Sarung Tangan Bayi Baru Lahir Akan Membantutkan Perkembangan Bayi



Sampai Bila Awak Nak Pakaikan Mittens Pada Tangan Anak Awak?”…

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi dari seorang doktor pakar kanak-kanak (Paediatric) di Hospital Columbia Asia.

Ketika anak saya berusia 2 bulan, saya buat check untuk dia. Seperti biasa sebelum berjumpa dengan doktor, nurse akan ambil anak saya dan timbang serta ukur ketinggian terkini. Selepas selesai, nurse serahkan balik mittens tadi. Sebelum ini pun, nurse buat perkara yang sama juga. Jadi, saya pun pakaikan kembali mittens itu.

Sampai di bilik doktor, mittens sekali lagi ditanggalkan. Pada masa itu saya berasa pelik dan bertanya mengapa doktor tanggalkan mittens anak saya.

“Awak nak perkembangan anak awak ini cepat atau lambat? Sampai bila awak nak pakaikan mittens pada tangan anak awak? Semua orang berlumba-lumba supaya perkembangan anak dia cepat,” jawab doktor itu dengan selamba.

Jawapan doktor itu membuatkan saya terkebil-kebil, keliru dan tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh doktor. Selepas dia menjelaskan mengenai perkara itu, saya serta merta terus hentikan pemakaian mittens pada anak saya.

Jika kita berterusan pakaikan mittens pada anak kita, anda akan dapat perhatikan tangan anak kita akan sentiasa menggenggam. Betul tak? Jadi, jika kita tanggalkan mittens seawal yang boleh, tangan anak kita akan menyentuh segala yang ada berdekatan dengannya. Secara tidak langsung sentuhan itu akan merangsang otak bayi.

Jika tangannya sentiasa berada dalam mittens dan terus menerus menggenggam tangan, bayi kita tidak akan dapat explore apa yang ada di sekeliling dia dan otak juga tidak akan terangsang.

Kenapa kita pakaikan mittens pada bayi kita?

Antara sebabnya, kita tidak mahu anak tercakar mukanya sendiri, tangan anak sejuk. Betul? Orang Melayu kita sudah terbiasa dengan pemakaian mittens ini. Kalau tidak dipakaikan, nanti orang tua bising pula. Pernah dengar orang tua kata sawan daki dekat celah-celah jari bayi? Sebab itu selepas mandi kena lap kering-kering baru pakaikan mittens. Kalau tak pakaikan mittens pun, tak ada masalah daki di celah jari.

Memang pada awalnya anak kita akan tercakar mukanya sendiri. Memang akan luka tetapi sekali dua sahaja dan selepas itu anak kita belajar kalau terkena kuku, dia akan merasa sakit. Jadi dia akan berhenti mencakar muka dan akan menggosok mukanya dengan belakang tapak tangan.

Si ibu kena pastikan kuku bayi sentiasa pendek. Jadi, pada yang masih ada bayi, yang masih pakai mittens, boleh tanggalkan dan berhenti memakaikan mittens seawal bayi berusia sebulan. Bila bayi yang guna botol, boleh ajar pegang botol. Yang amalkan breastfeeding, boleh sentuh kulit ibunya dan proses ini dinamakan bonding. Banyak lagi benefit tanpa memakai mittens pada bayi.

Sama juga dengan konsep yang banyak kita praktikkan dalam group (Home Schooling Genius Syurga) ini, motor skills developement, kinestetik, all of that thing use hand. Jadi kenapa kita halang jari jemari anak kita dan tangannya menyentuh segala-gala yang ada di sekeliling?

Stop using mittens for our baby. Let’s their fingers explore the world.

Sumber: Perkongsian dari group wassap

3 comments:

Post a Comment

Resume Sampah! 5 Kesilapan Yang Kerap Dilakukan Pencari Kerja



Resume sampah!

Kata-kata tersebut agak keterlaluan, namun itulah realiti yang dihadap oleh seorang Pegawai Sumber Manusia (Human Resources - HR) seperti saya, setiap kali menerima resume daripada pencari kerja. Bukan bermaksud saya atau rakan-rakan HR yang lain menganggap resume yang dihantar kepada kami dipandang hina seperti sampah. Tetapi si pencari kerja itulah yang menjadikan resumenya seolah-olah sampah.

Okay, saya cerita. Pagi ini, saya menerima dua resume dari pencari kerja yang dihantar melalui pos. Setelah disisih oleh pembantu saya, ia diletakkan di meja saya untuk penilaian dan tindakan. Tanpa prejudis, saya menelitinya dan terima kasih kepada mereka yang berminat menghantar permohonan kerja di syarikat saya bekerja ini, biarpun ia syarikat kecil.

Usai meneliti kedua-duanya, saya bersandar. Kemudian mengeluh sendiri. Kedua-duanya pemohon berbangsa Melayu, berpendidikan tinggi, ada diploma tetapi resume mereka langsung tak berbekas di hati saya sebagai orang HR.

Kenapa? Ia dihantar tanpa surat iringan. Hanya resume dan CV semata-mata. Ia resume yang tiada nilai. Apakah jawatan yang dipohon dan berapa gaji yang diminta?

Bab gaji bukanlah isu yang besar tetapi tidak menulis jawatan di permohonan itu satu kesilapan tersebar calon. Orang HR tiada kuasa membaca hati anda. Kami juga tidak boleh sewenang-wenangnya memilih dan mencadangkan jawatan untuk anda pilih biarpun itulah sebenarnya tujuan anda tidak menulis jawatan yang dipohon.

Jika anda terlalu inginkan kerja atau tidak memilih, tulislah 'Permohonan Jawatan Sebagai Penyelia Stor Atau Setaraf', sebagai contoh.

Sudahlah buat kesilapan sebesar ini, diikuti pula dengan kesilapan lain yang tidak sepatutnya berlaku seperti berikut:

1. Membesarkan Saiz Gambar Sesuka Hati

Gambar besar itu bagus tetapi janganlah membesarkannya tanpa mengambilkira ratio yang betul. Hasilnya, rupa kacak anda menjadi lonjong seperti Patrick si tapak sulaiman dalam kartun Spongebob Squarepants.
2. Kesilapan Ejaan

Resume adalah cerminan diri anda sebelum anda dipanggil temuduga. Kesilapan ejaan boleh dielak jika anda membaca resume anda berulang kali sebelum dihantar. Orang HR pun ada yang tidak mahu berdiplomasi bab kesilapan ejaan kerana ia menunjukkan anda seorang yang tidak teliti.
3. Penggunaan Bahasa Inggeris

Ia sesuatu yang biasa dan digemari oleh calon biarpun mereka gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Bercakap 'broken english' tak salah kerana ia akhirnya akan menjadikan kita yakin dan mahir bertutur bahasa inggeris. Tetapi penulisan tidak begitu. Jika anda ingin menulis resume dalam bahasa inggeris, pastikan ejaan dan bahasanya betul dan sesuai. Susah? Apa yang susah sangat, pakcik Google kan ada. Itu pun nak ajar!
4. Sijil Sokongan Tidak Disertakan

Sijil sokongan tidak disertakan untuk jawatan yang dipohon secara semberono dengan niat mana tahu sangkut, bolehlah! Tetapi jika anda bersaing untuk jawatan tertentu yang diiklankan, sebaiknya sertakan sijil sokongan seperti sijil SPM, STPM, Diploma, Ijazah, Sijil Kemahiran, Sijil Penghargaan dan surat-surat sokongan yang berkaitan.

Orang HR seperti saya ini bukanlah tahu semua tentang kurus-kursus yang terdapat di kolej atau universiti. Jadi kami tidak tahu sama ada bidang yang anda pelajari itu sesuai dengan bidang yang dipohon. Jadi, sertakanlah transkrip peperiksaan. Lagi kelakar apabila sesetengah kursus itu diberi nama dalam bahasa Melayu dan kami tidak tahu maksudnya kerana ia menggunakan bahasa yang kami tidak pernah dengar. Jika ada transkrip, dapatlah kami hayati dan fahaminya.

5. Tiada Adab

Apa-apa pun tulisan saya di atas jika anda tidak tahu adab, semuanya tidak berguna dan resume anda akan benar-benar menjadi sampah dan dibuang serta-merta. Ya, saya serius!

Suatu ketika dahulu saya pernah membuang resume calon yang saya rasa cukup biadab apabila bercakap melalui telefon. Dia menerima pihak syarikat dan orang HR untuk mengetahui penerimaan resume yang dihantar dan status permohonannya adalah trik atau teknik untuk memenangi temuduga. Tetapi ia akan menjadi mimpi buruk jika anda tidak tahu adab.

"Hello HR, awak ada terima tak, resume saya?" tanya seorang calon melalui telefon.

Setelah bersoal jawab mengenai nama, tarikh dihantar dan jawatan yang dipohon, saya memaklumkan bahawa resumenya sedang diproses.

"Okaylah kalau begitu. Resume itu jangan lupa bagi bos awak tengok, jangan peram di meja awak pula," katanya lagi.

Wah! Mendidih betul hati saya mendengarnya. Tetapi saya tetap profesional dan menamatkan perbualan itu dengan baik. Tetapi saya tanpa berlengah telah memasukkan resumenya itu ke dalam bakul sampah yang berada di sebelah meja. Ya, saya boleh jadi tidak profesional dalam tugas tetapi saya yakin, syarikat tempat saya bekerja ini tidak memerlukan orang yang tiada adab. Resume yang dibuang pasti tidak dapat dikesan lagi dan peluang calon tersebut adalah 0%.

Bagi kes ini, sejujurnya calon tersebut telah tersenarai antara lima calon yang paling layak setelah melalui proses tapisan. Tetapi oleh kerana mulutnya itu, saya telah membakulsampahkan resumenya. Apa salahnya guna bahasa panggilan yang lebih sesuai. Tidak kisahlah jika orang HR itu cuma sekadar kerani HR . Apa salahnya panggil tuan, encik, puan, cik atau lain-lain panggilan yang tertib dan formal.

Dalam kes ini, dia bergurau kasar dengan bos HR sendiri yang kebetulan sedang pening kepala membuat bajet tahunan untuk syarikat. Jadi, terimalah pembalasan akibat perbuatannya itu. Orang tua sudah kata,
Sebab pulut, santan binasa. Sebab mulut, badan binasa.
Jadi, suka saya ingatkan bahawa, ekonomi kita semakin gawat dan pencari kerja semakin ramai dan terdesak. Jadi, mulakan langkah pertama mencari kerja dengan betul dan dengan menulis resume yang sempurna.

Kemudian ingatlah bahawa, proses pemilihan calon dan temuduga termasuk penentuan gaji dan pengesahan penerimaan jawatan adalah kuasa budi bicara HR. Dan kamilah barisan depan yang menilai anda. Jika anda gagal melepas kami, maka tipislah harapan anda kecuali anda mempunyai kabel yang lebih besar.

Kami tidak perlu dikipas atau disogok. Cukup sekadar menulis resume yang lengkap dengan surat iringan, menelefon atau menulis emel bertanya khabar mengenai status resume anda sebagai tanda ia diterima dan diambil tindakan. Jika anda sesuai, anda akan diberi peluang dalam proses temuduga dan inshaAllah akan menerima tawaran jawatan. Proses ini terpakai untuk semua jawatan dan semua syarikat.

Jika nak tahu lebih lanjut lagi, bacalah buku mengenainya yang banyak di pasaran dan hadirilah kelas menghadapi temuduga yang dianjurkan oleh pihak universiti atau kolej. Jika tidak diajar, mohonlah pihak terbabit membuatnya agar semua pelajar yang akan keluar mencari kerja membuka mata apa sebenarnya yang dicari dan dinilai oleh pihak syarikat. - Izman Pauzi

Sumber:www.thereporter.my

3 comments:

Post a Comment

Posisi Duduk Seperti Inilah Yang Sangat DiMurkai Oleh Allah SWT



Duduk yang dimurkai sebagaimana yang disifati Nabi dengan menjadikan tangan kiri sebagai penumpu tubuh.

Dewasa ini, masyarakat kebanyakan sering mengartikan bahwa Islam itu hanya mengurus masalah ibadah kepada Allah saja. Faktanya, tidak hanya menyangkut masalah hubungan kita dengan Allah (habluminallah), namun Islam juga mengurus masalah menyangkut hubungan kita dengan sesama manusia (habluminannas) dan lingkungan.

Bahkan Islam itu mengatur seluruh aspek kehidupan manusia dari yang paling kecil hingga paling besar, dari paling sederhana hingga paling rumit bahkan dari manusia bangun tidur sampai tidur lagi.


Islam menjadi satu-satunya agama sekaligus sistem yang layak dijadikan pedoman hidup. Kelengkapan cakupan aspek kehidupan Islam desebutkan secara rinci dalam Al Qur’an. Termasuk mengatur perkara duduk.

Di antara bentuk duduk yang terlarang adalah sebagaimana terlihat pada gambar diatas, yaitu duduk dengan meletakkan tangan kiri di belakang dan dijadikan sandaran atau tumpuan.



Melalui Rasulullah SAW, Allah mengabarkan Dia begitu murka dengan hamba-hamba-Nya yang duduk seperti ini. Sebagai muslim, sudah selayaknya kita menjauhi apa yang diperintahkan Rasul, termasuk menghindari duduk seperti ini.



                         Duduk yang di murkai

Bukankah ini sering kita lakukan? Terutama saat duduk di lantai saat menghadiri jamuan, saat bersantai bersama keluarga atau saat berada di dalam masjid.

Al Syarid bin Al Suwaid berkata: Rasulullah SAW melintasi sedang aku duduk begini; aku letakkan tangan kiri ke belakang badanku dan bertongkat dengan tapak tanganku. Lalu Rasulullah berkata kepadaku: “Adakah engkau duduk dengan duduknya mereka yang dimurkai?!”- Diriwayatkan oleh Ahmad, dan Abu Daud. Disahihkan oleh Al-Albani.

Dalam riwayat Abu Daud yang lain pula disebutkan: “Janganlah kamu duduk seperti ini kerana ia adalah cara duduk orang-orang yang diazab.” Hadis itu dihasankan oleh al-Albani.



Juteru itu, sesiapa yang mahu duduk menyandar, maka bersandarlah pada tangan kanan, bukan kiri. Ataupun dia bersandar pada kedua-dua tangannya.

Syeikh Ibnu Uthaimin berkata: Cara duduk ini adalah disifatkan oleh Nabi SAW sebagai cara duduk orang-orang yang dimurkai. Adapun meletakkan kedua-dua tangan di belakang badan dan menyandar pada salah satu daripadanya adalah tidak mengapa. Ataupun dia meletakkan tangan kanannya juga tidak mengapa.

Apa yang disifatkan oleh Rasulullah sebagai cara duduk orang-orang yang dimurkai ialah menjadikan tangan kiri di belakang badan, dan menjadikan tapak tangannya di tanah dan bersandar padanya. Inilah apa yang disifatkan oleh Nabi SAW sebagai cara duduk orang-orang yang dimurkai.

Beliau turut berkata: Hadis itu maknanya jelas iaitu seseorang tidak boleh menyandar pada tangan kiri yang berada di belakang pada tanah (lantai).

Syeikh ditanya: Sekiranya seseorang duduk seperti ini dengan tujuan berehat sahaja, bukan tujuan mengikut orang Yahudi, adakah dia juga berdosa? Beliau menjawab: Sekiranya dia mahukan untuk berehat, maka jadikanlah sisi kanan, lalu hilanglah tegahan.

Syaikh ‘Abdul Al ‘Abbad mengatakan bahwa duduk seperti ini hukumnya haram, meski sebagian ulama lain mengatakan makruh.

“Makruh dapat dimaknakan juga haram. Dan kadang makruh juga berarti makruh tanzih (tidak sampai haram). Akan tetapi dalam hadits disifati duduk semacam ini adalah duduk orang yang dimurkai, maka ini sudah jelas menunjukkan haramnya.” (Syarh Sunan Abi Daud, 28: 49)

Sementara itu Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin mengatakan, duduk yang dimurkai sebagaimana yang disifati Nabi dengan menjadikan tangan kiri sebagai penumpu tubuh. Namun jika meletakkan kedua tangan sebagai tumpuan, atau tangan kanan saja menjadi tumpuan, maka hal itu tidak mengapa.



Lantas jika ada yang bertanya, dimana logikanya? Sebagian mungkin mengatakan, ini tidak masuk akal dan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan. Allah dan Rasulullah SAW sudah memerintahkan, maka ini sudah cukup bagi seorang muslim.

Adapun para ulama mengatakan jika duduk seperti ini merupakan duduknya orang-orang yang sombong.

Masihkan kita mahukan bukti lain? Jika ini perintah Allah dan Rasulnya, maka kita tidak perlu bukti lain. Ini adalah perintah dan jika tidak ditaati merupakan tanda kesombongan seorang muslim.

Begitulah ajaran Islam, setiap sendi kehidupan bernafas dengan aturan yang sudah ditetapkan. Peraturan yang dibuat, bukan bermaksud memberatkan, namun pasti ada sebab positif baik dari segi sosial dan kesihatan.


Sumber:kebodmedia.blogspot.my

3 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ