Sampai Bila Nak Bersegmen, Giveaway, Contest?

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat  rakan-rakan semua..

Sampai bila nak bersegmen, bergiveaway, bercontest? Maaflah ya... ini cuma luahan hati ataupun sekadar pertanyaan dari blogger baru yang tak seberapanya  dari Ida ini. Sana sini kita terbaca blogger ini buat segmen.. blogger itu  buat giveaway, contest. Sana sini juga kita terbaca entri blogger ini join segmen...blogger itu pun join centest, macam-macam segmen, giveaway dan contest yang ada. Sebulan lepas tu kita baca blogger tu update entri menang segmen itu, menang contest dan giveaway ini. Blogger ini pun sama, hadiah-hadiah menarik terpapar dalam entri... woww menarik sangat!

Pertanyaan Ida perlukah buat segmen? Kadang-kadang Ida lihat remaja 14 tahun sudah mampu mengadakan sebuah segmen. Lepas tu cari penaja, cari sponsor. Syarat-syarat pula kena follow semua blog yang menjadi penaja/sponsor segmen tersebut. Kena like fan page facebook mereka. Pastu kena buat entri sedikit mengenai segmen atau blog mereka, semestinya mempunyai kata-kata pujian.


10 comments:

Post a Comment

Tubuh Badan Manusia Merupakan Satu Seni? (18SX)

Di era manipulasi digital dan kesan di media visual, Jean Paul Bourdier seorang photographer Perancis yang menetap di Amerika Barat telah mempersembahkan satu karya seni fotografi analog dan menyedarkan peminat seni bahawa Bodyscapes amat menarik serta menakjubkan. Ia dinamakan 'fotografi berperingkat', menggabungkan tubuh manusia dan landskap asli di dalam satu. 

Beliau telah mengusahakan genre fotografi ini sejak 12 tahun yang lalu dan telah mengalami satu perjalanan yang menyeronokkan dan menarik minat pencinta seni manipulasi seluruh Amerika Barat dalam menggabungkan kecantikan bumi dan tubuh badan manusia melalui sumber-sumber abadi inspirasi. Menarik dan menakjubkan kata mereka! Apa pula kata anda ? Jom layan...




9 comments:

Post a Comment

Banjir Kilat Disekitar Kuala Lumpur Petang Tadi

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Ribuan pengguna jalan raya yang dalam perjalanan pulang ke rumah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas apabila beberapa kawasan di sekitar ibu negara dan Selangor ditenggelami air akibat banjir kilat petang ini. Kejadian banjir kilat itu berpunca daripada hujan lebat selama dua jam bermula pukul 4 petang. Antara kawasan yang mengalami banjir adalah di Bangi, Selangor, Jalan Bangsar, Lebuh Raya Besraya, Sungai Besi dan Jalan Rahmat berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kawasan lain adalah bulatan Sungai Besi menghala ke Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Universiti Malaya, Taman Wahyu serta Jalan Cheras berhampiran pusat beli-belah Leisure Mall, Jalan Pantai Baru, Bangsar, Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi dan Bandar Tasik Permaisuri. - UTUSAN ONLINE


12 comments:

Post a Comment

Kisah Yang Sangat Menyayat Hati

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan semua.

Tersentuh hati Ida bila menonton video di bawah ini.
Hati adalah raja kepada diri kita. Kalau hati baik, baiklah diri. Kalau hati rosak, rosaklah diri.


 


Hati yang luhur adalah merasai kesusahan orang lain seperti kesusahan diri sendiri. Bersedia membantu orang lain bila-bila masa. Tidak mementingkan diri dan kedekut ilmu. Menyampaikan maklumat sehingga memuaskan hati orang yang meminta. Prihatin terhadap kawan dan persekitaran. Sentiasa senyum dan ramah mesra. Semoga kita mendapat manafaat dari kisah video di atas.

8 comments:

Post a Comment

Musim Luruh Yang Romantik

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat kawan-kawan semua...

Hampir semua negara yang berada di luar garis 40 darjah garisan lintang selatan dan 40 darjah garisan lintang utara selalu mengalami perubahan cuaca empat musim iaitu:

1). Musim Bunga (Spring) 
2). Musim Panas (Summer) 
3). Musim Luruh (Autumn) 
4). Musim Sejuk (Winter) 

Sekarang Ida nak bercerita tentang musim luruh. Musim Luruh atau Musim Gugur ialah salah satu dari empat musim di daerah beriklim hawa sederhana. Musim ini adalah musim peralihan dari musim panas ke musim sejuk. Dalam zon berhawa sederhana, musim luruh adalah musim di mana kebanyakkan tumbuhan dituai, buah-buahan dipetik dan pokok-pokok deciduous menggugurkan daun-daun mereka. Ia juga merupakan musim di mana hari siang bertambah pendek dan bercuaca dingin (terutama di latitud utara), dan peningkatan presipitasi di beberapa bagian dunia. Musim luruh sering berlaku pada bulan Mac, April, dan Mei di bahagian Selatan, dan September, Oktober, dan November di bahagian Utara. Musim ini yang paling best. Suasananya romantik amat menenangkan jiwa. Sebab tu la cerita2 romantik, terutamanya cerita Korea sering dikaitkan dengan musim ni. - Sumber

Jom layan gambar-gambar musim luruh yang cantik penuh warna warni lagi menawan di bawah...

Musim Luruh Yang Romantik

9 comments:

Post a Comment

Jom Melawat Barbie House Di Florida

Buat para pencinta patung Barbie, rasanya tidak lengkap jika tidak mengunjungi Barbie House yang di buat oleh Barbie The Dreamhouse Esperience ini. Rumah yang didirikan diatas tanah seluas 2500 meter persegi di Florida ini adalah merupakan salah satu replika lain dari dreamhousenya di Malibu. 

 "Tahun ini Barbie mengundang para fansnya untuk masuk kedunianya yang selama ini mereka mainkan," kata Lori Pantel, wakil presiden global marketing dari Barbie. Jom kita terjah apa yang ada di dalam Barbie House ini...

Barbie House

Barbie House

11 comments:

Post a Comment

Perbezaan Air Botol Penutup Biru Dan Putih

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat kawan-kawan semua...

Hari Ahad lepas semasa Ida berada di Kluang, Johor, seorang kawan mengirim Ida membelikannya air mineral, siap pesan lagi - belikan dia botol berpenutup biru, jangan yang putih. Ida tanya kenapa? Rupanya ada rahsianya. Nak tahu? Haha jom baca... 

PENUTUP BIRU - Diperolehi dari sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses menyulingan kemudian dibotolkan. Baru boleh dilabelkan sebagai air MINERAL .

PENUTUP PUTIH - Merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa mejadi air paip sahaja sudah menyebabkan keaslian air itu hilang. Sebab itu air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau DRINKING WATER dan harganya pun lebih murah dari air mineral yang berpenutup biru.

Selama ini Ida tidak pernah ambil tahu dan perduli perbezaan kedua-dua penutup botol ni, main belasah jer. Patutlah air yang di dalam botol penutup biru lebih sedap dari botol penutup putih. 

Perbezaan Air Botol Penutup Biru Dan Putih

Perbezaan Air Botol Penutup Biru Dan Putih

15 comments:

Post a Comment

Cemburunya Aku!!!

Assalamualaikum wbt....
Salam ceria buat anda semua...

Hari ini terbaca entri di blog S.K.A @ Fais apa rahsia dia yang sentiasa ada masa buat entri dan juga blogwalking setiap hari. Fais kata dia menghabiskan masa 3 jam sehari untuk buat blogwalking. Wah! kagumnya Ida. Sesungguhnya di hati kecil Ida, cukup merasa cemburu melihat kawan2 yang ada masa buat blogwalking dengan jayanya. Ida? Masa sangat mencemburi Ida. 



Ida hanya dapat melihat blog pada waktu malam sahaja. Jam 6 petang, Ida baru sampai rumah, solat maghrib, Isyak dan berehat sebentar, paling awal Ida masuk jam 9.00 malam. Belek sana, belek sini dah 2-3 jam, mata dah berpinau, nak2 pula line slow...badan lak penat akhirnya tertidur. Sebelah siang memang takde masa langsung... kalau ada pun hanyalah dalam keadaan yang "tersesat" tetapi amat jarang2. Ida sebagai pelajar Master dalam bidang Analisis Kimia (DNA) Forensik, sepenuh masa Ida berada di dalam makmal dan kadang2 terpaksa pula bergegas ke lokasi kejadian tempat berlakunya jenayah untuk memahirkan diri. Assignment pula tak usah nak cerita lah hehe... 

Nama2 besar lagi popular seperti Mama As Blog, Dunia Kecil (Kak Aiza), Cikgu Helmi (Tetamu Istimewa), Kak Erin (Cerita Sang Puteri) dan beberapa lagi blogger popular, Ida amat mencemburi anda! Ida tahu dan dapat kesan, nama2 ini setiap hari dapat singgah dan berkunjung ke blog Ida yang tidak seberapanya ini bak kata mama dalam entrinya 'hanya blog picisan' tetapi maafkan Ida seandainya Ida tidak punya masa untuk berkunjung ke blog anda pada setiap hari. InshaAllah jika Ida punya masa untuk online, blog anda lah yang akan Ida terjah dulu. 

13 comments:

Post a Comment

Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual

Apa itu Jenayah Seksual? Penderaan seksual adalah perbuatan memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan persetubuhan boleh dikategorikan sebagai penderaan seksual. 

Gangguan seksual adalah sebarang ungkapan yang sengaja, gerak tubuh atau perlakuan yang berunsur seksual, yang tidak dikehendaki, diundang, atau diminta. Ia boleh mengganggu emosi, fizikal, dan maruah seseorang wanita. Gangguan seksual boleh berlaku dimana-mana sebagai contoh di jalanraya, dalam pengangkutan awam, di panggung wayang mahupun di tempat kerja. Ganguan seksual adalah terdiri dari kombinasi fizikal, percakapan, pandangan atau gangguan psikologi. 


Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual


Antara jenis Jenayah seksual serta hukuman adalah seperti berikut:- 

1). ROGOL 

 - Sek. 376(1) Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat. Hubungan seks dengan gadis di bawah 16 tahun sama ada kerelaannya atau tidak, adalah rogol. 

- Sek.376(2) Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun penjara dan bolehlah dikenakan sebat. 

 - Sek.376(4) Kanun Kesiksaan Dihukum mati atau penjara selama tempoh tidak kurang dari 15 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan. 

- Sek.375A Kanun Kesiksaan Mana-mana lelaki dalam suatu perkahwinan yang sah menyebabkan kecerderaan atau ketakutan kematian atau kecerderaan kepada isterinya atau mana-mana orang lain untuk mengadakan persetubuhan dengan isterinya hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 5 tahun. 


2). SUMBANG MAHRAM 

- Sek. 376B Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh tidak kurang dari 6 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan 

 - Sek. 376(3) Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan. 


3). HUKUMAN BAGI KESALAHAN MENYERANG ATAU MENGGUNAKAN KEKERASAN JENAYAH KEPADA SEORANG DENGAN NIAT HENDAK MENCABUL 

- Sek. 354 Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun. Atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu. 


4). MELAKUKAN PERSETUBUHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN ATURAN TABII (LUAR TABII) 

- Sek. 377 Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat. 

- Sek. 377B Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat Sek. 

- Sek. 377C Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh tidak kurang dari 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat. 

- Sek. 377CA Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat 

- Sek. 377D Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 2 tahun 

- Sek. 377E Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 5 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat. 


5). PERKATAAN ATAU ISYARAT YANG DIMAKSUD MENGAIBKAN KEHORMATAN SESEORANG 

- Sek. 509 Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 5 tahun atau denda atau kedua-duanya. 





APAKAH TINDAKAN YANG PATUT DIAMBIL JIKA BERLAKU?

1). Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada jenayah rogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya. 

2). Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.

3). Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar mengusai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau pun sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci, dan sebagainya untuk melawan. 

4). Camkan muka dan tanda-tanda yang ada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan. 

5). Untuk membantu siasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis. 

6). Buat laporan polis dengan segera.


CARE, SERVE & PROTECT
(AMBIL TAHU, BERKHIDMAT & MELINDUNGI)


Sumber PDRM




13 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ