KENAPA MATA MANUSIA DIDUNIA TAK MAMPU MELIHAT ALLAH?






KENAPA MATA MANUSIA DIDUNIA TAK MAMPU MELIHAT ALLAH?



Kisah Pemuda Menjadi Gila Setelah Melihat Zat Allah (hanya sedikit iaitu dgn kadar setengah berat semut Jarrah)

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat zarah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu.

Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung. Matanya terbeliak tak berkelip memandang ke langit.

Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu."

Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi,

"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

MATA MANUSIA TIDAK MAMPU MELIHAT ALLAH S.W.T.

Lemah dan sangat terbatasnya kemampuan alat penglihatan manusia, menyebabkan mereka tidak mampu untuk melihat Allah S.W.T.

Seandainya Allah S.W.T. menampakkan wujud-Nya, nescaya mata manusia akan buta. Bahkan seluruh tubuh manusia itu akan rosak binasa disebabkan KeAgungan dan KeHebatan Dzat Allah S.W.T.

Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam Firman-Nya melalui sebuah hadis Qudsi (yang bermaksud):

"Hai Musa!, Engkau sekali-kali tidak akan dapat melihat-Ku. Sungguh mahkluk hidup pasti akan mati kerana melihat-Ku, yang basah pasti menjadi kering kontang, yang kering pasti bertaburan,
yang dapat melihat-Ku hanyalah penghuni Syurga dan tidak akan mati pandangannya serta tidak akan hancur binasa tubuhnya".
(Diriwayatkan oleh al-Hakim dari Ibnu Abbas).

Berdasarkan kepada hadis Qudsi di atas, dapat kita ketahui bahawa yang dapat melihat Allah S.W.T. hanyalah penghuni Syurga. Kerana setelah mereka mati, diciptakan semula oleh Allah S.W.T. dengan sifat-sifat kesempurnaan, kekal selama-lamanya, dilenyapkan segala kelemahan-kelemahan manusia sehingga mereka sanggup untuk melihat Allah S.W.T. bahkan mereka memperolehi kenikmatan ketika memandang kepada-Nya.

Bagaimanapun, tiada seorang juapun yang mengetahui hakikat memandang tersebut dan cara-caranya. Sedangkan para ulama salaf berpendapat bahawa soal ru'yah (memandang) itu berpangkal pada `Bila Kaifa' (tidak tahu bagaimana caranya), sehingga kita tidak dapat memperkirakan atau menggambarkannya.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Maka tiada seorangpun yang mengetahui apa-apa yang dirahsiakan untuk mereka, iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan".
(Surah al-Sajdah: 17).

MELIHAT ALLAH SWT

Salah satu nikmat besar yang Allah beri kepada manusia ialah dapat melihat alam nyata yang wujud di hadapan kita ini. Kita dapat melihat dengan mata kasar makhluk-makhluk Allah seperti manusia itu sendiri, gunung ganang, matahari, bulan, bintang, bumi dan sebagainya. Hakikatnya kewujudan makhluk-makhluk Allah ini tidak sempurna kerana berdasarkan kajian sains tempoh kewujudan alam ini terbatas, ruang lingkupnya terhad, ukuran tinggi rendahnya terbatas, dan tempoh hayatnya juga terbatas.

Dalam Islam Allah adalah zat yang mencipta alam ini. Sebagai pencipta alam, maka Allah memiliki kesempurnaan sifatnya, ia tidak terikat dengan sebarang batasan, tidak terbatas tinggi-rendahnya-Nya, tidak terbatas kekuasaan-Nya, tidak terbatas ruang waktunya dan segala-galanya tidak terbatas. Oleh itu, Allah dalam Islam adalah ghaib dari kita dan kita tidak dapat melihat Allah.

Kalau kita pergi ke kedai-kedai tertentu atau kita singgah di rumah-rumah ibadat agama lain kita boleh melihat wajah-wajah Tuhan dalam pelbagai ragam, tinggi, rendah, mempunyai ruang lingkup dan sebagainya. Tuhan boleh dilukis dan direka bentuk. Apa yang jelas tuhan-tuhan berkenaan mempunyai batasan dan had-had tertentu. Malah penganut agama berkenaan boleh melihat dan mengenali tuhan mereka secara nyata. Bagaimana pun persoalan besar timbul ialah apakah kita boleh melihat Allah Yang Maha Esa di dunia ini.

Diterangkan di dalam al-Quran surah al-A’raf, ayat 143 bahawa nabi Musa a.s. diseru oleh Allah ke Bukit Thur Sina untuk menerima wahyu Kitab Taurat. Selama 40 hari 40 malam Nabi Musa bermunajat untuk menerima wahyu Allah. Sesudah menerima wahyu timbul keinginan pula Nabi Musa untuk melihat Allah.

Nabi Musa a.s bermohon: “Ya Allah! berilah kesempatan kepadaku melihatmu”. Allah menjawab: “Engkau tidak dapat melihat-Ku wahai Musa, tetapi cubalah engkau lihat ke gunung itu. Sekiranya gunung itu kukuh di tempatnya itu, engkau tentu dapat melihat Aku. Kemudian Allah memperlihatkan diri-Nya terhadap gunung itu. Apabila Allah memperlihatkan diri-Nya kepada gunung itu, maka gunung itu menjadi cair dan lenyap sama sekali dari permukaan bumi. Melihat peristiwa kehancuran gunung itu, maka Nabi Musa pengsan. Sesudah Nabi Musa sedar, maka terus Nabi Musa sujud dan memimta ampun.

Menurut ahli-ahli tafsir jika gunung yang kuat itu pun tidak sanggup dan tergaman melihat kehebatan Allah, apatah lagi manusia yang lemah badannya itu. Apabila Allah memperlihatkan diri-Nya kepada bumi, matahari atau bulan, maka matahari atau bulan akan pecah. Demikian juga apabila Allah memperlihatkan diri kepada manusia atau malaikat, maka semua manusia dan malaikat itu akan musnah.

Allah telah jadikan manusia dan memberikan akal untuk berfikir. Dengan kekuatan dan kelebihan akal yang dibekalkan, manusia mampu menguruskan kehidupan serta mereka cipta teknologi canggih. Walaupun macam mana pun, manusia tak mampu membayangkan bagaimanakah bentuk rupa Allah yang sebenar kerana tidak tercapai akal kita sebagai makhluk ciptaannya.

Mata kita hanya boleh melihat benda2 yang 'lemah'. Allah tidak lemah..maka oleh sebab itu kita tak mampu melihat Allah.
Kalaulah Allah itu boleh digambarkan bentuknya begini dan begitu, maka tidak layak bagiNya untuk bergelar Tuhan kepada sekian alam.

Sedang ciptaanNya pun ada yang tak boleh dilihat, apatah lagi Sang Pencipta. Contohnya, penglihatan manusia amat terbatas untuk melihat angin dan cahaya. Kita hanya mampu tengok daun bergoyang ditiup angin, tapi kita tak dapat lihat macam manakah rupa bentuk angin yang sebenar. Penglihatan mata terbatas di waktu malam.Tapi bila siang hari, dengan sinaran cahaya matahari macam-macam yang kita nampak. Pun begitu kita hanya nampak benda yang dilihat, bukannya kita nampak bentuk cahaya yang sebenar.

Rupa bentuk sebenar angin dan cahaya pun kita tak boleh lihat, apatah lagi zat Allah Yang Maha Agong. Marilah sama-sama kita mempertingkatkan dan memperbaharui iman.

Rasulullah saw bersabda:

Mafhumnya: “ Aku pernah bertanya kepada Malaikat Jibril, pernahkan engkau melihat Tuhanmu ya Jibril?. Jibril menjawab: Di antara aku dan Allah ada 70 lapis dinding yang terdiri daripada cahaya. Bila aku melihat kepada lapisan cahaya yang paling luar, aku pasti terbakar ”. (Hadith Riwayat at-Tabrani).

Dengan hadis ini, ternyata bahawa manusia tidak dapat melihat Allah. Bagaimana pun banyak ayat al-Quran yang menerangkan bahawa orang yang beriman akan diberi kesempatan di akhirat untuk melihat Allah. Firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 22 dan 23:

Maksudnya: "Pada hari akhirat itu, muka (orang yang beriman) berseri-seri. Melihat kepada Tuhannya”.



0 comments:

Post a Comment

DUNIA HARI INI DIKUASAI OLEH KETURUNAN NAMRUD






DUNIA HARI INI DIKUASAI OLEH KETURUNAN NAMRUD


Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.

"Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan". Orang itu berkata: "Aku dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." Surah Al baqarah : Ayat 258

Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.

Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup. Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s dari api yang panas bersemarak itu.

"Mereka berkata: "Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak". Kami (Allah) berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim", mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi." Surah Al Anbiyaa' : Ayat 68 - 70

Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang. Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir.

Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman bin Daud dan ZulQarnain. Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.

========================================================================

NAMRUD DISEBUT DALAM PERJANJIAN LAMA

Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi kehebatannya.

Kejadian 10 : 8 Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;

10 : 9 ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: "Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN."

Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian

Kejadian 11 : 1 Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.

11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.

11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, "Ayo kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras." Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.

11 : 4 Kata mereka, "Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di seluruh bumi."

11 : 5 Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.

11 : 6 Lalu Ia berkata, "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.

11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain."

11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.

11 : 9 Sebab itu kota itu diberi nama Babel, kerana di situ TUHAN mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh bumi.

Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.

Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.


========================================================================

BABYLON BARU

Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;

Wahyu 13 : 18 Maka inilah "hikmat". Biarlah orang yang mengerti, menghitung bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.

Sistem pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan kepada nombor 6 atau 60.

Bandingan 60 sen mereka adalah sama perkiraannya dengan 1 dollar.

Dan sebenarnya kita juga sekarang ada lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan masa.

60 saat bersamaan dengan 1 minit, 60 minit bersamaan 1 jam, itu sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x 6.

Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada 'The great Seal' , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru.






Secara matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar Babylon baru iaitu (0.6 x 1110 = 666).

Nombor 1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai 'Babylon yang hebat' bersama-sama dengan 'Agama Misteri' nya.

Dan tahun 1776 inilah dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari pertama dalam satu minggu (mengikuti kalendar Gregorian).

Dan ketahuilah bahawa nombor 666 TIDAK ADA KAITAN dengan AlQuran, kerana jumlah ayat AlQuran bukannya 6,666 ayat seperti yang digembar-gemburkan dulu. Itu hanyalah satu FITNAH untuk memburukkan AlQuran tetapi sudah ternyata SALAH. Jumlah sebenarnya setelah dikaji dengan teliti ialah 6,236 ayat.




========================================================================

HARI EASTER DAN KAITANNYA DENGAN SEMIRAMIS DI BABYLON

Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu.

Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.

Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib.

Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.

Tetapi sebenarnya nama Easter itu bukan bermula di situ, tetapi sudah berkait dari zaman penyembah berhala dulu lagi, terutamanya dengan Babylon.

Ishtar itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar 'Dewi Kesuburan' atau dalam bahasa babilonian nya 'Ishtar'.

Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth = Astarte



========================================================================

RAJA NAMRUD, 13 KETURUNAN ILLUMINATI...

The Hidden Hand tahu lambat laun kegiatannya akan diketahui juga, pertamanya untuk membiasakan orang ramai (public) ketika dia ingin memunculkan dirinya di khalayak ramai, oleh itu dia mesti mengkomersilkan dirinya serta 'secret societies' yang diterajuinya (ingat National Treasure?).Dia mesti mempopularkan dirinya terlebih dahulu.The Hidden Hand perlu menjadikan kehadirannya tidak menimbulkan panik di kalangan manusia, diterima dan disambut malah mungkin ditunggu-tunggu.

Illuminati adalah salah satu daripada 'secret societies' yang dikomersilkan untuk menutup pertubuhan elit peringkat tertinggi sejak modus operandi Dajjal Laknatullah diketahui gemar mewujudkan beratus-ratus 'secret societies' atau kelompok rahsia yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain.

Organisasi Iluminati dikuasai oleh 13 keturunan Yahudi terpilih iaitu Rothschild, Rockefeller, Astor, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassis, Reynolds, Russel, dan Van Duyn.

Kesemua keturunan ini mempunyai peranan masing masing seperti Rothschild misalnya berperanan dalam penajaan kewangan, keluarga Rockefeller lebih kepada pengaruh politik antarabangsa manakala Collins lebih kepada kesihiran, ilmu hitam dan mistik.

Salah satu dari 13 keturunan tersebut ada yang mempunyai pertalian langsung dari darah keturunan Raja Namrud, raja yang mencampakkan Nabi Ibrahim a.s ke dalam unggunan api besar. Namrud adalah raja dari salasilah keturunan cucu-cicit Ham, anak kepada Nabi Noh a.s.

Fritz Springmeier adalah orang pertama yang mendedahkan salasilah keturunan Illuminati dan bagaimana ia berkembang hingga ke hari ini,
Akibat dari pendedahan berani pada 1995, Fritz telah dipenjarakan atas tuduhan palsu (yang direka-reka oleh kerajaan Amerika) merompak bank di Syria, mengedar video lucah dan mengedar dadah. Selain itu, rumahnya juga telah diserang hendap oleh pasukan FBI tanpa sebab pada 1 Mac 2003.

Pendedahan Fritz tentang keturunan-keturunan Yahudi yang terpilih ini membuktikan ada ''seseorang'' yang mengetahui salasilah keturunan yang panjang sehingga ke zaman Nabi Nuh.

Mengumpul dan menjaga salasilah sesuatu keturunan sejak beribu-ribu tahun dahulu adalah kerja yang sukar kerana manusia berpindah-randah dan beranak pinak dari masa ke semasa. Namun ia bukanlah kerja sukar jika hal demikian diuruskan oleh ''seseorang'' yang berumur panjang, ribuan tahun.


Sejak ribuan tahun dahulu, Pemimpin2 Freemason amalkan cara hidup Firaun iaitu kahwin sesama adik beradik supaya kuasa pemerintahan hanya berlegar2 dikalangan keturunan Firaun.

========================================================================

KAITAN RAJA NAMRUD DAN FREEMASON

Kisah Namrud di dalam Al Quran ada kaitan hingga ke zaman moden ini. Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Freemason, Illuminati etc.

Nama 'Nimrod' dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata "Marad" yang bererti "membangkang atau murtad" . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata "Marad" di dalam bahasa Arab ialah "Ridda" yang bermaksud "murtad".

Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq) dan memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun.

Namrud adalah manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai ''New World Order.''

Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina / Arkitek.

Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.

Kisah tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu. Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi misi mereka.

========================================================================

KESESATAN FIRAUN SEHINGGA KINI

Jumlah kejahatan dan kezalimannyanya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati.

Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu.

25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Krismas.

Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran 'Orion' yang bermaksud 'benih seorang wanita'. Semiramis mula dikenali sebagai 'Ibu perawan', 'Ibu suci' dan 'Dewi dari syurga'. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.

Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai 'Ratu Langit' oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai 'Anak Suci dari Syurga'. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.

Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu 'benih seorang wanita'.

Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.

Watak-watak Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud telah disadur semuanya dari kisah Semiramis dengan Namrud.

Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan STATUE OF LIBERTY di Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.

Gambar Semiramis juga terpampang dalam duit syiling lama Amerika Syarikat.

Patung STATUE OF LIBERTY itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.

========================================================================

KETURUNAN FIRAUN SEHINGGA KINI

Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline).

Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.

Perhatikan lah bahawa Children's TV Workshop yang membuat rancangan seperti Sesame Street juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney yang membuat pelbagai rancangan kartun terutamanya. Pertubuhan-pertubuhan seperti ini kerja mereka adalah memBRAINWASH minda kanak-kanak dan remaja, yang mana cara mereka nampak seperti bagus tetapi ada muslihat di sebaliknya terutamanya dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal keTuhanan yang sebenar. Dari kecil lagi kanak-kanak telah disajikan dengan hiburan yang menyesatkan.

========================================================================

SISTEM PEMERINTAHAN

Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka





Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;

1 - UN - United Nation (PBB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
2 - USA - United States of America
3 - UK - United Kingdom
4 - USSR - Union of Soviet Socialist Republics
5 - UAE - United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.
6 - UNESCO - United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization




Konsep UNITED ialah menyatukan semua di bawah kuasa mereka. Dan perhatikan lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara yang menjadi milik mereka.

Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka (Pemimpin Boneka). Dan yang paling PENTING, rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama sendiri.

==================================================

PENEMUAN KITAB SIHIR

Pada tahun 1118, sebuah kumpulan tentara yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Knight Templar ini telah mengawali keadaan di Jerussalem dan juga telah menciptakan suatu sistem ekonomi sendiri.

Akan tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada sekumpulan Knight Templar ini yang jarang kita dengar. Kumpulan tersebut telah menemukan harta yang tak ternilai harganya, tepat dibawah Baitul Maqdis atau yang kita kenal saat ini adalah Masjid Al-Aqsa di Palestin, ketika berada di Jerusalem.

Harta tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik Bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman as. Nabi Sulaiman merampas semua buku-buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahasia di bawah Al-Aqsa. Khight Templar telah menemukan bilik tersebut dan mempelajari seluruh simbol-simbol dan sihir-sihir dari bani Israil.

Sihir-sihir tersebut sangat hebat, lantas dikala itu mereka mengamalkan seluruh upacara penyembahan Iblis tersebut. Mereka dapat berhubung langsung dengan AL-MASIH AD DAJJAL yang sedang dikurung dan dirantai sebelum kelahiran Nabi Muhammd SAW.

Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan, dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingnya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agungnya. Termasuk membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia.

Rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan, dan mereka dapat masuk ke alam syaitan.

Mereka benar-benar telah jauh dari agama Nabi Sulaiman dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Ketika Jerusalem berjaya dan dirampas kembali oleh tentara Islam, The Knigth Templar terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina semula kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja Eropah telah mengharamkan Knight Templar. Amalan sihir mereka terbongkar, hampir semua ahli sihir ditangkap dan dibakar hidup-hidup.

Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi "Freemason" (simbol segi tiga bermata satu). Seterusnya, Freemason menjalankan konspirasinya dan menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi.


Demi menutup semua konspirasi jahat itu, mereka perkenalkan istilah "renaissance" dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka dilihat "Mulia" dalam lipatan sejarah. Maka tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan.

Jadi jika Freemason/Illuminati sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.

Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Disinilah bermula era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya dan kembali menguasai Jerusalem. Haikal Sulaiman kembali diduduki untuk penyambutan raja mereka "Dajjal Laknatullah alaihi".

Sepertimana yang kita nampak pada hari ini, tentera-tentera Dajjal telah merosakkan Masjid Al Aqsa dan sedang dalam proses pembinaan Haikal Sulaiman.

========================================================================

" dan mereka mengikuti apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut di Negeri babil, sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang mempelajari dari mereka berdua… Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat…”;

( Al-Quran: Surah Al-Baqarah:102 )

========================================================================

SAMIRI MENYESATKAN BANI ISRAEL


Selepas zaman Nabi Ibrahim, ideologi kesesatan Namrud sekali lagi memuncak di zaman nabi Musa. Dewa² Horus, Anubis dan berbagai lagi monumen kesinambungan Nimrod menjadi inspirasi mereka yang seterusnya menjadi inspirasi Freemason bergenerasi lamanya.

Malah insan yang bertanggung jawab menebarkan fitnah pada ketika itu bernama Al-Samiri berkali-kali melakukan onar terhadap nabi Musa hingga klimaks kepada peristiwa dia menyesatkan Bani Israel dengan menukarkan debu tanah menjadi lembu emas yang boleh berkata-kata dari sihirnya sewaktu Nabi Musa bermunajat di bukit Tursina.



Sumber

0 comments:

Post a Comment

MARKAS FREEMASON SIAP DIBINA DI BUKIT JALIL




MARKAS FREEMASON SIAP DIBINA DI BUKIT JALIL

Close up bangunan Freemason at oug/Bukit Jalil (rumah Dajjal, Satanic Ritual)
(boleh rujuk peta) di percayai di bina berhampiran projek penyambungan station LRT aliran ampang.

Mereka adalah penyembah syaitan, pengamal sihir dan agen Rothschild.

Apa nak jadi ni ??? Lodge freemason makin bertambah dan apa gunanya loji ini di kawasan ini ??? sedangkan kawasan ini terkenal dengan pengumpulan jemaah Tabligh nampak gayanya pihak zionis malaya ini tidak senang akan perkembangan islam antarabangsa yang berada di lokasi berdekatan masjid.

Maka agenda untuk menyesatkan umat bermulalah operasi dan memperluaskan dakyah mereka di kawasan ini

Pertubuhan Freemason seluruh dunia ditaja sepenuhnya oleh Keluarga Rothschild. Jacob Rothschild adalah dalang peperangan di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Myanmar, Lahad Datu, tragedi MH370 & MH17 etc.......

Yang mendukacitakan terdapat juga orang Melayu yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar menyertai pertubuhan Dajal.

Lihat logo Freemason dan bumbung Unfinished Pyramid dibahagian paling atas seperti wang kertas dollar AS.

Mengapa unfinished pyramid? Kerana bahagian paling atas akan disiapkan oleh Al Masih Ad Dajjal semasa New World Order.

Bertambahnya kuil Freemason di Malaysia, bererti agenda New World Order semakin giat berjalan..

Mungkin ini HQ bagi freemason di Malaysia?














19 comments:

Post a Comment

KAJIAN CANDI BOROBUDUR ADALAH PENINGGALAN NABI SULAIMAN AS?




KAJIAN AL-QURAN - CANDI BOROBUDUR ADALAH PENINGGALAN NABI SULAIMAN AS


Dinyatakan dalam Al-Quran ayat ke 13.. surah Saba. “Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki.. dari bangunan2 yang tinggi.. dan PATUNG2, dan pinggan2 hidangan yang besar seperti kolam”

Perlu diingat, Nabi Sulaiman tidak membuat patung untuk disembah. Kerana dalam Al-Quran sendiri disebutnya tamatsi, berbeda dg patung yg disembah, itu namanya berhala dan disebut asnam.

Pembinaan patung telah diharamkan semasa era Nabi Muhammad SAW kerana agama2 sesat menyembah patung patung sebagai tuhan mereka.


“CANDI BOROBUDUR” adalah bangunan yang dibangun oleh “TENTERA NABI SULAIMAN” termasuk didalamnya dari kalangan bangsa Jin yang disebut dalam Al Qur’an sebagai “ARSY RATU SABA”. PRINCES OF SABA atau “RATU BALQIS” adalah “RATU BOKO” yang sangat terkenal dikalangan masyarakat Jawa, sementara patung-patung di Candi Borobudur yang selama ini dikenali sebagai patung Budha, sejatinya adalah patung model bidadari dalam syurga yang menjadikan Nabi Sulaiman sebagai model dan berambut keriting. Dalam literatur Bani Israel dan Barat, bangsa Yahudi dikenal sebagai bangsa tukang dan berambut keriting, tetapi faktanya justeru Suku Jawa yang menjadi bangsa tukang dan berambut keriting (perhatikan patung Nabi Sulaiman di Candi Borobudur ).

Hasil kajian tersebut juga menyimpulkan bahwa “SUKU JAWA” disebut juga sebagai “BANI LUKMAN” kerana menurut karakternya suku tersebut sesuai dengan ajaran-ajaran LUKMANUL HAKIM sebagaimana tertera dalam Al Qur’an.

Nabi Sulaiman meninggalkan negeri bernama SLEMAN di Yogyakarta – Jawa Tengah.

Nabi Sulaiman As mewarisi kerajaan dari Nabi Daud As yang dikatakan didalam Alqur’an dijadikan Khalifah di Bumi ( menjadi Penguasa Dunia dengan Benua Atlantis sebagai Pusat Peradabannya), Nabi Daud juga dikatakan raja yang mampu menaklukkan besi (membuat senjata dan gamelan dengan tangan, beliau juga bersuara merdu) dan juga menaklukkan gunung hingga dikenal sebagai Raja Gunung. Di Nusantara ini yang dikenal sebagai Raja Gunung adalah “SYAILENDRA” , menurut Dr. Daoed Yoesoef nama Syailendra berasal dari kata saila dan indra, saila = gunung dan indra = raja.

Jadi sebenarnya Bani Israel yang sekarang menjajah Palestin bukan keturunan Israel asli yang hanya terdiri 12 suku, tapi mereka menamakan diri suku ke 13 yaitu Suku Khazar (yang asalnya dari Asia Tengah) hasil perkawinan campur Bani Israel yang mengalami diaspora dengan penduduk tempatan, posisi suku Khazar ini majoriti di seluruh dunia. Sedang Yahudi asli Telah menghilang yang dikenal sebagai suku-suku yang hilang “The Lost Tribes” yang mana mereka pergi ke timur dan banyak yang menuju ke “THE PROMISED LAND” iaitu Indonesia.

Negeri Saba’ sebuah pemerintahan yang sangat kuat kerana dipimpin oleh Nabi Sulaiman As dan Ratu Balqis. maka terbukti bahwa NEGERI SABA’ itu adalah INDONESIA dengan pusat pemerintahan di Jawa dan ARSY SABA’ yang dipindahkan atas perintah Nabi Sulaiman As adalah Candi Borobudur yang dipindahkan dari Istana Ratu BOKO, dan NEGERI SABA’ inilah BENUA ATLANTIS yang hilang itu. bererti Negeri ini telah mewarisi peradaban besar bangsa-bangsa.


15 point penting yang menjadi bukti berdasarkan Al-Qur’an bahwa SABA’ itu ada di pulau Jawa (Indonesia) dan bukan di YAMAN!


1. Di buku-buku Ilmu Sejarah kita disebutkan bahawa Candi Borobudur didirikan pada abad ke-7 Masehi, tetapi penelitian terhadap batu candi tersebut tidak bisa dihitung umurnya dengan Isotop C (Carbon). Sehingga bisa ditarik Hipotesa, bahawa Candi Borobudur tidak dibuat pada abad ke-7 Masehi.

2. Adanya phenomena angka 19 di Candi Borobudur. Adapun mengenai phenomena angka 19 itu terdapat di dalam Al Qur’an berasal dari kalimat Bismillaahirrahmaanirrahiim yang terdiri dari 19 huruf. Kalimat Bismillaahirrahmaanirrahiim ini yang memperkenalkannya kepada kita adalah nabi Sulaiman As ketika beliau berkirim surat kepada Ratu Saba’

Kop Surat dari Surat nabi Sulaiman As itu adalah kalimat Bismillaahirrahmaanirrahiim .

Isi suratnya adalah: ” Alla ta’luu ‘alaiyya, wa’tuunni muslimiin ” ( Jangan menyombong kepadaku dan datanglah kepadaku dengan berserah diri ). Dan perlu diketahui surat itu sampai sekarang masih ada yaitu di Musium Nasional berupa plat emas bertuliskan Bismillah, surat itu awalnya ditemukan dikolam dekat Candi borobudur.

Jadi, dapat dikatakan bahwa phenomena 19 itu sudah diketahui oleh Nabi Sulaiman As. Oleh sebab itu di Candi borobudur ada phenomena 19.

3. Adanya phenomena posisi tiga buah candi terletak segaris lurus, iaitu: Candi Borobudur, Pawon dan Mendut

Kerana yang membuat Candi Borobudur itu bukan manusia saja, tetapi juga Jin, maka segaris lurusnya tiga candi, yaitu Borobudur, Pawon dan Mendut, bukanlah hal kebetulan. kerana Jin boleh melihatnya dari atas.

Untuk apa mereka membuat ketiga candi itu segaris lurus?

Untuk membuat gambar Gerhana. Dengan demikian mereka memberitakan bahwa Borobudur itu gambar Matahari, Pawon itu gambar Bulan dan Mendut adalah gambar Bumi. Itu sebab Mendut mewakili Manusia. Disana ada sebuah patung Manusia sebagai wakil penduduk bumi adalah manusia.

Mengapa Borobudur itu gambar Matahari.? Kerana Ya..si Ratu Saba’ itu dulunya kan penyembah Matahari, jadi ‘Arsy dia itu ada nuansa mataharinya.

4. Diceritakan pula di dalam Al-qur’an istananya berbentuk piring-piring dan patung-patung, sementara itu candi borobudur berbentuk piring dan banyak patung-patungnya, disinyalir patung Nabi Sulaiman AS.

5. Candi Borobudur adalah peninggalan Nabi Sulaiman As. dan Indonesia adalah negeri SABA yg diceritakan Al-qur’an dalam surat As-Saba (34). kerananya ada nama daerah Sleman di DI. Yogyakarta – Jawa Tengah yang diambil dari nama Nabi Sulaiman As.

6. Sementara itu masih di kota Jogjakarta, tepatnya di daerah Prambanan ada candi ratu Boko yang di ambil dari nama Ratu Bulqo/Balqis.

7. Di dalam Qur’an Surat As-Saba tanda-tanda daerahnya ada buah pahit, sementara disekitar candi borobudur ada buah: Mojo Pahit. bahkan sebuah kerajaan besar yang pernah jaya di pulau jawa dulu rela menamakan kerajaannya dengan nama Kerajaan Majapahit.

8. Lalu diceritakan di dalam Al-qur’an lagi: bahwa daerah Saba’ dikelilingi dua hutan, sementara itu Borobudur disana ada daerah Wanagiri dan WanaSABA, dimana dalam kamus bahasa jawa kawi; wana = hutan, saba = pertemuan.

9. Dimana seperti dalam Alqur’an Nabi Sulaiman menggunakan dua lembar kain dan kain yang luar adalah sutra seperti patung di candi yang terdapat lipatan sutera.

10. Diceritakan lagi di Nabi Sulaiman sering beristirahat dan berlibur di pantai sebelah timur negeri Saba, sementara di sebelah timur Indonesia deket papua ada pulau Solomon, yang di ambil dari nama Nabi Sulaiman As.

11. Di dalam Al-Qur’an surat As-Saba’ diceritakan negeri SABA telah di azab Allah karena penduduknya kufur dan tidak beriman, yaitu berupa dengan mengirim banjir besar yang menghancurkan negeri Saba’ menjadi berkeping-keping. Karenanya hanya Indonesia-lah satu-satunya negara di Dunia yang mempunyai lebih 17.000 pulau.

14. Adanya angin monsun di Indonesia semakin menguatkan bukti bahawa Indonesia adalah negeri Saba’.

Dalam Al-Quran, kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Saba disebutkan dalam surah An-Naml [27]: 15-44, Saba [34]: 12-16, al-Anbiya [21]: 78-81, dan lain-lain.

Terdapat beberapa simbol, yang mengesahkan teorinya dengan kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Saba yang dikatakan sebenarnya berada di Jawa bukan di wilayah Timur Tengah sebagaimana diyakini ramai orang sekarang, sesuai dengan keterangan di dalam Al-Quran.

Pertamanya adalah tentang tabut, iaitu sebuah tempat atau peti yang mengandungi warisan Nabi Daud AS kepada Nabi Sulaiman. Kononnya, di dalamnya terdapat kitab Zabur, Taurat, dan Tongkat Musa, serta ia mampu memberikan ketenangan. Pada suatu relief yang terdapat di Borobudur, baginya jelas tampak sebuah peti atau tabut yang dijaga oleh seseorang.

“Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: ‘Sesungguhnya tanda ia akan
menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang-orang yang beriman. ” (QS Al-Baqarah [2]: 248).


Kerja pembinaan yang dilakukan oleh jin yang tidak menyelesaikan ketika mengetahui Raja Nabi Sulaiman telah wafat. (QS Saba [34]: 14). Ketika mengetahui Nabi Sulaiman telah wafat, para jin pun menghentikan pekerjaannya. Dan bukti bagi ayat ini ialah di Borobudur, terdapat patung yang belum disiapkan pembuatannya. Patung itu disebut dengan gelaran Unfinished Solomon.

Para jin diperintahkan membina bangunan yang tinggi dan membuat patung-patung. (QS Saba [34]: 13). Seperti diketahui, banyak patung Buddha yang ada di Borobudur. Sedangkan gedung atau bangunan yang tinggi yang dimaksudkan itu adalah Candi Prambanan.

Sulaiman bercakap dengan burung-burung dan haiwan-haiwan. (QS An-Naml [27]: 20-22). Reliefnya juga ada. Bahkan, sejumlah frame relief Borobudur bermotifkan bunga dan burung. Terdapat pula sejumlah relief haiwan lain, seperti gajah, kuda, babi, anjing, monyet, dan lain-lain.

Kisah Ratu Saba dan rakyatnya yang menyembah matahari dan bersujud pada sesama manusia. (QS An-Naml [27]: 22).

Saba ada di Indonesia, yakni Wonosobo.
Dalam Al-Quran, wilayah Saba ditumbuhi pohon yang sangat banyak. (QS Saba [34]: 15). Dalam kamus bahasa Jawi Kuno, yang disusun oleh Dr Maharsi, kata ‘Wana’ bermakna hutan. Wana saba atau Wonosobo adalah bermaksud “Hutan Saba”.

Buah ‘maja’ yang pahit. (Majapahit) Ketika banjir besar (Sail al-Arim) menimpa wilayah Saba, pokok-pokok yang ada di sekitarnya menjadi pahit sebagai azab Allah kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat-Nya.

“Tetapi, mereka berpaling ingkar, maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar [1236] dan Kami gantikan kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit iaitu pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr.” (QS Saba [34]: 16).

Sulaiman mengirimka sepucuk surat kepada Ratu Saba melalui burung Hud-hud. “Pergilah kamu dengan membawa suratku ini.” (QS An-Naml [27]: 28). Surat itu ditulis di atas plat emas sebagai lambang simbolik kepada kekayaan Nabi Sulaiman. Cebisan surat emas itu telah ditemui di sebuah kolam di Candi Ratu Boko.

Bangunan yang hanya tinggal sedikit (Sidrin qalîl). Lihat surah Saba [34] 16). Bangunan yang hanya tinggal sedikit itu sebenarnya adalah wilayah Candi Ratu Boko. Dan di sana terdapat sejumlah stupa yang tinggal sedikit. “Ini membuktikan bahawa Istana Ratu Boko adalah istana Ratu Saba yang dipindahkan atas perintah Sulaiman.


Dinyatakan dalam Al-Quran ayat ke 13.. surah Saba.

34-13: Mereka (jin-jin itu) kerjakan untuknya (Nabi Sulaiman) apa yang dikehendakinya daripada “mihrab-mihrab” (bangunan-bangunan yang tinggi), dan patung-patung, dan piring-piring seperti kolam, dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah wahai keluarga Daud (dalam keadaan) bersyukur. Dan sedikit sekali daripada hamba-hamba-Ku (Allah) yang bersyukur.






BUKTI ADALAH BERDASARKAN KAJIAN AL QURAN

Nabi Sulaiman AS adalah seorang utusan Allah yang diberikan keistimewaan dengan kemampuannya menaklukkan seluruh makhluk ciptaan Allah, termasuk angin yang tunduk di bawah kekuasaannya atas izin Allah. Bahkan, burung dan jin juga patuh pada perintah Sulaiman.

Nabi Sulaiman diperkirakan hidup pada abad ke-9 Sebelum Masehi (989-931 SM), atau sekitar 3.000 tahun yang lalu. Sementara itu, Candi Borobudur sebagaimana tertulis dalam berbagai buku sejarah nasional, didirikan oleh Dinasti Syailendra pada akhir abad ke-8 Masehi atau sekitar 1.200 tahun yang lalu. Kerana itu, wajarlah bila banyak orang yang mungkin tertawa bila disebutkan bahwa Candi Borobudur didirikan oleh Nabi Sulaiman AS.

Berdekatan dengan Candi Borobudur adalah Candi Pawon dan Candi Mendut. Beberapa kilometer dari Candi Borobudur, terdapat Candi Prambanan, Candi Kalasan, Candi Sari, Candi Plaosan, dan lainnya. Candi-candi di dekat Prambanan ini merupakan candi Buddha yang didirikan sekitar tahun 772 dan 778 Masehi.

Lalu, apa hubungannya dengan Sulaiman? Benarkah Candi Borobudur merupakan peninggalan Nabi Sulaiman yang hebat dan agung itu? Apa bukti-buktinya? Benarkah ada jejak-jejak Islam di candi Buddha terbesar itu? Tentu perlu penelitian yang komprehensif dan melibatkan berbagai pihak untuk membuktikan kesahihan dan kebenarannya.

Namun, bila pertanyaan di atas diajukan kepada KH Fahmi Basya, ahli matematik Islam itu akan menjawabnya; benar. Borobudur merupakan peninggalan Nabi Sulaiman yang ada di tanah Jawa.

Terdapat beberapa ciri-ciri Candi Borobudur yang menjadi bukti sebagai peninggalan putra Nabi Daud tersebut. Di antaranya, hutan atau negeri Saba, makna Saba, nama Sulaiman, buah maja yang pahit, dipindahkannya istana Ratu Saba ke wilayah kekuasaan Nabi Sulaiman, bangunan yang tidak terselesaikan oleh para jin, tempat berkumpulnya Ratu Saba, dan lainnya.

Dalam Alquran, kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Saba disebutkan dalam surah An-Naml [27]: 15-44, Saba [34]: 12-16, al-Anbiya [21]: 78-81, dan lainnya. Tentu saja, banyak yang tidak percaya bila Borobudur merupakan peninggalan Sulaiman.

Di antara alasannya, kerana Sulaiman hidup pada abad ke-10 SM, sedangkan Borobudur dibangun pada abad ke-8 Masehi. Kemudian, menurut banyak pihak, peristiwa dan kisah Sulaiman itu terjadi di wilayah Palestin, dan Saba di Yaman Selatan, sedangkan Borobudur di Indonesia.

Tentu saja hal ini menimbulkan penasaran. Apalagi, KH Fahmi Basya menunjukkan bukti-buktinya berdasarkan keterangan Al Quran. Lalu, apa bukti sahih andai Borobudur merupakan peninggalan Sulaiman atau bangunan yang pembuatannya merupakan perintah Sulaiman?

Seperti yang dapat dilihat melalui relief-relief yang ada, memang terdapat beberapa simbol, yang mengesankan dan identikal dengan kisah Sulaiman dan Ratu Saba, sebagaimana keterangan Al Quran. Pertama adalah tentang tabut, yaitu sebuah kotak atau peti yang berisi warisan Nabi Daud AS kepada Sulaiman. Konon, di dalamnya terdapat kitab Zabur, Taurat, dan Tingkat Musa, serta memberikan ketenangan. Pada relief yang terdapat di Borobudur, tampak peti atau tabut itu dijaga oleh seseorang.

"Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: 'Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman'." (QS Al-Baqarah [2]: 248).



Kedua, Pekerjaan jin yang tidak selesai ketika mengetahui Sulaiman telah wafat. (QS Saba [34]: 14). Saat mengetahui Sulaiman wafat, para jin pun menghentikan pekerjaannya. Di Borobudur, terdapat patung yang belum tuntas diselesaikan. Patung itu disebut dengan Unfinished Solomon.


Ketiga, para jin diperintahkan membangunkan gedung yang tinggi dan membuat patung-patung. (QS Saba [34]: 13). Seperti diketahui, banyak patung Buddha yang ada di Borobudur. Sedangkan gedung atau bangunan yang tinggi itu adalah Candi Prambanan.


Keempat, Sulaiman berbicara dengan burung-burung dan haiwan-haiwan. (QS An-Naml [27]: 20-22). Reliefnya juga ada. Bahkan, sejumlah frame relief Borobudur bermotifkan bunga dan burung. Terdapat pula sejumlah relief haiwan lain, seperti gajah, kuda, babi, anjing, monyet, dan lain lain.


Kelima, kisah Ratu Saba dan rakyatnya yang menyembah matahari dan bersujud kepada sesama manusia. (QS An-Naml [27]: 22).

Saba ertinya berkumpul atau tempat berkumpul. Ungkapan burung Hud-hud tentang Saba, kerana burung tidak mengetahui nama daerah itu. "Jangankan burung, manusia saja ketika berada di atas pesawat, tidak akan tahu nama sebuah kota atau negeri,"
Tempat berkumpulnya manusia itu adalah di Candi Ratu Boko yang terletak sekitar 36 kilometer dari Borobudur. Jarak ini juga memungkinkan burung menempuh perjalanan dalam sekali terbang.

Keenam, Saba ada di Indonesia, yakni Wonosobo. Dalam Al Quran, wilayah Saba ditumbuhi pohon yang sangat banyak. (QS Saba [34]: 15).

Dalam kamus bahasa Jawi Kuno, yang disusun oleh Dr Maharsi, kata 'Wana' bermakna hutan. Jadi, Wana saba atau Wonosobo adalah hutan Saba.

Ketujuh, buah 'maja' yang pahit. Ketika banjir besar (Sail al-Arim) menimpa wilayah Saba, pepohonan yang ada di sekitarnya menjadi pahit sebagai azab Allah kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat-Nya.

"Tetapi, mereka berpaling maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar[1236] dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Sidr." (QS Saba [34]: 16).


Kesembilan, Sulaiman berkirim surat kepada Ratu Saba melalui burung Hud-hud.

"Pergilah kamu dengan membawa suratku ini." (QS An-Naml [27]: 28).

Surat itu ditulis di atas pelat emas sebagai bentuk kekayaan Nabi Sulaiman.
Surat itu ditemukan di sebuah kolam di Candi Ratu Boko.

Kesepuluh, bangunan yang tinggal sedikit (Sidrin qalil). Lihat surah Saba [34] 16). Bangunan yang tinggal sedikit itu adalah wilayah Candi Ratu Boko. Dan di sana terdapat sejumlah stupa yang tinggal sedikit. "Ini membuktikan bahawa Istana Ratu Boko adalah istana Ratu Saba yang dipindahkan atas perintah Sulaiman.

Selain bukti-bukti di atas, masih banyak lagi bukti lainnya yang menunjukkan bahawa kisah Ratu Saba dan Sulaiman terjadi di Indonesia. Seperti terjadinya angin Monsun yang bertiup dari Asia dan Australia

(QS Saba [34]: 12), kisah istana yang hilang atau dipindahkan, dialog Ratu Bilqis dengan para pembesarnya ketika menerima surat Sulaiman (QS An-Naml [27]: 32), nama Kabupaten Sleman, Kecamatan Salaman, Desa Salam, dan lainnya.


Dengan bukti-bukti di atas, jelas bahawa Borobudur merupakan peninggalan Nabi Sulaiman.

Perlu diingat, Nabi Sulaiman tidak membuat patung untuk disembah. Kerana dalam Al-Quran sendiri disebutnya tamatsi, berbeda dg patung yg disembah, itu namanya berhala dan disebut asnam.

Perhatikan ayat ini Dalam Al-Quran surat Saba ayat 13:

''Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan PATUNG-PATUNG dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba Ku yang berterima kasih"

Meskipun Nabi Sulaiman bertahta di Jerusalem, baginda sampai ke tanah jawa kerana baginda dianugerahi kemampuan lebih, bisa bicara dgn angin dan jin.

Jika baginda boleh menyuruh Jin memindahkan istana, apatah lagi jika cuma pindah dari Palestine ke Indonesia, sekelip mata juga boleh sampai.Tidak ada yang aneh dengan penelitian Ini. Kuasa Allah mengatasi segala2nya.

Kekuasaan Sulaiman meliputi seluruh dunia. Kerana baginda minta tidak akan ada lagi kekuasaan yg spt itu sepeninggalan beliau.

Permohonan Nabi Sulaiman dinyatakan secara jelas dalam al-Quran surah as-Shod, ayat 35.

“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yang tidak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …”

Wallahu A'lam.


6 comments:

Post a Comment

CIKGU BERGELAR XYZ 'BAHASAKAN' YASMIN HANI




Tidak puas hati kenyataan Yasmin Hani terhadap isu merotan murid2 sudah tidak releven masa kini, seorang guru telah menghantar sepucuk surat ke beautiful nara untuk di hebahkan dan disampaikan kepada Yasmin Hani.

Dear Yasmin Hani,

Firstly, thank you kerana memberi tips dan idea kepada guru how to handle kids nowadays. but let me tell you something dear, bidang ini bukan bidang anda. anda cuma menjadi mata dan telinga kepada kami. namun bukan menjadi kaki tangan hidung siku lutut seorang guru.

Sekiranya anda tidak boleh membantu kami dalam urusan di kerjaya kami, maka janganlah mengguris hati kami dengan kata-kata anda. bukan saya menyokong tindakan guru merotan, namun saya yakin dan percaya, hanya kami yang berada di bidang ini tahu apa yang terbaik untuk murid.

Kami tidak bodoh untuk asyik menghukum dan memarahi anak murid. kerana jauh di sudut hati, marah itu kerana kami sayang. mungkin anda dibesarkan dengan cara barat sehinggakan saya lihat kehidupan anda sekarang juga seperti itu, tapi kami hidup cara timur, caranya pun kena seperti itu.

Saya juga tahu sekiranya saya seorang guru menegur anda di bidang anda secara terbuka, mungkin apa yang kami rasa sama seperti apa yang anda akan rasa. sesungguhnya, saya harap sekiranya kami diberi peluang untuk menegur anda dan memberikan tips dan idea how to be an IDEAL Malaysian artist, pasti anda juga mengeluarkan kata-kata “you are not in my shoes, not even in my world”

Sebelum menegur urusan kami, alangkah lebih baik anda mengurus diri anda dulu yang tidak cukup kain berpakaian, yang mungkin menjejaskan akhlak anak anda sendiri. sesungguhnya seorang murid yang baik itu adalah hasil didikan ibu dan bapa mereka. dan apa saja perbuatan dan sifat mereka di sekolah, adalah kerana apa yang mereka lalui di rumah.

Tugas kami mendidik. namun yang membantu kami menjadikan seorang murid itu manusia adalah ibu bapa ataupun paling kurang penjaga mereka. semoga kita saling menghormati dan tidak mengguris hati dengan kata-kata kerana saya yakin anda dan saya mahukan perkara yang terbaik untuk anak dan setiap murid di dunia ini.

Saya mohon maaf sekiranya kata-kata saya menyinggung perasaan anda tapi saya juga menjadi wakil kepada hampir semua guru di Malaysia yang sedikit terasa dengan kata kata Puan :)

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan
Sincerely,
Guru XYZ :)

0 comments:

Post a Comment

3 Tanda Kiamat Besar Yang Telah Berlaku – Ulama’ Mesir






3 Tanda Kiamat Besar Yang Telah Berlaku – Ulama’ Mesir




Kiamat kubra makin dekat. Demikian kesimpulan Syaikh Dr Ali Gomaa setelah melihat tiga tanda kiamat kubra. Dalam sebuah peristiwa televisyen baru-baru ini, bekas Mufti Mesir itu menyatakan bahawa tiga tanda bermulanya kiamat kubra sudah kelihatan dan berlaku.




*Tanda pertama*

Yang disebut Ali Gomaa seperti dipetik media ArabAlbadee.net via bersamadakwah.net adalah kekeringan yang melanda daerah Nakhl Baisan di Syam yang apabila ini diduduki oleh Israel.



Tasik Tiberias - Perhatikan Airnya yang Semakin Surut

*Tanda kedua*

Menurut Ali Gomaa adalah surutnya Tasik Tiberias. Tasik yang menjadi sumber utama air bersih bagi Israel itu mula mengering pada 2012 lalu. Kerajaan Israel berasa bimbang kerana tasik Tiberias diramalkan hanya akan bertahan sepuluh tahun.

Ali GomaaPada 2022, tasik itu diramal akan benar-benar kering dan tidak boleh diambil airnya. Oleh itu sekarang Israel mencari sumber air di wilayahLubnan.

*Tanda ketiga *

Menurut Ali Gomaa adalah surutnya mata air Zaghar. Mataair Zaghar terletak di sebuah kampung di dekat Laut Mati di Jordan.Seperti tasik Tiberias, mata air Zaghar juga sudah mulai surut.

Walaupun disebut makin dekat, tidak ada satu pun ulama yang berani memastikan bila kiamat kubra akan datang. Termasuk Ali Gomaa sendiri.

Bahkan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak dapat memastikan bila terjadinya kiamat kubra. Ketika Malaikat Jibril datang bertanya kepada Baginda, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab “yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya". 

Wallahualam


1 comments:

Post a Comment

KOMET ISON - Sebuah Trajektori Api, Salji, Udara & Tanah (PT 3)




KOMET ISON Sebuah Trajektori Api, Salji, Udara & Tanah. Ini Perlambangan Kepada Al-Mahdi Akhir Zaman.






Mari kita melihat semula Komet ISON itu dari bawaannya sejak 10,000 tahun lampau. Apa maksudnya ia diliputi oleh api, salji, udara dan tanah?

Saya akan terangkan kepada anda. Maksudnya begini. DIA (AL-MAHDI) ITU MEMPUNYAI KEBERANIAN MENYEBAR KEBENARAN KE SELURUH ALAM DENGAN RASA TAWADUK.


Anda tentu sukar memahaminya. Teruskan membaca sehingga anda terjumpa maksud dari hati saya. ADAKAH MEREKA SAMA?

Setengah orang berpendapat ia sama dengan Komet 1680 (The Comet Of 1680). Ternyata anggapan mereka itu salah. Kajian yang dibuat oleh saintis mendapati bahawa walaupun mereka seakan-akan sama, seolah-olah dari satu induk (the same parent body), tetapi mereka sebenarnya tidak berkaitan antara satu sama lain. Sila rujuk post kami pada siri (1) untuk pengesahan perkara ini.


Kami telah menyebut perkara ini di situ. INI FOKUS KAMI Perkara yang ingin kami focus pada siri (2) ini ialah tentang sifatnya yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Mari kita lihat semula petikan kata-kata Syaidina Ali k.a.w dalam kitab Jufr Ahmar. “


…. yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang jahat”. 


[5] YANG DILIPUTI API, SALJI, UDARA DAN TANAH. Kami namakan sifat itu sebagai sifat kelima. Kami telah membahas sifat-sifat sebelumnya pada post yang lepas. Harap maklum.

Sekarang saya memberi sebab kenapa DIA (AL-MAHDI) ITU MEMPUNYAI KEBERANIAN MENYEBAR KEBENARAN KE SELURUH ALAM DENGAN RASA TAWADUK.

Ayat di atas terkandung di dalam 4 bahan yang akan kami ceritakan satu persatu. Mari kita mulakan dengan bahan yang pertama.

BAHAN [1] : API. Dari maklumat sains yang kami terima tentangnya pada waktu perihelion (the time of closest approach near the sun) dianggarkan suhunya mencapai 2,700 °C (4,890 °F), Itu adalah kepanasan yang sangat tinggi , yang cukup panas untuk mencairkan besi.

MAKSUD API DENGAN KEBERANIAN

Jika kita melihat perkaitan ini, maka jelas sekali orang yang akan datang itu (Imam Mahdi) mempunyai keberanian yang sangat tinggi untuk menundukkan segala manusia yang sombong dan takbur. Dengan ini, mana-mana kuasa besar sekalipun akan jatuh dan roboh kepadanya. AS dan Negara-negara Barat akan menyerah kepadanya. Russia, Cina & sekutu-sekutunya akan tunduk kepadanya. Bahkan Yahudi yang terkenal sombong dan takabur itupun akan mengakui kepahlawannya. Jangan kamu takut dan ragu-ragu untuk berpihak kepadanya. Sekalipun dia gagap dan kakinya pincang, tetapi dia berhati berani untuk menewaskan musuh-musuhnya. Janganlah kamu bersikap bodoh dengan menurut orang-orang yang bodoh sehingga mempersenda-sendakannya.

Ingatlah kepada hadis Rasulullah SAW yang berbunyi seperti berikut. “Bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit dan ahlul bait (terutama Al-Mahdi) adalah keselamatan bagi penduduk bumi”. 


BAHAN [2] : SALJI. Ia juga diselaputi oleh salji. Bintang ini bukan setakat mempunyai api yang panas, tetapi juga mempunyai salji sehingga ia digelar PENJELAJAH BERSALJI Mari kita dengar kata-kata seorang saintis yang menukilnya sebagai penjelajah bersalji seperti berikut.

“Lebih kurang 10000 tahun lalu, komet ISON meninggalkan Oort Clouds dan bergerak ia menuju matahari. Pada November 2013, penjelajah bersalji (icy wanderer) ini akan sampai kepada puncak perjalanannya. Maka ia berupaya mewujudkan satu pemandangan menarik di atas permukaan bumi ini”. 

Kemudian ada juga pendapat atau kata-kata dari seorang saintis cun astronomi bebas, Luke Scantamburlo yang berkata seperti berikut,

“pada pendapat saya, sebagai sebuah badan cakerawala di abnormal pendekatan untuk Matahari, dan shuns model komet yang berkaitan dengan imej bilangan kecil atau bola salji kotor….” 


 BOLA SALJI KOTOR 

Maksud yang cuba disampaikan oleh beliau ialah tentang bola kecil yang penuh salji. Ia ditakrifkan kotor ialah barangkali kerana perjalanannya yang panjang sehingga mencapai 10,000 tahun untuk mencapai satu kitaran orbitnya.

MAKSUD SALJI DENGAN KEBENARAN

Semua orang tahu bahawa salji itu putih. Dan putih itu pula bermaksud kesucian. Dan kesucian itu pula bermaksud kebenaran. Putih itu indah sebagaimana kebenaran itu juga indah. Bahkan putih itu sendiri menimbulkan pemandangan yang sangat cantik dan indah. Saya baru terbaca di Metro Online tentang Gurun Acatama di Chile mula diliputi salji. Selama berpuluh-puluh tahun ia kering kontang dan tandus, tiba-tiba ia menjadi sangat cantik dan indah oleh hamparan salji. Itulah kehebatan salji dan barangkali itulah perkara yang patut kita tahu tentang manusia suci akhir zaman, Al-Mahdi Al Muntazar.


KEBENARAN SEORANG PEJUANG 

Seperti kata seorang komentar yang pernah saya baca, Al-Mahdi sangat takut untuk menerima takdirNya, maka kerana itu dia lari, lari & lari. Maka dia dipaksa untuk menerima baaih. Maka bermulalah tugasnya sebagai pemimpin akhir zaman. Dia dilantik Tuhan untuk memimpin umat Islam. Maka kepimpinannya ibarat salji yang bermaksud kebenaran. Dan kebenaran yang dia bawa itu pula memberi keindahan kepada akhlak manusia melalui keindahan akhlaknya. Kemudian kebenaran yang dia bawa itu juga menjadi pedoman dan bimbingan kepada susunatur hidup umat Islam di akhir zaman. Bukan sahaja kita (umat Islam) terpesona dan tertarik dengan akhlaknya, kasihsayangnya, kehalusan budi pekertinya, amalan hidupnya & penegakkan sunnah-sunnah Rasul di dalamnya, bahkan umat-umat lain juga. Bahkan segala binatang dan pohon kayu juga. Semuanya menerima rahmat dengan bertebarannya butir-butir salji indah daripadanya.


SIFAT [3] : UDARA. Komet ISON ini juga memiliki udara bersamanya, selain api dan salji yang kami sebut sebelum ini. Mana buktinya bahawa ia mempunyai udara (atau gas)?

Mari kita dengar kata-kata Luke Scantamburlo sekali lagi.

“Sudah tentu, inti cometary dikelilingi oleh debu dan gas yang dikeluarkan oleh komet (maksudnya komet ISON) secara beransur-ansur disebabkan oleh interaksi angin solar dengan tenaga sinaran Matahari….” 

Apa yang disebut oleh Syaidina Ali k.a.w bahawa komet ini diliputi oleh udara juga benar dan bertepatan sekali dengan penemuan-penemuan sains.


MAKSUD UDARA DENGAN MEDIUM 

Medium ini maksudnya ke seluruh alam. Ini kerana udara itu wujud di mana-mana sahaja, samada di bumi, lautan mahupun di kawasan atas (atmosfera). Maka udara itu bermaksud seluruh kawasan yang terdapat di sekeliling kita. Bila Al-Mahdi muncul, dia akan membawa kebenaran itu ke seluruh alam. Ke Timur & ke Barat, Utara & Selatan. Negeri-negeri besar & kecil semua mengetahui kemunculannya & mengetahui pula kebenaran yang dibawanya. Kepimpinannya diterima global samada secara rela atau secara peperangan. Tidak ada sesiapapun yang dapat memberi alasan kepadanya. Kerajaannya luas seperti kerajaan Raja Iskandar Zulkarnain. Dan atas sebab itulah, dia menjadi pemimpin baru untuk dunia yang baru, dunia Islam alaf baru.


 SIFAT [4] TANAH : Maklumat saintifik yang kami kutip mengenainya menunjukkan bahawa saiz “nukleus palsunya” (teras pepejal dikaburi oleh gas dan debu yang membentuk koma komet) terdiri daripada kadar yang luar biasa. Debu yang dimaksudkan itu adalah tanah, iaitu bahan keempat yang kami sebutkan sebelum ini. Maka kerana itu, hendaklah anda faham bahawa Komet ISON itu diliputi oleh api, salji (air), udara & tanah. Ini bersamaan pula dengan kata orang-orang tua bahawa dia terdiri daripada tanah, air, api & angin.

APA MAKSUD TANAH ITU? Kalau anda biasa menelaah kitab-kitan tua, pasti anda terjumpa perbahasan antara langit dan bumi tentang kelebihan mereka. Dipendekkan cerita, bumi itulah yang lebih mulia kerana di dalam perutnya, terdapat kubur para Nabi & Rasul.

TANAH BERMAKSUD TAWADUK Kemudian di antara kawasan bumi (tanah) itu, terdapat pula yang lebih tawaduk (merendah diri) di antara mereka. Contohnya, Gunung Tursina lebih tawadhuk daripada gunung-gunung yang lain di zamannya sehingga Tuhan memilihnya untuk menyampaikan wahyu kepada Nabi Musa a.s. Banyak lagi contoh-contoh lain. Tetapi maksud tanah itu adalah tawaduk (rendah diri). Dengan ini, hendaklah anda ketahui bahawa Al-Mahdi Akhir Zaman itu adalah seorang manusia yang sangat tawaduk.

Kami akhiri post kali ini dengan pengulangan ayat yang sangat penting. DIA (AL-MAHDI) ITU MEMPUNYAI KEBERANIAN MENYEBAR KEBENARAN KE SELURUH ALAM DENGAN RASA TAWADUK. Banyak lagi rahsia-rahsia lain yang akan terbuka selepas ini. Insyaallah. Kami akan membahas segala sifat-sifatnya, seluruhnya sehingga kita semua akan menjumpai sesuatu yang lebih menakjubkan. Begitu juga tentang ramalan Nostradamus terhadapnya. Teruskan membaca sehingga siri-siri berikutnya.

0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ