Seronok Ker Berhari Raya Di Kampung?

Assalamualaikum wbt...

Beraya di kampung? Tentu bestkan? Ida dah lama tak beraya di kampung  sebab arwah opah tinggal bersama family Ida sejak Ida lahir. Dan rumah kampung di Tanjong Malim akan tinggal begitu saja tiada penghuni. Kalau hari raya, kami sekeluarga akan berhari raya di rumah adik beradik emak yang lain, iaitu di rumah Pak Tua di Cheras, rumah Mak Ngah di Ipoh dan rumah Acik di Batu Pahat. Begitulah bersilih ganti mengikut giliran sehingga arwah Opah meninggal dunia pada awal tahun 2003. Ini keluarga sebelah emak Ida.

Keluarga sebelah ayah pula, lagi haru... hehe. Ayah anak tunggal. Nenek meninggal dunia ketika ayah berusia empat bulan. Ayah dipelihara oleh datuk + nenek sebelah emaknya. Ayah membesar bersama bapa2 saudaranya. Ayah kepada ayah Ida (datuk) pula kawin lain dan mempunyai 11 orang anak. Mereka (ayah dan adik beradik sebelah ayah) tidak rapat dan tidak tinggal bersama. Sejak arwah datuk meninggal ( ayah kepada ayah Ida) pada tahun 2006, arwah datuk berpesan supaya anak2nya yang 11 orang itu mencari ayah Ida serta mengeratkan semula hubungan mereka setelah berpisah sejak 50 tahun. Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini hajat arwah datuk tertunai apabila adik beradik ayah berkumpul semula serta membuat pembahagian harta pusaka. 


Adik beradik ayah ketika berkumpul semasa menyambut Ramadhan bulan lepas

So buat pertama kalinya dalam sejarah hidup Ida, raya tahun 2013 ini Ida dan family akan beraya di kampung. Kami akan berkumpul semula dan menyambut hari raya yang mulia ini bersama-sama. Ida tersangatlah excitednya untuk berkumpul beramai2 dan menyambut raya pada tahun ini. Tentulah raya tahun ini akan lebih bermakna lagi bagi kami sekeluarga.


Disinilah kampung adik beradik ayah ida. Kampung Paya Rambutan, Paya Bungor berhampiran dengan Gambang Water Park, Kuantan.


Ayah akan balik dulu esok (Isnin) kerana dah janji dengan adik ayah yang no 2 bungsu yang jaga rumah kampung tu untuk memperbaiki apa-apa infrastuktur yang rosak di rumah pusaka tu...manakala Ida bersama emak akan balik pada hari rabu kerana emak masih lagi bekerja pada hari Isnin dan Selasa. 

Ida akan pastikan membawa bunga api banyak2 untuk umpan sepupu2 Ida yang ramai masih kecil  dan comel2 tu...excited sangat!!! Kampung Paya Rambutan... nantikan kedatangan aku!!

7 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ