Boikot Bazar Ramadhan?


Assalamualaikum wbt...

Ya! memang Ida boikot Bazar Ramadhan. Hari ini dah 11 hari kita berpuasa, Ida belum lagi menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan. Puasa kali ini Ida berazam tidak akan pergi dan membeli belah di Bazar Ramadhan. Makan jer apa yang ada di rumah yang dimasak oleh Mak Yam Ida. Semalam ni Mak Yam buat nasi ayam... nyam...nyammm.. sedapnya....kuih-muih lak ala kadar jer. Hari ni tak tahu lagi apa menu Mak Yam, dengar cite burung puyuh goreng kunyit, sambal sotong dan sayur lemak fucuk.


Faedah boikot Bazar Ramadhan  adalah boleh elak pembaziran. Tipu lah kalau ada sesiapa kata tak membazir. Nak membeli belah tu bukan cukup sepuluh dua, paling kurang mesti lima puluh punya. Balik rumah makan ciput jer.. pastu terbiar dah tak larat nak makan dan keesokkan harinya masuk tong sampah, kan membazir namanya tu. Lebih baik duit tu di simpan pastu sedekah kat kanak2 yang datang meraya nanti. Kalau tahun lepas kasi RM2, tahun ni boleh kasi RM5 pulak. Kanak2 pun suka, senyum lebar sampai ke telinga...kan...kan...

13 comments:

Post a Comment

Yang Paling Saya Benci....

Assalamualaikum wbt...

Hari ni Sabtu, selepas membalas blogwalking tetamu yang sudi singgah di blog Ida, barulah sempat nak tulis entry baru...Sebenarnya Ida ni tak berapa pandai nak berbelog, mungkin sekadar ada jer la kot. Tengok orang berbelog, Ida pun nak berbelog sama sekadar mengisi masa terluang. Bila berblogwalking baca entry belog kawan-kawan...amboiii semuanya meriah2 belaka, ada yang buat contest itu...contest ini... buat giveaway lah... doodle la... macam2. Ida sedia maklum, itu semua untuk melariskan belog sendiri supaya ramai orang datang bertandang dan menaikkan trafic.

Tapi ini semua untuk orang2 yang pandai berbelog. Ida ni jangankan nak buat itu semua, nak join pun tak pandai hehehe (memang bengapkan?). Ida hanya tahu tulis entry, pastu blogwalking, tinggalkan komen apa yang patut, follow dan chit chat serba sedikit. Yang lain2 tu ampun...mokcik memang tak reti.

Apa pun dalam blogwalking serta meninggalkan komen tu ada satu perkara yang paling Ida benci adalah untuk memasukkan code ini... paling Ida benci...tambah2 kalau taip tak betul, kena ulang lagi...


Waduhhh...waduhhhh kalau semasa blogwalking tu mokcik naik keretapi ekspress 207Kmsj takper... ini mokcik naik beca jer...cam siput jer line tenet ni ~~Ngee

13 comments:

Post a Comment

[Biarkan Gambar Berbicara] Jom Tengok Mata Wang Serata Dunia (PT 1)










5 comments:

Post a Comment

Kejutan Hari Ini

Assalamualaikum wbt... waduhhh waduhhhh.... hari ni Ida menerima satu masej di dalam inbox pesbuk. Kelu rasanya lidah ni untuk berkata-kata. Ini adalah kali kedua Ida menerima masej seumpama ini. Kali pertama dulu dari isteri kepada seorang kenalan lelaki yang suka menyakat Ida di pesbuk. Tapi Ida abaikan saja kerana malas nak berpanjang-panjangan. Pertama: Bimbang rumah-tangga mereka retak dan Kedua: Sememangnya tiada apa-apa diantara kami hanya kenal di dalam pesbuk sahaja.

Ida bukanlah apa...cuma bimbang adanya fitnah di atas sesuatu perkara yang tidak Ida lakukan. Ida ada prinsip sendiri tatkala berpesbuk ni... Bukan mencari publisiti dan bukan ingin mengganggu keharmonian rumah-tangga orang. Ida berpesbuk dan berbelog hanya untuk berseronok dan mengisi masa lapang saja. 






Arwah Opah selalu berpesan, jadilah seperti seekor burung merpati yang jinak untuk didekati tetapi akan terbang bila ditangkap. Selain solat, jaga maruah, hiasi peribadi dan jaga aib orang tua. InshaAllah akan selamatlah hidup dunia dan akhirat...





3 comments:

Post a Comment

[Biarkan Gambar Berbicara] Cute And Sweet Cartoon

















6 comments:

Post a Comment

Dimana Kita Semasa Tua Nanti?

Situasi 1

Ibu: Nanti kalau ibu dah tua, apakah adik akan hantar ibu ngan ayah ke rumah kebajikan orang2 tua?

Adik: Oh tidak ibu... adik akan jaga ibu di rumah.

 Ibu: Terima kasih anak ku... ibu sangat terharu.

 Adik: Tapi....

 Ibu: Tapi apa anak ku?

 Adik: Tapi adik akan mengupah bibik untuk menjaga Ibu seperti mana Ibu mengupah Bibik untuk menjaga adik semasa kecil dulu...

 Ibu: @#$%^&*(


Situasi 2

Ibu: Nanti kalau ibu dah tua, adik hantar ibu ke rumah kebajikan orang2 tua ker?

Adik: Sudah tentu la ibu sebab dulu ibu pun hantar adik ke Nursery

Ibu: @#$%^&*(


Situasi 3

Sedang Ida lepak2 dengan emak tiba2 emak bertanya

Emak: Esok kalau emak dah tua, Ida nak ker basuh berak mak...mandikan emak...pakaikan pampers emak?

Ida: InshaAllah mak.

Ketika itu Ida tak tahu samada Ida menjawab dengan jujur ataupun tidak. Belum pun sempat melayan perasaan tiba2 ayah menyampuk...

Ayah: Ayah kalau boleh tak nak sakit2 dan terlantar... kalau Allah nak ambil nyawa ayah, terus jer ambil sebab ayah tak nak menyusahkan anak ayah.

Ida terus terdiam...kaku... tak tahu nak kata apa2 lagi. Lidah kelu dan terharu. Dalam sudut hati berkata kalau emak dan ayah boleh menjaga aku ketika kecil serta menatang seperti minyak yang penuh kenapa aku tidak boleh menjaga mereka?


Anak ayah... Tiba2 rasa rindu dengan ayah ;(

4 comments:

Post a Comment

Pernahkah Anda Menyusun Kelopak Bunga?

Assalamualaikum wbt... entry malam ni. Ida teringat semasa kecil, masa tu mungkin tadika kot, suka sangat petik bunga ros arwah opah kat laman rumah, lepas tu duduk atas tangga batu pecah-pecah (runas) bunga tersebut dan susun kelopak bunga tu satu persatu macam gambar di bawah. Lepas tu kena marah dengan arwah opah sebab buat sampah ;(

Dan sekarang kalau masa Ida stress, Ida akan ambil sekuntum bunga apa-apa saja dan cuba susunkan semula, rasa seronok dan lapang dada. Di sini akan melihat betapa tekunnya kita menyusun kelopak demi kelopak bunga tersebut. Cubalah....!!!  








4 comments:

Post a Comment

Tony: Kucing Kesayangan Keluarga Aku

Assalamualaikum wbt. Entry hari ini memaparkan gambar-gambar gelagat Si Tony iaitu kucing kesayangan keluarga aku di Johor Bahru. Kucing ni sebenarnya ayah jumpa sebaik saja kami berpindah ke Johor Bahru. Sekarang keluarga aku sudah menetap di Johor Bahru selama 7 tahun, bermakna usia Tony juga 7 tahun... Dah masuk sekolah darjah satu kan? Hehehe...



Tembok koridor tingkat 9 ini (Apart rumah kami) menjadi tempat lepak Tony setiap hari.



Ini adalah aktiviti harian Tony iaitu mengira setiap kereta yang lalu lalang di bawah. Hari-hari biasa memang tak banyak kereta yang lalu tetapi akan menjadi 'jem giler' bila hujung minggu dan awal pagi Isnin kerana laluan tersebut menjadi laluan 'alternatif' menuju ke Singapore. Almaklumlah orang-orang Singapore akan 'balik ke sarang' pada waktu tersebut setelah 'bershopping' sakan di Johor Bahru.







Bagi Tony meniti di tembok ini sudah menjadi kebiasaannya, tapi kita pula yang gayat!



Yang kecil tu adalah Oren anak kepada Tony. Tetapi setelah dimandulkan Oren telah diserahkan kepada seorang kenalan Ayah aku yang tinggal di Pasir Gudang. Maklumlah duduk Apartment banyak sangat peraturan dan undang-undang yang dibuat. Salah satunya dilarang memelihara binatang di dalam rumah seperti kucing, anjing, ayam.... ermmm ayam? Ada ke orang bela ayam dalam rumah? Ah sudah!!! hehehe..



Ini pula adalah tingkap Tony. Lubang tu muat-muat badan dia jer. Kalau dia dah bosan duduk atas tembok tu, dia akan mengintai dalam lubang tu.



Tapi biasalah... bela kucing memang banyak risikonya! Rice-cooker Emak aku menjadi mangsa tempat Tony melepas! Akhirnya emak terpaksa membeli rice-cooker yang baru!



Tempat tidur Tony yang disediakan. Tetapi Tony ni suka tidur merata-rata. Ikut dan dia saja!









Satu yang patut dipuji sangat pasal Si Tony ni, dia tidak akan ganggu ketika Ayah mengerjakan solat. Dia akan setia menunggu di tepi sejadah sehingga selesai. 


Inilah wajah saya yang bernama Tony itu... garang tak?


5 comments:

Post a Comment

Jangan Jadikan Kereta Anda Sebagai Stor!!

Pernah tak ini terjadi pada anda? Semalam semasa nak cuci kereta, tengok kasut berlambak-lambak di tempat duduk sebelah. Mulalah kelam kabut keluarkan kasut tersebut. Empat pasang kesemuanya...

p/s: Jangan jadikan kereta anda sebagai stor menyimpan kasut...hehe



3 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ