Ranking Rasuah PDRM Membimbangkan?



Ranking Rasuah PDRM Membimbangkan?

Jom baca artikel yg disebar melalui whatsapp di bawah ini:

1. Menurut satu perangkaan pada tahun 2010, negara kita menduduki tangga ke 4 di kedudukan teratas sebagai negara yang mana anggota polisnya begitu 'aktif' mengamalkan rasuah. Benarkah kedudukan ini?
Malah menurut laporan itu lagi, PDRM kita dikategorikan dalam skala 4.1 di bawah negara Pakistan, Bangladesh dan India yang mana masing-masing berskala 4.1 hingga 4.5. (Global Corruption Barometer 2010-11 : Kadar skor antara 1 (not at all corrupt) hingga skala 5 (extremely corrupt)).

2. Menurut sumber Suruhanjaya Diraja juga bahawa divisyen yang paling banyak terlibat dengan rasuah adalah mengikut turutan yang berikut :

- Polis trafik,
- Pegawai Penyiasat dan Penyelia mereka,
- Detektif ,
- Pegawai pendakwa
- Pegawai Pejabat Siasatan Polis

Terdapat juga laporan bahawa sudah menjadi kebiasaan amalan rasuah juga berlaku di dalam lokap atau sel-sel penjenayah. Rasuah dari pesalah atau 'Orang Kena Tuduh' untuk mendapatkan makanan yang lebih baik serta untuk mendapat kemudahan membuat panggilan telefon kepada keluarga dan juga untuk kemudahan bebas bertemu ahli keluarga serta mendapat sel atau bilik lokap yang lebih selesa.

3. Menurut laporan tersebut juga terdapat amalan rasuah antara sesama pegawai untuk berhijrah ke 'Lombang Emas' atau 'Lubuk Wang' yang menjanjikan pulangan baik seperti Jabatan Jenayah Komersial, Trafik Cawangan , Jabatan Siasatan Jenayah ( D7 meliputi kongsi gelap, mencegah maksiat dan perjudian ) , Jabatan Narkotik , Jabatan Logistik (Perolehan dan Pembangunan) dan 'Deployment and Promotions Divisions'.

4. Bagaimanakah kedudukan PDRM sekarang? Apakah sudah jauh berubah dari data statistik yang tersebut di atas? Kes-Kes yang begitu meragukan dan kes ini masih lagi baru berlaku :

a) Penjenayah yang ada rekod jenayah, bagaimana mereka masih kekal memilik lesen senjatapi yang sah. Rujuk kes di sini.

b) Kekayaan luarbiasa Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM. Rujuk di sini dan di sini.

c) Ketua Kongsi Gelap yang disahkan sendiri oleh Ketua Polis KL berikutan kes cubaan membunuhnya menggunakan bom di Bukit Bintang. Rujuk di sini.

d) Rangkaian Perniagaan Judi-Online yang begitu kebal kerana tidak pernah diadakan operasi di premis-premis milik mereka dan disyaki ada hubungkait dengan Pegawai Polis Berpangkat Tinggi - Premis milik Chye Beh rujuk di sini
- Premis Ah Bee rujuk di sini.

e) Hukuman terpilih dilihat berlaku dalam kes terbaru yang melibatkan Pegawai yang berpangkat Pemangku ACP Cawangan Judi dan Maksiat yang ditahan bersama dengan RM500,000 dan sejumlah dadah Eramin5 di rumahnya di Seremban. Rujuk di sini dan di sini.

Perbandingan hukuman antara P/ACP tersebut bakal didedahkan perbandingannya dengan kes pegawai yang ditahan kerja akibat menampar pegawai lain sedangkan P/ACP yang ditahan di bawah pertuduhan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram kekal dengan jawatan tersebut dan hanya menerima hukuman pindah cawangan sahaja.

SPRM membisu seribu bahasa atau tangan SPRM sudah digari dan mulut sudah diplaster?

PDRM di bawah kepimpinan Ketua Polis yang baru, Khalid Abu Bakar wajar pamirkan statistik kedudukan terbaru PDRM dalam senarai kedudukan rasuah Polis Asean ataupun Asia.

# Sumber : BLOG, TWEETER & FB by MALAYSIAN CRIME.

0 comments:

Post a Comment

Mengapa Islam Halang Mendekati Zina




# APAKAH YANG TERJADI JIKA BERSENTUHAN DENGAN BUKAN MAHRAMNYA???? #

Bagi pasangan lelaki dan perempuan yang sedang pacaran atau bertunangan, inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan masing-masing di luar sana. Lihat TANDA MERAH dalam gambar di bawah.

Kajian menunjukkan bagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi di kawasan tersebut. Jadi berpegangan tangan, jantung seorang perempuan akan berdegup kencang karena cinta dan kasih sayang. Sedangkan lelaki berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata-mata.




Dari Ma’qil bin Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” (HR. Thobroni dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda:

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ مَعَ ذِي مَحْرَمٍ

“Sekali-kali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya.” (HR. Al-Bukhari no. 1862 dan Muslim no. 3259).

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنَ الزِّنَى مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

“Setiap anak Adam telah ditakdirkan bagian untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak bisa tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.” (HR. Muslim no. 6925)

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat’”.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, :

مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya terhadap kaum pria daripada fitnah para wanita.[HR Al-Bukhari no 5096]

Setelah kita mengetahui tentang larangan dan bahaya bersentuhan dengan lawan jenis yang bukan mahram berdasarkan hadits di atas

MASIHKAN ANDA BERPACARAN..???



Kredit: Copas Akh Abdil Muhsin Hari Al-Kadiry


1 comments:

Post a Comment

KISAH SEBENAR KENAPA AZWAN ALI BERTUDUNG



Ramai netizen terkejut dengan penyebaran gambar Azwan Ali yang didakwa kononnya ‘insaf’ sehingga memakai tudung menyerupai wanita di Facebook.

Beberapa gambar Azwan Ali bertudung di bawah:

Menurut sumber, Azwan Ali sebenarnya bertudung untuk program iklan perniagaan makanan. Bukannya saja-saja nak pakai tudung  seperti Shila Amzah.


Azwan Ali sebenarnya baru saja dilantik menjadi wajah Domino Pizza.

Dalam iklan komersial terbaru Domino Pizza, Azwan Ali akan memegang berpuluh-puluh watak orang awam, termasuk watak makcik-makcik kaki order Domino.


Bukan Seperti Yang Disangka

Menurut seorang forumer, Azwan Ali bukanlah seteruk yang disangkakan. Menceritakan pengalaman berjumpa dengan Azwan Ali, dia pernah bertembung dengan ‘diva’ itu di Stesen Minyak Taman Melati, menghala ke Gombak.


“Aswan Ali ini dalam TV je memondan. Tetapi di luar, pakaian macam biasa je. Dia sangat ramah sampaikan bangla yang nak tolong pump minyak kereta. Dia tak habis-habis ucap terima kasih.

“Ada dua tiga orang makcik tegur dia, dia boleh berborak mesra macam dah lama kenal. Ramai yang dah salah anggap dengan Azwan ni. Dia nampak teruk tetapi dia sebenarnya baik walaupun kekadang mulutnya terlepas cakap,” dedah individu terbabit.





Sumber mymediahubonline

1 comments:

Post a Comment

GAMBAR MANGSA TETAK DI WAKAF BHARU KELANTAN




Menurut info mangsa sedang menaiki motorsikal tiba-tiba telah diserang oleh seorang lelaki yang dikenali dengan senjata tajam menyerupai kelewang. Tetapi lelaki yang menyerang itu sempat melarikan diri sebelum mangsa didatangi orang ramai. Dua minggu sebelum kejadian, suspek telah meminta mangsa untuk memulangkan empat buat sportrimnya yang telah diberikan kepada mangsa. Mangsa telah bersetuju untuk memulangkannya tetapi belum sempat dipulangkan, beliau telah diserang.  

Pihak polis sudah pun mengambil keterangan serta

Identiti suspek telah dikenalpasti dan akan di daftarkn sebagai wanted person. Selain itu suspek juga merupakan seorang penagih dadah.

0 comments:

Post a Comment

KERAJAAN MANA YANG RAKYAT MALAYSIA PERCAYA SEKIRANYA PERANG DUNIA KE-3 MELETUS?





Persidangan G20 yang berlangsung di Brisbane memperlihatkan Presiden Russia, Vladimir Putin mendedahkan satu imej satelit yang menunjukkan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh sebuah jet pejuang MiG-29 milik Ukraine. Imej tersebut yang diperoleh dari pintasan komunikasi satelit risik milik US telah menggegarkan persidangan itu dengan pelbagai spekulasi. US yang menafikan imej tersebut adalah daripada satelit miliknya, menambahkan lagi kekecohan semasa persidangan ini dan membuatkan pemimpin dari negara lain bertambah resah.

APA PENDAPAT ANDA??

Baca sampai habis di bawah:

Pendedahan dari Putin tersebut membuatkan negara lain mempersoalkan keselamatan negara masing-masing kerana kemampuan Russia untuk menggodam satelit risik.

US pula yang menyokong kerajaan Ukraine mengatakan bahawa imej tersebut adalah satu penipuan dan manipulasi gambar yang dilakukan oleh pihak Russia. Namun, seorang pakar bebas dari Eropah telah mengesahkan gambar tersebut sebagai asli dan tidak dimanipulasikan dengan sebarang aplikasi pemprosesan imej. US telah menyokong teori yang dibuat oleh Kerajaan Ukraine yang menyatakan bahawa MH17 ditembak jatuh oleh pelancar misil jenis BUK ‘ground-to air missile’ walaupun kesimpulan tersebut hanya dibuat selepas beberapa jam selepas kejadian tersebut. Ini menambahkan lagi persoalan bagaimana Ukraine boleh menuduh Russia sebagai dalang tanpa siasatan yang terperinci dan lebih mengelirukan lagi apabila US dan blok barat menyokong tuduhan yang dibuat oleh Ukraine tersebut.

Russia yang tidak mendapat liputan positif melalui media yang dikuasai oleh blok barat hanya membuat pendedahan tersebut 5 bulan selepas tragedi MH17 setelah kajian dan siasatan dilakukan secara menyeluruh. Putin juga apabila ditemuramah oleh wartawan dari Jerman telah menyatakan bahawa blok barat sekarang ini sedang melakukan provokasi untuk Russia mencetuskan Perang Dunia Ke-3 ataupun Perang Dingin Ke-2. Tindakan NATO pula yang meluaskan gerakan tentera di Eropah Tengah dan Timur memaksa Russia untuk memperkukuhkan sempadannya dengan mobilasi tentera. Ini adalah tindakan wajar bagi mana-mana negara apabila diancam oleh tindakan sedemikian, Putin menjelaskan.

Ramai pemerhati politik antarabangsa yang menyatakan bahawa MH17 akan menjadi ‘trigger-point’ kepada Perang Dunia Ke-3 seperti mana Perang Dunia Pertama meletus adalah akibat daripada perselisihan antara Serbia dan Austria yang akhirnya melibatkan seluruh dunia Eropah yang lain.

Pada ketika ini, Malaysia pula akan menjadi mangsa kejadian kerana perlu memilih untuk menyokong ‘kebenaran’ yang datangnya dari US dan blok barat ataupun untuk menyokong ‘kebenaran’ dari Russia. Diplomasi tahap tertinggi diperlukan bagi menyelesaikan masalah ini sebelum terjebak ke dalam kancah perperangan. Siasatan dan analisis tragedi MH17 yang dilakukan oleh negara Belanda pula belum lagi mengeluarkan sebarang jawapan. Dunia masih lagi menunggu jawapan tersebut kepada siapa yang patut dipersalahkan atas kejadian itu. Dato’ Sri Najib pula menyatakan bahawa penyiasat dari Malaysia yang dapat akses ke dalam kawasan hempasan MH17 mendapat kerjasama dari pihak Russia. Ini, sekiranya tidak dijelaskan dengan baik, akan mendatangkan spekulasi kepada Washington yang Malaysia menyokong Russia, dan ini juga tidak memberikan sebarang kebaikan untuk Malaysia.

Sekiranya benar Perang Dunia Ke-3 meletus, pada waktu itu, Kerajaan pimpinan parti manakah yang rakyat akan percaya untuk memimpin dan memandu Malaysia untuk keluar dari kemelut tersebut. Rundingan demi rundingan perlu diadakan untuk mengecualikan Malaysia dari terlibat dengan kancah perang yang tidak menguntungkan negara kita. Seperti yang semua sedia maklum, Anwar Ibrahim yang sememangnya pro kepada US dan sering mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah sudah pasti akan menyokong US dan juga blok barat sekiranya perang berlaku. Dato’ Sri Najib pula yang dilihat akan mengekalkan polisi Perdana Menteri yang sebelum-sebelumnya, akan mengambil langkah untuk berkecuali dengan perperangan kuasa-kuasa besar.

Pengalaman Kerajaan Malaysia yang sedia ada juga akan membantu negara dalam memandu arah sekiranya desakan dari kuasa-kuasa besar ini datang. Adakah Pakatan Pembangkang yang lansung tidak pernah mentadbir negara lebih-lebih lagi dalam diplomasi dan hubungan antarabangsa dapat menyelamatkan negara kita? Ataupun dengan memilih untuk menyokong mana-mana kuasa besar ini, Malaysia akan terlepas dari campurtangan pentadbiran pada suatu masa nanti? Pendek kata, tanpa pengalaman pentadbiran dan hubungan diplomatik yang diamalkan oleh Kerajaan yang ada selama ini, rakyat Malaysia tidak akan dapat menikmati keamanan yang ada ketika ini setelah 57 tahun merdeka.

Ramai juga yang tidak mengetahui peranan kepimpinan negara yang sejak merdeka sehingga kini adalah untuk menguruskan krisis-krisis dan juga konfrontasi yang berlaku tanpa pengetahuan awam. Sedang Kerajaan Malaysia memikirkan kaedah diplomasi dan rundingan untuk mengelakkan rakyat Malaysia menerima akibat buruk dari perperangan, pihak Pembangkang pula hanya memikirkan bagaimana untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada dan meletakkan diri mereka kepada puncak kuasa.


Sumber : KLXpress

0 comments:

Post a Comment

WAJARKAH KERETA PERONDA BRIGED PPPM MIRIP KERETA PERONDA PDRM?




Menurut info kereta mirip kereta peronda polis ini ditemui di kawasan Damansara  telah pun berjaya ditahan oleh sepasukan polis ketika membuat rondaan di Pekan Sek 17 atas maklumat orang ramai. Atas pemeriksaan kereta tersebut dinaiki oleh dua orang lelaki cina dan bukanlah kenderaan polis sebaliknya didaftarkan atas nama BRIGED PPPM ibu pejabat di Damansara Utama...Kereta peronda mirip MPV Polis ini boleh mengelirukan penduduk sekitar Damansara.


APAKAH BRIGED PPPM?

Menurut sumber di sini , BRIGED PPPM adalah singkatan nama Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia. Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia merupakan pertubuhan NGO yang ditubuhkan di Malaysia. Dahulu dikenali dengan Persatuan Perlindungan Pengguna Pahang, di antaranya ialah membantu melindungi hak-hak pengguna dari dianiaya dan dizalimi mana-mana pihak sama ada pekedai, peniaga , agensi kerajaan mahupun pihak swasta yang lain. Presiden PPPM terkini adalah Dato’.Mohd Firdaus b. Abdullah.

Penubuhan Bridget adalah untuk membolehkan lebih ramai orang untuk menyertai dan menyumbang kepada negara kita. Presiden berjanji dengan penubuhan Panel Tatatertib ini, ia dapat membolehkan lebih ramai orang untuk menyertai aktiviti yang bermakna. BRIGED PPPM adalah salah satu cabang daripada Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) yang ditubuhkan oleh kumpulan komuniti, yang bekerjasama dengan 27 jabatan-jabatan kerajaan untuk mengekalkan mereka dalam prosiding undang-undang negara yang perlu diambil, penggunaan, layanan yang adil dan saksama serta lain-lain tempat kerja yang tertakluk dengan undang-undang dan syarat-syarat yang berdaftar dengan Lembaga Persatuan, seperti jabatan-jabatan yang bukan milk kerajaan, Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Kementerian Perdagangan dan negara kepengguna (KPDNKK), pengguna tribunal (tritututan),Suruhjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) bersama-sama dengan kami untuk membantu mengekalkan hak-hak pengguna, menolong membela kita sendiri sebagai pengguna, masyarakat, negara, dan pasukan-pasukan yang terlibat untuk membina dan membela hak pengguna-pengguna yang memberikan kita kuasa untuk mendapatkan kembali peluh ekuiti dan tuntutan wang bersertakan pembayaran wang yang bernilai.

Persoalannya perlukah BRIGED PPPM ini menyerupai PDRM? 






0 comments:

Post a Comment

Hajat Adik Rayyan Yang Teringin Naik Kereta BMW Tercapai




Tahniah Pemuda Umno Shah Alam dan En Adzam Shah kerana merealisasikan hajat adik Rayyan yang ingin menaiki kereta BMW. Semoga adik Rayyan kuat semangat untuk menempuhi dugaan yang diberi.








0 comments:

Post a Comment

Pengakuan Suami Curang




Pengakuan suami curang

PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.

“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”

Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.

Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali. Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.

Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... S-aya ingin menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”

“Banyak...”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan...”

Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...

“Tak kahwin?”

“Tidak... abang sayangkan Mah...”

“Sayang?”

“Ya...”

“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...

Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...

Minta terus terang

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya mahu keluar dari rumahnya.

“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah... Abang cari lain-

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”

Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan Mah terimalah dengan lapang hati.

Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang... abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam... abang merayu.

0 comments:

Post a Comment

RUSSIA TODAY KELUARKAN VIDEO MH17 SEJURUS SELEPAS TERHEMPAS



Video amatur ini yang pertama kali dikeluarkan oleh Russia Today menunjukkan kepulan asap hitam sejurus selepas pesawat MH17 ditembak jatuh. Orang ramai kelihatan terkejut dengan kejadian tersebut dan ada yang berusaha untuk memadamkan api. Rakaman yang menggunakan telefon bimbit ini adalah di kampung Hrabove, beberapa minit selepas kapal terbang tersebut terhempas, mengorbankan sejumlah 298 orang pada 17 July yang lepas.

Russia Today mendakwa bahawa video amatur ini diperoleh daripada Associated Press yang mendapatkannya dari sumber yang tidak mahu dinamakan.

MH17 sekali lagi mendapat perhatian dunia apabila Kremlin mengeluarkan gambar satelit yang menunjukkan pesawat MiG-29 milik Ukraine di belakang pesawat MH17 dan dipercayai bahawa pesawat MiG itu telah menembak jatuh pesawat penerbangan awam milik MAS.

US sekali lagi telah campur tangan dengan menyatakan gambar tersebut adalah palsu.

Rakaman video ini akan dihantar ke Belanda untuk membantu siasatan tragedi MH17.

Sumber: klxpress.com.my

0 comments:

Post a Comment

GAMBAR TANGAN MANGSA KENA TETAK ATAS KATIL


Menurut info kejadian berlaku di Sikamat Seremban pada 15/11/2014 ketika mangsa warga Myanmar Rohinya sedang tidur telah diserang oleh 4 orang lelaki yang tidak dikenali.








0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ