Saya Dah Tiga Kali Keluar Dengan Dia



"Saya dah tiga kali keluar dengan dia bang," keluh seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dengan wajah merah padam menahan malu. Remaja 19 tahun itu ditahan dalam satu operasi membanteras samseng jalanan di Stulang Laut, Johor Bahru awal pagi tadi. Kira-kira jam 3 pagi tadi, remaja bermotosikal itu didapati tidak memiliki lesen memandu dan ketika ditahan didapati seorang remaja perempuan lengkap bertudung membonceng bersamanya.

Selepas dibawa ke Cawangan Trafik Ibupejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, remaja perempuan berkali-kali disoal anggota trafik akan nama serta dminta ditunjukkan kad pengenalannya untuk diperiksa. "Adik, nama siapa? Cuba cakap nama. Keluarkan kad pengenalan," pinta seorang anggota polis trafik kepada remaja perempuan itu namun gadis itu hanya menundukkan wajahnya, diam seribu bahasa.

Putus asa dengan tindakan gadis itu mendiamkan diri, anggota polis itu beredar dan seorang lagi anggota menghampirinya bagi mendapatkan kad pengenalan gadis itu. Dia terus berdiam. Langsung tidak diangkatnya wajahnya. Tudung dipakai kemas bersama blouse berlengan pendek dipadankan dengan skirt panjang. Manis gadis ini kata aku. Pada pandangan mata kasar, gadis ini dalam lingkungan belasan tahun. Mungkin 18 tahun. Aku cuba meneka. Aku juga cuba bertanya dengan gadis ini, langsung tidak diendahkan. Sepatah pun tidak terkeluar dari mulutnya.
Dia hanya tertunduk dan ternampak bulu matanya yang panjang. Mesti minat Che Ta ni, detik hati aku.

Sejam kemudian, seorang lelaki berusia lingkungan 40an tiba di perkarangan cawangan trafik IPD Johor Bahru Selatan ini. Aku terlihat dia menghampiri seorang anggota Rela. "Anak aku kena tahanlah," katanya kepada anggota Rela itu. Difahamkan, anggota Rela itu berjiran dengan lelaki itu. "Mana ada anak kau. Bukan aku tak kenal semua anak kau. Mana ada. Kalau dia kena tahan mesti aku tahu," sambut anggota Rela itu.

Aku terus beredar kerana ia satu pandangan biasa setiap kali operasi terhadap mat rempit dilakukan. Mulalah balai trafik dikerumuni ibubapa mencari anak-anak mereka. Tak lama kemudian, terdengar jeritan suara lelaki seperti dalam kemarahan.

"Apa kau nak jadik ni? Bukak semua ni. Bukak. Kalau tahu mak kau, nahas kau. Bukak!" terdengar jeritan seorang lelaki.
Bila dijenguk, rupa-rupanya lelaki tadi yang datang ke balai mencari anaknya sedang merentap tudung seorang gadis. Aku lihat semua mata tertumpu kepadanya.

Bila didekati, rupanya lelaki itu sudah menemui anaknya. Tetapi anaknya adalah lelaki. Yang ditemui, anaknya berpakaian seperti wanita. Siap bertudung. "Umur dia 17 tahun, dah berhenti sekolah, kerja kat car wash," jelas lelaki itu. Sebaik ditarik tudung anaknya itu, kelihatan anak tudung hitam. "Ini anak tudung mak kau. Nahas kau kalau mak kau tahu ni," terdengar jelas kekecewaan si bapa itu.

Semua yang berada di perkarangan balai itu terutama penunggang motosikal yang sudah ditahan ternganga seketika menonton drama kehidupan ini. Seketika kemudian ada yang tak dapat menahan ketawa namun ditegur anggota sukarelawan polis. "Dia ni encik, sejak dua tiga bulan lepas ni, asyik bercampur dengan pondan. Dulu tak macam ni. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Ini tudung mak dia," kata bapa remaja ini.



Remaja yang menunggang motosikal bersama budak ini dipanggil. Merah padam mukanya. Terbeliak matanya seperti baru melihat hantu. Tak lekang matanya ke arah remaja yang dibawanya sebelum ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis trafik. Tak tahu pandangannya itu geram marah atau geram sebab sudah dibuka 'aurat' 'aweknya' itu. Tak tahulah. "Saya tak tahu dia lelaki kak, dah tiga kali saya keluar dengan dia," keluh remaja itu kepada seorang anggota sukarelawan polis wanita.
"Takkanlah awak tak tahu sebab dia kan naik motor dengan awak," tanya seorang anggota polis. Terdiam si remaja itu.

Dilihat pada 'gadis' itu, mungkin dia memperdaya 'teman lelakinya' kerana ternampak tali bra tersingkap sedikit di bahu 'gadis' itu. Mungkin ketika remaja lelaki itu membrek, terasalah pakaian dalam 'teman wanitanya' itu. Mungkinlah. "Patutlah bila saya telefon dia, suara dia berbisik macam cakap dalam kelambu," kata si remaja lelaki yang sudah ditipu bulat-bulat 'gadis' yang diminatinya. Lain tonasi dia. Bunyi macam kecewa ada, bunyi macam marah pun ada. Perasaan dia mungkin keliru masa tu.

'Gadis' ini bagaimanapun tidak terus ditahan dan dibenarkan pulang bersama bapanya. Semua yang berada di balai menghantar keduanya dengan pandangan. Bukan untuk melihat sama ada 'gadis' itu melenggok. Tidak. Semua masih kehairanan.
Manakala si lelaki yang membawa keluar 'gadis' ini terus dikerumuni penunggang motosikal lain yang turut ditahan. Ada yang agak berani sikit, ketawa terbahak bahak. Nasib baik si lelaki tu masih cool.

Apapun, bagaimanalah agaknya tidur dia selepas ini. Bagaimana agaknya cara dia melihat wanita selepas ini. Macam manalah agaknya si remaja lelaki tu nak berdepan dengan kawan-kawannya selepas ini. "Bro, awek kau bertudung itu hari mana?"
Apa agaknya jawapan brader kita tu nanti. Kesian dia. Kita doakan dia mendapat jodoh dengan wanita sejati, segera.







Sumber: www.hazrey.com

0 comments:

Post a Comment

Salahguna Lorong Kecemasan Akan Didenda RM2,000




KUALA SELANGOR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dan akan terus mengheret mana-mana individu yang menyalahgunakan lorong kecemasan ke mahkamah serta merta.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pesalah akan dihadapkan ke mahkamah mengikut Kaedah 9 dan 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.

"Sebelum ini mereka hanya dikenakan saman sebanyak RM300 sahaja. Tetapi kita melihat jumlah saman itu agak rendah dan tidak memberikan kesedaran kepada mereka.

"Sebab itu kita memandang perkara ini serius sekali gus mengambil tindakan mahkamah yang membolehkan mereka disaman maksimum RM2,000 atau penjara setahun," katanya memetik dari Harian Metro.

Mengulas mengenai 91 buah kenderaan yang telah dikenal pasti menyalahgunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya PLUS, Melaka, bulan lalu sehingga menghalang laluan ambulans, Ismail mendedahkan sebanyak 7 pemilik kenderaan telah memberikan keterangan kepada pihaknya dan akan didakwa di mahkamah kerana kesalahan itu.

"Seramai 84 pemilik kenderaan yang terbabit diberikan tempoh sehingga 16 Jun ini untuk memberi keterangan. Jika gagal berbuat demikian, tindakan mahkamah akan terus diambil terhadap mereka," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Sunnatullah itu berulang-ulang (sejarah itu berulang-ulang)

"Allah Mula Mengambil Golongan Pendosa Ini Untuk Bawa AgamaNya"

Aku memerhatikan setelah beberapa lama dan aku perasan satu pattern yang pelik. Bila difikirkan, rasa menakutkan. Kalau korang perasan, sejak akhir-akhir ini, banyak 'timbul' golongan ex-jahiliyah ambil usaha mendekati agama, kan?

Kita lihat Abang Long Fadil, muka bertatu. Maknyah jutawan dan kawan-kanan. Ahli muzik, penyanyi, pelawak, pelakon. Itu yang terkenal dan yang kita tahu sebab viral di media sosial.

Sebenarnya, golongan yang seperti ini, yang tak terkenal sudah lama seorang demi seorang bertaubat dan mengambil usaha mendekati agama. Pelik kan?

Kebetulan atau ada something?

Yang menakutkan ialah, pada pandangan aku, Allah sudah mula tidak memberi kerja kepada orang yang 'mampu.' Allah sudah mula tidak pandang orang yang 'berilmu'. Allah sudah mula tidak mengambil orang yang 'gagah'. Yang Allah ambil untuk bawa agama Allah sekarang ialah orang-orang gila, orang tak betul, orang-orang jahil, orang pendosa, orang-orang yang kita gelarkan sebagai ahli neraka, orang yang kita pandang pun tak mahu.

Kemudian, aku juga perhatikan orang tempang, orang bisu, orang pekak, gemuk obesiti melampau, orang uzur tua bangka, orang berpenyakit. Semua ini Allah ambil dan guna mereka untuk agama Allah. Orang-orang ini yang banyak keluar ke jalan Allah sekarang.

Kalau ke Markas Dakwah Malaysia Sri Petaling itu, kita akan asyik berselisih dengan orang-orang seperti ini. Kalau duduk dengar bayan jemaah yang keluar 40 hari, yang duduk bagi bayan tu si gagap yang satu hadis pun tak lengkap dibacanya.

Tuan-tuan, Allah sekarang memilih mereka untuk agama serta buat usaha agama dan bukannya memilih kita. Tuan-tuan tak sedar ke? Aku baru saja sedar. Allah sedang memuliakan sekumpulan orang dan menghina sekumpulan yang lain. Awas!

Sebagaimana Allah memilih Arab jahiliah yang dalam kategori manusia yang paling teruk perangai di atas muka bumi ini sehingga Rom dan Parsi mengelak dari menakluk tanah Arab agar penyakit jahiliah itu tidak merebak di tanah mereka.

Tetapi bila Allah beri mereka agama dan hidayah, mereka jadi sebaik-baik manusia di atas muka bumi ini. Subhanallah.


Jadi apa sebab kita pula perlu risau?

Sebabnya tuan-tuan, kita bukan mereka. Kita tak pekak, tak bisu, tak gila, tak gagap, bukan maknyah, bukan taiko gangster, bukan pendosa, bukan penzina. Kita ilmu mantap, bijak berbicara, ada kemampuan akal, ada harta, ada tenaga tetapi Allah tak pilih kita. Naudzubillahiminzalin. Allah tak pandang pun kita. Allahu.

Pilihlah golongan di mana tuan-tuan mahu berada. Di kalangan yang diterima untuk membawa agama Allah atau sebaliknya. Tuan-tuan pilih dan saya pilih, kita semua pilih.

Sebelum saat kita tidak lagi boleh memilih sampai.. Allahualam.

Buatlah apa pun untuk bantu agama Allah. Asalkan jangan langsung tak membantu. Jangan hanya asyik membesarkan rumah dan tukar kereta serta sumbat tekak sendiri. - Ali Zaik Ibrahim

0 comments:

Post a Comment

Kenali Imam-Imam Wanita Liberal Sesat



Imam-imam Wanita Liberal Sesat – Kenali Mereka

Selain dari Amina Wadud terdapat beberapa wanita lagi yang pernah disebut telah mengimamkan solat Jemaah yang bercampur lelaki perempuan tanpa sebarang rintangan di antara mereka (mixed gender congregation without any barrier separating between them).

Amina Wadud dikatakan yang telah memulakannya di New York pada bulan Mac 2005. Kemudian timbul pula nama seperti Raheel Raza di Toronto pada tahun berikutnya dan beberapa tahun selepas itu beliau buat di London mengikuti Amina Wadud.

Seorang lagi wanita ialah Pamela K. Taylor yang dilaporkan telah melakukan beberapa sesi solat jemaah bercampur jantina termasuk makmum homoseksual bermula di Washington pada tahun 2010 dan kemudiannya di Toronto.

Seorang lagi imam wanita yang videonya kerap diviralkan kerana menterjemahkan bacaan solatnya ialah Jamila Ezzani di bawah Muslim for Progressive Values yang dipimpin oleh anak Melayu bernama Zuraini Binti Tan Sri Abdul Khalid atau nama glamer yang dia guna ialah Ani Zonneveld.

Kami himpunkan beberapa petikan gambar solat yang mereka lakukan di bawah untuk kita sama kenali mereka dan berwaspada.



Sumber: akarimomar.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment

Memahami Akta 355 Dan Cadangan Pindaannya




Ramai yang bercakap tentang Akta 355 tetapi ramai juga yang bercakap tanpa memahami isu sebenarnya tentang akta tersebut dan cadangan pindaan yang diusulkan di Parlimen oleh TG Hadi Awang, Presiden PAS, pada 26 Mei 2016.

Sebenarnya Akta 355 adalah satu akta yang sangat pendek dan sangat mudah difahami – ianya hanya ada tiga seksyen ringkas. Izinkan saya catatkan sedikit penerangan di bawah ini.

Akta 355 adalah akta untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak. Pertamanya kita telitikan teks penuh Akta 355.

Tajuk panjang & Mukadimah.

Suatu Akta untuk memberi bidang kuasa kepada Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang – undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak. 1hb April 1965

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut.

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian.

(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.

(2) Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi semua Negeri di Semenanjung Malaysia.

Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:

Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

Seksyen 3. Pengesahan.

Segala kesalahan di bawah hukum Syarak yang sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini berhubungan dengan Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia dan yang sebelum mula berkuatkuasanya Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan dan Perluasan) 1989 berhubungan dengan Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak telah dibicarakan oleh mana-mana Mahkamah yang disebut terdahulu hendaklah disifatkan telah dibicarakan dengan sah seolah-olah bidang kuasa yang berkenaan dengannya telah diberi kepada Mahkamah-Mahkamah tersebut oleh undang-undang Persekutuan.

Kenapa Perlunya Dipinda?

Memandangkan pindaan terakhir (1984) dibuat lebih 30 tahun lalu dan kadar hukumannya sudah tidak lagi memberi makna dan tidak lagi digeruni oleh pesalah yang hadapkan ke mahkamah syariah – maka cadangan pindaan ini sudah sampai masanya.

Sebenarnya, hukuman yang ada sekarang adalah pindaan kepada sebelum ini (1965) yang penjaranya hanya 6 bulan dan denda dihadkan kepada RM1,000.00.

Apa Kaitannya Dengan Orang Bukan Islam?

Akta 355 langsung tidak ada kena mengena dengan orang-orang bukan Islam kerana ianya adalah berhubung dengan Mahkamah Syariah. Rujuk Seksyen 2 (di atas):
Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
mengapa mereka sekat banteras jenayah.





Maka kenapa orang-orang bukan Islam perlu risau tentang cadangan pindaan ini? Mereka sendiri tidak akan dihadapkan atau disabitkan dalam Mahkamah Syariah. Inilah suatu persoalan terhadap sikap mereka yang terlalu sangat mahu bantah.

Apakah Akta 355 Ini Undang-undang Hudud?

Tidak dan juga ya. Namun, cadangan ini bukanlah suatu Rang Undang-undang Hudud.

Kesalahan yang melibatkan hukuman Hudud antaranya adalah berkaitan kesalahan Zina, Qazaf, minum Arak, murtad, mencuri dan merompak.

Jawapan bahawa Akta 355 tidak ada kaitan dengan hudud kerana kesalahan mencuri dan merompak adalah di bawah Mahkamah Sivil bukan dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Jawapan, ya, bahawa Akta 355 ada kaitan dengan hudud kerana selama ini pun sebahagian kesalahan di atas sememangpun sudah ada di bawah Mahkamah Syariah berdasarkan enakmen jenayah Syariah di negeri-negeri. Cuma hukuman yang dikenakan tidak memenuhi kehendak syarak. Maka cadangan pindaan ini ialah untuk tujuan memartabatkan Mahkamah Syariah.

Majoriti Untuk Lulus Pindaan

Kelulusan untuk cadangan pindaan Akta 355 hanya memerlukan majoriti mudah. Jumlah ahli Parlimen sekarang ialah seramai 222, maka majoriti mudah ialah hanya 112 orang.


Sumber: akarimomar.wordpress.com

1 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ