Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



RUSSIA TODAY KELUARKAN VIDEO MH17 SEJURUS SELEPAS TERHEMPAS



Video amatur ini yang pertama kali dikeluarkan oleh Russia Today menunjukkan kepulan asap hitam sejurus selepas pesawat MH17 ditembak jatuh. Orang ramai kelihatan terkejut dengan kejadian tersebut dan ada yang berusaha untuk memadamkan api. Rakaman yang menggunakan telefon bimbit ini adalah di kampung Hrabove, beberapa minit selepas kapal terbang tersebut terhempas, mengorbankan sejumlah 298 orang pada 17 July yang lepas.

Russia Today mendakwa bahawa video amatur ini diperoleh daripada Associated Press yang mendapatkannya dari sumber yang tidak mahu dinamakan.

MH17 sekali lagi mendapat perhatian dunia apabila Kremlin mengeluarkan gambar satelit yang menunjukkan pesawat MiG-29 milik Ukraine di belakang pesawat MH17 dan dipercayai bahawa pesawat MiG itu telah menembak jatuh pesawat penerbangan awam milik MAS.

US sekali lagi telah campur tangan dengan menyatakan gambar tersebut adalah palsu.

Rakaman video ini akan dihantar ke Belanda untuk membantu siasatan tragedi MH17.

Sumber: klxpress.com.my


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ