepada anggota badan yang cedera itu.

3) Compression(Tekanan)
Gunakan ais tadi dan tekankan pada bahagian yang bengkak. Tekanan pada bahagian yang cedera juga akan menyempitkan saluran darah. Sama seperti kalau kita tekan getah paip, ia akan merencatkan pergerakkan darah ke tempat yang kita tekan

4) Elevation(Tinggikan)
Anggota badan itu perlu ditinggikan sedikit daripada aras badan. Ianya juga bertujuan untuk mengurangkan perjalanan darah ke kawasan yang terlibat.
Ini merupakan mneumonic yang selalu digunakan untuk merawat pesakit yang baru sahaja mengalami kecederaan tisu ataupun otot. Iaitu RICE.

Bagaimana pula kalau Tuam dengan tuala panas atau guna minyak panas?

Tuala panas atau minyak panas akan mengembangkan saluran darah. Ini menyebabkan darah lebih banyak ke kawasan tersebut dan bengkak menjadi semakin teruk. Sebab tu penggunaan tuala panas adalah sesuatu yang tidak digalakkan apabila jadinya kecederaan seperti ini.

Harap bermanfaat

Sumber: Root of Science facebook


3 comments:

Post a Comment

Pendedahan Produk Stem Cell Tidak Boleh Mencantikkan Kulit Anda



Produk Stem Cell. Tak boleh membuatkan kulit anda cantik

Gambar hiasan



Penggunaan stem cell merupakan suatu teknologi yang sangat berguna di masa kini dan masa hadapan. Ianya telah dibuktikan mampu merawat pesakit thalasemia dan juga yg mempunyai penyakit kanser darah. Malah pada masa hadapan, ianya dikatakan boleh membantu lebih banyak lagi dalam penyembuhan sesuatu penyakit

Stem cell merupakan sel asas yang belum diubahsuai menjadi sel-sel yang spesifik seperti sel otot, sel lemak dan sebagainya. Contoh stem cell adalah sel yang baru sahaja terhasil selepas persenyawaan. Pendek cerita jika kita mampu mengawal pembahagian stem cell dan juga proses penukarannya menjadi sel yang spesifik, maka seolah-olah kita mampu mencipta sesuatu tisu ataupun organ. Cuba bayangkan jika drpd stem cell sahaja kita mampu menghasilkan jantung manusia, sudah tentu ianya mampu merawat pesakit yang mempunyai masalah jantung. Tetapi perkara ini masih pada peringkat kajian

------------------------------------------
Stem cell dan kulit

Sudah menjadi trend sekarang dimana ramai daripada kaum wanita menggunakan produk stem cell utk mencantikkan kulit. Tetapi adakah kita tahu bahawa produk yang dikatakan mempunyai stem cell itu hanyalah rhetoric semata-mata. Pendek cerita tiada langsung stem cell yang benar-benar wujud dalam produk mereka.

Jika kita lihat pada packaging produk mereka, selalunya ia wujud dalam 2 bentuk iaitu sama ada dalam krim ataupun dalam bentuk serbuk yang dikeringkan. Kita semua maklum setiap sel perlu berada pada suhu dan keadaan yang sesuai untuk terus hidup. Begitu juga stem cell. Packaging yang berbentuk serbuk yang dikeringkan mahupun dalam bentuk krim akan membunuh stem cell itu serta merta. Ini kerana 1) Bila sesuatu sel dikeringkan ia akan menyebabkan kandungan air di dalam sel semakin kurang dan metabolism tidak boleh dijalankan. Akhirnya, sel pun mati. Perlu diketahui bahawa majority komposisi sesuatu sel adalah air. Air tiada, maka sel pun mati. 2)Stem sell dalam bentuk krim yang tertutup pula akan menyebabkan sel kekurangan oksigen. Bila kekurangan oksigen, metabolisma pun tidak akan berlaku dan sel akan mati. Bukan itu sahaja, krim juga selalumya bersifat hypertonic dan ini akan menyebabkan air diserap keluar drpd sel. Seperti yang saya kata di atas, jika air tiada sel akan mati.

Yang anda guna itu mgkn adalah produk terakhir stem cell yang telah mati dan ia tidak mendatangkan manfaat pada kulit.

-----------------------------------
Apple stem cell untuk mencantikkan kulit manusia?

Perkara ini menjadi semakin tidak masuk akal apabila ada yang menggunakan stem cell drpd epal(tumbuhan) untuk digunakan pada manusia.

Penggunaan stem cell daripada tumbuh-tumbuhan tidaklah mampu menyebabkan kulit manusia menjadi semakin cantik. Ini kerana stem cell drpd tumbuhan mempunyai genetik yang sangat berbeza drpd manusia. Ia tidak akan membantu sel-sel kulit untuk menghasilkan kulit yang baik.

Sumber: Root of Science Facebook



3 comments:

Post a Comment

Tahukah Anda Kereta Sambung Bayar Menyalahi Undang-Undang?



Tahukah Anda Kereta Sambung Bayar Menyalahi Undang-Undang?



Meskipun sudah dikatakan sambung bayar ini menyalahi undang-undang, namun masih ramai yang melakukannya terutamanya di laman-laman jualan kereta terpakai. Kedengaran seperti murah, lebih cepat dan tidak serumit proses membeli kereta baru. Namun, risikonya adalah tinggi.

“Sambung Bayar” sebenarnya adalah menyalahi undang-undang dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Anda tidak mempunyai hak untuk “memindahkan” atau “Sambung Bayar” kemudahan pinjaman bank seseorang kepada orang yang lain.

Akta 212, 36A. Mana-mana pemunya, peniaga, ejen atau orang yang bertindak bagi pihak pemilik yang mengumpul apa-apa bayaran berkenaan dengan perjanjian sewa-beli selain daripada bayaran yang disenaraikan dalam Jadual Kedua atau bayaran yang dibenarkan di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

36B. Mana-mana orang yang bukan pemilik, peniaga, ejen atau orang yang bertindak bagi pihak pemilik yang mengumpul apa-apa bayaran daripada penyewa berkenaan perjanjian sewa-beli adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

38. Tiap-tiap orang yang, oleh pelupusan atau penjualan apa-apa barang yang terkandung dalam perjanjian sewa-beli, atau dengan pengeluaran barang-barang itu, atau oleh apa-apa cara lain, defrauds atau cuba untuk menipu pemilik adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ia juga menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang, pengedar, ejen atau syarikat untuk menerima, mengambil atau menerima sebarang deposit tanpa lesen yang sah – 1989: Seksyen 25 (1). Ia juga menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang, pengedar, ejen atau syarikat untuk mengiklankan pengambilan deposit secara haram – 1989: Seksyen 27 (A).

Orang ramai disarankan supaya tidak terlibat dalam apa-apa jenis skim “Sambung Bayar” kereta kerana perjanjian anda tidak selaras dengan undang-undang Malaysia dan tidak mungkin boleh diterima pakai jika perkara menjadi kelam kabut yang memerlukan prosiding di Mahkamah.


Kredit: sembangsembang.blogspot.my

3 comments:

Post a Comment

Maafkan Kami Seluruh Rakyat Malaysia - Huda Haron Din



Maafi kami ahli keluarga di Malaysia.
Maafi kami anak2 murid baba seluruh Malaysia dan serata dunia..
Maafi kami sahabat handai taulan yang akrab yang jauh mahupun yang dekat..
Maafi kami seluruh kepimpinan di tanah air..
Kami maklum yang baba disayangi ramai..Kami sedar, kami berkongsi baba dengan seluruh masyarakat yang turut sayangkan baba.

Sesungguhnya...
Kami tidak akan izinkan sesiapa pun menyakiti jasad baba..
Tidak masa hayatnya
Dan tidak juga masa baba telah dijemput menemuiNya.

Berat sungguh keputusan yang terpaksa kami ambil untuk semadikan jasad baba di bumi asing bagi kami ini.Ketentuan Allah tidak dapat kami sanggah dan bertindak di luar batas insani dan kasih sayang.

Tiga perkara yang sentiasa Allah jadikan teka teki penuh hikmah dalam bab kematian kita… 1) Bila 2) Dimana 3) Bagaimana

Bila masa dan ketikanya..
Mana tempat Allah pilih untuk menjemput kita kembali..
Bagaimana caranya...



Cuba kita tarik nafas sejenak dan bayangkan, jika tubuh badan itu milik kita.. Tika hidup ni, setakat...nak cucuk amik darah secoet pun pikir dua kali, apalagi jika perlu ditoreh ,tebuk sana sini hidup2 tanpa bius....takut sakit….penakut pahitt..Maka ,masa kita sudah tidak mampu mewakili kita sendiri,tiada suara untuk menyampaikan hasrat kita..agak2 kita nak izin ka, jika ada yang nak meremuk redamkan batang tubuh kita.Ada sesiapa yang berani jamin ka, tika itu kita dah tidak merasai sakit?



Semasa hayat baba..teringat suatu ketika.., nak bawa mayat dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin.. Ini kan pulak berejam2 malah berhari2 dalam peti ais. Pulak tu perlu melalui 'embalm' yang pastinya menyeksakan segenap urat saraf....Tak sakit? Siapa kata tak sakit? Siapa berani jamin kita tak merasa sakit tika tu? Tiada siapa yang melalui ajal maut dan kembali menceritakan bahawa jenazah tidak merasai sakit.

(Apa2 pun kami menghargai usaha pihak kerajaan terutama Dato' Seri Zahid Hamidi yang bersusah payah membantu aturkan pesawat persendirian.. Terima Kasih.. Sangat2 kami hargai dan tersentuh.Kami sekeluarga merakamkan penghargaan atas keperihatinan Dato' Seri yang bersusah payah bertanya khabar dan menelefon sendiri mama . Juga berkali2 bercakap sendiri dengan Balin jarak jauh melalui telefon.)

Kami 5 beradik termasuk mama sepakat, bulat dan tekad untuk menyemadikan baba disini.Banyak kali kuliah dan pesanan baba…Perlu disimpan dimana tempat Malaikat datang menjemputnya..Walaupun ramai yang telah menghulurkan bantuan untuk urusan dibawa pulang , tapi jangkamasa 7 hari suatu yang tidak dapat kami terima untuk biarkan baba tanpa penghormatan dan kemuliaan yang sepatutnya.

Hatta jika tanya hati kecil saya yang memang mementingkan diri sendiri, tentunya saya mahu baba dekat bersama-sama kita..Biar ingatan tidak padam sampai bila-bila kerana batu tandanya dekat dengan kita. Biar kita mampu ziarah hari-hari..Biar semua yang lain dapat ziarah berkali-kali..Biar ada depan mata.Itu kehendak kita..dan saya rasa..juga kehendak ramai lagi yang sayangkan baba.Tapii…adakah keputusan itu tepat untuk baba?..Menyegerakan pengendalian dan penyelenggaraan jenazah juga dituntut syara’.Kita rasa baba milik kita, sebenarnya baba milik Allah !!!..Pantaskah kita melanggar perintah Allah atas alasan darurat dan menyiksa baba semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu kita?.

Maafi kami seluruh rakyat Malaysia..

Kesemua ini pun milik Allah.. Seluruh isi bumi hatta langit galaksi ni milik Allah..Bumi Amerika ni pun milik Allah...
Kalau pun kita ditakdirkan sampa ajal di Mekah atau mana2 bumi bertuah pada perkiraan kita, tapi... hidup kita..Nauuzubilahhh.. Apa lagi yang jenis mulut tak da insuran tuh.. Jangan nak harap sangat mana2 tempat yg kita pilih untuk tanam kita, bole bagi ekspress tiket atau special treatment VIP. Kemuliaan dan maqam kita dalam barzakh akan tergantung kepada amalan bekalan semasa masih hidup.Itulah yang bakal mencorak alam barzakh kita menjadi taman-taman syurga ataupun lohong sempit siksaan neraka.

(Saya mengambil kesempatan ini berpesan pada anak-anak sendiri…Dimana pun Allah pilih untuk ambil mama kembali..Disitulah juga pastikan jasad mama disemadi.Jangan siksa jenazah mama.. Pesanan ini juga untuk semua anak2 sedara kami berlima beradik yang masih di Malaysia.)

Kami sentiasa saksikan baba tidak pernah lupa ziarah Makam Tokwan dan Tok Teh di Bohor Mali. Setiap kali pulang Perlis (SETIAP KALI !!..tidak pernah berkecuali)..Hati merintih membayangkan usaha kami untuk kerap ziarah pusara baba. Kami lihat dan kami diajar sebegitu oleh Baba.Kami tak pernah lupa Tokwan TokTeh hingga sekarang..Juga masjlis2 tahlil dan khatam Quran saban tahun dan masa , juga amalan2 lain untuk dihantar pahala kepada yang telah tiada. Tapi..kami juga percaya dan yakin ..Ini telah tertulis dan tersurat.Mungkin masih sukar kita menghayati segala yang tersirat di sebalik yang tersurat.Inshaallah..suatu hari nanti jika kita berlapang dada membuka fikiran dan minda dan menjadikan agama di hadapan segala..maka ..tika itu Allah buka segala hikmah yang tidak terjangkau dek akal pendek kita.

Maafi kami sekali lagii…

Baaa… kami akan usaha..ziarah baba disini..walaupun jarak seakan memisahkan kita..tapi percayalah Baa…Baba tetap bertakhta dihati …takkan padam ingatan ini….Selamanya…

Al-Fatihah untuk Baba tersayanggg.....

Kokde 17/9/2016
Campbell
CA.






5 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ