NAJIB DAN 1MDB DISIASAT BAGAI NAK RAK, KENAPA AZMIN DAN DEIG MEMBISU SERIBU BAHASA?



NAJIB DAN 1MDB DISIASAT BAGAI NAK RAK, KENAPA AZMIN DAN DEIG MEMBISU SERIBU BAHASA?

Sebelum ini ramai orang menjadi gila-gila kerana tetiba menjadi penyiasat tidak bertauliah, pakar kewangan, pakar bank, pakar polis kepada polis dan sebagainya.
Perdana Menteri dikoreksi, dimalukan,diaibkan luar dan dalam, sehingga ada sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO terpedaya dengan penipuan pihak pembangkang. Akhirnya ada yang hilang jawatan gara-gara termakan hasutan.



Tetapi, keghairahan menyerang Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri, dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini terpelanting kepada syarikat kontrovesi yang baru ditubuhkan DEIG di bawah Menteri Besar Selangor.

Di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor minggu ini, MB Azmin Ali terkapai-kapai, tersekat-sekat dan merah kemerah-merahan wajahnya kerana gagal menjawab soalan TS Khalid Ibrahim dengan yakin. Soalannya sangat-sangat mudah! Di mana wang RM7.65 Bilion? Sehingga ke hari ini Azmin gagal menjawab dengan betul.

Pertanyaan Rakyat

1. Di pihak rakyat pula, mereka bertanya kenapa tidak ada siasatan ke atas kes-kes berProfil Tinggi melibatkan RM7.65Bilion Dan RM30Bilion?

2. Kenapa tidak ditubuhkan Pasukan Petugas Khas? Kenapa pihak berkuasa kelihatan senyap dan berdiam diri dalam kes Azmin tetapi berkejar-kejar siang dan malam menyiasat 1MDB dan derma RM2.6 Billion?

Rakyat melihat perkara ini tidak adil. Jika terus berdiam diri, rakyat akan mempersoalkan integriti dan kredebeliti pihak berkuasa dalam negara kita. Siasatan sangat perlu untuk mencari kebenaran.

3. Mengapa DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI yang diwujudkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No : 3 1994] pada 21hb September 1994?

4. Apa tujuan DEIG yang kelihatan seumpama bisnes rahsia?
5. Apa yang dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat?

6. Adakah MB Azmin sekaligus sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah MBI dan Pengerusi DEIG mempunyai kuasa veto?

7. Adakah DEIG anak syarikat MBI atau syarikat yang berasingan?

8. Apakah kaitan dengan nama dua individu yang dikaitkan dengan syarikat berstatus RM2 DEIG? Siapakah mereka?




9. Adakah MB Azmin menubuhkan DEIG kerana ragu kepada MBI?

10. Adakah kerana MBI pernah diketuai oleh Faekah bekas Pegawai TS Khalid Ibrahim ?

11. Bagaimana pula peranan Invest Selangor Berhad (sebelum ini SSIC)? Nampaknya bisnes kerajaan Selangor bertindan-tindan antara MBI, DEIG, SSIC dan Perbadanan ikhtisas yang lain.

12. Paling menarik sekali ialah kenapa wakil rakyat DAP Selangor dan kumpulkan GHB turut mempersoalkan DEIG? Apakah yang mereka tahu dan apakah yang mereka sembunyikan?

Kesimpulan.

1. Pihak berkuasa perlu menunjukkan tindakan yang adil. Jika 1MDB disiasat berbulan-bulan lamanya bagai nak rak, gara-gara laporan-laporan palsu dan dokumen yang diubahsuai di dalam Sarawak Report, kenapa MB Azmin dan DEIG tidak disiasat walhal ianya dibangkitkan di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor oleh ahli-ahli kerajaan negeri Selangor sendiri?

2. Jika derma RM2.6B disiasat sehingga ke lubang cacing mengapa kes RM7.65Bilion yang dibangkitkan oleh bekas MB Selangor, TS Khalid Ibrahim tidak disiasat?

Untuk makluman, TS Khalid adalah pakar ekonomi manakala MB Azmin adalah bekas guru di Shah Alam. Kepakaran mengurus ekonomi dan wang serta aset berkapasiti besar sudah tentu berpihak kepada TS Khalid.

Sumber fb

0 comments:

Post a Comment

10 Emoji Yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini



10 Emoji Yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini

Emoji kini menjadi salah satu medium untuk orang ramai berinteraksi di dalam mesej terutamanya dalam aplikasi Whatsapp, Telegram ataupun Facebook.

Namun, tanpa kita sedar, sesetengah emoji yang kita gunakan tidak menyerupai maksud sebenar emoji tersebut seperti yang ditentukan oleh Unicode Consortium, badan yang bertanggungjawab dalam soal piawaian termasuk piawaian emoji.

Mungkin disebabkan oleh beberapa kali berevolusi, emoji yang diguna pakai sekarang disalah ertikan oleh pereka grafik yang bertanggungjawab mencipta emoji untuk platform masing-masing.

Disini kami senaraikan antara emoji-emoji yang selalu digunakan tetapi mungkin disalah tafsir oleh orang ramai bersama maksud sebenarnya.

1 - Kecewa tetapi lega





Emoji ini mungkin kelihatan seperti seseorang sedang menangis tetapi maksud sebenarnya adalah perasaan lega selepas anda melalui sesuatu yang mengecewakan.

2 - Terkejut



Mungkin ramai yang tersalah tafsir emoji ini bermaksud mati kerana mata emoji ini berbentuk pangkah tetapi sebenarnya ia bermaksud terkejut.

3 - Tenang



Sekali pandang memang emoji ini seolah seperti sedang terkejut dengan sesuatu namun apa yang dimaksudkan dengan emoji ini adalah tenang.

4 - Terlampau gembira



Emoji ini selalu digunakan ketika dalam keadaan 'akward' tetapi sebenarnya ia melambangkan seseorang itu sangat gembira sehingga ternampak giginya.

5 - Ciuman



Memang emoji ini nampak seperti sedang bersiul, tetapi ia sebenarnya digunakan untuk melambangkan ciuman kepada seseorang. Tetapi ciuman ini kurang sedikit 'powernya' dari emoji ciuman bersama hati.

6 - Menikmati makanan lazat



Emoji ini bila digunakan seolah-olah memaparkan anda sedang bergurau atau main-main. Namun maksud sebenar emoji ini adalah anda sedang menikmati makanan lazat yang anda gemari.

7 - Gadis kaunter pertanyaan



Gadis ini bukan sedang berkata 'whatever' tetapi dia adalah seorang gadis di kaunter pertanyaan yang sedang melayan pelanggannya.

8 - Kucing keletihan



Ini bukannya seekor kucing yang terkejut, tapi ia seekor kucing yang keletihan. Emoji ini digunakan untuk memberitahu seseorang itu dalam keletihan.

9 - Bersemangat




Emoji hidung keluar asap ini sebenarnya menunjukkan seseorang itu dalam keadaan yang bersemangat, bukan marah.

10 - Tidak setuju




Emoji ini pun bukanlah emoji yang melambangkan kemarahan tetapi sebenarnya emoji yang melambangkan seseorang itu tidak bersetuju dalam satu-satu hal.

Walaupun emoji-emoji ini mempunyai standardnya tersendiri tetapi apa yang penting adalah kedua-dua penghantar dan penerima memahami apa yang dimaksudkan dengan emoji tersebut. Tetapi, jika anda seorang yang mementingkan ketepatan, dan ingin menggunakan emoji mengikut standard, anda boleh ke http://emojipedia.org/ untuk melihat senarai penuh emoji dengan maksudnya.

0 comments:

Post a Comment

KOMPLOT GULING KERAJAAN VS GULING KETUA KERAJAAN



Menjatuhkn Kerajaan

1.Drpd persepktif undg undg , maksud MENJATUHKAN KERAJAAN ialah MEMBUAT 1 TINDAKAN UTK MENJATUHKAN SESEBUAH KERAJAAN DGN CARA RAMPASAN KUASA DAN CARA RAMPASAN KUASA TERSEBUT DILAKUKAN DILUAR MODUS DEMOKRASI PARLIMEN IAITU DGN CARA TDK MENGGUNAKAN UNDI DLM PARLIMEN .

Dan jika ADA GERAKAN UTK MENJATUHKAN KETUA SESEBUAH KERAJAAN MELALUI UNDI DLM PARLIMEN ,

MAKA TINDAKAN TERSEBUT BUKANLAH 1 TINDAKAN ATAUPUN AKTVT MENJATUHKAN SESEBUAH KERAJAAN.

TINDAKAN TERSEBUT HNYALAH TINDAKAN MENOLAK SESEORG MENJADI KETUA KERAJAAN MELALUI SISTEM DEMOKRASI.

Maka itu , isu Menjatuhkan Kerajaan yg sdg hangat diperkatakan ketika ini di malaysia adalah TDK BENAR .

2.Kita tdk bersetuju dgn gambaran WUJUD GERAKAN UTK MENJATUHKAN KERAJAAN ,

KERANA IANYA TDK WUJUD ,

YANG MUNGKIN WUJUD IALAH ,

GERAKAN MENOLAK SESEORG MENJADI KETUA KERAJAAN MELALUI SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DGN UNDIAN DLM DEWAN PARLIMEN.

GERAKAN INI DINAMAKAN PROSES UNDI TDK PERCAYA KEATAS KETUA KERAJAAN.

IA BUKAN 1 TINDAKAN MENGGULINGKAN KERAJAAN KERANA IA ADALH 1 TINDAKAN MENUKAR KETUA KERAJAAN.

3.Definasi Kerajaan

Maksud kerajaan ialah SEBUAH ENTITI YG TERDIRI DRPD PEMEGANG PELBAGAI JWTN EKSEKUTIF , JWTN ADMINISTRATIF , JWTN LEGISTLATIF MENGURUS TADBIR perjalanan dn urusan harian sesebuah negara.

4.Definasi Ketua Kerajaan

Maksudnya ,

Seseorg yg dipilih drpd kelompok majority yg menang dlm pilihanraya umum utk mengetuai badan eksekutif tertinggi negara tersebut.

5.Kita tdk nampak ada agenda utk Menjatuhkan Kerajaan , kita hnya melihat ada kemumgkinan satu gerakan utk menukar ketua kerajaan shj.

TMX.

Sumber: Tun Maharezza Facebook

0 comments:

Post a Comment

APA ADA DI PULAU REUNION, JOM TEROKA!!!





Pastinya nama Pulau Reunion tiba-tiba menjadi sebutan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga seluruh dunia. Ini adalah disebabkan beberapa hari lalu telah didedahkan kepada media beberapa serpihan pesawat telah dijumpai di Pulau Reunion dan serpihan ini dikaitkan dengan pesawat milik MAS iaitu MH370 yang hilang sejak setahun lalu. Pasti ramai yang tidak tahu pun tentang Pulau Reunion apatah lagi mengetahui Lokasi Sebenar Pulau Reunion ini.

Jom kita teroka apa yang ada di pulau misteri ini:








































Sumber di sini dan di sini

0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ