Petua MELEMBUTKAN Daging



PETUA Tradisional Melayu.....

3 Petua MELEMBUTKAN Daging

Bagi anda yang biasa menikmati hidangan berasaskan daging ni mesti perasan yang daging yang dimakan tu kekadang lembut. Tapi kadang-kadang liat pulak. Walhal kita selalu beli daripada penjual yang sama. Ataupun makan di restoran yang sama. Boleh jadi gak tukang masak tu tersalah teknik memotong daging kot. Entahlah... Banyak kemungkinan yang boleh berlaku di situ.

Tapi kalau anda bercadang nak memasak lauk daging hari ni, saya nak kongsikan sedikit petua untuk melembutkan daging dalam masakan.

Ada 3 petua yang berlainan kat sini. Anda hanya perlu cuba satu petua setiap kali nak masak lauk daging, okay.....:)



1. Tumbuk buah keras sampai lumat. Kemudian, masukkannya ke dalam masakan anda seperti gulai daging.

Atau...




2. Masak daging tersebut di dalam belanga. Kemudian, letakkan saja sudu yang diperbuat daripada tembikar bersama-sama kat dalam belanga tu semasa memasak daging.

Atau...



3. Ambil sebiji betik muda. Pilih yang kecil saja dah memadai. Bersihkan betik muda dengan membuang kulitnya. Hiriskannya dulu dan masukkan ke dalam masakan anda.

Amacam? Itulah petua yang dapat saya kongsikan dengan anda buat masa ni. Jangan lupa cuba bila nak masak daging nanti .....:)

0 comments:

Post a Comment

GAMBAR PALESTIN SUATU MASA DAHULU PT 1



Jom layan gambar2 di bawah untuk kenali Palestin lama dengan lebih dalam lagi..



































0 comments:

Post a Comment

#PETUA : 7 CARA HILANGKAN RASA SAKIT KEPALA TNPA MAKAN PANADOL



7 CARA HILANGKAN RASA SAKIT KEPALA TNPA MAKAN PANADOL..


Bila musim panas ni memang kerap sangat sakit kepala. Bila sakit kepala je, memang ubatnya dengan makan PANADOL.
Tapi, kalau kerap sangat makan PANADOL, boleh beri kesan buruk pada tubuh badan. Mesti anda tak nak perkara buruk terjadi.
Jangan risau. Ada cara untuk hilangkan rasa sakit kepala tanpa perlu makan PANADOL!

1. Rendamkan kaki dalam air suam
Dengan cara ini, ia membuatkan tekanan darah turun dari dari kepala. Pastikan ianya air suam, bukan air panas. Melecur nanti.


2. Epal hijau
Ambil sebiji epal hijau yang dibelah dua dan ambil 2 gelas air. Rebuskan epal dan minum air rebusan epal hijau tersebut begitu saja tanpa gula.


3. Duduk tegak
Duduk tegak boleh hilangkan rasa sakit kepala. Ketika anda duduk dalam posisi membongkok, leher akan menahan berat kepala sehingga otot menegang. Jadi, ubah posisi duduk menjadi tegak.


4. Makan makanan pedas
Makanan pedas boleh menyembuhkan rasa sakit kepala. Bila rasa sakit kepala je, cari la makanan pedas kegemaran anda. Memang sakit kepala tu akan lega.


5. Bawang putih
Bukan saja penting dalam masakan, tapi bagus untuk hilangkan sakit kepala. Hiris nipis-nipis bawang putih, letakkan di tepi dahi hingga rasa sakit kepala hilang.


6. Bernafas lebih efisien
Bila kali terakhir anda bernafas dalam-dalam sambil pejamkan mata? Kajian menunjukkan, KURANG 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara ‘betul’. Kemungkinan sakit kepala disebabkan kekurangan oksigen.


7. Mandi air panas
Mandi air panas atau berendam dalam air panas, mampu meredakan sakit kepala.

0 comments:

Post a Comment

Safiey Ilias Bekas Mak Nyah Yang Menjadi Jutawan Diusia 19 Tahun



MENJADI JUTAWAN DIUSIA 19 TAHUN

Disebabkan saya ramai followers baru , ramai yg masih tak kenali kisah kepayahan saya sebelum berjaya . Mgkin ramai yg cuma kenal saya disaat saya sudah dikatakan boleh la senang jugak .
.
Begini , saya berasal drpd Felda Lakum , Lanchang Pahang . Saya lahir pada 19 Mei 1994 , umur saya bulan 5 ni genap 22 tahun . Saya dulu sekolah di SK Lakum . Dpt UPSR semua A so saya lanjutkan belajar ke Sekolah Men Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS) . Tp saya dua minggu je disini lepastu saya tamatkan belajar sebab tak boleh hidup tanpa mak ayah . Tak biasa berjauhan katanya walaupun saya ni anak kedua bongsu drpd 6 orang adik beradik . Kemudian saya lanjutkan pelajaran ke SMK Datuk Bahaman , Lanchang . PMR dpt 8A jugak jadi saya dpt tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK) .
.
Bila pindah ke sini , kos memang tinggi . Mcm2 benda nk bayar . Dulu ayah saya cuma pakai kereta kancil sahaja hantar saya ke sekolah kt Kuantan ni . Saya tak mcm anak org lain yg tiap2 minggu keluar outing ke bandar . Ada yg tiap2 minggu mak ayh dtg hantar makanan dan KFC . Sedapnya masa tu . Disebabkan desakan nak jugak hidup senang sedikit seperti kwn lain disamping xpyh nk mntk duit sgt kt mak ayah , saya mula buat bisnes dari asrama . Dari asrama ?? Ya dari asrama .
.
Saya mulakan tanpa modal dengan menjadi dropship produk kecantikan mcm suntikan pemutihan dan jugak pil jerawat . Satu kotak produk dpt margin tinggi juga RM50-200 . Tp x percaya sgt ramai jugak akak2 makcik2 beli produk tu walau harga agak mahal . Mgkin sbb tu x byk sgt persaingan produk mcm skrg dan penjual pun tak ramai . Saya gunakan FB sahaja masa tu . Setiap hujung minggu saya akan kluar outing atau pinjam laptop cikgu . Masa tu di Koperasi sekolah ada cikgu yg sediakan sewaan melayari internet . RM2 kot sejam . Jadi saya guna peluang tu untuk buat duit .
.
Masa tu lah saya akan gunakan untuk ambik database customer . Tp masa tu saya xtahu pun tu database . Saya besenye akan mintak siap2 nama , no telefon , alamat penuh dan email customer yg nak produk tu . Bila dia ckp je nak barang dan nk booking , saya mmg minta details tu . Kemudian , saya akan tulis maklumat tu dkt sebuah buku tulis . Saya tak ada telefon di asrama , jadi saya gunakan telefon asrama je nk call supplier dan customer saya .
.
Malam je lepas habis kelas prep (belajar) , saya akan call customer . Masa tu byk la duit syiling dan kad telefon saya ada . Sng nk call customer . Sorg2 saya akan call dan tanya dh buat byrn tak . Masa tu saya ada BANK RAKYAT shaja . Lepas dia kata dh byr saya akan call supplier . Satu2 alamat saya bacakan dan sebut . Smpaikan sejam bergayut dgn supplier . Supplier akan poskan brg .
.
Hari Jumaat je akan ada sedikit masa lapang selepas solat jumaat , masa tu saya akan ke Bank Rakyat dkt dgn sekolah untuk cek akaun . Masa tu saya tawakal je harap2 ada duit dalam akaun tu . Masa tu la saya akan transfer dkt supplier duit . Baru supplier akan pos brg . Lepastu , ada la byk duit dh masa tu . Saya dh mula beli stock sendiri . Masa tu saya jual produk sabun muka , bb cream , mask dan byk lg . Saya jual tu sebab saya pun pakai sebab masa tu muka mmg byk jerawat .
.
Hari2 doa nak ada duit RM1500-1800 . Alhamdulillah Allah makbulkan . Masa tu baik x buat byk dosa sgt heheeh . Lepastu mintak lagi nk ada RM4800 , las2 dapat jugak . Saya order brg pun call supplier guna telefon asrama dan dia pos ke pejabat sekolah . Muka saya hari2 g ambik brg dkt pejabat sekolah smpai kerani sekolah pun tanya . Saya ckp ayah kirim . Kdg2 saya suruh cikgu dan teacher saya yg ambikkan . Cikgu warden asrama saya selalu beri kelonggaran untuk keluar outing ke bandar . Sbb dia tahu saya baik dan antara pelajar pandai . Kdg2 tu dia tlg saya pos brg . Sbb masa tu saya dh mula pegang stock dn post brg sendiri . Susah sgt masa tu . Leceh sgt . Kene tebalkan muka dan atasi halangan .
.
Kemudian sampaikan di tgkatan 5 masa SPM saya ada saving dalam RM200k berkat perniagaan saya di asrama ! Tpi sebab jiwa remaja dan x ada pengurusan duit , tggal RM8000 je duit saya . Saya byk guna duit masa masuk UITM dan mmg x mntk duit mak ayah masa tu . Sbb dulu dpt tawaran belajar di oversea tp saya tolak sbb mcm dh x mnt belajar . Lepastu 6 bulan je saya dkt UITM saya berhenti belajar . Masa tu umur 18 . Masa tu la abg saya meninggal dunia . Saya kemudian duduk di Ukay Perdana . Masa umur 18 tahun , dgn modal cuma ada RM500 , saya keluarkan Aurora dan buat spa dkt rumah ! Ramai jugak customer saya masa tu dtg rumah . Masa tu la saya promote Aurora .
.
Saya pergi sana sini naik teksi . Pergi kilang naik teksi . Dulu kilang x lyn sgt pun . Pergi buat sticker sendiri di Achik Printing Taman Melawati . Potong sendiri sticker guna gunting dan tampal dkt botol smpai senget2 . Pergi pos brg pon guna teksi . Gigih x gigih masa tu . Smpai lah bulan Jun 2013 masa saya umur 19 , saya dpt cecah 1 juta bersih yg pertama .
.
Tahu kan kereta apa saya ada ? Smpai harini ada Camry , Hilux , Mini Cooper , Audi dan Hummer H2 . Perjalanan saya sbnrnya masih panjang untuk diceritakan . Nnti sya akan tulis lagi jika anda suka nk dgr . 2013-2015 hampir 5 juta untung bersih dh saya buat .Siapa nak dengar komen di bawah.


Alhamdulillah..hidayah itu milik Allah...diberikan untuk sesiapa saja yang dikehendakiNya. Semoga Safiey Ilias terus istiqomah menuju jalanNya..

1 comments:

Post a Comment

Peristiwa Dahagi di Singapura Tahun 1915




Siri Kuliah Sejarah - Peristiwa Dahagi di Singapura (1915);
Oleh Dr Hafidzi Mohd Noor

Assalamualaikum,

Saya ada mengisi siri-siri kuliah sejarah bulanan di beberapa buah mesjid di Selangor. Salah satu dari kuliah tersebut ialah 'Perihal sokongan ulama tanah air kepada Khilafah Uthmaniah'. Sebagai mukaddimah saya terangkan di mana kedudukan khalifah dalam sistem politik tertinggi umat Islam dan peranannya di dalam memayungi ummah. Saya jelaskan juga apakah bencana yang menimpa umat ini apabila khilafah terakhir, Khilafah Uthmaniyah luput pada tahun 1924. Di sentuh juga sepintas lalu mengenai usaha as-Syahid Imam Al-Banna dan program maratib-ul-amal untuk mengembalikan khilafah bermula dengan pembinaan syahsiah muslimah sehingga terbitnya ustiazatul alam (Islamic world order yang memayungi seluruh dunia).

Untuk siri yang pertama ini saya bongkar hubungan perjuangan umat Islam di Tanah Melayu dengan sistem khilafah yang berpusat di Istanbul. Saya jelaskan pada hadirin bahawa kita kena letakkan ulama-ulama pejuang yang selama ini dinobat sebagai pejuang nasionalis melayu kepada para mujahiddin yang gerak kerja dan perjuangannya bersifat global dan 'alami. Ini termasuklah peranan yang dimainkan oleh Dato' Bahaman, Tuk Gajah (Imam Perang Rasul), Mat Kilau, Tuk Janggut dan Tuk Ku Paloh.

Apabila pecah perang dunia pertama, Turki Uthmaniy terseret sama ke dalam kancah global ini demi mempertahankan kedaulatan wilayah Islam dari pencerobohan British dan Peranchis. Untuk menghadapi ancaman barat ini maka khilafah telah mengeluarkan pengistiharan Jihad-i-akbar pada bulan Nov 1914. Fatwa kewajipan jihad ini telah membangkitkan umat Islam di seluruh dunia termasuk di Tanah Melayu. Singapura yang merupakan pusat pentadbiran dan military base bagi British menempatkan juga askar-sakar India muslim dan melayu dalam pasukan British. Mereka akan dihantar ke tanah Arab untuk membantu 'revolusi Arab' menentang Turki Uthmani (Revolusi Arab ini dicetuskan oleh agen British T.E Lawrence atau terkenal dengan gelaran 'Lawrence of Arabia untuk mengusir Turki dari 'levant' termasuk Palestin). Askar melayu pula akan dihantar ke Afrika Timur untuk menggugat wilayah Islam seperti Somalia, Ethiopia, Eritrea, Sudan.

Seorang ulama tempatan bernama Ust Nurul Alam Syah dari Kampung Jawa, Singapura dan seorang saudagar Gujerat bernama Kassim ali telah meniup semangat jihad di kalangan tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British dan sebaliknya memerangi mereka yang memusuhi Islam. Pada 15 February 1915 seramai 815 askar India Muslim dan 100 askar melayu telah menyerang kedudukan pasukan British, menyebabkan 33 orang askar British terkorban. British telah memohon bantuan dari TSN (Timbalan Setia Negeri) untuk mematahkan pemberontakan ini. Ini adalah satu episod malang di mana Tentera Timbalan Setia Negeri telah digunakan untuk mengkhianati perjuangan umat Islam.

Peristiwa yang disebut sebagai 'Dahagi' (mutiny - atau pemberontakan) ini telah menyebabkan ramai askar-askar muslim dijatuhkan hukuman bunuh dengan 'firing squad'. Ust Nurul Alam dan Kassim Ali di hukum gantung.

Demikian secebis dari perjuangan umat ini yang tidak pernah diungkap dalam buku-buku sejarah rasmi negara kita. Atas kesedaran bahawa ada usaha untuk menafikan umat ini dari sejarah sebenarnya, saya akan berusaha untuk mengenengahkannya kembali melalui ucapan, ceramah dan penulisan buku insyaAllah.

Berikut saya akan kupas apakah kesan kebangkitan di Singapura ini kepada perjuangan ulama pejuang Tuk Janggut di Kelantan insyAllah.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor


Wallahua'lam
Che'gu Rosman Kampfkunst
#Buah_Pukul

0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ