Kenapa Wanita Diluar Nikah Mudah Melahirkan Anak Tanpa Kesakitan?

                  Gambar sekadar hiasan

Pasti ramai tertanya-tanya kenapa wanita yang mengandung anak di luar nikah lebih mudah jika dibandingkan dengan wanita yang telah menikah.

Jika diperhatikan selama di dalam tempoh kehamilan, tidak ramai orang yang akan melihat perubahan fizik wanita yang belum menikah jika dibandingkan dengan yang telah menikah sehingga proses bersalin.

Rata-ratanya wanita yang belum menikah ini dapat bersalin dengan mudahnya di lokasi manapun tanpa bantuan sesiapapun. Aneh bukan?

Ketakutan yang amat sangat membuat seorang gadis dapat melahirkan anaknya dengan mudah. Mulai dari hubungan yang salah, ketika hamil tidak timbul kesusahan sebagaimana wanita-wanita biasa ketika sedang hamil.

Allah mencabut rasa kesusahan itu sehingga tidak mendapatkan pahala sebagaimana wanita-wanita lain yang bersusah payah ketika hamil hasil pernikahan yang sah.

Kadang-kadang, tanda-tanda sebagai orang hamil juga tidak dapat dilihat. Perutnya tidak nampak besar, dapat pula berjalan dengan gagah. Kadang-kadang, boleh pergi ke sekolah dan membuat kegiatan lapang seperti pelajar lain, sedangkan sebenarnya sedang mengandung. Itu satu lagi nikmat yang dicabut oleh Allah SWT.

Kemudian ketika melahirkan nanti, mudah saja anak itu keluar. Pahala sakit kerana melahirkan anak itu telah diangkat darinya. Wanita biasa, pada keadaan begini harus dibantu oleh bidan, itu pun susah dan sakit untuk melahirkan anak, tetapi wanita yang telah berzina itu mudah saja.

Setelah anak itu lahir, mereka bunuh agar tidak meninggalkan jejak. Mengapa sampai begitu kejam? Kerana perasaan kasih sayang sudah dicabut juga darinya.

Mari kita sama-sama bantu share tulisan ini agar para gadis yang belum menikah dapat renungan.


Sumber: Gempak.org

1 comments:

Post a Comment

Menutup Cermin Ketika Kematian Perbuatan Khurafat Menyalahi Syarak.



Seolah telah menjadi satu kebiasaan masyarakat kita, bila ada jenazah di rumah maka kesemua cermin-cermin muka akan ditutup dengan kain. Pernah tak amalan pelik ini menjadi tanda tanya buat anda? Sebenarnya ramai yang tidak tahu jawapan sebenarnya tetapi tetap mengamalkannya.

Apa kaitan cermin muka dengan jenazah? Amalan pelik ini dikatakan telah wujud sejak zaman nenek moyang dan masih menjadi ikutan sehingga kini.

Mungkin ramai yang ingin tahu apa hukumnya dalam Islam bila ada yang menutup cermin muka ketika ada jenazah di dalam rumah. Di bawah ini adalah satu perkongsian berkaitan persoalan Kenapa Perlu Tutup Cermin Di Rumah Bila Berlaku Kematian dan juga hukumnya..

Assalamualaikum ustaz,

Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya ingin bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya. Terima kasih.

Ini jawapannya:

Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh si mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati roh tersebut, setiap cermin muka dirumah si mati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.



Sumber : supermario16.com

1 comments:

Post a Comment

Objek Menyerupai Manusia Di Temui Di Atas Awan.



Penumpang Kapal Terbang Merakam Gambar Objek Di Atas Permukaan Ruang Udara Eropah..


Beberapa orang penumpang terkejut melihat terdapat 4 objek menyerupai manusia di atas awan.
Pada awal tahun ini, sebuah kapal terbang penumpang mendakwa sekumpulan objek menyerupai manusia itu dirakamkan di ruang udara Eropah.



Menurut laman web ultrasonografi, Rangkaian UFO Interaktif ataupun The UFO Interactive Network (MUFON) telah didokumentasikan di bawah Kes 82114. Saksi juga berkata kejadian itu berlaku sewaktu perjalanan penerbangan dari Warsaw ke London Heathrow pada 15 Februari. Semasa di Łodź Voivodeship, beliau melihat beberapa objek menyerupai manusia di atas awan berhampiran dengan kapal terbang itu.

Kesemua saksi sudah pasti terkejut dan sempat merakamkan beberapa keping gambar. Manakala keesokan harinya, hal itu dilaporkan kepada MUFON. Saksi juga ada berkata imej objek tersebut seperti sebuah keluarga, di mana terdapat orang dewasa dan kanak-kanak.



Saksi yang terkejut dengan penemuan objek menyerupai manusia di atas awan. (screenshots video Youtube)

Laporan saksi berbunyi, “Dari Warsaw ke lapangan terbang London Heathrow, saya melihat keluar tingkap melalui pintu angin sebelah kiri pesawat, dan saya perasan terdapat lelaki kurus berwarna gelap di atas awan. Ia pastinya bukanlah sebuah seni bina kerana lokasi yang sangat tinggi, saya fikir ia adalah puting beliung kecil.”
“Terdapat 4 objek menyerupai manusia : dua daripada mereka tinggi manakala dua lagi masih kecil. Jarak mereka juga sangat rapat di antara satu sama lain dan tidak bergerak langsung. Mereka berwarna gelap, mempunyai bahagian atas badan yang besar manakala bahagian bawah mereka lebih kecil. Satu daripada mereka kelihatan seperti mempunyai sayap panjang,” tambah saksi.



Mereka yang menyaksikan kejadian tersebut tentunya berasa takut dan terkejut kerana tidak menyangka bahawa mereka akan menemukan objek aneh yang sedang berdiri di atas awan.
“Pesawat tersebut kemudian berlalu pergi meninggalkan objek tersebut sehingga ia hilang daripada pandangan”, kata saksi.


Pada bulan Januari 2016, terdapat saksi yang mendakwa melihat objek yang sama. (screenshots video Youtube)

Saksi kejadian pada tahun 2016 itu merupakan seorang pengurus perisian berasal dari Ireland, yang sedang dalam penerbangannya dari Ireland ke Austria. Pada altitud 30,000 kaki (9,150 meter), beliau merakamkan gambar yang menyerupai bentuk objek tersebut.

Bukan pengurus itu sahaja yang melihatnya, malahan terdapat lagi dua orang penumpang yang menyaksikan perkara yang sama. Anda rasa apa sebenarnya objek-objek tersebut?


Kredit: Era Baru

1 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ